Sebelum saya mulakan penulisan, saya mohon maaf sebab lambat share
posting saya ni, harini bz menguruskan beberapa stok yang baru sampai.
Alhamdulillah. baru settle & dah agihkan untuk post out esok.
Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan.
.
Terima kasih
kepada sahabat BB yang tak henti send positive energy. BB doakan anda
semua di limpahi rezeki yang besar besar. Rezeki yang tak disangka
sangka. Allahumma Aminn.. Tak sangka juga seawal jam 7 malam, posting
pertanyaan saya tu dah pun cecah 400 likes. Idea pun laaju je datang +
energy positif yang luar biasa. Walaupun hari Ahad.
.
Oraitt saya sambung topik ni sebelum saya lebih kelaut merepek jer kann..hehehe.
.
Doa supaya cepat kaya seperti Nabi Sulaiman tentu semua orang menginginkannya. Tanya orang sebelah: Betul ke betul?
.
Kita tahu Nabi Sulaiman as adalah salah seorang Nabi yang dilimpahi
kekayaan melimpah ruah yang belum pernah ada sebelumnya. Selain itu Nabi
Sulaiman as juga dikurniakan dengan pelbagai mukjizat dan salah satu
antaranya ialah dapat memahami bertutur dan memahami bahasa haiwan.
.
Ketika tu Nabi Sulaiman menjadi penguasa yang diwarisi dari nabi Daud
as. Dari manusia, jin sampai haiwan pun tunduk dengan perintah Nabi
Sulaiman. Nabi Sulaiman diberi kuasa oleh Allah SWT untuk memerintahkan
jin-jin dalam membangun bangunan dan memindahkan singgasana ratu Saba’.
Dan mengajak ratu Saba’ untuk beriman kepada Allah dan meninggalkan
agamanya terdahulu iaitu menyembah matahari.
.
Doa Nabi
Sulaiman untuk kekayaan ini juga diabadikan dalam al-Qur’an Surat Sod
ayat 35 (ayatnya seperti attachment di bawah) sebagai berikut:
.
Yang bermaksud : "Wahai Tuhanku, Ampunkanlah kesilapanku, dan
kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang
tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku, sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Pemberi". (Surah Sod: 35)
Allah menkabulkan doa Nabi Sulaiman, dengan memberikan anugerah dan
pengetahuan yang besar serta melimpahkan kekuasaan yang besar dan
pemerintahan yang besar serta kuat atas
Nabi Sulaiman as. Dalam
ayat-ayat yang menceritakan kehidupannya, berbagai perincian mengenai
kekayaan, pemerintahan, dan bagaimana dia menggunakan pengetahuannya
telah disampaikan.
.
Dengan limpahan anugerah yang Allah beri
tu, membuatkan Nabi Sulaiman as semakin bersyukur Allah SWT. Syukur Nabi
Sulaiman ketika dipuncak kejayaan di luahkan kedalam doa Nabi
Sulaiman:
.
Maksudnya: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman
(mendengar) kata-kata semut itu. Dan dia berdoa: "Wahai Tuhanku, berilah
daku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau
anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan
limpah rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh".
(Surah An Naml: 19)
.
Penjelasan doa Nabi Sulaiman di atas:
Doa di atas elok dibaca agar kita mendapatkan ilham untuk mensyukuri
nikmat serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beramal soleh
di dunia hingga kemudian mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Doa tersebut pula yang dibaca Nabi Sulaiman a.s. yang kaya raya tidak
ada bandingannya.
.
Hikmah Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan
Jika Anda sudah dilimpahi rezeki oleh Allah, jangan lupa untuk
mensyukurinya. Serupa dengan Nabi Sulaiman yang sangat mensyukuri
kurniaan Allah kepadanya. Rezeki, kemasyhuran dan kejayaan adalah ihsan
dari Allah untuk menguji kita apakah kita bersyukur kepada Allah atau
lagho/mengingkarinya. Cakap kat orang sebelah: Yeop Jangan lupa
bersyukur Yeop!! Hihi.
.
Kadang orang suka sebut tanpa sedar.
Sebut apa tu? Perasan tak kadang ada yang suka sebut gini, “Kejayaan ini
adalah hasil kerja kuat ku”. Takutnyaaa bila ustaz cakap, Orang seperti
ni lah yang tak akan kekal kejayaannya.. On & Off je kejayaan dia
tu. Ada juga yang tertahan tahan je kejayaan dia tu. Sebab apa ek?? Haa
ustaz cakap, sebab tak bersyukur/kurang bersyukur. Sebaiknya ayatnya
macam ni: “Kejayaan luar b iasa ni adalah dari Allah agar kita selalu
mensyukurinya”.
.
.
Ehem-ehem.. Sudahkah Anda bersyukur hari ini?
Mari kita syukuri sekecil apapun nikmat yang kita terima. Karena dengan
bersyukur, maka Allah akan menambah nikmat kita. Itulah janji Allah
yang pasti ditepati. Uitsss. dapat ilmu pun kene bersyukur juga taw taw.
Hihi. Nunite sahabat. Maaf atas kelewatan sharing posting doa ni. Jom
amalkan apa yang baik baik.. apa yang tak baik kita tukokan jadi baik.
Tanya orang sebelah: Boleh ke boleh? kikiki
.
ANDA KAYA & BERJAYA. Moh ler klik klik share link blog (say no to copy paste 😒)
WithLove 😘
#EidaHasan
#FounderEHPS
#EHPSdihati
Minta izin utk copy doanya ya tuan. Terima kasih.
ReplyDelete