Showing posts with label MUTIARA KATA. Show all posts
Showing posts with label MUTIARA KATA. Show all posts

Wednesday, 1 November 2017

Kata Pagi

Assalamualaikum sahabat #ehpsdihati. Salam jutawan jelitawan dermawan buat sahabat tersayang. 

Jom kita renung sekejap. Apa yang kita kejar harini? Apa tanggungjawab kita yang kita nak selesaikan. 
.
Kadang kita sebut saham akhirat, adakah kita jelas dengan apa yang kita sebut? Adakah kita sekadar sebut. Adakah kita buat semua perkara ikhlas? Macam mana nak ikhlaskan hati?
Moga Allah tetapkan hati kita. Sentiasa ikhlas, jujur, amanah, buat sesuatu bukan terpaksa, terpaksa rela atau sebab untuk dapatkan sesuatu benda. Buat sesuatu untuk dapat redha dari Allah. 



.
Kita nak bahagia, kita nak orang yang kita sayang bahagia, kita nak buang kekusutan. Jawapannya simple, cari Allah, kenal Allah, banyakkan sujud. Inshaaallah kita jumpa jawapannya.
.
Sahaja aku berniaga kerana Allah taala. Inshaaallah Allah pasti mudahkan segala urusan.
.
Bb doakan kita semua dimudahkan urusan rezeki kita dan rezeki duit melimpah limpah masuk dalam semua akaun kita. Rezeki sihat sentiasa dan panjang usia, rezeki diberikan sahabat positif yang baik baik, bebas hutang dan di mudahkan segala urusan. Allahumma Amin.
.
Ps: Jom fefeling tenang damai dan bahagia 😍. Send energy positive plishhh.
.
#BbEidaHasan
#EHPSfounder

Wednesday, 31 May 2017

MACAM MANA NAK KEKAL POSITIF?

Assalamualaikum. 
Selamat petang sahabat BB. Petang ni BB nak share soalan yang baru sat BB chit chat dengan dek im (bukan nama sebenar). Semoga bermanfaat yea. Jom baca.
-----------------------------------------------
Dek Im:
Salam BB
Nak tye jugak..lama dah pendam soklan ni  


BB Eida Hasan:
Wassalam. Tanya je. Tak pernah lagi tak jawab klau org tanya soklan. Hihi


Dek Im:
Macehhh BB

BB..boleh share..apa amalan BB buat masa sebelum BB yang skrg..
BB pernah share, susah..berjimat..nak bagi anak makan..cane BB buang -ve tot pada suami.
Dan macam mana nak +ve selalu
Yg penting nak buang -ve tot tu


BB Eida Hasan:
Hihi. Ooo tanya soklan yang beribu dah orang tanya ni. Dan dah beribu kali gak sebenarnya akak share dalam group ngan kat wall fb.

Actually takde amalan yang luar biasa pun. Kalau amalan nak kaya ni, memang dulu masa tengah susah, amalan solat dhuha 4,6,8 rakaat ikut kesempatan. Tapi minimum 4 rakaat.
Lepas tu surah alwaqiah 7 kali baca. Baca dari mula sampai habis. Ulang 7 kali setiap kali solat fardhu. Maknanya 7 kali setiap kali solat. Sehari baca 7 x 5 : 35 kali baca sehari.
Untuk positif memang tak mudah. Sebab kita manusia. Tenguk la berapa kuat amalan istighfar
Kalau culas.. Memang susah la nak control benda negatif
Klau akak, bila rasa negatif, akak suka cakap depan cermin. Akak kena kuat demi big why. Bukan untuk diri sndiri. Akak takleh selfish. Akak kena kuat. Buat apa apa tak boleh kelaut. Kena usaha selagi tak dapat. Buat buat buat sampai jadi
Untuk bersangka baik pada suami atau anggapan baik pada suami tu. Macam akak cakap sebelum ni Istighfar. Dia bukan nabi. Kita pun bukan nabi.
Kita melengkap kekurangan dia. Dia melengkap kekurangan kita. Kita pun bukan bagus sangat yang nak kata dia tak bagus
Kalau kita sentap dengan dia. Tu 'Normal. Memang kadang orang lelaki sebahagian tu, sifat dia sambil lewa. Nak mudah. Kadang perfectionist sangat. Sebab diorang tak fikir mcam kita fikir
Istighfar lebih. Istighfar ni bermaksud kita betul2 mohon keampunan Allah.
Bila kita tak puas hati atau geram sangat, buat kita marah sangatt, tenguk cermin. Cakap balik, lelaki baik untuk wanita yang baik. Macamm tu la sebaliknya.
Kita nak suami kita macan mana. Kita berubah dulu. Bila suami tenguk kita sabar. Kita masih berkata sopan, tak tinggi suara, dia pun malu nak buat benda yang sama pada kita.
Bila kita dah usaha jadi the best, doa banyak banyak dan tawakkal pada Allah.
Selagi rasa doa kita lom didengar, selagi tu doa banyak banyak.
Kita berubah dulu tu maksudnya,
Walau benda yang dia buat atau cakap tu menyakitkan hati kita. Kita ckp dlm hati. Ya Allah. Hati ni Kau punya. Kasih sayang ni Kau punya. Kau bimbing la hati ku ke arah yang Kau redhai. Tarik nafas dalam dalam dan hembus. Ulang sampai kita rasa lega. Tu je la.
Harap dapat jawab soalan dek im
Takmo negatif negatif. Sebab negatif negatif ni bukan ciri ciri penghuni syurga. Kena banyak sabar dan doa je baik baik.
Kadang kita rasa banyak benda yang spoil. Banyak yang tak best. Banyak yang tak ok dari ok. Sebab apa benda negatif tu datang pada kita?
Jawapannya: Sebab kita yang panggil benda negatif tu. Bersangka baik. Sebab setiap benda yang berlaku tu semua aturan Allah.
Dannn jika benda tu menyedihkn atau buat kita rasa tak best, tu salah satu aturan Allah yang terbaik buat kita untuk kita kembali ingat yang kita ni milik Allah.
Kalau bcakap, akak ni dah macam ustazah tapi akak cakap.. Sharing dr pengalaman akak sendiri.

Dek Im:
Ulang2 sy baca..semoga sy dpt apply dan amalkan
Lg 1..cane kak eida menghilangkan rs penat..letih sblm ade mocha EHPS  

BB Eida Hasan:
Klau takde #MOCHA_EHPS, bila letih memang mood akan kelaut tapi make sure kena cepat cepat tune balik. Kita sendiri leh tahu kalau mood kita tu mood kelaut atau tidak. Dan stress tu wajib menyinggah, kalau mood dah kelaut.

Jadi caranyaaa, buat lawak. Atau tenguk cermin. Tanya diri sendiri.. Apa jadi kalau kita moody. 
Apa faedah yang kita dapat klau kita moody. Apa sebenarnya tujuan kita nak berjaya. Semata nak menunjuk nunjuk kita hebat ke atau ada sebab yang lebih besar dan jelas? Kalau ada sebab lebih jelas tu, ce sebut satu persatu apa sebab musabab nya.

Belajar sesuatu? Ce komen pape yang positif sket untuk energy giteww. 
Jika nak share, silakan share.

Kredit to:
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati #Positive_No_Negative

Sunday, 28 May 2017

JANGAN BANYAK ALASAN BEB!

Bantu orang mancing, 
jangan tolong belikan mata kail, 
jangan tolong belikan umpan, 
jangan tolong campak mata kail untuk dia, 
jangan tolong pancingkan plak untuk dia.. 
Laagi satu, last sekali bagi ikan kat dia. 
Dah la dah bagi ikan, nak masak pun MALAS. 
Cakap kat orang sebelah: KESIAN GILE BEB. 

Ok. 
Kita nak bantu orang. 
Kita beritahu apa dia kena buat. 
Dan paksa dia buat sampai berjaya.
Macam cikgu kat sekolah ajau anak murid. 
Walau nakal anak murid tu, cikgu tetap bagi bagi bagi ilmu dan homework & praktikal semua kena buat. 
Terpaksa rela buat semuanya. Betul ke betul?
Haa dah buat semua, baru la berjaya. Kannnnnn?
Dann. Kita buat bukan action biasa biasa. 
Kasi luar biasa la beb.

Untuk berjaya, 
jangan cipta BAAANYAK sangat ALASAN. 
Orang yang baaanyak sangat ALASAN tu adalah orang yang mudah mengalah dan selalu GAGAL.
Nak BERJAYA, kena buat sampai jadi. 
Action with massive action. Hahhh.. Paham ketewww?

Apa contoh massive action?

Ok contohnya.
Kita lapor gila. 
Tapi makan seciput sesuap je. 
Memang action yang sama. 
Suapkan nasi kemulut. 
Tp adakah perut leh kenyang?

Massive action ni, 
bila lapar, kita makan sepinggan (jangan melahap plak, terrsedak baru padan muka..
Elelee gegurau pun takleh. Takleh gurau duk surau. Kihkihkih ).
Ingat pesan nabi kita. 
Makan lah, dan berhenti sebelum kenyang.
 So mudah la nak terawih mlm ni. 
Takde la lemau malas je kan?. Hikhik.
Ehh melalut plak bb..hihi. 

Well massive action ni kita suap sampai kenyang perut
Haa baru laa betul kenyang.
Walau aktiviti suapkan nasi kemulut tu action yg sama tapi suap sesuap berbanding suap ke mulut sampai kenyang satu perkara yang berbeza. 
Faham ke faham?

Renung-renungkan dan selamat beramal. 
Mohon share kan laju laju. 
Semoga bermanfaat kepada semua sahabat yea..
Haaa baru la cengginiii
 
Kredit :
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati

Monday, 24 April 2017

"I Love My Life, Smile & Be Happy"

Assalamu'alaikum warahmatullah.
.
Salam Selasa buat Jutawan Dermawan EHPS Rich & Beauty. Allah humma yassir wala tuasir.
Moga dipermudahkan segala urusan pada hari ini In Shaa Allah.
.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas hari ini. Saya doakan sahabat yang like & baca post ni diberi kesihatan yang baik. bahagia, luar biasa, kuat semangat, rezeki melimpah limpah. rezeki wang kekayaan, bebas hutang dan diredhai Allah. Aminn. Selamat pagi!
.
Apa plan u ollz harini? Ingat! plan kita di pagi hari setiap hari menentukan kejayaan plan kita sepanjang hari. Plan kita setiap hari menentukan kejayaan kita sepanjang bulan. Begitu lah seterusnya.
.
Keep on zikir yang baik baik. Contoh:
~ aku kaya untuk bantu ramai orang.
~ perniagaan aku luar biasa berjaya.
~ aku menjadi contoh dan inspirasi ramai orang yang ingin berjaya.
.
Haa dah zikir yg best best. Jgn lupakan selawat atas nabi serta sahabat nabi sebanyak banyak nya. Kalau mampu buat 1000x, buat 1000x. ayatul kursi x 7, ummul kitab x 3, al waqiah x 3.
.
Jangan lupa doakan sahabat kita yang lain. Doa yang baik2 utk org lain. InshaaAllah pasti org lain ada yg mendoakan kita.
.
#EidaHasan
#EHPSdihati
#AdaraSkinRichCB769
#ArianaExclusive

Tuesday, 7 March 2017

SELASA YANG INDAH

Assalamualaikum dan Salam pagi selasa yang indah dengan pinkish & purplelish harini. Hari kasih sayang, sesuai untuk meluahkan perasaan cinta. Cinta Allah, cinta rasulullah, cinta suami, cinta isteri, cinta ibu bapa dan mertua, cinta anak anak serta seterusnya cinta sahabat sahabat positif.
.
Syukur Allah masih lg beri peluang kepada kita untuk menikmati usia yang panjang dengan anggota yang cukup dan berfungsi dengan baiknya. Walau ada juga yang kurang sihat, namun anggota kita masih lagi lengkap dan berfungsi dengan baik. InshaaAllah, akal fikiran yang mampu berfikir baik dan positif, jiwa dan hati yang tenang. Bersyukurlah, walau kita tak sihat. Bersyukurlah walau kita ditimpa musibah, bersyukurlah, walau Allah menduga. Bersyukurlah, walau kita sekarang dalam kesempitan. Bersyukurlah, Allah memilih kiita berhadapan dengan orang yang tak nampak apa yang kita nampak. Kita insan terpilih. InshaaAllah.
.
Alhamdulillah. Syukur, dikelilingi u olls semua, sahabat sahabat positif yang sentiasa bersemangat untuk terus membantu dalam menambah nilai hidup insan insan sekeliling. Yang penting perjuangan kita jelas. Berniaga bukan kerana wang ringgit semata namun nawaitu kita kuat nak bantu raaamai orang. Jangan kita kondem orang. Cakap orang itu ini. Mengutuk orang. Cakap orang seolah olah Allah tak akan timpakan ujian buat dia.
.
Doa dan cakap lah yang baik baik semoga yang baik baik aje yang hadir pada kita. Betul, niaga mesti nak untung sebab tu kita kena bniaga. Namun nawaitu yang harus diubah supaya kita tak tersasar. InshaaAllah, kita apa yang kita fikir. Ada orang sanggup cakap orang itu ini semata nak lariskan jualan dia. Ingat, hidup ni ada hukum nya. Allah akan balas dengan balasan yang setimpal buat mereka yang menganiaya orang lain. Jangan berkata dusta. Jangan menyakiti hati orang lain semata nak lariskan jualan. Bercakaplah yang berfaedah. Jangan bersanga buruk.
.
Saya faham, sebagai manusia, kita tak terlepas dari sangkaan bukan bukan.. cepat cepat SWITCH!!! dan kembali semula istighfar & ingat Allah. Ingat!.. dia melihat dan tahu apa yang ada di dalam hati kita. Walau kita berkata dalam hati. Walau hanya detik hati sahaja. Allah dah tahu. Balasan Allah amat pedih sakitnya.
.
Saya doakan u olls semua sahabat positif , dilimpahi rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diredhai Allah selalu. Allhumma Aminn. Saaayangg u olls ketat-ketat. Mmuahh!
.
ANDA SEMUA KAYA & BERJAYA DUNIA AKHIRAT!


Kredit to :
#eidahasan
#founderEHPS
#jutawansurirumah

Tuesday, 28 February 2017

I Love My Life, Smile & Be Happy



Assalamu'alaikum warahmatullah.
.
Salam Selasa Aura Pink-Purple, Aura Kasih sayang buat Jutawan Dermawan EHPS Rich & Beauty, sahabat-sahabat kesayangan BB Eida semuanya. Saaayang u olls taw taw.







.
Allahhumma yassir wala tuasir.
Moga Allah mudahkan segala urusan kita semua hari ini InshaaAllah.
.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan kesihatan yang baik dan sempurna.Saya doakan sahabat yang membaca post ini diberi kesihatan yang baik juga, semakin bahagia, menjadi insan luar biasa, kuat semangat, magnet rezeki, rezeki kewangan yang melimpah limpah, rezeki kaya dan berjaya, bebas semua hutang piutang dan paaaling utama diredhai Allah. Allahumma Aminn. Selamat pagi sahabat!
.
Siapa nak share dengan saya apa plan harini? ingat taw plan kita di pagi hari setiap hari menentukan kejayaan plan kita sepanjang hari. Plan kita setiap hari menentukan kejayaan kita sepanjang bulan. Begitu lah seterusnya.
.
Keep on zikir yang baik baik. contoh:
~ daku kaya untuk bantu ramai orang. BESt! BEST! BEST!
~ perniagaan daku luar biasa berjaya. BESt! BEST! BEST!
~ daku menjadi contoh dan inspirasi ramai orang yang ingin berjaya. YES! YES! YES!
.
Haa dah zikir yang best best. Jangan lupakan selawat atas nabi sebanyak banyak nya. Kalau mampu buat 1000x, maka buat 1000x. ayatul kursi x 7, ummul kitab x 3, al waqiah x 7.
.
Jangan lupa juga hadiahkan Al fatihah dan diakan yang best best unyuk kedua ibu bapa kita dan mertua, keramat hidup (suami) kita, orang orang yang kita sayang dan sahabat-sahabat kita. Doa yang baik baik utk sahabat yang lain sama. InshaaAllah pasti orang lain ada yang mendoakan kita. GIVE FIRST.
.
**pssttt: Jangan kecam BB taw, sekali sekala fefeling cam gud gud jew . Yang penting kompiden gitew. Kannns. Hikhik. Yang penting happy & SAY NO to PHD. Peace Yo! Kbai.
.


Kredit:
#eidahasan
#FounderEHPS
#EHPSdihati