Assalamualaikum dan Salam pagi selasa yang indah
dengan pinkish & purplelish harini. Hari kasih sayang, sesuai untuk
meluahkan perasaan cinta. Cinta Allah, cinta rasulullah, cinta suami,
cinta isteri, cinta ibu bapa dan mertua, cinta anak anak serta
seterusnya cinta sahabat sahabat positif.
.
Syukur Allah masih
lg beri peluang kepada kita untuk menikmati usia yang panjang dengan
anggota yang cukup dan berfungsi dengan baiknya. Walau ada juga yang
kurang sihat, namun anggota kita masih
lagi lengkap dan berfungsi dengan baik. InshaaAllah, akal fikiran yang
mampu berfikir baik dan positif, jiwa dan hati yang tenang.
Bersyukurlah, walau kita tak sihat. Bersyukurlah walau kita ditimpa
musibah, bersyukurlah, walau Allah menduga. Bersyukurlah, walau kita
sekarang dalam kesempitan. Bersyukurlah, Allah memilih kiita berhadapan
dengan orang yang tak nampak apa yang kita nampak. Kita insan terpilih.
InshaaAllah.
.
Alhamdulillah. Syukur, dikelilingi u olls
semua, sahabat sahabat positif yang sentiasa bersemangat untuk terus
membantu dalam menambah nilai hidup insan insan sekeliling. Yang penting
perjuangan kita jelas. Berniaga bukan kerana wang ringgit semata namun
nawaitu kita kuat nak bantu raaamai orang. Jangan kita kondem orang.
Cakap orang itu ini. Mengutuk orang. Cakap orang seolah olah Allah tak
akan timpakan ujian buat dia.
.
Doa dan cakap lah yang baik
baik semoga yang baik baik aje yang hadir pada kita. Betul, niaga mesti
nak untung sebab tu kita kena bniaga. Namun nawaitu yang harus diubah
supaya kita tak tersasar. InshaaAllah, kita apa yang kita fikir. Ada
orang sanggup cakap orang itu ini semata nak lariskan jualan dia. Ingat,
hidup ni ada hukum nya. Allah akan balas dengan balasan yang setimpal
buat mereka yang menganiaya orang lain. Jangan berkata dusta. Jangan
menyakiti hati orang lain semata nak lariskan jualan. Bercakaplah yang
berfaedah. Jangan bersanga buruk.
.
Saya faham, sebagai
manusia, kita tak terlepas dari sangkaan bukan bukan.. cepat cepat
SWITCH!!! dan kembali semula istighfar & ingat Allah. Ingat!.. dia
melihat dan tahu apa yang ada di dalam hati kita. Walau kita berkata
dalam hati. Walau hanya detik hati sahaja. Allah dah tahu. Balasan Allah
amat pedih sakitnya.
.
Saya doakan u olls semua sahabat
positif , dilimpahi rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diredhai
Allah selalu. Allhumma Aminn. Saaayangg u olls ketat-ketat. Mmuahh!
.
ANDA SEMUA KAYA & BERJAYA DUNIA AKHIRAT!
Kredit to :
#eidahasan
#founderEHPS
#jutawansurirumah
No comments:
Post a Comment