Tuesday, 17 January 2017
MINDA MISKIN: HIDUP DALAM COMFORT ZONE, MACAM KISAH KATAK OIII KATAK
Cerita motivasi hari ini :
.
Kisah Katak Oiii Katak.. Oppsss oppsss.. sebut betul-betulll. Katak Oiii Katak. Hehehe. Bukan Katak Ohh Katak hokehh. Ahakss!!
.
Ini adalah kisah katak oleh MENTOR saya Dr. Azizan Osman, yang menjadi inspirasi.
.
Kalau dalam dewan seminar, DAO siap suh bunyi katak. Yang duduk sebelah kanan dewan, bunyi katak ong ong. Yang duduk sebelah kiri dewan bunyi gedek-gedek-gedek, Yang duduk kawasan tengah dewan bunyi ribib ribib. Bila doc tunjuk tangan so bergema laa bunyi katak. last-last doc cakap bagusss katak katak sekalian. Hahadoiii. Sobariah betul. Lawak sangat.
.
Alaa.. gegurau jer kann? Sunyi laa kalau tak ada kecerian dan gurauan dalam hidup. Mohon senyummmm paling ikhlas sket. Jangan la kelat sangat muka tu.
.
Anda pernah dengar kisah katak? Kisah katak di dalam bikar? Apa??Tidak pernah?? Waduh2. Cakap kat orang sebelahh. : uishhhh. Kesiannnnnn..
.
Oraittt! Biar saya kongsikan lagi sekali. Ada yang dah buat ujikaji pada katak.. biasala kann. Masa zaman sekolah dolu-dolu, Subjek Biologi geli taw nak pegang katak. Tapi kene buat gak ujikaji tu. Mana tidaknya lembab licin semacam jer. Eyewww.
.
Katak la yg sering kita jadikan bahan ujikaji. Tak tahu la nape glemer sangat katak dalam lab skolah. Maybe sebab katak ni spesel edisen kot. Allah cipta spesel. dah bedah katak pun leh melompat balik wehhh. Opocottt!! terkezuttts mak. Pucat lesi jappp kalau teringat balik kisah kat lab sekolah. Dah cikgu cakap guna katak, kitorg pun follow je le. Hahaha. Okey la.. sambung cerita. karang melalut pulak mau 14 muka surat pulak ni kannnnn. Kikiki.
.
Orait mula-mula, katak yang terpilih tersebut dimasukkan ke dalam satu bikar yang berisi air yang panas mendidih. Apabila katak itu dicampakkan ke dalam bikar tersebut, katak tersebut terus menggelupur melompat keluar dari bikar yang berisi air panas tersebut. Sebab apa? Adehh, soklan cepu cemas pun takleh nak jawab. Ekekeke. Sebab panas lerrr, sebab apa lagi.
.
Kemudian, katak tersebut kena melalui ujian kedua plak. Di dalam ujian kedua kali ini, satu bikar telah digunakan untuk diisi dengan ketulan ais. Dan seekor katak telah diletakkan di dalam bikar dimasukkan ketulan ais tersebut. Memang katak suka dengan tempat yang sejuk dan seronak beronok ronoklah dia sambil nyanyi2 lagu Dato' Siti Nurhaliza.. "Biar lah Rahsia" lah sangat. (Tangan kat bahu, mata pandang siling) kikiki.. ?(Daku gelak sambil tekup mulut, kekonon sopan naw leteww.. haha)
.
Tak lama selepas itu, bikar yang berisi ais dan katak tersebut dipanaskan menggunakan penunu Bunsen yang diletakkan dibawah bikar. Bikar tersebut dipanaskan perlahan-lahan yang leh sebabkan ais tu semakin lama, semakin cair. Setelah berubah jadi air dan ianya semakin panas menggelegak, mula-mula macam best. Sbb macam berendam air panas panas suam suam kuku gitew. Ok lagi tu, macam kita berendam kat kolam air panas la kann. Ahakss.. cakap kat orang sebelah: Amacam??
.
Tik Tok Tik Tok (Bunyi jam orang sebelah). Masa pun berlalu, air dalam bikar makin lama jadi makin panas. Bukan takat panas wehhh siap menggelegak lagi. Ironinya katak tu tetap tidak berganjak keluar dari air panas tersebut dan akhirnya ianya mati katak dalam bikar tu. Cian kat katak kann?
.
Apa yang boleh kita pelajari dari kisah katak ini? Angkat tangan. Tak pun komen la laju-laju. Heheheh. Apa yang u olls dapat pelajari dari kisah katak ni??
.
Katak sebenarnya punyai sel memori, walaupun ianya adalah sel ingatan yang kureng, tak sama macam manusia, tapi katak dapat rakamkan “perasaan” seronok kesejukan diatas ketulan ais tersebut. Bila ais berubah menjadi cair dan makin lama makin panas, katak tersebut tidak mahu “melepaskan” memori indah diatas ketulan ais, dia merasa cukup selesa dengan memori tersebut dan walaupun air semakin panas, katak tersebut tetap tidak berganjak dan akhirnya lebih rela mati daripada berubah atau bertindak keluar dari situasi tersebut. Tanya orang sebelah: Nak jadi ke macam katak?? Jawapan BB Eida is No! No! No!.
.
Di dalam situasi kehidupan kita, ramai juga yang “terperangkap” dengan zon selesa lah sangat (Comfort Zone) merasa selesa dengan apa yang ada dan tidak perasan yang kos sara hidup dan cabaran hidup di sekeliling mereka semakin hari semakin hebat.
.
Ramai yang tak perasan yang pendapatan yang biasa-biasa hari ini hanya mampu buat mereka hidup “biasa-biasa” sahaja hari ini dan akan datang. Ramai yang dak sedar yang mereka semakin hari semakin menjadi “tak mampu” untuk mempunyai banyak pilihan.
.
Ramai yang tak sedar yang mereka membesar dengan “termakan” dengan banyak kata-kata negatif atau program minda yang salah seperti “Hidup ini jadi orang sederhana atau biasa-biasa sudahlah, tak payah kaya sangat!” atau ayat seperti “Alah, buat apa jadi kaya tapi hati tidak senang, lebih baik miskin, tidak ada duit tapi hati senang!’ atau ayat seperti :”Cukuplah apa yang ada, hidup ini tidak lama, mati tidak bawa pun harta benda semua masuk dalam kubur!”. Ataupun dengan kata2 "cukuplah hidup sederhana je.. watpa nak mewah sangat.. nanti lupa diri...". Ada lagi satu yang orang selalu sebut "Alaaa orang perempuan ni balik-balik kedapur jugek" haaaa. Cakap kat orang sebelah kiri, orang kanan, orang depan, orang belakangg: kesiannnn sesangat. Ish ish ish.
.
Itu adalah ayat-ayat “Minda Miskin” yang salah asuhan sebenarnya. Saya pun dulu banyak dipengaruhi oleh persepsi yang salah tentang kekayaan dan hidup luar biasa. Dan ianya menjadi penghalang atau paradigma (haa sekali sekala guna ayat ni kekonon macam gud gud sket arr) hihi. Minda miskin ni la yang menghalang saya untuk hidup luar biasa kaya dan berjaya serta diberkati dulu.
.
Saya dapati untuk bina satu kehidupan yang cantik serta berjaya di dunia dan mudah-mudahan berjaya di akhirat. Dengan izin Allah, kita perlu maksimakan hidup serta peluang yang diberikan oleh yang Maha Kuasa. Kita tidak dihidupkan melalui proses yang “biasa-biasa”. Ibu bapa kita “bertemu” dan akhirnya kita dikandung oleh ibu kita serta dibawa ke mana sahaja di dalam tempoh 9 bulan 10 hari.
.
Hari ini ramai daripada kita yang engkar atau malu dengan situasi ibu ayah kita dan ramai yang “membuang” ibu ayah mereka sedangkan ibu kita tidak pernah malu untuk mengusung kita di dalam kandungan ke sana sini ketika ia hamil serta sentiasa menjaga kita bila kita dilahirkan. Kita dijaga dengan perhatian yang luar biasa sehinggalah kita boleh berdikari tiba-tiba kita mudah terguris atau tersentuh hati serta merajuk dengan ibu bapa kita yang mencurahkan kasih sayang serta banyak pengorbanan yang luar biasa terhadap kita.
.
Tuhan tidak menjadikan kita hanya untuk hidup sekadar di pinggiran atau menjadi “biasa-biasa” sahaja. Di situlah perbezaan di antara yang mensyukuri nikmat serta yang tak mensyukuri nikmat. Sekiranya kita bersyukur, kita akan melakukan yang terbaik di dalam kehidupan kita untuk diri kita, keluarga kita, anak bangsa kita, agama kita dan negara kita.
Adakah mustahil seseorang itu boleh hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan sentiasa diberkati? Pastinya tidak mustahil. Ramai orang yang telah berjaya hidup luar biasa begitu, cuma kadang-kadang disebabkan hidup kita sekarang ini di kelilingi oleh “katak”, maka kita ingat semua orang hidup macam katak iteww.
Wallahualam..
.
p/s: Best kan cita Katak Oiii Katak ni??? hikhikhik. Saya suka sebab ..disebabkan katak ni juge la saya berubah dari biasa-biasa jadi luar biasa.. baca.. muhasabah.. renung-renungkan dan selamat beramal. Wink! Winkk! Winkk!
.
Syukur.. dapat infaq sikit ilmu harini..
.
SAYA DOAKAN ANDA KAYA BERJAYA JUTAWAN DUNIA AKHIRAT SERTA DIREDHAI.. DENGAN IZIN ALLAH.. AMINN..
.
Jangan lupa COPY PASTE KREDIT TO : PN EIDA HASAN(EHPS) posting-posting lain sama yang rasa bermanfaat.
.
Pic sumber google: Kiut pulak tenguk katak bawah munge matahari itew kannn?
.
Psst: Kalau ada yang minat niaga dan tak tahu nak berniaga apa, tak tahu nak buat apa untuk keluar dari comfort zone, especially suri rumah. kalau yang bukan suri rumah pun di alu alukan. Boleh join team saya. pm tepi taw. InshaaAllah kami semua berjamaah dalam EHPS. Asalkan janji, nak BANGKIT dan betul betul nak BERJAYA & FOLLOW seketoi seketoi saya ajar dalam team nanti. Tak ada magic. untuk berjaya, kene usaha, doa, istiqomah dan tawakkal pada ALLAH. <3
Wasap 011-21663769
.
Regards with LUV,
Copypaste , #FounderEHPS #EHPSdihati #Misi40JutawanEHPS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment