Sunday, 12 March 2017

6 SEBAB KENAPA PERNIAGAAN ANDA GAGAL

Bismillah. Hari  ni saya terpanggil untuk share 6 sebab kenapa perniagaan gagal. Sebab raaamai naw naw yang pm saya kat telegram & kat fb. Tu yang saya share juga la kat wall supaya sama-sama dapat kenalpasti apa punca kegagalan satu-satu bisnes. Maaf laa. BB menulis mana reti pependek hehe. Jom baca πŸ‘‡
.

1. BERPUTUS ASA, BILA RASA SEMAKIN SUSAH (GESEK BIOLA SAMPAI LUNYAI)
.
Kebanyakan usahawan hanya benar-benar serius pada kali pertama tetapi mereka cepat bosan dan mereka cepat penat mencuba. Daripada mengharungi separuh jalan, u olls perlu teruskan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Bak kata mentor comel. Hot hot chicken shit. Memula kemain lagi semangat juang tinggi nak naik roket sampai planet pluto singgah jap planet marikh bagai.
.
Tup tup bila beberapa kali buat posting PB (Personal Branding), tak ada langsung orang nampak apa yang dia sharing kat wall. Udah macam padang jarak padang terkukur dah. Dah mula la nak keluarkan biola usang dari beg biola itew. Lepas tu cari port baikkk punya bawah pokok ketapang. Lepas tu try lagi buat posting iklan. Mak aiii.. satu je like. Tu pun diri sendiri je yang like. Hiks hiks hiks. Haa mula laa terasa macam nak berenang renang di lautan sepi. Tanya orang sebelah: Awak ke tewww? Hehehe.
.
Ok ok. Dah dah. Jangan nak gesek biola usang tu lama sangat eekkkk!! ookkkk!! sakittt telinga ni mendengornye. Rentikan lah. Insofflahh segera. Sekarang, bukan masanya nak main lagu gurindam jiwa. Sekarang masanya untuk maju. Berjaya dalam hidup. Belajar daripada kesilapan dan cuba bangkit untuk jadi salah seorang daripada beberapa usahawan yang berjaya sejak kali pertama mereka dirikan perniagaan. Cuba cari tahu apa sebab musabab posting u olls tak ado yang nak like. Madang "krikkk.. krikk.. " jer.
.
Nak posting kat wall ni kene la posting ayat yang betul dan menarik. Kalau ayat macam paksa orang beli produk. Memang tak hado orang nak beli dek non. Nak promot produk tu kena la bijak yea. Jangan gelojoh sangat taw. Haa sebab tu laa tak hado orang sudi nak like. Madang diri sendiri aje lah yang like tu.
Cakap kat orang sebelah: Kesiannn.
Hikhik. Jadi, kena berubah. Chayokk!!
.

2. TAK BERFIKIR TENTANG MASA DEPAN PERNIAGAAN (PERCAYA DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG)
.
Antara salah satu ciri usahawan yang tak berjaya adalah tidak berfikir untuk masa depan sesebuah perniagaan. Usahawan gagal kerana kurangnya perancangan. Jika u olls tak boleh benar-benar nampak diri u olls dan bagaimana perniagaan u olls jauh ke masa depan pada hari ni, maka u olls berada di jalan kemusnahan. Kenapa u olls beranggapan perniagaan hanya demi hari ini sahaja semata-mata?
.
Disebabkan u olls tak fikirkan tentang masa depan, keperluan untuk terus meningkatkan prestasi dan strategi akan dirasakan kurang penting dan hasilnya, u olls akan dikalahkan oleh orang-orang yang berjaya konsisten dalam membina masa depan perniagaan mereka. Plan bertulis membantu u olls untuk membangunkan idea-idea dalam perniagaan u olls. Jadi, apa je idea datang, mohon catit dalam buku nota bisnes u olls. Jangan main ingat ingat jew taw.
.
Biasanya ejen ejen dropship dan pengedar ramai yang tak fikir jauh. Ada yang kononnya fikir "Alaa.. Aku dropship/pengedar je, buat apa nak beria sangat fikir jaga akaun syarikat laa..cash flow laa.. daftar syarikat la.. pengurusan syarikat laa.. kan dropship/pengedar je.. Produk orang pulak tu..". Disebabkan itu juga, u olls tak jaga duit keluar masuk. Kais pagi, makan pagi. Kais Petang, makan petang. Umpama harini punya untung, untuk belanja harini. Maka habislah duit tu semua. Tak disimpan. Maka selamanya lah u olls jadi dropship/pengedar. Sedangkan dari dropship/pengedar tu lah u ols boleh menabung hasil dari untung/komisen jualan tu lah boleh digunakan sebagai modal untuk upgrade jadi pengedar pula. Yang pengedar, upgrade la jadi stokis.
.
Takkan lah selamanya u olls nak jadi ejen dropship atau pengedar aje kann? Mesti lah nak berkembang. Sebab tu kene disiplin dalam pengurusan kewangan. Walaupun u olls bermula sebagai ejen dropship.
.
Tanamkan dalam kepala. Harini jadi drophip, akan datang akan jadi jutawan. Jadi, dari sekarang lah kene mula bertindak dan jaga duit keluar masuk. Kalau beli untuk diri sendiri pun kene catat. Kena bayar juga taw. Saya sendiri kalau nak guna produk saya, saya kene keluar duit dan beli untuk diri sendiri. Haaa camtuuu laa. Tanya kat orang sebelah: Faham ke faham?
.

3. TERLALU BANYAK PERSAINGAN
Jika u olls tak mempunyai pesaing maka idea u olls mungkin terkeluar ataupun terasing dari masyarakat umum dan pasaran. Persaingan adalah sesuatu yang sihat, walau bagaimanapun, persaingan yang terlalu banyak sepanjang masa boleh membunuh perniagaan kerana u olls mungkin tidak boleh menghadapinya jika u olls baru bermula, lagi-lagi berhadapan dengan syarikat-syarikat besar.
.
Ada raaamai yang mudah mengalah dan tersilap strategi bila nampak big big fish dalam bidang yang sama dengan u olls. Apa nak takut. Bersaing je la cara elok. Doakan je pesaing tu supaya makin kaya raya. U olls teruskan usaha u olls yang kekonon katanya anak bilis.
.
Helloo.. ikan bilis pun kat pasaraya udah mahal tawww.. Jangan nak kata bilis sangat. Yang penting move on. Buat je laa sale. Keep on sharing. Keluarkan apa USP produk u olls tu. Alaa.. kan banyak kelebihan. Takkan laa ada 1000 kelebihan, u olls xde satu yang u olls betul betul nak ketengahkan.
.
Contoh kalau biz karipap. Kak Senah punya karipap, inti meriah dengan daging & telur ayam suku. U olls buat laa karipap yang ada kelainan sikit. Maybe buat laa ala omputih sikit bahasa tu. Beef Curry Puff Dara with "Golden Triangle".
.
Haa hamekk.. Golden triangle teruih. Hehehe. Sebenarnya golden triangle tu kentang yang korang goreng dulu bagi color kuning keemasan yang dipotong tiga segi. Haa bila orang dengar nama pelik sket orang suka la nak rasa. Betul ke betul?
.
Hello hello.. Resipi tu biar sedap laa.. Jangan laa hampeh plak. Malu je bagi nama kebabomm tapi hasil hampeh. Kena jaga laa sikit nama baik tu. Haha. Kredibiliti to da up taw. Cakap kat orang sebelah: Haa sekarang clear kann?
.

4. ILMU PERNIAGAAN YANG CETEK
Usahawan yang gagal tak melihat keperluan untuk meningkatkan ilmu perniagaan kerana hanya menganggap perniagaan adalah berapa banyak wang yang u olls boleh hasilkan dengan hasil jual beli. Madang ingat harini nyer untung, terus masuk kocek. Lepaih tu berjimba. Haru sungguh.
.
Macam mana u olls nak tahu cara nak tingkatkan ilmu pengetahuan? Jika u olls sedang membaca posting saya ni maka syabas laa nak ucapkan. Sebab u olls tengah baca ilmu la jugek ni.. Ekeke. Kene sentiasa upgrade ilmu secara konsisten melalui pembacaan (buku, blog, majalah, dll), hadiri majlis majlis ilmu bisnes, seminar, latihan pembangunan perniagaan, masuk class marketing, program mentor, sertai keahlian kelab kelab perniagaan, khidmat nasihat pakar, dan sebagainya lah.
.

5. TAK KENAL PELANGGAN
Perniagaan akan gagal jika kita tak ambil peduli apa yang pelanggan nak/perlukan dan tak pedulikan maklum balas mereka. Pelanggan mungkin suka produk atau perkhidmatan u olls tapi, mungkin mereka akan lebih suka jika u olls tukar ciri-ciri atau mengubah cara servis.
.
Kena buat pelanggan jatuh cinta dengan kita. Bukan jatuh cinta love terobang cintan cintun tu. Jatuh cinta dengan cara u olls handle mereka. Udah macam best pren poreber giteww. Tanya orang sebelah: Hang paham dak?
.
Selidik. Adakah pasaran produk u olls menurun? Adakah mereka juga masih berminat dalam apa yang u olls jual? Mungkin u olls tawarkan produk atau perkhidmatan yang agak out dated dan tak ikuti trend semasa. Ye lerr.. pelanggan u olls dari usia 25 hingga 55, namun bahasa u olls plak bahasa hipster tah turun dari planet mana tah.
.
Kadang ada pelanggan yang tak senang ada yang meluat rasa nak tukul jer. Ada yang tak paham satu patah bahasa yang u olls meroyan kat wall u olls. Ekekek. So Kena laa kenal pasti tu semua.
.
Antara ciri usahawan berjaya adalah mengetahui trend dan minat pelanggan sedia ada dan pelanggan yang berpotensi. Sebab tu kena kenal pasti customer avatar kita. Siapa mereka, apa mereka mahukan, apa yang mereka minat, umur berapa, bekerja atau tidak, dah berkahwin atau belum, tinggal kawasan mana? Semua kita perlu ambil peduli.
.

6. MULAKAN BISNES DENGAN PINJAMAN $$
.
Salah satu sebab kenapa gagal dalam berniaga ialah sebab tak mulakan dengan apa yang kita ada, tapi nak mula bisnes, siap buat pinjaman bagai.
.
Kekonon tak nak mula dari bawah. Nak teruih jadi stokis tapi strategi menjual tak reti lagi. Macam mana nak cari ejen, nak handle ejen pun tak reti lagi. Kekonon nak buat modal beli stok. Ada yang lagi haru tak tahu nak marketkan barang tapi dah buat produk sendiri. Fefeling good good bila ada produk sendiri.
.
Namun, bila stok slow disebabkan kurang kepakaran dalam bisnes, bunga pinjaman semakin meningkat, hutang pun tak dapat nak jelaskan. Maka tak memasal jadi bebanan. Produk tiba-tiba dah elok bersusun tepi dapur. Petanda stok tak laku, kena guna sendiri.
.
Maka terus set dalam kepala bisnes ni susah. Walhal diri sendiri yang menyusahkan diri sendiri. Ehhh paham ke paham nih?
.
Sepatutnya, nak berniaga, kita mulakan apa yang ada di tangan. Kalau tak ada duit, mulakan bisnes secara dropship sesambil tu kumpul modal untuk upgrade pengedar dan seterusnya. Giteww baru la betul.
.
Haa. cukup la dulu 6 Tips saya share ni. Ni pun dah 6 muka surat dah ni. Hikhikhik. Kang ada jugek yang terlelap lelap baca ni karang. Sorry laa. Asik panjang je posting BB ni kannn?
.
Sila klik SHARE taw. Mohon jangan copy paste. Penat BB Eida mengarang untuk u olls taw. Lagi pun kita nak genuinity kan? Bantu saya share supaya raamai yang akan dapat ilmu bermanfaat malam ni. Dann u olls pun secara tak langsung dapat saham akhirat.
.
Saya doakan sahabat sahabat yang baca posting ni mendapat keberkatan dan redha Allah, sentiasa di laju lajukan rezeki, di luaskan rezeki dari segenap sudut, di beri kesihatan yang saaangat baik, panjang usia, semakin maju jaya dengan izin Allah. Allahumma Aaminn. Saaayangg u olls. Mmuahhh!!πŸ’‹
.
Psst: Jangan lupa taw, yang belum follow tu klik follow & set see first taw taw. hiks hiks. 😍🌹. Komen yang positif plishhhh! Macehh dedarlss ❤️
.

Kredit to:
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati #6SebabKenapaBisnesGagal

No comments:

Post a Comment