.
Soalannya camni:
.
Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?
.
Maaf yea sahabat yang bertanya. Saya tak jawab soalan kat personal, saya lebih suka jawab soalan yang diajukan tu kat dalam post di wall saya biar lagi raaamai yang akan dapat elmu ni. Bukan sorang je yang dapat. Mudah-mudahan dapat manfaat buat sahabat semua dan boleh apply dalam biz masing-masing. InshaaAllah.
.
Oraitt! berbalik pada jawapan bagi soalan di atas, untuk nak dapat pelanggan dengan lebih mudah, u olls kena raaajinnnn dan berusaha dengan lebih lagi, dengan cara bina jenama perniagaan (Personal Branding).
.
Haaa. dah banyak kali tau saya beritahu. Kalau tak tahu apa tu Personal Branding (PB), sila lah book slot dengan cikgu June Mohd Som yeaa. Jangan risau, Cikgu siapkan ferri la kali ni untuk tampung limpahan anak didik baru yang akan di didik dengan kaseh syayanggg.
.
Orait, Harini saya bocorkan sikit laa. Kang kalau saya tak cite sikit, u olls tak faham apa benda alah PB ni kan? Hehe. Okess. Cara terbaik untuk bina jenama perniagaan (PB) di Internet adalah dengan cara kongsikan informasi mengenai perniagaan yang dijalankan.
.
Contohnya, kalau uolls buat biz niqab. Sekarang ni niqab dah macam-macam style. Macam-macam jenis ada. So, u olss boleh tunjukkan cara-cara berfesyen berniqab. Wajib letak tagline tau u olls. Contoh tagline, "Tampil Anggun Dengan Berniqab Jameeela". Tu contoh. U olls leh la pilih tagline lain. hehehe.
.
Leh juga sharing video tak kisah la live atau tak live, Sharing ilmu sesambil tu pakai la niqab u olls itew. Tampil dengan lebih profesional, Sesambil tampilkan cara yang lebih kreatif dan menawan di laman facebook u olls. Ouchhh!
.
Kalau ada lebih masa, kawan-kawan leh juga gunakan Youtube untuk paparkan artis-artis yang berniqab dan fesyen yang diperagakan. Atau watkan slide show gambar-gambar artis berniqab dengan macam-macam cara pakai tudung. Macam-macam style kann.
.
Alaa bukan susah. Aritukan Che ta ada pakai, Erra Fazira ada pakai, Leh tanya pokcik google. Takpun model-model indon ngan arab pun ada.
.
Tak lupa juga dengan cara menulis artikel di wall fb uolls atau blog mengenai fesyen dan rekacipta niqab/tudung/shawl. Cakap kat orang sebelah: Haaa..dapat idea tak? Hello hello.. Nak lebih details, masuk class cikgu June taw. Ada baanyak ilmu yang akan dipecahkan rahsianya.
.
Dengan berkongsi informasi macam tu, Kepercayaan dan kredibiliti u olls sebagai usahawan niqab dapat ditingkatkan, dan jenama perniagaan akan sering diingati. Haa.. Betul ke betul?
.
Orait! Macam mana nak tahu betul ke tidak? Ce letak kan diri uolls sebagai pelanggan. Apa yang uolls nak? kalau buat macam ni boring tak? kalau macam tu ok tak? Letakkan diri uols sebagai pelanggan adalah satu cara paling mudah. Soooo.. uols tahu apa kehendak pelanggan uols. Jangan post ayat biasa je. Sangat boring direct selling/hard sell nih sebab orang lain pun buat benda sama. Ce buat lain dari yang lain sket. Kalau uolls unik. Orang sure ingat uolls punye laa. Cakap kat orang sebelah: Best ke Best?
.
Ada juga usahawan yang gunakan kreativiti dalam nak galakkan interaksi kat FB, contohnya share pengetahuan melalui soklan-soklan trivia, buat macam-macam pertandingan ataupun buat survey (undian). Interaktif macam selalu saya buat tuuu. hehe.
.
Sekarang ni, mudah nak jalankan dan selalunya dapat sambutan yang baik. So far setakat yang saya handle la, so far sooo very good. Pelanggan pun happy dapat hadiah. Cara pemasaran sebegini dikenali sebagai soft-sell. Cakap kat orang sebelah: Hellooooo. ingat tu. sila save hokehhhh. Jangan nanti tanya lagi tanya lagi. hehehe.
.
Zaman sekarang, soft-sell adalah lebih efektif daripada hard-sell. Soft-sell kat fb memperkasakan informasi pada pengguna & hanya buat promosi iklan hardsell sekali-sekala aja. Bukan setiap hari promosi hardsell tu. Hard-sell adalah lebih kepada promosi perniagaan secara terus kepada pengguna (teknik yang biasa digunakan oleh peniaga).
.
Macam yang saya beritahu tadi, oleh sebab persaingan adalah amat tinggi tak kira apa saja perniagaan yang dijalankan, dan ramai menggunakan pendekatan hard-sell di sini, usahawan yang berusaha lebih membina jenama (PB) melalui soft-sell akan dapat habuan pelanggan yang lebih ramai. Cakap kat orang sebelah: Dapat tangkap ke ni?
.
Tak kira sama ada perniagaan uolss kecil-kecilan ke, sederhana ke, ataupun besar, pemasaran menggunakan laman web sosial adalah di'WAJIB'kan supaya kita tak ketiggalan oleh pesaing-pesaing kita. Sebab tu la kene menuntut elmu. Uolls tak menuntut elmu, uolls rugi hokehh. Sebab sekarang ni baaaanyak gilers cadburry kott sifu-sifu, mentor-mentor perniagaan ni. Kalau untuk Marketing & Sales, Saya Suggest Dr Azizan Osman. My sifu comell.
.
Namun begitu, ramai yang salah gunakan kaedah pemasaran sosial ni. Yang paling jelas ialah kelakuan SPAMMING di Internet, yang bermaksud mempromosikan perniagaan secara membuta tuli di laman-laman sosial akaun milik orang lain.
.
Sering kali, gambar kita di’tag’ dengan mesej iklan produk diorang atau seseorang meletakkan iklan perniagaan di ruang komen Facebook atau blog kita, ada juga yang menghantar pm kat personal massanger mempromosikan perniagaan mereka ke inbox kita tanpa kebenaran.
.
Semua ini dikenali sebagai SPAMMING dan ianya JANGAN DIAMALKAN! Sebab orang tak suka tau. Buat lah guna kaedah marketing yang profesional. Jangan terjah 'rumah' orang ikut suka suki je. Silap-silap kene block terus. Bukan tak menyokong tapi cara anda melakukan tu akan mengganggu.
.
Spamming adalah satu kesalahan etika di Internet. Bukan tu saje, ia juga menjatuhkan kredibiliti seorang usahawan. Di Internet, sekiranya kredibiliti kita jatuh, maka ianya adalah lebih sukar untuk ditingkatkan semula dan promosi anda seterusnya akan menjadi sia-sia. Cakap kat orang sebelah: Hellooo.. take note pleaseeee ;). Kalau orang spam saya, biasanya saya blok laju-laju. Ni yang DAO cakap kuang ajau bisnes. Kikiki.
.
Oleh kerana spamming adalah dilarang di laman-laman sosial di atas (anda juga mungkin akan kena BANNED/ BLOCK oleh pemilik laman tersebut) Jadi, apakah cara terbaik untuk promosi dan pemasaran di media sosial???????
(~ Tertanya-tanya sambil garu kepala yang tak gatal..hehehe)
.
*** Caranya adalah dengan menggunakan wadah laman sosial sebagai tempat membina jenama perniagaan anda. Zaman ini di kalangan pesaing yang amat sengit, jenama memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenama perniagaan.
.
Anggap laman sosial sebagai platform membina jenama perniagaan (PB) uolls. Bila jenama tip top, dan kredibiliti uolls dah mantop, di situlah akan memudahkan uolls dapat jualan. Melakukan promosi membuta tuli di Internet jelas dah tak efektif lagi dah zaman Internet 2.0 kini. Jadi, strategi perlu diubah untuk memenuhi keadaan pasaran semasa. Cakap kat orang sebelah: Paham ke Paham??
.
Dengan adanya laman web sosial, tak lagi mustahil untuk perniagaan kecil-kecilan membina jenama dengan mudah dan murah. Cakap kat orang sebelah: OooOooooOoOoo
.
Don't give up & keep on doing ok.
.
Quotes of The Day:
"Our greatest weakness lies in giving up. The most certain way to succeed is always to try just one more time."
~ Thomas A. Edison ~
.
Diharap sedikit sebanyak dapat bantu sahabat untuk gambarkan macam mana teknik marketing yang sesuai untuk bisnes uolls k. Saya doakan uolls kaya berjaya rezeki melimpah-limpah, serta diredhai. KAYA BERJAYA JUTAWAN DUNIA & KAYA BERJAYA JUTAWAN AKHIRAT
.
**JANGAN SHARE KALAU RASA SHARING NI BORING. HIKS HIKS.
.
Jika Uols belajar sesuatu hari ini. Minta tolong KOMEN & SHARE LINK BLOG: Apa point yang u olls dapat dari sharing saya malam ni. InshaaAllah ada baaanyak lagi ilmu nak share ni.
.
Kredit :
#eidahasan
#FounderEHPS
#TipsEida
#EHPSdihati
#Misi40JuwanEHPS
No comments:
Post a Comment