Showing posts with label SPV. Show all posts
Showing posts with label SPV. Show all posts

Tuesday, 5 December 2017

Soal Jawab Tentang Puteri Vanilla (SPV)

SOALAN 1 : BERAPA HARGA SPV & KUANTITI ??
.
JAWAPAN:
RM69 SEM (SEMENANJUNG)
RM74 SS (SABAH SARAWAK)
ADD RM7 SEM & RM10 SS UNTUK KOS PENGHANTARAN
15 Sachets/box





.
=================================================================
SOALAN 2 : APA KANDUNGAN SPV ??
.
JAWAPAN :
Pueraria Mirifica, Manjakani, BeetRoot, Maquiberry Extract, Tomato Extract, Apricot Kernel Extract, Delima Extract, Manggis Extract, Durian Belanda Extract, Vitamin B17, Honey, Habbatussauda, Oligo Fruktosa, Kurma & Biji Anggur.
.
=================================================================
SOALAN 3: SIAPA PATUT AMALKAN SPV ??
.
JAWAPAN:
.
i. WANITA PERAWAN.
Seawal 4 hari ia menjadikan susuk badan anda berubah. Rupa mukabumi yang mendatar menjadi beralun dan berombak. Penampakan rupa bentuk payudara yang montok dan ampuh juga bentuk punggung yang naik bulat dan pejal.
.
ii. WANITA YANG BERGELAR ISTERI.
Seawal 4 hari ia menyebabkan mata suami anda yang rabun menjadi celik bersinar disebabkan susuk tubuh anda yang berstatus Mak Dara Anak Lapan berubah menjadi Anak Dara Pujaan di malam pertama. Lurah yang hambar kembali menjadi Lurah Dalam. Mana mana yang longgar akan jadi mantop "Super Hebat"!
.
iii. WANITA YANG SEDANG BERPANTANG/LEPAS BERSALIN/SEDANG MENYUSUKAN ANAK.
SPV mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran, mengecutkan rahim, mencuci rahim (mengeluarkan semua darah kotor), hilangkan bau darah, hilangkan bau peluh wanita ketika berpantang, tak ada lagi istilah angin meroyan, ibu lebih tenang walau baby asik berjaga malam, muka nampak bermaya (tak ada lagi muka pucat lesi tak bermaya), serta memperbanyakkan susu badan. Ia juga menguatkan otot pelvis selepas melahirkan bayi dan menguatkan bahagian dalaman yang memainkan peranan 'grip'.
.
iv. WANITA YANG SEDANG BERUSAHA MENDAPATKAN ZURIAT.
SPV mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan menyeimbangkan hormon sesuai untuk mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat. Apabila hormon dah stabil, barulah benih wanita berkualiti. Rahim pun dah standby dan subur.
.
=================================================================
SOALAN 4: KENAPA TIADA PERUBAHAN SELEPAS AMALKAN SPV SELEPAS 1 BULAN SEDANGKAN ORANG LAIN, 1 HARI DAH MERASA KESAN??
.
JAWAPAN:
.
i. TOKSIN
Toksin yang banyak dalam badan, terutamanya yang tersekat di saluran usus pon boleh melambatkan penyerapan zat. SPV akan mencuci buang toksin sehingga habis, baru kesan/khasiat SPV akan dapat dirasai.
.
ii. METABOLISME
Kadar metabolisme yang rendah juga boleh melambatkan proses penyerapan khasiat.
.
iii. AIR MASAK
Kurangnya minum air masak punca SPV lambat bertindak. Air masak merupakan ejen penting menyerap khasiat dengan cepat dan merupakan ejen penting yang membantu menyahtoksin dan bendasing dalam badan melalui peluh dan perkumuhan dengan cepat. Minum 3 liter sehari. (Selagi air kencing warna kuning, maksudnya tubuh masih kurang air).
.
iv. USIA
Makin tua usia seseorang, makin lambat penyerapan khasiat.KENAPA?? Kerana semakin banyak kandungan toxin di dalam badan yang perlu dinyahkan dahulu dan kadar metabolisme yang semakin rendah untuk menyerap khasiat.
.
=================================================================
SOALAN 5 : ADAKAH SPV DIKIRA MAKANAN SUNNAH ??
.
JAWAPAN :
.
TIDAK. SPV tidak dijenamakan sebagai makanan sunnah tetapi hanya memasukkan beberapa makanan sunnah dan gabungan beberapa buah buahan serta bahan lain seperti ubi bit, apricot kernel, grape seed untuk tujuan pemulihan dalam tubuh dan khasiat seumpama dengannya.
.
=================================================================
SOALAN 6 : ADAKAH SPV BOLEH DIAMBIL KETIKA PERIOD ??
.
JAWAPAN :
.
Boleh. Sebab ianya minuman berasaskan tumbuhan/buah, bukan JAMU. Minuman menyerap terus ke dalam tubuh berbanding pil yang memakan masa untuk diserap.


.
=================================================================
SOALAN 7 : KENAPA MINUM SPV BOLEH MENYEBABKAN RAJIN NAK KENCING?? SAKIT KEPALA, LOYA & LENGUH-LENGUH BADAN ??
.
JAWAPAN :Bila minum air masak yang banyak,kita sememangnya mudah nak kencing.Tandanya bagus kerana SPV sedang cuci buah pinggang dan sedang menyahtoksin serta bendasing dalam badan. Lama lama sistem dalam badan serasi dengan keadaan dia minum air lebih.
.
Kurangnya minum air masak dan amalan pemakanan yang tak seimbang punca berlaku sakit kepala/loya, lenguh-lenguh badan dan sebagainya. Ini kerana, tubuh badan mengandungi angin dan toksin yang banyak dan perlu disingkirkan terlebih dahulu dengan mengamalkan air masak yang banyak. Elakkan makan makanan yang sejuk dan elakkan minum minuman yang sejuk/berais.
.
=================================================================
SOALAN 8 : KENAPA MUMMY BF TAK DAPAT PAYUDARA YANG DIIDAMKAN LEPAS AMALKAN SPV ??
.
JAWAPAN :
.
Sememangnya bagi ibu yang sedang menyusukan bayi akan mengambil masa untuk mendapatkan payudara tegang dan montok disebabkan anak menyusu. Namun, SPV boleh memejalkan dan mengimbangkan saiz (maintain) payudara ibu-ibu yang breastfeeding.










.
#SoalJawab
#SPV
#PuteriVanilla
#EHPSdihati


Monday, 27 November 2017

Jommm IKHTIAR HAMIL dengan SET PAKEJ CINTA.


Ada CRAZY MAZY SALE tauuu. Harga terlajak murah yakmat. Rugi kalo tak grab. Sama-sama kita ikhtiar, usaha dan tawakal. Semuanye dengan izin Allah.
Daripada kita tak usaha langsung kan kita tak tau. Mana tau asbab dari Pakej Cinta ni In Sya Allah akak-akak semua dikurniakan anak.


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: text

Wasap 011 21663769 atau dapatkan dari pengedar sah kami dengan klik tab Negeri diata,

Sunday, 26 November 2017

TESTIMONI RAHIM MENGECUT, SUSU MERIAH, LUKA CEPAT SEMBUH

Alhamdulillah start hari kedua selepas melahirkan dah consume SPV + Mocha. Badan takde rasa lemau, rahim pon cepat mengecut, susu pon meriah. Luka dalaman dekat jahitan pon tak rasa sakit tak sampai seminggu.
.
Ibu-ibu yang menunggu hari untuk bersalin tu boleh la try Pakej Power Puff Girls ni. Sekarang tengah ada Sale ni sempena Birthday Founder EHPS. Harga memang terlajak murah dah ni. 😱
.

No automatic alt text available.

Wasap kami di 011 21663769

Atau dapatkan dari pengedar sah kami. Klik tab NEGERI diatas.

Sunday, 19 November 2017

KUNCI SYURGA ADA;AH SABAR

Pernah tak u olls dengar orang zikir macam ni ,

"Saya orang susah, Saya tak pandai itu, Saya tak belajar tinggi, saya nak niaga produk puan tapi saya tak cantik"
.
Yang suka zikir gini, u olls sebenar tahu tak yang semua orang uang berjaya harini pun starting dari tak pandai, bermula dari susah. 
.
Bila kita rajin usaha, baru la senang tu datang. Bila rajin berkawan, dapat raaamai kawan. Bila rajin berniaga, baru dapat hasil dari perniagaan tu.
.
Dan kebanyakannya orang kaya raya multi billionaires harini tu asal dari orang susah. Sebab tu mereka gigih. Bb juga dulu susah beb. 
.
Kalau nak tahu susah macam mana, tahap makan nasi air hari hari, macam dalam citer Bersamamu tu. Sampai ada la yang nak hantar nama kami kat bersama mu tu tapi bb takmo. selagi leh usaha, Bb try usaha. 
.
Masa Bb susah tu family tak ada tahu pun. Jiran jiran je tahu sebab masa tu abg bob tak kije, Bb pun tak kije, ada anak 2 orang masa tu. Jiran prihatin. Tu yang kata dia nak tolong bg nama kat rancangan BersamaMu.
.
Untuk berniaga ni, mulakan dengan apa yang ada. Jangan buat pinjaman, lebih lebih lagi nak pinjam along. Aduhaii Allahu Allah. Pinjam along ni umpama kita keluar mulut rimau masuk mulut naga. Bukan diri sendiri je kena, anak2, suami, parents, adek beradek semua akan terlibat sama.
.
So, pesanan Bb, u olls takyah laa nak risau risau kalau u olls orang susah ke.. kalau u olls tak lawo ke. Kalau u olls tak skolah sampai master phd ke.. sebab Bb pun sampai Diploma Sains Comp Multimedia. Hah hamekk Jauh betul dengan bidang Marketing & Sales.
.
Nak berjaya? Kena rajin usaha. Kita nak lebih? Kita buat lebih. Kita buat kurang, dapat la kurang. Bila dapat kurang, jangan meroyan jangan nak cakap tak ada luck plak. Bukan tak ada luck cuma terlebih penyakit M je tu. Kene tukau bagi vitamin R lelebih sket. Haa gitewww.. Tanya orang sebelah: Ko paham ke beb? 
.
Kena banyak sabar, kalau kita biz arini, esok tak terus jadi jutawan kecuali kita kije jual rumah harga sejuta. Close sale, hahh dapat la sale sejuta. Hihi. Kena laa banyakkan sabar. Kita dulu lahir dari perut umi kita, bukannya terus berlari beb. 
.
Mula mula golek golek mengiring, lepas tu mengesot, lepas tu merangkak, lepas tu jalan jatuh, lepas tu memapah, lepas tu tatih tatih, lepas tu leh jalan slow slow, lepas tu baru la lari. Jauhhhhh perjalanan tu beb. 
.
Tapi kalau rajin usaha. Leh la cepat capai kejayaan tu. Macam baby yang nak jalan laaa memula dah jalan 1-2-3 tapak, jatuh. Baby bangun lagi. Jalan lagi taaa tih taaa tih. Haa baru la leh jalan 10 tapak. Macam tu la kita beb. Jangan gelojoh naw. Ada je rezeki kita. Yakin dan percaya la dengan rezeki Allah. Banyakkan doa dan lepas tu tawakkal. 
.
Kunci syurga adalah sabar. Niatkan segala pekerjaan yang kita lakukan sepanjang hari ini kerana ALLAH.
Image may contain: 1 person, close-up and indoor

.
Niatnya camni;
Apapun yang ku lakukan hari ini Ya Allah, bermula dari bangun dari tidur sehinggalah aku tidur malam ni semuanya kerana ALLAH.
.
.
"Kalau rezeki dari Allah terlambat, maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezeki-Nya bagi anda. 
Kunci kemuliaan adalah rendah hati. 
Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa."
-Saidina Ali bin Abi Talib.
.
Psstttt: Ehem ehem..sempat lagi Bb selfie wefie. Sorry laa.. hobi selfie wefie ni. Mohon jangan kecam. Bb nak kabo je, arini Bb pakai Adara Treatment Foundation, Bedak DGC, Lipmatte DGM code Coral Nude (ok kann color ni?). 
.
Ok tuuu jerr. Belum minum Mocha Cafe lagi ni sebab tadi minum SPV Vanilla. Aummmm.. kotak pink giteww. 🙋‍♀️
.
#BbEidaHasan
#TipsBbEida
#JanganKufurNikmat

Monday, 30 October 2017

PERBEZAAN KONSISTEN AMALKAN PRODUK EHPS

SELAMA BEBERAPA TAHUN MENGAMALKAN SUPLIMEN + KOSMETIK EHPS MARKETING INI  PALING DIKEHENDAKI WANITA MALAYSIA.
:
Nak tahu kenapa? Lihatla kedua gambar Pn Eida Hasan bersama adik beliau Pn Chah Hasan.
Ibumuda berusia 39tahun (Pn Eida) , beranak 6 dan  37tahun (Pn Chah) ,beranak 3 ini dari rupa makcik2 dah bertukar seperti gadis belasan tahun akibat penangan produk EHPS.
:
Latest pic. Tahun ni punya pic. 



.
Konsisten SkinRich, Set CB769, Adara Foundation, Bedak DGC, SPV Bb minum yang perisa Vanilla, kekadang Hazelnut.
.
Kalau compare camni dengan lg pic sebelum ni memang beza lagi ketara kan kan? Ke u olls nampak biasa je. 
.
#BBEidaHasan
#EHPSfounder
#EHPSdihati
#SkinRich
#AdaraFoundation
#BedakDGC
#SPV

Wednesday, 25 October 2017

Apa BEST sangat ke SPV ni?

Apa BEST sangat ke SPV ni? 
BEST sangat-sangat dear! 😘

Dalam SPV ada,

💝 MANJAKANI berfungsi utk ketatkan miss v, atasi keputihan, senggugut, macam anak dara gitew.

💝 PUERARIA MIRIFICA berfungsi membesar dan anjalkan breast & bust.

💝 KOLAGEN IKAN KOD LAUT DALAM untuk cantikkan kulit, rambut, kuku, kesannya berganda-ganda hebat dan pantas daripada kolagen biasa.

💝 VITAMIN C, EKSTRAK M
ANGGIS, TOMATO, DELIMA untuk buang toksin dalam badan dan cerahkan badan.

💝 
EKSTRAK BIJI ANGGUR, APRIKOT, DURIAN BELANDA untuk elak kanser, terutamanya kanser payudara dan kanser serviks (pembunuh utama kaum wanita). Mencegah lebih baik daripada mengubati.

💝 SUSU KAMBING untuk elak penyakit kuning serta menguatkan sistem imunisasi tubuh pada baby bagi bf mommy, menyeimbangkan kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah, bantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus, merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout, menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)

💝 BONUS 3 makanan sunnah (MADU, HABATUSSAUDA, KURMA) untuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan. in shaa Allah.




Pendek kata, mcm2 hado. Terbaekkk dari ladang.
Itu beza produk kami dengan jenama-jenama lain di luar sana dear! 



Whatsapp kami untuk pembelian atau pertanyaan.
011 21663769

Atau klik tab NEGERI untuk dapatkan SPV dari pengedar kami yang sah sekarang!
😉😊😊
























w


Thursday, 19 October 2017

BABY SPV

Amik SPV bulan 11 tahun lepas. Bulan 1 tak sangka dokter cakap hamil. Niat minum SPV nak lancarkan period. Rezeki Allah bagi.
Syukur Alhamdulillah customer ni hamil asbab minum SPV. Selebihnye kita ikhtiar, usaha dan tawakal kepada Allah.

Wasap kami untuk try PUTERI VANILA wasap kami di 011 21663769

atau dapatkan dari pengedar sah kami di tab NEGERI atas blog kami .

#BbEidaHasan
#YMB

Sunday, 8 October 2017

DOA PENGASIH SUAMI ISTERI

Agar hidup yang baru dibina diberkati dan dilindungi, cuba ikhtiar dengan pendekatan Islam. Nescaya kehidupan sebagai suami dan isteri mendapat rahmat juga keberkatan daripada Allah SWT. Moga kalian berbahagia.

DOA senjata bagi umat Islam. Malah Al-Quran juga adalah sumber penawar baik daripada segi zahir mahupun batin. Justeru, sebagai pengantin baru dan menjadi kewajipan bagi suami untuk membimbing isteri dan keluarga mendekatkan diri dengan agama selain menuntut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. 





Berikut adalah sebahagian daripada panduan untuk kalian tekuni dan amalkan sebagai bekalan melayari alam rumahtangga. Semoga sentiasa mendapat keberkatan, insya-Allah


PANDUAN 1 

ZIKIR DAN DOA LEMBUTKAN HATI (SUAMI, ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN)

Zikir Pelembut Hati — Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut.
(1) Ya Aziz (2) Ya Jabbar (2) Ya Mutakabbir
TIPS: Mulakan dengan membaca Al Fatihah sekali kemudian diikuti dengan doa ini.
Maksudnya: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Surah Al-Hasyr Ayat 21).
Baca juga Surah Toha ayat 1 hingga 5
Maksudnya: 1) Taa. Haa 2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 4) Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 5) Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy.

Kemudian berdoa: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau melembutkan bagi Daud akan besi.” Isteri juga boleh membaca doa ini sewaktu suami tidur. Hembuskan di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah SWT lembutkan hatinya. 

PANDUAN 2

DOA PENGIKAT KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Maksudnya: “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuh-Ku dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku."
TIPS: Apabila bersua dengan pasangan, baca ayat ini. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadai sekadar membaca di dalam hati.

PANDUAN 3

DOA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Imran Ayat 31)

PANDUAN 4

DOA ISTERI BUAT SUAMI

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Jadikanlah suamiku sebagai pemimpin yang baik bagi diriku dan anak-anak kami. Jagalah suamiku di dalam mencari rezeki-Mu dan bawalah dia kembali dengan membawa reda-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin ya Rabbal ’alamin.”

PANDUAN 5

DOA PENGASIH BUAT SUAMI ISTERI

Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” (Surah Yusuf Ayat 4)



PANDUAN 6

DOA MOHON JODOH DAN KETURUNAN YANG BAIK

Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” (Surah Al-Anbiya Ayat 89)

 PANDUAN 7

DOA MOHON ZURIAT

Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. Surah Al-Imran Ayat 38

PANDUAN 8

DOA NABI ISA MOHON REZEKI

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit yang turunnya akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripada-Mu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Mu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.” Surah Al-Maidah Ayat 114

PANDUAN 9

DOA MOHON DIMURAHKAN REZEKI 

Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” Surah Asy-Shura Ayat 19

PANDUAN 10 

DOA MOHON REZEKI YANG LUAS

Maksudnya: “Dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

PANDUAN 11

DOA AGAR SUAMI DAN ISTERI SELALU DIBERI KEMUDAHAN DALAM URUSAN

Maksudnya: (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan- kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

PANDUAN 12

DOA AGAR PASANGAN SETIA DAN ELAKKAN SUAMI ISTERI BERGADUH

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai ketenangan). Surah Asy-Syura Ayat 19



PANDUAN 13

DOA SUPAYA DICUKUPKAN KEPERLUAN

Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

PANDUAN 14

DOA SEBELUM BERJIMAK 

Maksudnya: Dengan nama Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada Kami.

PANDUAN 15

DOA KEBAHAGIAAN SEKELUARGA

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

PANDUAN 16 

DOA AGAR DIRI, PASANGAN DAN ANAK MENJAGA SOLAT 

Maksudnya: Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Surah Ibrahim Ayat 40

PANDUAN 17

DOA UNTUK MEMPEROLEH ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH 

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari golongan orang-orang yang soleh. Surah As-Shaffat Ayat 100.

PANDUAN 18

DOA PERLINDUNGAN UNTUK ANAK

Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. Hadis Riwayat Al-Bukhari (3371)

PANDUAN 19

DOA MENGHILANGKAN PERASAAN MARAH 

Maksudnya: Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku dari syaitan.

PANDUAN 20

DOA MEMOHON KETABAHAN HATI

Maksudnya: Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang jalut dan tenteranya mereka berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

PANDUAN 21

DOA ELAK GANGGUAN JIN/SYAITAN

Maksudnya: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (Surah Al-Mu’minun Ayat 97 dan 98)

PANDUAN 22

DOA KETIKA BERLAKU INZAL (KLIMAKS)

Suami menyebut di dalam hati tanpa menggerakkan bibir doa ini ketika hendak berlakunya inzal.
Maksudnya: Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu, ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhanmu Maha Berkuasa.” Surah Al-Furqan ayat 54

PANDUAN 23

DOA PENDINDING SIHIR 

Maksudnya: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh) engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan amatlah berat azab seksa-Nya. (Surah An-Nisa’ Ayat 84)

PANDUAN 24

DOA PEMBATAL SIHIR 

Maksudnya: “(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan.”

“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintah-Nya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” (Surah Yunus Ayat 81 dan 82)

PANDUAN 25

DOA KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT 

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”