Wednesday, 8 March 2017

KUASA MINDA JUTAWAN

"What ever is going on your mind is what you atrracting"
.
Bismillah. Alhamdulillah, pagi ni sempat beri tazkirah simple mimple dalam group tadi mengenai "Kita apa yang kita fikir". Kalau kita rasa hidup kita ni so & so. Maka so & so aje lah yang kita akan dapat. Sebaliknya kalau kita fikir hidup kita ni saaangat ceria, luar biasa dan saaangat berjaya, Maka kejaayan demi kejayaan yang best best yang kita dapat.
.
Sebab tu lah start bangun tido lagi, kita dah kene setting pasak dalam kepala dan minda kita ni. YES! YES! YES! Harini mesti lebih berjaya dari semalam. Mesti lagi baaanyak sale masuk. Mesti lebih bahagia dari semalam. Mesti lebih gojez hebat dari semalam. Mesti give more effort banding semalam. Kalau semalam usaha kita baru gear 2, harini upkan naik jadi gear 3 atau gear 4.
.
Pagi ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman mengenai apa yang kita fikir, itu yang kita tarik… Dan itu yang kita dapat. Percaya atau tidak…itu yang akan kita perolehi. Itu adalah hukum universal. Ini bermakna, jika kita mahukan sesuatu itu benar-benar terjadi, kita kena fikirkannya. Namun,jika kita tidak mahu perkara itu berlaku…sesekali jangan memikirkannya. Apatahlagi membayangkannya
.
Apa yang kita fikir, itu yang kita tarik
.
Pernah tak teringin sangat nak makan satu-satu jenis makanan, tiba-tiba ada yang menghantar atau belikan makanan itu kepada kita walau kita tidak berkata apa-apa. Cuma bermonolog dalam hati.
.
Pernah tak kita risau untuk tinggalkan selipar kita di satu-satu tempat kerana takut ia hilang, dan akhirnya betol beb! Selipar tu betul-betul hilang.
.
Siapa sebenarnya yang melakukannya? Siapa sebenarnya yang membuatkan apa yang kita risaukan ini benar-benar berlaku? Dan kenapa sebenarnya ia boleh berlaku? Ecewahh banyak benor soalan dalam kepala kann?
.
Ini adalah satu hukum tarikan universal atau boleh juga dinamakan sebaga Reticular Attraction. Sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik antara satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal.
.
Hukum tarikan universal, apa tu?
.
Haaa meh rapat rapat sikit BB nak story sket. Kita blajo subjek sains balik laa ni hehe. Mengikut hukum sains, setiap zarah terdiri daripada atom yang punyai elektron. Semua elektron mengelilingi nukleus pada orbit dan frekuensi (getaran) yang tertentu. Frekuensi yang sama menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama. Ia dapat difahami apabila kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam di dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan. Hahhh hamekk. Tetiba balik zaman skolah plak kann? Siapa tak lulus sains, dia kompem tak ingat pasal eletron, atom dan zarah. Kikiki. takpe takpe. takyah bukak buku sains. Saya dah terangkan dah tu hehe.
.
Jadi, apa kaitan dengan apa yang kita fikirkan?
.
Oraitt. Ni laa nak story mory nih. Kalau u olls nak tahu, minda kita juga sentiasa bebaskan gelombang. Ayokkk!! tahu ke apa gelombang tu? Kalau tak tahu, payah gak la nak kasi jelaskan ni hehe. Kalau x faham gelombang, wave faham kot. hahaha ikut omputeh kot lagi paham yea. Kikiki.
.
Gelombang dalam minda ni la yang menarik sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama. Semakin tinggi fokus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku. Haa sebab tu laa asik dok sebut fokus fokus fokus tu. Bukan sebut main suka suki sebut je beb. Haa BB ni jenis suka laa kaji kaji sikit. Kekonon suka laa selidik kenapa itu dan ini. Ok nak tanya sikit kat u olls. Kenapa orang kat utara leh berhubung dengan orang kat selatan dengan henpon? Walhal bukan ada tali ke wayar ke yang leh hubungkan tu. Haa kat situ laa fungsi gelombang tu. Sekarang ni rasanya lebih jelas kot macam mana fungsi gelombang tu.
.
Perasaan gembira dan benci menghasilkan gelombang yang berbeza. Minda positif menarik sesuatu yang positif datang kepadanya. Manakala minda negatif menarik sesuatu yang negatif kepadanya. Yang negatif tidak boleh menarik yang positif. Itu hukum universal.
.
Satu gelombang saja dalam satu masa
.
Menurut Wallace D. Wattles dalam bukunya The Science of Getting Rich, satu gelombang sahaja boleh berada dalam minda kita pada satu-satu masa. Gelombang yang lebih dominan menguasai minda kita sama ada gelombang negatif ataupon gelombang positif. Kita yang memilihnya!
.
Haaa.. paham kerrr beb? Maksudnya, gelombang ni super power taw. Dalam kepala kita ni kalau kita asik dok pikir benda benda yang negatif, so meeemang yang negatif je la yang dapat. Jadi, kalau benda negatif jadi kat kita, memang ada kaitan dengan gelombang dalam minda kita tu. Haa clear dak? Jadi. Jangan la asik nak pikir yang negatif je. Fikir hanya yang positif jer. Kalau let say terlintas yang negatif, cepat2 kasi padam buang jejauh beb. Rugi laa.. pepenat je kita set positif. Tetiba minda kita, kita set negatif. Hancusss beb.
.
Hadis Qudsi yang bermaksud:-
.
“Aku bertindak menurut sangkaan hambaKu. Aku selalu bersama hambaKu sekiranya dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam khalayak ramai, Aku mengingatinya dalam khalayak yang lebih ramai ( para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekatiKu sejengkal, Aku mendekatinya dengan lebih dekat lagi (sehasta). Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekatiku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari.”
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
.
Maksud di sini, jika kita bersangka yang baik-baik, maka yang baik-baik yang akan kita dapat. Begitu juga sekiranya kita sangka yang tak baik, yang tak baik tulah yang kita akan dapat. Allah akan memberi mengikut sangkaan kita. Haa clear dak?
.
Hukum graviti juga merupakan hukum tarikan. Kita percaya kan? Sebab itu semua di bumi ini boleh terletak dengan elok tanpa terumbang ambing kan. Kita percaya hal ini walau kita tidak nampak pon di mana tarikan graviti itu. Ia boleh dilihat bila kita tengok diri kita sendiri pon boleh berjalan dengan elok di bumi ni kan. takde yang tiba-tiba terbang terumbang- ambing kan. Yang takde graviti tu kat angkasa nun. Terobang sana. terobang sini kat angkasa tu. Tak berpijak di lantai/tanah.
.
Begitu juga dengan hukum tarikan universal ni. Walau tidak nampak wujudnya dia, tapi kita boleh lihat yang dari sangka-sangka kita selipar ni “takut hilang”…tiba-tiba memang hilang.
.
Selepas kita faham konsep hukum tarikan universal ni, kita akan lebih positif dalam segenap aspek. Semestinya kita hanya nak tarik yang baik-baik dan yang positif-positif aje yang datang kepada kita kansss.
.
Jom ubah diri kita. Jadi yang lebih positif dari biasa. Sebab kita HANYA NAK tarik yang positif-positi dan baik-baik saja dalam hidup kita.
.
Sila klik SHARE taw. Mohon jangan copy paste. Penat BB mengarang untuk u olls taw. Lagi pun kita nak genuinity kan? Bantu saya share supaya raamai yang akan dapat ilmu bermanfaat pagi ni. Jangan lupa taw, yang belum follow tu klik follow & set see first taw taw. hiks hiks. 😍🌹. Komen yang positif plishhhh! Macehh dedarlss <3
.
Saya doakan sahabat sahabat yang baca posting BB ni mendapat rahmat Allah, sentiasa dideraskan rezeki, di banjiri dengan rezeki di hujani rezeki, di luaskan rezeki, di beri kesihatan yang baik, panjang usia, semakin kaya dan semakin berjaya dengan izin Allah. Allahumma Aaminn. Saaayangg u olls. Mmuahhh!!💋
.
Psstt: Sorry agak panjang sebab saya tak tahu part mana yang saya nak pendekkan. Hikhikhik. Mujur tak sampai 14 mukasurat. Hehe. Terima Kasih sudi baca.
.

Kredit to :
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati #KuasaTarikan

No comments:

Post a Comment