Showing posts with label JUTAWAN SURI RUMAH. Show all posts
Showing posts with label JUTAWAN SURI RUMAH. Show all posts

Wednesday, 6 December 2017

TIPS MAGNET REZEKI

It's natural to be upset when faced with hardship. But try to pull yourself together. The Almighty won't let you down. Your efforts won't go to waste.

~Mufti Ismail Menk~
.
Assalamualaikum & Selamat pagi sahabat Jutawan Jelitawan Dermawan Hartawan BB Eida yang LuarBiasa. Moga yang baik-baik hadir pada diri kita semua. Mulakan pagi ni dengan mengamalkan tips tarik rezeki.
.
Tips magnet rezeki (amalkan waktu pagi)
.
Sebelum nak tarik rezeki, kita tarik RAHMAT Allah dulu yea sahabat
Antara caranya ialah 👇👇👇
.
Jom HADIAHKAN Al fatihah untuk Nabi S.A.W, Sahabat Nabi, Umi, Abah, Suami/Isteri, Para guru-guru dan lain-lain.
.
Amalkan setiap hari transfer atau masukkan RM $ ke dalam tabung ibu ayah (boleh mulakan dengan not RM1), atau kalau ada no acc mereka, transfer tanpa mereka tahu. Mudah amat kann nak dapatkan redha ALLAH? Jom buat.
.
Haaa saya ajak sahabat yang belum buat lagi tu lah. Moh kita beramai-ramai buat.
.
Kepada yang dah buat, Tahniah!! Good Job sahabat!
.
hikhikhik. Bukan kena bayor pun kannn, simple & FREEE jew.
.
Pssstt!! Ehem..Ehem.. Bagi can laa akak imbas kembali masa jadi tetamu jemputan Malaysia Hari Ini, TV3 ni. time ni malu nyerrr lahai. kamera, spot light dekat yakmat.
.
Abaikan laaa muncung leh sangkut hanger itewww. Well, kene praktis lagi dan lagi dan lagi. Ahakss!!
.
Abaikan jugek gambau yang gegau nih, maybe masa lahir aritu tak cukup bedung tangan nya. Oppss!



Image may contain: 1 person, text

Monday, 4 December 2017

"SABAR ITU DUIT"

Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur atas kurnia-Nya, bersabar atas cobaan-Nya dan bertaubat atas dosanya.
.
Assalamualaikum sahabat luarbiasa kesayangan BB Eida. Kepada yang baru nak mula buat kije, Mulakan hari ni dengan wajah senyum dan surah Al Fatihah. 
.
Almaklumlaa orang bisnes ni, hari cuti pun koje. Hari koje, kompem ler koje kannn? Asyik kojeee jer ler manjang. Lupa dah hari cuti ke tidak. Itu la namanya passion. Tak gitew? Namun, kesihatan nak kene jaga juga beb, sebulan sekali bawak bawak laa makan angin mana-mana.. Tak kisah laa jauh ke dekat ke. Janji leh hilang sikit rasa pack dalam hidup. Hihi. 




Sunday, 3 December 2017

TIPS BB EIDA: BISNES UNTUK KAYA

Bismillah. Alhamdulillah. Harini Bb berjaya melapangkan masa untuk berinfaq elmu apa yang Bb ada dan tahu dan dah apply. 
.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki semakin lancar dan deras dan sentiasa penuh. Sentiasa semakin bertambah. Alhamdulillah Terima kasih Allah.
.
Ok. harini dengan rasa gembira, Bb ingin berkongsi, sebab rata-rata yang personal mesej Bb cerita kisah sedih. Kisah kesusahan. Kisah perlu duit. Kisah nak kaya. Kisah yang tak best dan sedih teramat sedih.
.
Namun... tiada tindakan. Komplen pandai. Berderet komplen. Baanyak sangat cakapnya tu. Gedegang gedegung. Bila Bb tanya apa tindakan yang dah di ambil? Katanya tak ada tindakan. Sebab tak tahu nak buat apa. Itu tak tahu, ini tak tahu. Semua tak tahu.
.
Bila Bb tanya lagi kenapa? Jawapannya simple. Sebab tak ada orang nak ajar.
.
Allahu. Yang nak belajar tu diri sendiri kan? Yang kata nak kaya tadi tu diri sendiri kan? Jika tak tahu, maka kene cari tahu atau menuntut ilmu atau korek ilmu proven. Bukan dah tak tahu terus tak tahu je.. Saaammmmpai la bila bila begitu je la. Orang lain yang rajin dah sampai planet zuhal dah. Siap dah berkenalan dengan alien kat planet lain, kita masih lagi kat kerak bumi. E'ehh Bb bebel ni paham ke faham? Hehehe. Tetiba pepetang ni bebels. Ok leteww.. hihi. Janji kol 8 malam. Ni 5 petang dah terluah semua bebelan Bb. Hikhik.
.
Orang yang harini berjaya, bukannya keluar dari perut mommy, terus leh main teng teng tau. Hihi. Semua akan lalui fasa yang sama. Bezanya kerajinan je la. Semua lalui fasa kelahiran, lepas tu mengensot, lepas tu merangkak, lepas tu tatih tatih, lepas tu jalan jatuh bangun, lepas tu dah leh jalan slow slow, jalan laju, berlari, lepas tu lari laju laju,, lepas tu leh lompat lompat bintang. Semuanya ada fasa masing masing.
.
"If you are not doing what you love, You are wasting your time" ~ Billy Joel
.
Subhanallah. Tahukan sahabat sahabat, bahawa Bb dulu pun pernah susah. Melalui zaman kejatuhan. Melalui zaman kesempitan. 


.Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and close-up
Namun. Cepat cepat Bb bangkit dan ketika itu juga tak ada siapa yang membantu melainkan beri kata semangat semata. Kata kata minta kita terus sabar dan terus berdoa. Tak ada yang nak bimbing ketika tu. Macam mana nak berjaya. Tapi semuanya dari hati (bersihkan hati) dan macam mana tindakan kita..
.
Sedari dulu Bb saangat minat dengan bisnes. Walau sering jatuh tersungkur dan ditimpa tangga namun Bb tidak pernah kenal erti serik dan tidak jemu mencuba lagi dan lagi dan lagi. Kerana apa?? Kerana Bb betul-betul minat dengan bisnes. Bila kita minat. kita tak akan rasa satu kesusahan. Kita tak akan anggap bisnes tu satu bebanan buat kita.
.
Jadi kita tak rasa itu satu paksaan. Namun kita harus usaha dan push diri untuk lebih maju ke depan. Bukan duduk maintain je gitu sesambil control ayu & fefeling gud gud je. Kita kene fikir sesuatu untuk lebih maju ke depan. Bukan buat benda yang sama saje. Kalau tak ada pembaharuan. Macam mana nak ada kemajuan dalam bisnes kann? Clear tak sekarang?
.
Jadi kita harus minat dulu. Kalau lom minat. Kasi minat dulu. Jangan kita buat bisnes sebab ikut ikutan. Bila kita tenguk orang lain maju buat bisnes A. kita pun buat bisnes A. Sedangkan kita tak minat pun & kerana ikut ikutan ni lah bila hasil kita tak capai sama dengan orang lain, kita tak pasal-pasal nak main biola bawah pokok togey. (Haha muat keteww nak masuk bawah pokok togey tu? Siap bawak biola lagi tu. Hikhik.. Bedal je laa). Faham ke faham? Bb akan sambung lagi yang seterusnya bila bila Bb free ea.. Stay Tune~
.
Mohon klik share jika rasa sahabat lain patut tahu sama.. Kot kot ada jiran sebelah taman tak tahu lagi ke kann.. haa share share 😅
.
#BbEidaHasan
#TipsBbEida
#iLoveTeamEHPS

Tuesday, 21 November 2017

Alhamdulillah, bertambah satu lagi billboard #EHPS baru dinaikkaN bulan November 2017.

Lokasi, di lebuhraya utara selatan area Tangkak, KM156. 3 arah ke selatan. 

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature


Image may contain: sky and outdoor


.
#billboardEHPS
#EHPSdihati 

Monday, 20 November 2017

KEBERKATAN DAN BAROKAH REZEKI



Bismillah.. Selamat pagi & Salam Selasa yang penuh kegembiraan. Penuh dengan limpahan rezeki. Penuh barokah buat kita semua. Hari ni Bb nak berkongsi satu kisah dan Bb harap, akan jadi pengajaran buat kita semua. InshaaAllah.
.
Bb doakan sahabat muka buku yang membaca post ini dipermudahkn segala urusan, semakin bahagia, makin dilimpahi rezeki yang mencurah-curah dari pelbagai sudut dan di berkati hidupnya. Aminn..
.
Sorry yea gais, penulisan Bb ni tak pernah tak panjang, kalau nampak yang pendek tu maknanya bunga je la tu, hikhik.
.
Kisahnya camni, Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja.
.
Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur & beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.
.
"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"
.
Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.
.
Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.
.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.
.
Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
.
Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.
.
Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.
.
Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
.
Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis, namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
.
Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
.
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.
.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia. Subhanallah.
.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
.
Rezeki memang dah diatur disusun oleh Allah.
.
Namun,
.
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.
.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.
.
Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.
-------------------------------------------------------------------------
Moral dari kisah ini
.
- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. Seeloknya kita risaukan dah berapa banyak amalan yang kita buat. Kita kadang kala lupa, kita nak mohon dari Allah, macam-macam benda. Macam-macam bentuk rezeki, tapi kita ni lokek nak buat macam-macam amalan kerana Allah. Apa kes?
.
- Bersyukur walaupun sedikit. Dapat banyak syukur. Tak dapat pun syukur. Kerana Allah dah atur di mana dan bila Allah ingin beri rezeki itu
.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yang kita dapat sekarang. Jangan asyik komplen sana komplen sini, Jangan susah hati dengan rezeki sedia ada. Jangan bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain.
.
Kadang kala hari ini kita susah, orang lain senang lenang, esok lusa, minggu depan, bulan depan, kita pulak yang senang, orang lain susah pula. Hidup ibarat roda, atas sebab itu kita harus beringat. Jangan lupa diri. Ingat, Allah punya segala kemewahan itu.
.
- Jangan sekali kali riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum. Tidak perlu ujub. Nak tunjuk apa yang kita ada. Kerana yang kita ada tu milik Allah.
.
Jika Dia berkehendakan semua lesap. Maka lesap lah semua kesenangan sekelip mata. Nauzubillahi minzalik. Allah dan beri rezeki, peliharalah sebaiknya.
.
- Duit tak perlu dikejar, kelak kita jadi hamba duit. Duit dan kesenangan hidup hadir setelah kita berjaya lepasi ujian Allah. Allah nak uji samada kita redha atau tidak atau lebih mengejar kesenangan hidup berbanding kesibukan kerana Allah.
.
WallahualamWallahualam
.
**Jom kita amalkan doa di bawah 👇. Klik SHARE jika rasa perkongsian Bb ni bermanfaat yea. Anda semua kaya dan berjaya. Allahumma Aminn.


Monday, 30 October 2017

KAT MANA BOLEH DAPAT PRODUK EHPS? SUSAH BETUL NAK CARI!

KAT MANA BOLEH DAPAT PRODUK EHPS? SUSAH BETUL NAK CARI!


Kami sangat menjaga produk keluaran kami. Tidak ada dilambak di mana mana. Hanya ada pada AGEN/PENGEDAR/STOKIS sah yang berdaftar sahaja.
JIKA terjumpa produk EHPS tiba tiba ada di merata kedai, minta maaf, kami tidak tahu produk tu dari mana. Bukan dari kami. Maka sila berhati hati.
PRODUK EHPS HANYA BOLEH DIDAPATI MELALUI AGEN/PENGEDAR/STOKIS SAH BERDAFTAR SAHAJA
Sila layari Official Blog kami (kat bahagian komen 👇)
**klik di TAB NEGERI pilihan anda
Di situ nanti akan keluar senarai agen/pengedar/stokis sah kami berdekatan anda yang sentiasa dikemaskini.

#MasterBidadariEHPS
#BidadariEHPS
#EHPSdihati
#EHPS
#EidaHasanPrettyShop

Sunday, 22 October 2017

PETUA CANTIK AWET MUDA CARA ISLAM ~ JOM AMALKAN

Semua orang nak kekal cantik mukanya dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. 
Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.



Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. 


Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

1 : Selepas bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. 

Selepas itu boleh la kemam SKINRICH rutin harian yg selalu kita buat.

2 : Sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

4 : Semasa bersiap di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

9 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


10 : Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

11 : Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

12 : Amalkan solat tahajud.

13 : Sentiasa tenang dan bersikap positif.

14 : Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

15 : Maafkan semua orang sebelum tidur. 


Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Jom share boleh kita semua amalkan semua petua cantik semulajadi  ni :)

Monday, 9 October 2017

THROWBACK: JEMPUTAN NLKO

Time dapat jemputan NLKO ni baru je habis pantang anak no.5 Ariana (Nana). Itu pasal kena duduk tegak sebab pakai bengkung lepas bersalin tu. 



Ouchh!! Chubby Bb. Sila abaikan ke'chubby'an Bb k. Hihi. Tapi bila Puan Yasmin call bagitahu BB Eida kena teman dia dalam rancangan NLKO, Redha je la. 
.
Baru habis pantang ngam-ngam 30 hari kott masa tu. Jadi tak tolak lagi dah jemputan dari Richworks masa tu. Time tu acah-acah cool je walhal ketaqq lutut wehh!
.
Rezeki masa nana ni mummy dengan daddy terpaksa femes. Hiks hiks. Naik hotseat masa ni pun tak silap 4 kali dalam tahun tu je. Sekali hujung tahun 2013 dan lg 2 kali tahun 2015.
.
Panggilan dari karangkraf untuk photoshoot 3 kali. Untuk majalah RAPI, NONA, & Mingguan Wanita untuk segment wanita dan bisnes.
.
Panggilan interview untuk news paper plak untuk Metro, Berita Harian dan Sinar Harian.
.
Alhamdulillah. Rezeki anak. Setiap anak bawa rezeki masing masing. MasyaaAllah. Terima kasih Allah 😭
.
#BbEidaHasan
#NLKO

Saturday, 30 September 2017

BIG WHY KITA APA?

Terobek pagi tadi. Alhamdulillah bulan ni spent time dengan family ajak umi abah sekali bercuti 3hari 2 malam kat Bayou Lagoon Park Resort Melaka. 

Ajak sekali dek lin Nik Nur Adilin & Cik Sha bersama family masing masing. Lepak borak sampai kol 2 pagi. Sharing sharing. 
.
Syukur semua happy walau ada sikit insiden tak dirancang, namun semua happy. Alhamdulillah.
.
2 hari tak dapek nak rakam sebab Bb ngan abg bob pun join berendam sama. Pagi tadi baru dapat rakam moment ni. 




.
Masa kecik ni la nak kena simpan kenangan kenangan dengan anak anak. Bila diorang dah besar esok esok, tenguk balik sweet moment gini rasa hiba, rasa terharu, rasa bersyukur.
.
Sedar tak sedar dah 6 orang dah anak anak Bb bersama mr pilot Bb abam bob cayang. Hihi. Inshaaallah cinta hati Bb sampai syurga.
.
Ouchhh! Hati tisu sungguh laa Bb ni. Adehhh. Tetiba macam potong bawang plak. Time ni laa datang jawapan camne kasih sayang isteri dengan suami. Kasih sayang ibu dengan anak anak, kasih sayang anak dengan ibu bapa.
.
Semua tu kita leh sampaikan dengan bahasa tersirat, "Apa yang kita leh buat untuk mereka? Kenapa kita kena berjaya?, Apa yang perlu kita lakukan? ".
.
Soalan soalan tu lah sebenarnya yang akan tentukan tahap kesungguhan kita.
.
Jika kita bekerja, untuk siapa? Jika kita berniaga, untuk siapa? Untuk gembirakan siapa? Kenapa kita buat tu? Mesti ke kita buat tu? Kenapa kita?
.
Renung renung kan, dah tahap mana effort kita. Kalau dapat jawapan, ce komen sket.
.
Kot Bb jumpa jawapan yang sama spesis dengan Bb ke kannn? Anda Jutawan luar biasa. Allahumma Aminn.

Coretan:
#BbEidaHasan
#KenapaMestiBerjaya
#BigWhy

Monday, 7 August 2017

Doa memohon limpahan rezeki

Jom sahabat, kita amalkan doa ni. Kalau tak hafal takpe, tulis kat kertas atau buku nota. Masa doa buka buku nota tu, baca. Yang penting, beramal. 

.
Boleh baca lepas lepas solat dhuha (baca doa dhuha dulu lepas tu baru baca doa ni). Selamat beramal. 
.
Doa nya seperti di bawah
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Ertinya :
“Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.” (QS. Al-Maidah/5: 114)

Jika rasa perkongsian ni bermanfaat, klik love & sharekan pada sahabat lain.
.
#Doa_Limpahan_Rezeki #BbEidaHasan #EHPSdihati

Saturday, 5 August 2017

7 PERKARA ASAS BUAT NEWBIE BISNES

Untuk peniaga newbie, boleh amalkan 7 perkara asas ini untuk lepasi tahun pertama dengan berjaya :
.
1. Pasarkan produk secara ISTIQOMAH.
.
Buat secara istiqomah/konsisten. Setiap hari wajib posting. Non stop setiap hari tau!
.
Sehingga produk yang di jual diterima oleh sasaran pelanggan. Siapa sasaran pelanggan? ouchhh!.. takkan saya nak bagi juge sasaran pelanggan tu? Hehe. Lain produk, lain sasaran pelanggannya.
.
Kena rajin posting sampai lah orang tahu apa produk yang kita ada. Apa yang kita dok jual tu.
.
Nak posting ni pon biar berjadual, misal kata 1 jam pagi post pasal energy booster Mocha, 1 jam tengahari post pasal minuman mantop SPV pulak. Lepas tu nanti petang post pasal Adara Foundation pulak. Malam kol 9 malam, post plak pasal set skincare CB769.
.
Boleh juga kaitkan produk dengan suasana ketika kita nak posting tu. Tapi bagi yang bekerja, posting bukan waktu kerja. maybe leh posting pagi sebelum masuk kerja. masa time rehat, masa balik kije tengah hadap jem tu leh la posting & balas pm prospek.
.
Sebagai contoh: Snap produk CB769 berdekatan lampu tidur atas meja sebelah katil.
.
Lepas tu caption.. "ok sahabat, selamat beradu. Haa sebelum tu jangan lupa maafkan orang tau. Saya pun maafkan anda semua. Sebelum tido adalah waktu mustajab doa tau. Doalah yang baik baik, baca 3 qul. Alfatihah dan doa lah yang baik baik yea. Muka kekalkan dalam keadaan senyum.
.
Wouppss!! jangan lupa tau. Untuk muka shining glowing awets muda, jangan lupa oleskan krim malam CB769 tau tau. Jangan lupa k. Assalamualaikum warahmatullah."
.
Kalau dulu saya jual produk sendiri, memang gitu la rutinnya. Sekarang ni saya lebih banyak sharing kat wall personal saya. Kat page baru la promot promot. Kekadang je laa terrriklan kat personal wall. hehe.. sekali sekala giteww.
.
Pemasaran yang baik ialah tidak menampakkan kita terlalu menjual. Tapi lebih kepada berkongsi apa kelebihan produk, apa unik produk, apa yang produk kita leh buat, apa khasiat produk, apa apa lah yang lain yang sewaktu dengannya.
.
Boleh juga gunakan cara berkongsi sesuatu ilmu supaya mereka dapat manfaat. Mungkin leh kaitkan dengan tips pengurusan Masa, hujung-hujung tu kita selit produk kita.

Contoh:
"Haa kalau saya sayang Masa, nak kejar Masa, nak buat kerja laju-laju, perlukan stamina yang lebih tau. Untuk stamina yang bagus dan tak lemau-lemau, saya amalkan Mocha dalam seharian saya. Saya sudah! anda bila lagi? "
.Tanya orang sebelah. Paham ke paham?
.
2. Setkan target dan buat rangka kerja apa nak kena buat. Jadual waktu macam kat sekolah tu la kiranya.
.
Untuk permulaan, Letak target sederhana yang mesti nak kena dicapai.

Macam saya sendiri, mula-mula letak target 1 hari dan up kan kepada seminggu, kemudian sebulan dan seterusnya tahunan. Maksudnya target berapa banyak unit nak jual dalam masa sehari. lepas tu baru upkan seminggu, sebulan dan seterusnya setahun.
.
Contoh nya. Nak capai setahun 1 juta unit terjual. Haa contoh jerr.. Jangan u olls taruk target 1 juta unit plak. Jenuh nak kayuh tu beb. Saje bagi contoh nombor bebesau sket hehehe.
.
Oraitt. Apakah step-step nak kena buat untuk capai target tu?
.
Senaraikan & minta nasihat dari otai otai dalam bisnes. Boleh je kalau nak pm pm saya cumanya saya reply tu tak tentu lagi on time ke part time ke over time ke sometime ke. Harap leh tunggu dengan sabarnya yea. InshaaAllah kalau saya free, selaju kuasa cahaya saya akan reply. Ecewahhh.
.
Bila dah buat tu, buat sampai jumpa cara yang serasi dengan jiwa, serasi dengan masa, sampai jumpa cara yang lebih berkesan dan menjadi.
.
3. Ni perkara WAJIB ni. Sila asingkan duit bisnes dengan duit peribadi. Tolong jangan cakap terguna la terguna la. Jangan jadi pencuri kepada bisnes anda sendiri. Murudum bisnes tu. Tak sempat nak berkembang beb. Bukan doakan tau. Ni nasihat ni.

Jika masih guna akaun peribadi, maka segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur macam rojak, sila asingkan segera atau buatkan akaun yang khusus.
Selalunya peniaga, bukan masalah jualannya yang tak rancak, jualan dah rancak dah. Keluar duit pun rancak. Duit masuk sikit tapi belanja banyak, dengan alasan nak appreciate diri. Hargai diri tu boleh babe, tapi biar lah kena dengan masa nya. Jangan asal untung je nak appreciate diri. Hancuss.
Jika usaha lom capai target tahunan, means belom mencukupi usaha tu. Nak kena tingkatkan lagi usaha tu. Haa bila dah berakhir tahun kewangan company/bisnes u olls, baru laa leh amek bonus sket. Baru la betoi. Tu pun tenguk laa berapa sale ngan unutng bersih.
Jika lom capai target, cara nak appreciate diri, cukup dengan beri kata pujian dan semangat untuk diri sendiri.
Duit bisnes, duit kakak bayar hutang, duit gaji, duit suami bagi, duit main kutu, Semuanya campur sekali. No no no.. Jangan buat camtu taww.
.
4. Dah tarik gajah masuk rumah, jaga gajah elok elok.

Bila dah dapat pelanggan, jaga mereka. Bila mereka berpuas hati dengan service before & after kita, mudah untuk mereka jadi pelanggan yang setia. Silap hari bulan, mereka yang akan jadi tukang promote produk kita tanpa gaji. For FREE gitew. Best kan?
.
Jangan abaikan pelanggan yang satu sebab dari yang satu tu bakal jadi 10 pelanggan lain. Betulll.. Tak caye? Ce wat.

Database, Detail pelanggan : Nama, alamat, no telefon, emel, dan rekod setiap pembelian nak kena simpan elok-elok. Jika perlu, selalulah bertanya khabar.
Harus ingat, selain untuk tambah pendapatan, bisnes juga adalah untuk berukhwah dan berkawan-kawan. Kita bisnes bukan semata-mata nak cari income. Faham ke faham?
.
5. Ambil risiko yang kecil, ikut kemampuan, jangan fikir asal bisnes je, perlukan modal yang besar. No non no. Mulakan dengan apa yang ada dan apa yang mampu.

Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatai sangat nak berhutang sana sini. Jika berlaku kesilapan dalam bisnes tu, satu hal pulak kita nak gali lubang tutup lubang.
.
Penyudahnya asik di bebani hutang sampai ke sudah. Suka ke macam tu? Di hantui hutang. Kita bisnes kalau leh nak bebas hutang cecepat. Betoi dak?

Sentiasa ambil risiko kecil sehingga kita jumpa cara lebih betul. Mula bisnes sebagai dropship agent pun ok sangat dah. Tak payah kita nak berhutang bagai. Tanpa modal pun boleh berniaga derr..
.
Saya dulu pun bermula dengan dropship ejen jurr. Siapa kata tak ada masa depan? Buktinya seorang dropship produk kami, seorang guru, punya 4 orang anak, mampu jana income rm400 sehari dengan hanya dropship. Jika rm400 x 30 hari? Tak ke RM12,000 tu? Tu jika konsisten rm400 sehari. Jika dia tetiba ada sale masuk rm500? kira bonus la tu kannn?
.
Toksah dok kalut sangat nohhh (haa..hamek..kluaq bahasa utara.. Hihi)
.
Bila dah yakin, dah laju baru la upgrade jadi pengedar dan bila pelanggan semakin ramai dan demand melebihi supply, baru la kita jd stokis.
.
Pada masa yang sama, jangan terlalu takut Dan cuak.
Bisnes memang berisiko tapi kita boleh minimakan risiko itu.
.
Jika kita boleh minimakan risiko, kenapa kita nak buang masa dan terhegeh-hegeh action. Fast Action, Fast Result Beb! Slow Action. Noooo Results.
.
6. Plan masa untuk berjumpa dengan rakan satu aliran niaga (team bisnes).

Banyak info biz dan sharing pengalaman yang kita akan dapat melalui sesi perjumpaan ni. Tak perlu berjumpa terlalu kerap. Sebulan sekali cukup dah tapi jika dapat seminggu sekali pun best sebab kita leh ceduk, beri dan dapat idea.
.
Kekadang, peel manusia ni mudah naw naw kelaut dalam. Kadang hanyuttt tanpa arah tujuan. Kadang angan angan lebih, kalau dah tukul, baru laa nak gerak. Tukul sekali, gerak sekali. Tukul 2 kali, gerak 1 kali gak. Hehehe. Penyakit M kuat sangat. Dengan cara berkumpul dan bertukar pendapat, inshaaAllah semangat sentiasa level paling tinggi .. haa giteww.

Di samping itu, ia juga membantu kita lebih kuat hati untuk terus berniaga. Dapat sokongan daripada rakan2 bisnes yang lain.
.
7. Amalan hidup 'sederhana' dan bukan bermewah-mewah sangat. Orang pakai LV original, kita pun nak LV original. Orang pakai Lamborghini, kita pun nak Lamborghini. Walhal bisnes baru maju sikit. Lom setahun simpan duit. Cermin diri kita, level mana dah kita.
.
Berangan boleh tapi kena ukur baju di badan sendiri. Jangan membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Jangan amalkan " Biar papa asal bergaya sebab kalau dah papa macam mana nak bergaya beb?
.
Belajar ikat perut dari mula. Biar orang cakap kita sengkek. Macam tak nampak kaya. Walau sebenarnya duit kita berkepok kepok dalam bank. Tak apa, mereka tak tahu apa planning kita. Mereka tak tahu berapa dalam akaun bank kita. Dan mereka tak perlu tahu pun. Tak tahu lagi baguih.
.
Yang penting, simpan untung. Ambil gaji 10% sahaja untuk tampung keperluan hidup. Nampak sikit kan? Haha. Memang sikit pun. Jika nak lebih, kita kena la 'push' diri kita untuk usaha lebih. Paksa diri untuk lakukan lebih untuk dapat lebih. 'Simple math' kan? .
.
Kita jangan fikir niaga arini untuk untung melimpah harini. Silap tu beb..
.
Kita niaga harini, kita kumpul. Tak Kira untung banyak atau sikit. Sila simpan & belajar berjimat cermat supaya simpanan kita tu nanti boleh membantu kita 'survive' jika incase apa-apa berlaku pada kita akan datang. 'Who knows' ewahhh speaking london kak senah hari ni yea Yeop? Hikhikhik.
.
Anyway, majoriti usahawan yang berjaya pada hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 5 tahun, hidup sengkek dan cukup-cukup makan saja pada fasa awal bisnes.
.
Keuntungan peringkat awal, separuh disimpan dan separuh lagi dilaburkan semula untuk pergiatkan lagi bisnes mereka.
Jom follow.
.
Jom share posting ni. Mana tau berguna untuk rakan rakan kita yang perlukan :)



.
#BBEidaHasan #EHPSdihati #Tips_Untuk_Newbie #Say_No_To_Mereputs

Monday, 31 July 2017

KAT MANA BOLEH DAPAT PRODUK EHPS? SUSAH BETUL NAK CARI!


Kami sangat menjaga produk keluaran kami. Tidak ada dilambak di mana mana. Hanya ada pada AGEN/PENGEDAR/STOKIS sah yang berdaftar sahaja.

JIKA terjumpa produk EHPS tiba tiba ada di merata kedai, minta maaf, kami tidak tahu produk tu dari mana. Bukan dari kami. Maka sila berhati hati.

PRODUK EHPS HANYA BOLEH DIDAPATI MELALUI AGEN/PENGEDAR/STOKIS SAH BERDAFTAR SAHAJA

Sila klik di TAB NEGERI pilihan anda

Di situ nanti akan keluar senarai agen/pengedar/stokis sah kami berdekatan anda yang sentiasa dikemaskini.

#ehpsdihati
#pengedarehps

Sunday, 28 May 2017

JANGAN BANYAK ALASAN BEB!

Bantu orang mancing, 
jangan tolong belikan mata kail, 
jangan tolong belikan umpan, 
jangan tolong campak mata kail untuk dia, 
jangan tolong pancingkan plak untuk dia.. 
Laagi satu, last sekali bagi ikan kat dia. 
Dah la dah bagi ikan, nak masak pun MALAS. 
Cakap kat orang sebelah: KESIAN GILE BEB. 

Ok. 
Kita nak bantu orang. 
Kita beritahu apa dia kena buat. 
Dan paksa dia buat sampai berjaya.
Macam cikgu kat sekolah ajau anak murid. 
Walau nakal anak murid tu, cikgu tetap bagi bagi bagi ilmu dan homework & praktikal semua kena buat. 
Terpaksa rela buat semuanya. Betul ke betul?
Haa dah buat semua, baru la berjaya. Kannnnnn?
Dann. Kita buat bukan action biasa biasa. 
Kasi luar biasa la beb.

Untuk berjaya, 
jangan cipta BAAANYAK sangat ALASAN. 
Orang yang baaanyak sangat ALASAN tu adalah orang yang mudah mengalah dan selalu GAGAL.
Nak BERJAYA, kena buat sampai jadi. 
Action with massive action. Hahhh.. Paham ketewww?

Apa contoh massive action?

Ok contohnya.
Kita lapor gila. 
Tapi makan seciput sesuap je. 
Memang action yang sama. 
Suapkan nasi kemulut. 
Tp adakah perut leh kenyang?

Massive action ni, 
bila lapar, kita makan sepinggan (jangan melahap plak, terrsedak baru padan muka..
Elelee gegurau pun takleh. Takleh gurau duk surau. Kihkihkih ).
Ingat pesan nabi kita. 
Makan lah, dan berhenti sebelum kenyang.
 So mudah la nak terawih mlm ni. 
Takde la lemau malas je kan?. Hikhik.
Ehh melalut plak bb..hihi. 

Well massive action ni kita suap sampai kenyang perut
Haa baru laa betul kenyang.
Walau aktiviti suapkan nasi kemulut tu action yg sama tapi suap sesuap berbanding suap ke mulut sampai kenyang satu perkara yang berbeza. 
Faham ke faham?

Renung-renungkan dan selamat beramal. 
Mohon share kan laju laju. 
Semoga bermanfaat kepada semua sahabat yea..
Haaa baru la cengginiii
 
Kredit :
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati

Wednesday, 3 May 2017

EHPS MARKETING SDN BHD JUTAWAN BISNES ONLINE


EHPS dalam MAJALAH KELUARGA

Subhanallah Alhamdulillah AllahuAkbar. Kisah EHPS pula keluar majalah KELUARGA harini. Hurmmm. 1st sekali baca tajuk : EHPS MARKETING SDN BHD, JUTAWAN BISNES ONLINE. Alhamdulillah tajuk tu best gak.
 

Alhamdulillah ok gambarnya. Sebabbb, masa photoshoot ni punya laa tak dok diam. Licin kerusi tu :) Syukur gambau cuns. Alhamdulillah. Allah mudahkan segala urusan.

Harini terima 2 berita gumbira. Hati macam nak lompat sambil tepuk tangan. Hooreyyy hooreyy.

Lepas tu baaaru baca write up. MasyaaAllah best write up tu. Laagi best ada plak nama produk Superkidz, Mocha, Raja Abi Cafe, SkinRich & Puteri Vanilla. Saya suke! saya suke! 😍

#FounderEHPS
#EHPSdihati

Tuesday, 2 May 2017

RAHSIA JUTAWAN SURI RUMAH

Jom join chanel RAHSIA JUTAWAN SURI RUMAH Pn Eida Hasan.

Ada yang berminat nak join circle positif + group support "KEHPoCi Jutawan 769"?

Chanel ini merangkumi segala perkongsian elmu daripada Pn Eida Hasan, CEO #EHPS Marketing.


Dalam group ni, akan dishare #RAHSIA puan eida buat JUTAAN RINGGIT dalam masa sebulan dengan hanya menggunakan Facebook.

Uolls boleh jemput rakan-rakan anda ke group ni agar lebih ramai dapat manfaat.

Kami OPEN TO ALL untuk yang berminat nak belajar Elmu Menjemput Rezeki Melimpah Ruah Dan Zero Cost Marketing secara #PERCUMA.

Sila klik link:
https://t.me/joinchat/AAAAAEF0IEwOEYkSHCulSg


Semoga bermanfaat! 💖

 

Rugi jika tak join chanel ni.
Pasal apa?
Semua sharing yang ada di Chanel ni adalah dari pengalaman Pn Eida Hasan sendiri .

Monday, 24 April 2017

"I Love My Life, Smile & Be Happy"

Assalamu'alaikum warahmatullah.
.
Salam Selasa buat Jutawan Dermawan EHPS Rich & Beauty. Allah humma yassir wala tuasir.
Moga dipermudahkan segala urusan pada hari ini In Shaa Allah.
.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas hari ini. Saya doakan sahabat yang like & baca post ni diberi kesihatan yang baik. bahagia, luar biasa, kuat semangat, rezeki melimpah limpah. rezeki wang kekayaan, bebas hutang dan diredhai Allah. Aminn. Selamat pagi!
.
Apa plan u ollz harini? Ingat! plan kita di pagi hari setiap hari menentukan kejayaan plan kita sepanjang hari. Plan kita setiap hari menentukan kejayaan kita sepanjang bulan. Begitu lah seterusnya.
.
Keep on zikir yang baik baik. Contoh:
~ aku kaya untuk bantu ramai orang.
~ perniagaan aku luar biasa berjaya.
~ aku menjadi contoh dan inspirasi ramai orang yang ingin berjaya.
.
Haa dah zikir yg best best. Jgn lupakan selawat atas nabi serta sahabat nabi sebanyak banyak nya. Kalau mampu buat 1000x, buat 1000x. ayatul kursi x 7, ummul kitab x 3, al waqiah x 3.
.
Jangan lupa doakan sahabat kita yang lain. Doa yang baik2 utk org lain. InshaaAllah pasti org lain ada yg mendoakan kita.
.
#EidaHasan
#EHPSdihati
#AdaraSkinRichCB769
#ArianaExclusive

Monday, 17 April 2017

FB LIVE - EIDA HASAN

Hari ni admin nak share Live FB Founder EHPS, Pn Eida Hasan. Yang mana tak pernah kenal or tak tau siapa Eida Hasan, Jutawan Surirumah. Yang macam tak pernah dengar aje produk EHPS? Apa Eida Hasan Pretty Shop tu? Ni la dia Founder EHPS Eida Hasan. Pn Eida Hasan share pasal "5 POINT KENAPA SUSAH SANGAT NAK BISNES". Ok lets tonton this osem video :)


5 POINT KENAPA SUSAH SANGAT NAK BISNES. Jom.. Cekidaut 😍
Posted by Eida Hasan on Tuesday, 11 April 2017

Monday, 10 April 2017

Sharing is caring

Sharing ni BB ambil dari email BB. Email dari Tuan Raja Kamil yang dihormati. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Pekongsian beliau seperti berikut:
------------------------------------------------------------------
Salam hormat;
Saya ada ramai kenalan, yang menjual produk kosmetik.
Ada yang jutawan, ada yang tak, dan ada yang dah tutup bisnes.

Bila borak-borak dengan mereka, saya perasan beberapa perkara.
Yang berjaya, ada persamaan.
Yang tak berjaya, pun ada persamaan.

Nak tahu?

Ok, ini mereka yang berjaya buat.
1. Konsisten - promosi dan marketing diorang, SANGAT konsisten.
Setiap hari, diorang akan buat marketing. Samada cara yang percuma, atau yang berbayar.

Contoh yang percuma, post testimoni terkini.
Contoh yang berbaya, buat iklan video di FB.


2. Selalu up to date - apa yang menjadi dulu, belum tentu menjadi sekarang.
Diorang ni, selalu pergi kelas-kelas marketing daripada semasa ke semasa.
Kadang-kadang, beli ebook, walapun dah jutawan, tak segan silu, belajar dengan orang baru.

Saya pernah tanya hal ini kepada mereka, jawapan mereka amat mengejutkan.
Diorang kata, apa yang dulu berjaya, sekarang belum tentu.
Kalau dulu, setting ABC, mungkin jadi.
Sekarang, setting ABC, tak jadi, silap-silap rugi adalah.


3. Jaga marketing sendiri - ha, rata-rata saya tanya, dalam bisnes diorang, apa benda yang
diorang tak bagi orang lain jaga.

Jawapan mereka, marketing. Pelik. Staff ramai, tapi, marketing masih nak urus sendiri.
Kata diorang, marketing adalah FRONT LINE dalam bisnes !

Kalau marketing out, susah yang lain nak bertahan.

Saya nak cerita tentang persamaan orang gagal, tapi saya fikir balik,
tak perlulah. Sebab banyak sangat, dan rasanya, anda pun tahu.

Saya senaraikan dalam satu perenggan je lah ya.

Malas, tak berani mencuba, cepat putus asa, nak cepat berjaya, takut mula, kedekut nak invest, bodoh sombong, tak nak belajar dengan orang berjaya, syok sendiri, ego, rasa diri hebat, rasa orang lain tak hebat
dan banyak lagi.


Anda dah tahu dah pun. Tu yang tak nak tulis semula ni. 🙊🙊🙊
--------------------------------
Setuju tak dengan perkongsian beliau? BB setuju. Sampai sekarang BB tak berenti nak sedut ilmu, beli ebook, join seminar2. Cari raaamai guru. Jangan berlagak dah terer dah pandai sangat. Kena faham, sekarang ni semua berubah ubah. Teknologi pun berubah ubah. 


Share jika rasa bermanfaat. 


ANDA KAYA & BERJAYA 😍😍😍

Kredit to :
Eida Hasan
Founder EHPS Marketing Sdn Bhd
#EHPSdihati

Saturday, 8 April 2017

Salam Sabtu

Assalamualaikum dan Salam Sabtu yang tenang dan LUAR BIASA buat semua Team Jutawan EHPS yang dikasihi... 😊

BB doakan semua sahabat positif, terutamanya yang baca post Ini sentiasa sihat kaya dan berjaya dunia akhirat!

Feel ohsem dan feel LUAR BIASA hari ni. Hadiahkan Alfatihah buat Rasulullah dan pasangan hidup kita, ibu bapa kita dan mertua, anak-anak kita, adek-adek kita, dan seterusnya sahabat-sahabat kita.


 Kemudian letakkan tangan kanan di dada kiri, kemudian sebut " ALHAMDULILLAH. ANDA JUTAWAN DUNIA AKHIRAT (------- Nama uols)!

Contoh: ALHAMDULILLAH. ANDA JUTAWAN DUNIA AKHIRAT EIDA HASAN!."


 
Kredit to :
#EidaHasan #FounderEHPS #EHPSdihati