Saturday, 5 August 2017

7 PERKARA ASAS BUAT NEWBIE BISNES

Untuk peniaga newbie, boleh amalkan 7 perkara asas ini untuk lepasi tahun pertama dengan berjaya :
.
1. Pasarkan produk secara ISTIQOMAH.
.
Buat secara istiqomah/konsisten. Setiap hari wajib posting. Non stop setiap hari tau!
.
Sehingga produk yang di jual diterima oleh sasaran pelanggan. Siapa sasaran pelanggan? ouchhh!.. takkan saya nak bagi juge sasaran pelanggan tu? Hehe. Lain produk, lain sasaran pelanggannya.
.
Kena rajin posting sampai lah orang tahu apa produk yang kita ada. Apa yang kita dok jual tu.
.
Nak posting ni pon biar berjadual, misal kata 1 jam pagi post pasal energy booster Mocha, 1 jam tengahari post pasal minuman mantop SPV pulak. Lepas tu nanti petang post pasal Adara Foundation pulak. Malam kol 9 malam, post plak pasal set skincare CB769.
.
Boleh juga kaitkan produk dengan suasana ketika kita nak posting tu. Tapi bagi yang bekerja, posting bukan waktu kerja. maybe leh posting pagi sebelum masuk kerja. masa time rehat, masa balik kije tengah hadap jem tu leh la posting & balas pm prospek.
.
Sebagai contoh: Snap produk CB769 berdekatan lampu tidur atas meja sebelah katil.
.
Lepas tu caption.. "ok sahabat, selamat beradu. Haa sebelum tu jangan lupa maafkan orang tau. Saya pun maafkan anda semua. Sebelum tido adalah waktu mustajab doa tau. Doalah yang baik baik, baca 3 qul. Alfatihah dan doa lah yang baik baik yea. Muka kekalkan dalam keadaan senyum.
.
Wouppss!! jangan lupa tau. Untuk muka shining glowing awets muda, jangan lupa oleskan krim malam CB769 tau tau. Jangan lupa k. Assalamualaikum warahmatullah."
.
Kalau dulu saya jual produk sendiri, memang gitu la rutinnya. Sekarang ni saya lebih banyak sharing kat wall personal saya. Kat page baru la promot promot. Kekadang je laa terrriklan kat personal wall. hehe.. sekali sekala giteww.
.
Pemasaran yang baik ialah tidak menampakkan kita terlalu menjual. Tapi lebih kepada berkongsi apa kelebihan produk, apa unik produk, apa yang produk kita leh buat, apa khasiat produk, apa apa lah yang lain yang sewaktu dengannya.
.
Boleh juga gunakan cara berkongsi sesuatu ilmu supaya mereka dapat manfaat. Mungkin leh kaitkan dengan tips pengurusan Masa, hujung-hujung tu kita selit produk kita.

Contoh:
"Haa kalau saya sayang Masa, nak kejar Masa, nak buat kerja laju-laju, perlukan stamina yang lebih tau. Untuk stamina yang bagus dan tak lemau-lemau, saya amalkan Mocha dalam seharian saya. Saya sudah! anda bila lagi? "
.Tanya orang sebelah. Paham ke paham?
.
2. Setkan target dan buat rangka kerja apa nak kena buat. Jadual waktu macam kat sekolah tu la kiranya.
.
Untuk permulaan, Letak target sederhana yang mesti nak kena dicapai.

Macam saya sendiri, mula-mula letak target 1 hari dan up kan kepada seminggu, kemudian sebulan dan seterusnya tahunan. Maksudnya target berapa banyak unit nak jual dalam masa sehari. lepas tu baru upkan seminggu, sebulan dan seterusnya setahun.
.
Contoh nya. Nak capai setahun 1 juta unit terjual. Haa contoh jerr.. Jangan u olls taruk target 1 juta unit plak. Jenuh nak kayuh tu beb. Saje bagi contoh nombor bebesau sket hehehe.
.
Oraitt. Apakah step-step nak kena buat untuk capai target tu?
.
Senaraikan & minta nasihat dari otai otai dalam bisnes. Boleh je kalau nak pm pm saya cumanya saya reply tu tak tentu lagi on time ke part time ke over time ke sometime ke. Harap leh tunggu dengan sabarnya yea. InshaaAllah kalau saya free, selaju kuasa cahaya saya akan reply. Ecewahhh.
.
Bila dah buat tu, buat sampai jumpa cara yang serasi dengan jiwa, serasi dengan masa, sampai jumpa cara yang lebih berkesan dan menjadi.
.
3. Ni perkara WAJIB ni. Sila asingkan duit bisnes dengan duit peribadi. Tolong jangan cakap terguna la terguna la. Jangan jadi pencuri kepada bisnes anda sendiri. Murudum bisnes tu. Tak sempat nak berkembang beb. Bukan doakan tau. Ni nasihat ni.

Jika masih guna akaun peribadi, maka segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur macam rojak, sila asingkan segera atau buatkan akaun yang khusus.
Selalunya peniaga, bukan masalah jualannya yang tak rancak, jualan dah rancak dah. Keluar duit pun rancak. Duit masuk sikit tapi belanja banyak, dengan alasan nak appreciate diri. Hargai diri tu boleh babe, tapi biar lah kena dengan masa nya. Jangan asal untung je nak appreciate diri. Hancuss.
Jika usaha lom capai target tahunan, means belom mencukupi usaha tu. Nak kena tingkatkan lagi usaha tu. Haa bila dah berakhir tahun kewangan company/bisnes u olls, baru laa leh amek bonus sket. Baru la betoi. Tu pun tenguk laa berapa sale ngan unutng bersih.
Jika lom capai target, cara nak appreciate diri, cukup dengan beri kata pujian dan semangat untuk diri sendiri.
Duit bisnes, duit kakak bayar hutang, duit gaji, duit suami bagi, duit main kutu, Semuanya campur sekali. No no no.. Jangan buat camtu taww.
.
4. Dah tarik gajah masuk rumah, jaga gajah elok elok.

Bila dah dapat pelanggan, jaga mereka. Bila mereka berpuas hati dengan service before & after kita, mudah untuk mereka jadi pelanggan yang setia. Silap hari bulan, mereka yang akan jadi tukang promote produk kita tanpa gaji. For FREE gitew. Best kan?
.
Jangan abaikan pelanggan yang satu sebab dari yang satu tu bakal jadi 10 pelanggan lain. Betulll.. Tak caye? Ce wat.

Database, Detail pelanggan : Nama, alamat, no telefon, emel, dan rekod setiap pembelian nak kena simpan elok-elok. Jika perlu, selalulah bertanya khabar.
Harus ingat, selain untuk tambah pendapatan, bisnes juga adalah untuk berukhwah dan berkawan-kawan. Kita bisnes bukan semata-mata nak cari income. Faham ke faham?
.
5. Ambil risiko yang kecil, ikut kemampuan, jangan fikir asal bisnes je, perlukan modal yang besar. No non no. Mulakan dengan apa yang ada dan apa yang mampu.

Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatai sangat nak berhutang sana sini. Jika berlaku kesilapan dalam bisnes tu, satu hal pulak kita nak gali lubang tutup lubang.
.
Penyudahnya asik di bebani hutang sampai ke sudah. Suka ke macam tu? Di hantui hutang. Kita bisnes kalau leh nak bebas hutang cecepat. Betoi dak?

Sentiasa ambil risiko kecil sehingga kita jumpa cara lebih betul. Mula bisnes sebagai dropship agent pun ok sangat dah. Tak payah kita nak berhutang bagai. Tanpa modal pun boleh berniaga derr..
.
Saya dulu pun bermula dengan dropship ejen jurr. Siapa kata tak ada masa depan? Buktinya seorang dropship produk kami, seorang guru, punya 4 orang anak, mampu jana income rm400 sehari dengan hanya dropship. Jika rm400 x 30 hari? Tak ke RM12,000 tu? Tu jika konsisten rm400 sehari. Jika dia tetiba ada sale masuk rm500? kira bonus la tu kannn?
.
Toksah dok kalut sangat nohhh (haa..hamek..kluaq bahasa utara.. Hihi)
.
Bila dah yakin, dah laju baru la upgrade jadi pengedar dan bila pelanggan semakin ramai dan demand melebihi supply, baru la kita jd stokis.
.
Pada masa yang sama, jangan terlalu takut Dan cuak.
Bisnes memang berisiko tapi kita boleh minimakan risiko itu.
.
Jika kita boleh minimakan risiko, kenapa kita nak buang masa dan terhegeh-hegeh action. Fast Action, Fast Result Beb! Slow Action. Noooo Results.
.
6. Plan masa untuk berjumpa dengan rakan satu aliran niaga (team bisnes).

Banyak info biz dan sharing pengalaman yang kita akan dapat melalui sesi perjumpaan ni. Tak perlu berjumpa terlalu kerap. Sebulan sekali cukup dah tapi jika dapat seminggu sekali pun best sebab kita leh ceduk, beri dan dapat idea.
.
Kekadang, peel manusia ni mudah naw naw kelaut dalam. Kadang hanyuttt tanpa arah tujuan. Kadang angan angan lebih, kalau dah tukul, baru laa nak gerak. Tukul sekali, gerak sekali. Tukul 2 kali, gerak 1 kali gak. Hehehe. Penyakit M kuat sangat. Dengan cara berkumpul dan bertukar pendapat, inshaaAllah semangat sentiasa level paling tinggi .. haa giteww.

Di samping itu, ia juga membantu kita lebih kuat hati untuk terus berniaga. Dapat sokongan daripada rakan2 bisnes yang lain.
.
7. Amalan hidup 'sederhana' dan bukan bermewah-mewah sangat. Orang pakai LV original, kita pun nak LV original. Orang pakai Lamborghini, kita pun nak Lamborghini. Walhal bisnes baru maju sikit. Lom setahun simpan duit. Cermin diri kita, level mana dah kita.
.
Berangan boleh tapi kena ukur baju di badan sendiri. Jangan membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Jangan amalkan " Biar papa asal bergaya sebab kalau dah papa macam mana nak bergaya beb?
.
Belajar ikat perut dari mula. Biar orang cakap kita sengkek. Macam tak nampak kaya. Walau sebenarnya duit kita berkepok kepok dalam bank. Tak apa, mereka tak tahu apa planning kita. Mereka tak tahu berapa dalam akaun bank kita. Dan mereka tak perlu tahu pun. Tak tahu lagi baguih.
.
Yang penting, simpan untung. Ambil gaji 10% sahaja untuk tampung keperluan hidup. Nampak sikit kan? Haha. Memang sikit pun. Jika nak lebih, kita kena la 'push' diri kita untuk usaha lebih. Paksa diri untuk lakukan lebih untuk dapat lebih. 'Simple math' kan? .
.
Kita jangan fikir niaga arini untuk untung melimpah harini. Silap tu beb..
.
Kita niaga harini, kita kumpul. Tak Kira untung banyak atau sikit. Sila simpan & belajar berjimat cermat supaya simpanan kita tu nanti boleh membantu kita 'survive' jika incase apa-apa berlaku pada kita akan datang. 'Who knows' ewahhh speaking london kak senah hari ni yea Yeop? Hikhikhik.
.
Anyway, majoriti usahawan yang berjaya pada hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 5 tahun, hidup sengkek dan cukup-cukup makan saja pada fasa awal bisnes.
.
Keuntungan peringkat awal, separuh disimpan dan separuh lagi dilaburkan semula untuk pergiatkan lagi bisnes mereka.
Jom follow.
.
Jom share posting ni. Mana tau berguna untuk rakan rakan kita yang perlukan :)



.
#BBEidaHasan #EHPSdihati #Tips_Untuk_Newbie #Say_No_To_Mereputs

No comments:

Post a Comment