Bismillah.. Alhamdulillah.. harini saya berjaya melapangkan masa untuk
berinfaq elmu apa yang saya ada dan tahu dan dah apply.
.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki semakin lancar dan deras dan sentiasa
penuh dan sentiasa semakin bertambah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
.
Ok. Harini dengan rasa gembira dan muka sinyumm, saya ingin berkongsi
sebab rata-rata yang personal mesej saya cerita kisah sedih. Kisah
kesusahan. Kisah perlu duit. Kisah nak kaya, kisah yang tak best dan
sedih teramat sedih. Namun tiada tindakan. Bila ditanya apa tindakan
yang dah di ambil? Katanya tak ada sebab tak tahu. LOST. Sebab tak ada
orang nak ajar.
.
"If you are not doing what you love, You are wasting your time" ~ Billy Joel
.
Subhanallah. Tahukan sahabat-sahabat, bahawa saya dulu pun pernah
susah. melalui zaman kejatuhan, melalui zaman kesempitan, ditipu ratusan
ribu oleh supplier, ditipu dengan sahabat yang mengambil kesempatan
atas kepercayaan beribu ribu RM.
.
Namun, demi BIG WHY iaitu
anak-anak saya yang masih kecil, saya bangkit dan pada ketika itu juga
tak ada siapa yang membantu melainkan jiran-jiran dan adek adek yang
beri kata semangat semata. Kata-kata yang minta saya supaya sabar dan
doa banyak-banyak.
.
Ketika tu tak ada yang nak bimbing. Jalan
macam mana yang perlu saya ikut untuk berjaya. Tapi semuanya bergantung
macam mana tindakan kita. Jangan kita terlalu berharap kepada individu
melainkan berharap pada Allah.
.
Sedari dulu saya saaangat minat
dengan bisnes. Walau sering jatuh tersungkur dan ditimpa tangga namun
saya tidak pernah kenal erti serik dan tidak jemu mencuba lagi dan lagi
dan lagi. Kerana apa?? Kerana saya betul-betul minat dengan bisnes.
Jadi, macam-macam jenis bisnes saya ceburi.
.
Bila kita minat,
kita tak akan rasa satu tanggungan atau kesusahan. Kita tak akan anggap
bisnes tu satu bebanan buat kita. Jadi kita tak rasa itu satu paksaan.
Namun kita harus usaha dan push diri utk lebih maju ke depan. Bukan
duduk maintain diam diam tunggu duit jatuh dari langit je gitu. Kita
kene fikir sesuatu untuk lebih maju ke depan bukan buat benda yang sama
saje. Kalau tak ada pembaharuan, macam mana nak ada kemajuan dalam
bisnes kann? tanya orang sebelah: Clear tak sekarang?
.
Jadi kita
harus minat dulu. Kalau lom minat. Kasi minat dulu. Jatuh cinta dengan
bisnes yang kita buat dulu. Yang jual produk orang, jual seolah-olah
produk tu produk kita bukan produk orang lain. Jangan kita buat bisnes
sebab ikut ikutan. Bila kita tenguk org lain maju buat bisnes A, kita
pun buat bisnes A.
.
Sedangkan kita tak minat pun. Orang buat biz
tu sebab orang tu minat & kerana ikut ikutan ni lah bila hasil kita
tak capai sama dengan orang lain. Kita tak pasal-pasal nak main biola.
Faham ke faham?
.
Share LINK BLOG kalau sayang saya. Ouchhh!!.
psstt: Ariana Exclusive (Amirah mix shawl macam yang saya & adek saya pakai ni) tengah offer sekarang tau.
Jejomss cuci mata jomss.. While stock last giteww.
Kredit to :
#FounderEHPS
#EHPSdihati
#Inspirasi
No comments:
Post a Comment