Beberapa persoalan sering terlintas di pemikiran kita. Ramai juga
yang tanya saya soalan soalan macam ni. Jom baca apa soalan soalan tu.
Antaranya :-
.
(i) Kenapa ada orang yang lahir miskin dan ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya?
(ii) Betul ke, seseorang yang kaya itu adalah disebabkan tuah dan orang miskin jadi miskin disebabkan takdir?
(iii) Betul ke, untuk menjadi kaya kita perlu belajar daripada mereka yang kaya?
.
Wokehhh. meh rapat sket nak story mory pasal topik ni bagi clear water
sket. Kaya atau miskinnya seseorang tu, telah ditentukan Allah. Namun
tak salah untuk kita lihat, belajar dengan cara mencontohi kejayaan
mereka yang kaya agar nasib diri kita berubah kepada yang lebih baik.
Tanya orang sebelah: Betul ke Betul?
.
Dalam Al-Quran sendiri
ada menyebut bahawa, tidak akan diubah nasib sesuatu kaum itu, sekiranya
mereka tidak merubah nasib mereka sendiri. Jadi, jom kita kaji sikit.
Macam mana cara orang kaya berfikir?
.
Macam mana minda orang kaya berfikir?
.
Jika dikaji pemikiran orang kaya di dunia antaranya Bill Gates, Warren
Buffett atau di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kita akan
dapat lihat ciri-ciri dan sifat-sifat peribadi yang berbeza berbanding
orang biasa. Apakah sifat sifat peribadi yang berbeza dari orang biasa
(sifat peribadi yang luar biasa) tu? Meh nak bagitau. Antaranya ialah:
.
1) Suka berniaga atau usahawan semulajadi:
.
Hampir kesemua orang kaya memiliki perniagaan sendiri kecuali mereka
yang mewarisi kekayaan keluarga. Dalam sejarah, hampir tak pernah
berlaku orang makan gaji menjadi kaya raya. Jika ada pun tak sampai pun
5%. Jadi jika mahu menjadi kaya, anda perlu memulakan perniagaan
sendiri. Orang kaya juga ada kalanya melakukan multi-tasking dalam
kehidupan seharian mereka, maksudnya melakukan lebih daripada satu kerja
pada satu masa!
2) Berpandangan jauh dan mempunyai visi:
.
Orang kaya percaya untuk nak jadi kaya mereka perlu berpandangan jauh.
Mereka juga ada matlamat hidup, tak kira sama ada matlamat jangka
panjang atau jangka pendek. Bagi mereka, kekayaan bukanlah sesuatu yang
perlu ditunggu atau diberikan oleh pihak lain, tetapi diraih dengan
perancangan yang baik.
3) Sukakan duit:
.
Sifat orang
kaya memang sukakan duit, namun bagi mereka wang bukanlah
segala-galanya. Mereka tahu tiada batasan had kekayaan apabila bekerja
sendiri berbanding kerja makan gaji. Mereka juga menghargai duit dan
belajar untuk meningkatkan jumlah duit tersebut . Dan mereka percaya
wang dan kekayaan perlu untuk mencapai tujuan hidup. Dalam erti kata
lain, dengan wang yang dimiliki boleh meningkatkan taraf hidup, taraf
kesihatan dan kualiti kebahagian yang mereka miliki. Tak lupa juga boleh
bantu raaamai orang.
.
4) Tidak menganggap duit sebagai punca kejahatan:
.
Bagi mereka, dengan mempunyai banyak wang, akan dapat mengelakkan
mereka dari terjerumus ke dalam masalah akibat tidak memiliki duit
seperti merompak, membunuh dan mencuri.
.
5) Orang kaya suka menyimpan:
.
Orang kaya sentiasa menyimpan sekurang-kurangnya 50% hasil pendapatan
mereka. Oleh itu jika ingin keluar dari kemiskinan maka anda perlu
berusaha untuk lebih banyak menyimpan.
.
6) Orang kaya selalu membuat pelaburan untuk menggandakan kekayaan:
.
Wang menghasilkan wang! (Fikir macam mana cara nak beranakkan duit tu.
Haaa bukan macam orang perempuan bersalin tu taw. Haa jangan silap faham
tu. Hihi). Kebiasaannya orang kaya akan faham bahawa wang yang
diperoleh daripada keuntungan perniagaan bukanlah untuk dibelanjakan
melainkan untuk diproduktifkan sehingga kembali menghasilkan wang.
.
Mereka akan melaburkan duit yang mereka miliki dan berusaha melaburkan
semula keuntungan perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka,
menambah pelaburan emas, perak, amanah saham dan pasaran saham dengan
harapan agar duit ini akan berganda menjadi lebih banyak pada masa
hadapan. Walau bagaimanapun, apa saja bentuk pelaburan adalah berisiko
tinggi. Anda perlu belajar untuk melaburkan duit yang anda miliki, ilmu
pengetahuan anda mungkin akan mengalami kerugian dalam pelaburan yang
dilakukan. Warren Buffet pernah berkata, jangan melabur jika anda tak
tahu apa yang anda lakukan!
.
Sila LINK SHARE taw. Mohon jangan
copy paste. Penat BB Eida mengarang untuk u olls taw. Lagi pun kita nak
genuinity kan? Bantu BB share supaya raamai yang akan dapat ilmu
bermanfaat malam ni. Dann u olls pun secara tak langsung dapat saham
akhirat.
.
BB doakan sahabat sahabat yang baca posting ni
mendapat keberkatan dan redha Allah, sentiasa di laju lajukan rezeki, di
luaskan rezeki dari segenap sudut, di beri kesihatan yang saaangat
baik, panjang usia, semakin maju jaya dengan izin Allah. Allahumma
Aaminn. Saaayangg u olls. Mmuahhh!!💋
.
Psst: Jangan lupa taw, yang belum follow tu klik follow FB & set see first taw taw. hiks hiks. 😍🌹. Komen yang positif plishhhh! Macehh dedarlss ❤️
.
Kredit to :
#feidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati #6SebabKenapaBisnesGagal
No comments:
Post a Comment