Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Wednesday, 6 December 2017

TIPS MAGNET REZEKI

It's natural to be upset when faced with hardship. But try to pull yourself together. The Almighty won't let you down. Your efforts won't go to waste.

~Mufti Ismail Menk~
.
Assalamualaikum & Selamat pagi sahabat Jutawan Jelitawan Dermawan Hartawan BB Eida yang LuarBiasa. Moga yang baik-baik hadir pada diri kita semua. Mulakan pagi ni dengan mengamalkan tips tarik rezeki.
.
Tips magnet rezeki (amalkan waktu pagi)
.
Sebelum nak tarik rezeki, kita tarik RAHMAT Allah dulu yea sahabat
Antara caranya ialah 👇👇👇
.
Jom HADIAHKAN Al fatihah untuk Nabi S.A.W, Sahabat Nabi, Umi, Abah, Suami/Isteri, Para guru-guru dan lain-lain.
.
Amalkan setiap hari transfer atau masukkan RM $ ke dalam tabung ibu ayah (boleh mulakan dengan not RM1), atau kalau ada no acc mereka, transfer tanpa mereka tahu. Mudah amat kann nak dapatkan redha ALLAH? Jom buat.
.
Haaa saya ajak sahabat yang belum buat lagi tu lah. Moh kita beramai-ramai buat.
.
Kepada yang dah buat, Tahniah!! Good Job sahabat!
.
hikhikhik. Bukan kena bayor pun kannn, simple & FREEE jew.
.
Pssstt!! Ehem..Ehem.. Bagi can laa akak imbas kembali masa jadi tetamu jemputan Malaysia Hari Ini, TV3 ni. time ni malu nyerrr lahai. kamera, spot light dekat yakmat.
.
Abaikan laaa muncung leh sangkut hanger itewww. Well, kene praktis lagi dan lagi dan lagi. Ahakss!!
.
Abaikan jugek gambau yang gegau nih, maybe masa lahir aritu tak cukup bedung tangan nya. Oppss!



Image may contain: 1 person, text

Sunday, 3 December 2017

TIPS BB EIDA: BISNES UNTUK KAYA

Bismillah. Alhamdulillah. Harini Bb berjaya melapangkan masa untuk berinfaq elmu apa yang Bb ada dan tahu dan dah apply. 
.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki semakin lancar dan deras dan sentiasa penuh. Sentiasa semakin bertambah. Alhamdulillah Terima kasih Allah.
.
Ok. harini dengan rasa gembira, Bb ingin berkongsi, sebab rata-rata yang personal mesej Bb cerita kisah sedih. Kisah kesusahan. Kisah perlu duit. Kisah nak kaya. Kisah yang tak best dan sedih teramat sedih.
.
Namun... tiada tindakan. Komplen pandai. Berderet komplen. Baanyak sangat cakapnya tu. Gedegang gedegung. Bila Bb tanya apa tindakan yang dah di ambil? Katanya tak ada tindakan. Sebab tak tahu nak buat apa. Itu tak tahu, ini tak tahu. Semua tak tahu.
.
Bila Bb tanya lagi kenapa? Jawapannya simple. Sebab tak ada orang nak ajar.
.
Allahu. Yang nak belajar tu diri sendiri kan? Yang kata nak kaya tadi tu diri sendiri kan? Jika tak tahu, maka kene cari tahu atau menuntut ilmu atau korek ilmu proven. Bukan dah tak tahu terus tak tahu je.. Saaammmmpai la bila bila begitu je la. Orang lain yang rajin dah sampai planet zuhal dah. Siap dah berkenalan dengan alien kat planet lain, kita masih lagi kat kerak bumi. E'ehh Bb bebel ni paham ke faham? Hehehe. Tetiba pepetang ni bebels. Ok leteww.. hihi. Janji kol 8 malam. Ni 5 petang dah terluah semua bebelan Bb. Hikhik.
.
Orang yang harini berjaya, bukannya keluar dari perut mommy, terus leh main teng teng tau. Hihi. Semua akan lalui fasa yang sama. Bezanya kerajinan je la. Semua lalui fasa kelahiran, lepas tu mengensot, lepas tu merangkak, lepas tu tatih tatih, lepas tu jalan jatuh bangun, lepas tu dah leh jalan slow slow, jalan laju, berlari, lepas tu lari laju laju,, lepas tu leh lompat lompat bintang. Semuanya ada fasa masing masing.
.
"If you are not doing what you love, You are wasting your time" ~ Billy Joel
.
Subhanallah. Tahukan sahabat sahabat, bahawa Bb dulu pun pernah susah. Melalui zaman kejatuhan. Melalui zaman kesempitan. 


.Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and close-up
Namun. Cepat cepat Bb bangkit dan ketika itu juga tak ada siapa yang membantu melainkan beri kata semangat semata. Kata kata minta kita terus sabar dan terus berdoa. Tak ada yang nak bimbing ketika tu. Macam mana nak berjaya. Tapi semuanya dari hati (bersihkan hati) dan macam mana tindakan kita..
.
Sedari dulu Bb saangat minat dengan bisnes. Walau sering jatuh tersungkur dan ditimpa tangga namun Bb tidak pernah kenal erti serik dan tidak jemu mencuba lagi dan lagi dan lagi. Kerana apa?? Kerana Bb betul-betul minat dengan bisnes. Bila kita minat. kita tak akan rasa satu kesusahan. Kita tak akan anggap bisnes tu satu bebanan buat kita.
.
Jadi kita tak rasa itu satu paksaan. Namun kita harus usaha dan push diri untuk lebih maju ke depan. Bukan duduk maintain je gitu sesambil control ayu & fefeling gud gud je. Kita kene fikir sesuatu untuk lebih maju ke depan. Bukan buat benda yang sama saje. Kalau tak ada pembaharuan. Macam mana nak ada kemajuan dalam bisnes kann? Clear tak sekarang?
.
Jadi kita harus minat dulu. Kalau lom minat. Kasi minat dulu. Jangan kita buat bisnes sebab ikut ikutan. Bila kita tenguk orang lain maju buat bisnes A. kita pun buat bisnes A. Sedangkan kita tak minat pun & kerana ikut ikutan ni lah bila hasil kita tak capai sama dengan orang lain, kita tak pasal-pasal nak main biola bawah pokok togey. (Haha muat keteww nak masuk bawah pokok togey tu? Siap bawak biola lagi tu. Hikhik.. Bedal je laa). Faham ke faham? Bb akan sambung lagi yang seterusnya bila bila Bb free ea.. Stay Tune~
.
Mohon klik share jika rasa sahabat lain patut tahu sama.. Kot kot ada jiran sebelah taman tak tahu lagi ke kann.. haa share share 😅
.
#BbEidaHasan
#TipsBbEida
#iLoveTeamEHPS

Wednesday, 22 November 2017

Tips Melegakan Kesakitan Migrain Dengan Minyak Bidara

Image result for migraine



Migrain akan terasa sakitnya di bahagian tengah kepala, dahi dan sisi kepala. Kadangkala apabila  menunduk, kesakitannya akan lebih terasa lagi. Migrain ini akan membuatkan kita rasa seolah-olah kepala kita seperti ingin pecah sehingga kita terpaksa menekan-nekan bahagian yang sakit itu dengan kuat.


Ubat yang biasa diambil semasa migrain ialah tramadol, ibubrufen, sendomigrain, paracetamol dan mafenemic acid (ponstan). Ubat-ubat ini ada di jual di farmasi. Perbelanjaan untuk ubat ini agak tinggi harganya. Kadang kala ada yang terpaksa mengambil rawatan injection untuk menghilangkan migrain dengan lebih cepat kerana mengalami migrain yang terlampau teruk.
Ya, migrain akan hilang apabila kita memakan ubat yang diambil tetapi kelegaan migrain tidak lama dan kadang-kadang hanya dapat bertahan 2 hari sahaja. Ia tidak menentu dan kadangkala apabila teramat memerlukannya ia hanya akan bertahan sekejap sahaja. Selepas makan ubat pun ia mengambil masa yang lama untuk menghilangkan migrain tersebut. Itu pun bergantung kepada jenis ubat yang diambil. Ada ubat yang memberi kesan yang sekejap dan ada yang lama. Kelegaan selepas makan ubat biasanya dapat terasa apabila kita tidur. 
Sememangnya ubat tahan sakit ini mempunyai kesan sampingan sebagai contoh kita akan merasa loya-loya, mengantuk dan kita tidak dapat melakukan kerja lain. Namun kebanyakkan kita tiada pilihan kerana tidak tahan dengan kesakitan migrain tersebut.
Kerana terlalu bergantung kepada ubat yang diambil secara berterusan.
Sakah satu cara yang dapat membantu kan ketika migrain menyerang, minyak bidara di sapu bagi menghilangkan migrain. Sapu dibahagian dahi, sisi kepala, tengkuk dan bahu. Untuk bahagian yang sakit, sapukan lebih sedikit sambil memicit-micit kepala.
Selepas disapu, ada yang  berasa  nyaman dan selesa mungkin kesan daripada aroma minyak bidara tersebut. Tindakbalas minyak ini agak cepat dalam masa 1 hingga 2 jam sahaja, migrain yang sakit tadi akan beransur lega sedikit demi sedikit. Badan dan kepala  sekaligus akan merasa segar.
Alhamdulillah, dengan izin Allah kesan daripada minyak bidara yang beraroma dan menenangkan seperti menutup kesakitan migrain yang dialami. Kekerapan migrain yang teruk sebelum ini semakin berkurangan selepas menggunakan minyak bidara ini. Sapu minyak ini apabila tanda-tanda migrain mula datang dan Alhamdulillah minyak bidara ini banyak membantu  dalam menghilangkan sakit migrain ini dan sekarang, minyak bidara ini menjadi bekalan yang wajib bagi untuk setiap orang.

No automatic alt text available.
Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan minyak bidara ini boleh mesej/whatsapp , kilik link dibawah ni,
www.wasap.my/+601121663769/MinyakBidara
www.wasap.my/+601121663769/MinyakBidara
www.wasap.my/+601121663769/MinyakBidara

atau dapatkan dari pengedar sah kami dengan klik tab NEGERI .

Sunday, 19 November 2017

KUNCI SYURGA ADA;AH SABAR

Pernah tak u olls dengar orang zikir macam ni ,

"Saya orang susah, Saya tak pandai itu, Saya tak belajar tinggi, saya nak niaga produk puan tapi saya tak cantik"
.
Yang suka zikir gini, u olls sebenar tahu tak yang semua orang uang berjaya harini pun starting dari tak pandai, bermula dari susah. 
.
Bila kita rajin usaha, baru la senang tu datang. Bila rajin berkawan, dapat raaamai kawan. Bila rajin berniaga, baru dapat hasil dari perniagaan tu.
.
Dan kebanyakannya orang kaya raya multi billionaires harini tu asal dari orang susah. Sebab tu mereka gigih. Bb juga dulu susah beb. 
.
Kalau nak tahu susah macam mana, tahap makan nasi air hari hari, macam dalam citer Bersamamu tu. Sampai ada la yang nak hantar nama kami kat bersama mu tu tapi bb takmo. selagi leh usaha, Bb try usaha. 
.
Masa Bb susah tu family tak ada tahu pun. Jiran jiran je tahu sebab masa tu abg bob tak kije, Bb pun tak kije, ada anak 2 orang masa tu. Jiran prihatin. Tu yang kata dia nak tolong bg nama kat rancangan BersamaMu.
.
Untuk berniaga ni, mulakan dengan apa yang ada. Jangan buat pinjaman, lebih lebih lagi nak pinjam along. Aduhaii Allahu Allah. Pinjam along ni umpama kita keluar mulut rimau masuk mulut naga. Bukan diri sendiri je kena, anak2, suami, parents, adek beradek semua akan terlibat sama.
.
So, pesanan Bb, u olls takyah laa nak risau risau kalau u olls orang susah ke.. kalau u olls tak lawo ke. Kalau u olls tak skolah sampai master phd ke.. sebab Bb pun sampai Diploma Sains Comp Multimedia. Hah hamekk Jauh betul dengan bidang Marketing & Sales.
.
Nak berjaya? Kena rajin usaha. Kita nak lebih? Kita buat lebih. Kita buat kurang, dapat la kurang. Bila dapat kurang, jangan meroyan jangan nak cakap tak ada luck plak. Bukan tak ada luck cuma terlebih penyakit M je tu. Kene tukau bagi vitamin R lelebih sket. Haa gitewww.. Tanya orang sebelah: Ko paham ke beb? 
.
Kena banyak sabar, kalau kita biz arini, esok tak terus jadi jutawan kecuali kita kije jual rumah harga sejuta. Close sale, hahh dapat la sale sejuta. Hihi. Kena laa banyakkan sabar. Kita dulu lahir dari perut umi kita, bukannya terus berlari beb. 
.
Mula mula golek golek mengiring, lepas tu mengesot, lepas tu merangkak, lepas tu jalan jatuh, lepas tu memapah, lepas tu tatih tatih, lepas tu leh jalan slow slow, lepas tu baru la lari. Jauhhhhh perjalanan tu beb. 
.
Tapi kalau rajin usaha. Leh la cepat capai kejayaan tu. Macam baby yang nak jalan laaa memula dah jalan 1-2-3 tapak, jatuh. Baby bangun lagi. Jalan lagi taaa tih taaa tih. Haa baru la leh jalan 10 tapak. Macam tu la kita beb. Jangan gelojoh naw. Ada je rezeki kita. Yakin dan percaya la dengan rezeki Allah. Banyakkan doa dan lepas tu tawakkal. 
.
Kunci syurga adalah sabar. Niatkan segala pekerjaan yang kita lakukan sepanjang hari ini kerana ALLAH.
Image may contain: 1 person, close-up and indoor

.
Niatnya camni;
Apapun yang ku lakukan hari ini Ya Allah, bermula dari bangun dari tidur sehinggalah aku tidur malam ni semuanya kerana ALLAH.
.
.
"Kalau rezeki dari Allah terlambat, maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezeki-Nya bagi anda. 
Kunci kemuliaan adalah rendah hati. 
Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa."
-Saidina Ali bin Abi Talib.
.
Psstttt: Ehem ehem..sempat lagi Bb selfie wefie. Sorry laa.. hobi selfie wefie ni. Mohon jangan kecam. Bb nak kabo je, arini Bb pakai Adara Treatment Foundation, Bedak DGC, Lipmatte DGM code Coral Nude (ok kann color ni?). 
.
Ok tuuu jerr. Belum minum Mocha Cafe lagi ni sebab tadi minum SPV Vanilla. Aummmm.. kotak pink giteww. 🙋‍♀️
.
#BbEidaHasan
#TipsBbEida
#JanganKufurNikmat

Monday, 13 November 2017

UJIAN/HALANGAN/DUGAAN KEJAYAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat pagi & salam Jumaat yang barokah buat sahabat kesayangan Bb semuanya. Semoga harini lebih baik dari hari semalam, Dan rezeki kita melimpah limpah lebih dari hari sembelum ni. Allahumma Amin. InshaaAllah. 
.
Bb nak tanya ni, pernah tak u ollz perasan ramai antara kita kurang melahirkan rasa syukur. Kurang ucap syukur. Ni la yang guru selalu sebut kufur nikmat. 
.
Sebab apa Bb kata kufur nikmat? Sebab lebih banyak kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Walhal tak sedar. Banyak dah yang Allah dah beri pada kita sempanjang kita hidup.
.
Kita tak sedar semua apa yang hadir disebalik kejadian/peristiwa. Waima baik atau buruk semua dari Allah. Kalau kita komplen itu dan ini, sama juga macam kita tak setuju dengan apa yang Allah dah atur. Walhal, tu yang terbaik buat kita.
.
Kadang kejadian sedih, kejadian yang mengguris jiwa, kejadian menyakitkn hati, kejadian kerugian dalam bisnes, kejadian di rompak, kejadian apa sekali pun. Kejadian menang cabutan sebiji kereta merc, semua Allah atur untuk dekatkan kita dengan Dia.
.
Mungkin juga kita kurang sujud pada Dia. Kurang buat aduan pada Dia. Kurang syukur pada Dia. Dia rindu kita. sebab tu wujud ujian.
.
Sepatutnya, bila ditimpa ujian tu kita ucap Alhamdulillah, jangan banyak komplen. Takleh asyik tak setuju itu dan ini. Lebihkan penyerahan diri padaNya..
.
Dugaan datang silih berganti. Umpama ombak di pantai. Sekali datang adakalanya ombak yang besar. Adakalanya ombak yang kecil. Namun kita hatus kuat dan jangan henti ucap syukur pada Allah. Cuba lah buat. InshaaAllah jiwa sahabat semua akan lebih tenang..
.
Sekarang dah tahu apa nk buat kan? Jangan main biola sangat. Kalau rasa down, jom join team #janaduitdenganEHPS, sure tak ada masa nak main biola sangatt, macam kene karen selalu semangat datang bertubi tubi. InshaaAllah.
.
Kita letakkan Allah di depan, kita aari Allah. Mohon komen yang positif apa saja untuk sesama send positif energy. Anda Kaya & Berjaya. AllahummaAminn.
.
I love u guys.. Alhamdulillah


Image may contain: text
.
#BbEidaHasan
#TipsEida

Saturday, 11 November 2017

AMALAN REZEKI TERPIJAK!


Perkongsian elmu hari ni ialah Amalan Rezeki Terpijak @ Amalan Rezeki Tak Disangka-sangka (elok diamalkan pada hari Ahad atau boleh juga diamalkan selalu pada hari-hari biasa).

In shaa Allah, uolls juga bakal dapat rezeki Allah yang tak disangka-sangka. 
Amalan yang dimaksudkan ialah:
1.) Solat Sunat Dhuha sekurang-kurangnya 4 rakaat (2 kali salam).
2.) Membaca Basmallah (Bismillahirrahmannirrahim) sebanyak 313 kali.
3.) Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebanyak 100 kali.

Amalkan amalan ini secara istiqomah, In shaa Allah uolls akan temui keajaiban. 
Dapat sesuatu? Komen #ALHAMDULILLAH
#AmalanRezekiTerpijak
#SHARE

Tuesday, 7 November 2017

HENDAK KULIT CANTIK SEPERTI SAIDATINA AISYAH R.A AMALKAN INI 6 ►TIPS DATO’ DR. FATMA EL-ZAHRA

Hendak Kulit cantik seperti Saidatina Aisyah r.a? AMALKAN INI…Tips Dato’ Dr. Fatma El-Zahra. Kongsikan…


Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.
Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.
           Image result for DATO’ DR. FATMA EL-ZAHRA                  
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
. Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
. Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
. Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
Selamat Mencuba…
2 Bahan Natural Yang Para Isteri Nabi Guna Untuk Menjaga Kecantikan Mereka
Ada di antara kita mungkin pernah tertanya-tanya macam mana para isteri Nabi Muhammad SAW menjaga kecantikan mereka sesuai dengan tuntutan Islam dan apakah bahan-bahan kosmetik yang digunakan pada zaman itu?
Maka, artikel kali ini menampilkan rahsia kecantikan para isteri Rasulullah SAW yang kita kenali seperti Saidatina Aisyah R.A.
Tiada Rahsia – Guna Timun & Kurma Basah
Percaya atau pun tidak, rahsia Siti Aiyah R.A kekal cantik dan bagaimana beliau menjaga penampilannya adalah hanya menggunakan timun dan kurma basah saja. Lebih-lebih dalam mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal seperti tubuh kurus cengking menjadi lebih berisi. Malah Rasulullah SAW sendiri pun menggunakan cara ini dalam menjaga kesihatannya.
Kurma nabi
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata “ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan bentuk yang ideal”- HR Ibnu Majah
Tips kreatif untuk amalkan supaya meraih kecantikan dalaman adalah makan timun Jepun segar dan minum air atau jus kurma yang dikisar setiap pagi atau sebelum tidur.
Untuk kecantikan luaran pula, kita juga boleh letakkan hirisan timun yang pada kelopak mata saat terpejam bagi menghilangkan noda hitam pada kantung mata akibat kurang tidur.
Selain itu, timun dan kurma yang dikisar bersama dapat dijadikan sebagai masker wajah. Ia merupakan ramuan alami untuk meremajakan sel-sel kulit wajah agar tetap awet muda. Bagi mereka yang mahu langsingkan tubuh, hanya amalkan minum jus timun 1 gelas setiap hari kerana timun sangat rendah kalori dan kaya serat.
Dengan mineral air, silica dan vitamin yang terkandung dalam timun, kuku boleh dirawat dan terjaga keindahannya. Caranya dengan mengosok kuku dengan hirisan timun sebanyak 2 kali dalam seminggu. Begitu juga dengan menjaga kesuburan dan menguatkan rambut.
Hilangkan Jerawat Dengan Oleskan Minyak Wangi Dzarirah
Antara rahsia kecantikan lain yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada para isteri untuk hilangkan jerawat di wajah ialah dengan mengoleskan minyak wangi dzarirah. Hal ini pernah disebutkan dalam sebuah riwayat.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, jerawat atau batsrah (Bahasa Arab) adalah sejenis benjolan kecil yang terdiri dari zat panas yang tumbuh secara alami. Jerawat perlu ditunggu agak matang, kemudian baru dipecahkan dan dikeluarkan isi kotornya.
Minyak
Minyak wangi dzarirah mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, mendinginkan panas jerawat di samping memberikan bau yang wangi.
Apa itu dzarirah sebenarnya? Ia merupakan tumbuhan herba yang dibentuk dari sari batang pohon dzarirah. Sifatnya yang panas dan kering berguna untuk mengatasi jerawat, radang dan menguatkan jantung.
Ibnu As-Sunni peroleh maklumat ini daripada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW. Mereka bercerita, suatu hari Rasulullah SAW menemui mereka dan melihat di antara jari mereka tumbuh semacam jerawat. Rasulullah SAW lantas bertanya, “Engkau punya minyak wangi dzarirah?” Mereka menjawab, “Ada”.
Rasulullah SAW berkata, “letakkan di jerawatmu itu seraya membaca doa, ‘Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini.” Hadis yang diakui oleh Adz-Dzahabi di atas dikeluarkan oleh Al-Hakim (sanadnya sahih).
Dalam kitab Sahih Bukhari dan Shahih Muslim diriwayatkan, Siti Aisyah R.A menceritakan bahwa dirinya yang memegang minyak wangi dzarirah, meletakkan minyak itu kepada Rasulullah SAW. Peristiwa itu terjadi pada hajjatul wada’ (haji perpisahan) untuk melakukan tahallul (mencukur rambut) dan ihram.
Namun di Malaysia, agak sukar mendapatkan minyak wangi dzarirah ini. Kebanyakannya boleh diperoleh daripada luar Negara dalam pelbagai bentuk.
Cara 4 :
Lagi mudah hanya consume setiap pagi kemam SKINRICH sejurus bangun tidur. Koyakkan 1 sachet diletakkan bawah lidah. Kemudian minum air segelas. Diikuti rutin harian seperti biasa.
Skinrich mengandungi bahan bahan seperti Maquiberi, delima, aprikot,kernel,biji anggur, durian belanda, beetroot dan pelbagai ekstrak buah-buahan yang sememangnya mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit

Untuk dapatkan SKINRICH boleh wasap kami di 011 21663769

atau klik tab negeri untuk dapatkan dari pengedar sah kami.

Sunday, 1 October 2017

Cara Nak Tambah Rezeki:


 Doa Kesejahteraan Mak Ayah
 Solat Dhuha
 Banyak Sedekah 
 Bangun Awal Pagi
 Berdoa Usaha Ikhtiar Tawakal Redha



#ehpsdihati
#pengedarehps
#stokisehps
#agentehps
#luarbiasahabis

Monday, 25 September 2017

7 CARA MUDAH REMOVE INACTIVE FRIENDS DI FACEBOOK

Nak sharekan salah satu cara yang pantas untuk remove semua friends atau untuk remove inactive friends di facebook. Kot-kot nak mulakan hidup baru di facebook. Nak cuci habis-habisan. Ha, elok la pakai ni.
.
Syaratnya, kena guna PC atau laptop. Pastu pakai browser Google Chrome. Kemudian download dan install extension Friend Remover Pro ni. Boleh download disini: http://bit.ly/2e9LNi7
.
Fungsinya, untuk remove semua friend sekaligus (kalau pilih select all) atau remove segelintir yang inactive sahaja. Yang inactive (yang kurang engage dengan kita), berada di list paling bawah. Pilih situ dan kemudian klik remove. 










.
Dapat sesuatu? Silakan share 
.
*kredit to chah hasan

Thursday, 14 September 2017

Langkah-langkah Meredakan Kemarahan

1. Berwuduk.
2. Ubah posisi jangan duduk setempat.
3. Diam (isteri marah, suami sila peluk isteri. Suami marah, isteri diam).
4. Baca istiazab (Auzubillah...)
5. Baca doa menahan marah "Allahumma ati nafsi taqwaha wazakkaha anta khairu man zakkaha"
.
(Sumber: Tanyalah Ustaz TV9)
.
Jom minum dulu. Tarik nafas hembus. Haaa lega kann.
.
Cara paling cepat nak menahan maroh.
.
Minumlah CAFE MOCHA! Kaya dengan rasa mocha + coklat yang penuh kenikmatan.
.
Badan semakin bertenaga. Wajah semakin cantik, berseri dan penuh semangat. Tak ada lagi istilah lemau.
.
Perut terasa kenyang hanya dengan secawan Cafe Mocha.
.
Tak caye? Moh ler cuba. Semua peringkat usia boleh minum. Dari kanak kanak, sampai yang usia emas.
.
Sure lepas tu muka ada sinyum. Maroh kan penat. Hikhik. 



Klik tab NEGERI untuk dapatkan dari pengedar sah kami.
Atau wasap HQ 011-21663769 untuk info

.
#CaféMocha
#HilangMarahHilangPenat
#MaiSecawan
#RedakanMarahDenganCaféMocha

Monday, 17 April 2017

FB LIVE - EIDA HASAN

Hari ni admin nak share Live FB Founder EHPS, Pn Eida Hasan. Yang mana tak pernah kenal or tak tau siapa Eida Hasan, Jutawan Surirumah. Yang macam tak pernah dengar aje produk EHPS? Apa Eida Hasan Pretty Shop tu? Ni la dia Founder EHPS Eida Hasan. Pn Eida Hasan share pasal "5 POINT KENAPA SUSAH SANGAT NAK BISNES". Ok lets tonton this osem video :)


5 POINT KENAPA SUSAH SANGAT NAK BISNES. Jom.. Cekidaut 😍
Posted by Eida Hasan on Tuesday, 11 April 2017