Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5
iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat
& impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,"Aku pun tak ada duit"
.
2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan
mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung
mereka?
Tergamakkah kita berkata,"Aku pun tak cukup makan."
.
3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik,
hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan
mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita
kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah
keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata,"Aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."
.
4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang
menjenguk. Siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik
sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita
rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka
sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang
jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"Aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."
.
5. Bila Ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, Siapakah yang berada
disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita
buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah
wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita
berkata,"Aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit
tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."
.
6. Bila
Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran,
mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka
membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita
mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban,
bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita
dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG
ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang
anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"Aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."
.
7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka
hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah, Walau
apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas
jasa mereka kerana setitik air susu ibu,setitik keringat ayah, Apakah
nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita?
Boleh kita bayangkan bersama2?
Sedarlah sahabat
semua,berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih
hidup.Sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa
kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita.
Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita
gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU
IBU BAPA KITA.
Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka
menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat
yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH
KITA MENILAI DIRI SENDIRI.
Al-Fatihah untuk Rasulullah dan para
sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri/suami
kita dan anak-anak kita. Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua.
Aamiin Ya Rabbal alamin.
~Semoga Bermanfaat Untuk Anda ;) ~
#SharingIsCaring #EidaHasan #AgenDropshipDiperlukan #JomJanaPendapatanBersamaEHPSmarketing
P/S : Jom dapatkan Buku Jutawan Suri Rumah Eida Hasan sementara stok masih ada
No comments:
Post a Comment