* Tolong BB Eida SHARE link blog ini supaya lebih ramai yang akan
dapat manfaat elmu dari BB ni yea. Love u olls ketats ketats. wouchhh.
hehehe.
.
Oraitts. Formula
capai target RM 1 juta dalam masa setahun atau anda sendiri yang
tentukan bila. Tarikh, usia, hari, bila nak dapatkannya. Wahhh ayat
skema la pulaksss. Ouchhh. tak biasa plaks la skema-skema ni. heheheh.
.
Okesss.. Kemali pada tajuk asal kita tadi tu. Camno nak dapek RM1 juta
tu dek non? Haaa.. satgi i sharing sharing tau. Jangan kemana-mana.
jangan berkelip tau, jangan baca laju sangat. Karang terbabas plaks
sebab saya tak akan reply dalam personal pm untuk petua RM1 juta ni.
Sebab saya lebih suka infaq kepada lebih raaamaiii orang berbanding
coaching sorang2.. bukan dibayar pun.. so baik la semua dapat manfaat ni
.. Kan.. kannn.. Betul ke betul?
.
Dulu masa bisnes BB tahap
biasa-biasa. BB selalu buat kira-kira macam mana nak dapatkan RM
1,000,000 dalam 12 bulan. Senang cerita saje saje target sale untuk
bulanan dan harian. Berapa yang nak kene capai. Dan mula la berangan dan
sesambil berangan tu doa dalam akaun mesti ada RM1 juta atau mesti ada
simpanan satu juta RM sebelum usia 40 tahun. Rupanya masyaaALLAH, pada
usia 32 tahun saya dah dapatkan nilai yang saya nak kan tu.
.
Alhamdulillah. Tak sangka sebab ketika tu saya memang tak tenguk berapa
duit yang masuk dalam akaun saya. Cuma saya tak lipatgandakan usaha
pasaran. Means rajin posting kat wall. Bergilir-gilir hardsell &
softsell. Rasa macam mudah je kan nak capai RM1 juta. Nampak macam mudah
je kan? Memang laa mudah jika usaha pun tahap luar biasa. Paksa diri
untuk kerja kuat. Time tu tak ada siapa yang nak bagi peransang
melainkan diri sendiri je.
.
Hari-hari lepas bangun tido BB
selalu cakap sambil tenguk cermin, EIDA MESTI JADI YANG TERBAIK. MESTI
CAPAI BEBAS KEWANGAN SEGERA. DEMI ANAK-ANAK. Tiada siapa yang akan bantu
kita melainkan kita sendiri. Jika kita nak berjaya, kita kena usaha
lebih. Tak usaha, tak berjaya. Simple math. U olls kena ingat tu.
Tindakan juga harus lah macam orang nak dapat 1 juta. Bukan lah tindakan
biasa-biasa. Setiap hari mesti buat xtra dari hari sebelumnya. Cakap
ngan orang sebelah: Haaaa.. Faham ke paham?
.
Inginkan hasil
LUAR BIASA. Kita harus lakukan tindakan luar biasa juga. Macam mana tu??
Selalunya bila kita sebut 1 juta pasti orang kata mengarut laa.. yang
nak target juta juta sangat tu pekehal? target kecik kecik pun cukup
laa.. Bercukurlahh.. eshhh!! silap... Bersyukurlahh..
.
Haaa..
siapa yang kata mengarut tu 'sorry to say'.. anda TAK LAYAK jadi
JUTAWAN. Sebab tu Allah tak beri dia jadi JUATWAN. Dia sendiri tak yakin
dia leh jadi JUTAWAN. Sedangkan Allah dah beri kita peluang untuk
usaha, minta minta minta. Lepas tu tawakkal. Selain tu diri kita
sendiri, kena laa yakin. Dan keyakinan tu yang akan hantar setting dalam
kepala otak kita ni.
.
Dan sel-sel dalam kepala akan
bersambung dan bila kita positif, fikir yang baik baik, segalanya akan
menjadi mudah. Tambahan pula kita yakin rezeki ini ALLAH punya. So, apa
kita nak cuak sangat. ALLAH kan ada cuma perlu kene keep on repeating
minta.. minta.. minta.. minta.. dan minta dari ALLAH. Supaya ALLAH beri
kita peluang untuk capai impian kita dan atas asbab kita ingin capai
impian kita itu adalah untuk membantu dan memberi faedah kepada orang
lain sama. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Setting dalam kepala.
More You Give. You Will Get More. Cakap ngan orang sebelah: Oooooo
camtu. Ingat tuuu. Jangan lupa diri.
.
Sebab kita dah belajar
matematik dari kecik sampai ke tua ni. BB nak ajak u olls main kira-kira
bersama-sama dengan bb. Selalunya orang yang buat bisnes suka buat
kira-kira ni. Betul ke betul? heheheh. Orang kata nak cari nombor magik
dalam bisnes gitewww.
.
Tapi jangan terkejutlah, sebab ni salah
satu formula orang nak menjadikan kerja menjadi mudah dan senang. Mereka
tidak pandang dengan 1 juta, tapi dengan nilai yang paling kecil. Ok
buat masa ni kita buat pengiraan mudah, bagaimana nak dapatkan RM
1,000,000 (satu juta RM) dalam setahun.
.
Selalunya pengiraan ni sesuai untuk yang berminat nak dapatkan RM1juta. Perlu di ingatkan tiada yang mustahil kat dunia.
.
Lai lai.. kita kira bersama-sama k:
.
Cari produk yang u olls rasa ingin jual dalam satu tempoh yang u olls
sendiri set (katakan lah setahun). Atau ikut u olls nak target nak capai
RM1 juta pada masa bila. Saya ambil contoh 1 tahun = 12 bulan.
.
Nilai keuntungan satu barang katalah paling busuk RM 5. untung RM5 ni
saya kirakan untuk ejen Dropship yang jual Mocha. kalau jual produk
selain mocha semua untung lebih banyak. Kalau anda pengedar (25%-30%
untung) atau stokis (40%) yang mana jauhhhh lebih banyak keuntungan
anda. Harap setakat ni anda clear. Kalau belum clear, baca lagi
slow-slow. Baca satu persatu ulang-ulang sehingga faham.
.
jadi RM 1,000,000/RM5 (untung seunit) = 200,000 unit
.
dalam setahun ada 12 bulan
jadi 200,000 unit /12 bulan = 16,666 unit
.
dalam sebulan ada 4 minggu
jadi 16666 unit/4 minggu = 4166 unit seminggu
maknanya anda perlu jual 4166 unit seminggu.
.
dalam seminggu anda ada 7 hari
jadi 4166unit/7 = 595.2 unit sehari.
.
apakah nombor ajaib anda untuk mendapatkan RM 1000,000 pertama dalam masa setahun???
nombor magik = 595
.
macam besar sangat kan?
.
Sebab tu u olls perlukan team yang berjamaah, supaya dapat kaya
bersama-sama. Bukan lah kaya sorang. Kalau u olls jutawan.
Sekurang-kurangnya under team u olls ada yang dapat puluhan ribu RM dan
ratusan ribu RM. Cuma kalau u olls dropship, u ollskene kerja keras
sikit. Bila ada rezeki untung. Jangan lengah-lengah untuk upgrade jadi
pengedar pulak.
.
Haaa. Best ke best? hehehe.. Tu baru dropship
tu. Leh JUTAWAN. Dalam masa setahun hokehhh. Yang ni contoh je. supaya
mudah nak faham. Ada banyak item yang u olls boleh jual kan? saya kira
ni pun dengan untung yang paling rendah. Lain produk, lain nilai
keuntungannya. Siapa kata dropship tak leh jadi JUTAWAN.
.
Saya
dulu juga bermula sebagai ejen dropship juga. Cumanya saya jadi
dropship tak lama, beberapa bulan je sebab jap je dah upgrade pengedar,
saya jadi pengedar pun beberapa bulan je dah upgrade stokis. Sebab kita
taknak ada lama kat takuk yang sama. Kita wajib setting target untuk
upgrade untuk dapat income yang the best. Bila rasa down, cecepat tune
mind set, remind balik pada BIG WHY kenapa kena berjaya.
.
Kalau setakat kira jer memang boleh kann? budak tahun 6 pun boleh kira
macam mana nak dapatkan RM 1, 000, 000,00. Jadi sebagai orang dewasa
seharusnya tindakan kita dan belajar macam mana nak dapatkannya.
.
Jangan kita memperlekehkan atau berputus asa sebelum berusaha. Jangan
biarkan budak kecik dalam badan kita (small little voice) ni over shadow
kita. Kita lagi besar dari budak kecik iteww. Bak kata mentor cute
(DAO). Jangan asyik NAK tapi TAK buat. Sampai bila-bila asik NAKKK je..
gitu je la. Mana laa nak dapat kannn? Cakap kat orang sebelah:
KESIANNN..
.
Selain tu, untuk rezeki yang melimpah-limpah,
hormati ibu bapa, hormati keramat hidup, hormati guru, hormati adek
beradek, ipar duai dan sedaa mara, hormati anak-anak & hormati
kawan-kawan. Doakan kawan-kawan, secara otomatik akan raaamai orang akan
doakan kita. Amalkan juga sedekah & amalan-amalan rezeki melimpah
yang saya dah pernah kongsikan dalam post saya yang terdahulu.
.
Saya doakan u olls, sahabat positif BB semua, kaya berjaya jutawan
dunia akhirat. Rezeki yang melimpah limpah dari semua sudut, bebas
kewangnan, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu. Allahumma
Aminn..
.
.
Kredit:
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati
No comments:
Post a Comment