Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts

Monday, 20 November 2017

KEBERKATAN DAN BAROKAH REZEKI



Bismillah.. Selamat pagi & Salam Selasa yang penuh kegembiraan. Penuh dengan limpahan rezeki. Penuh barokah buat kita semua. Hari ni Bb nak berkongsi satu kisah dan Bb harap, akan jadi pengajaran buat kita semua. InshaaAllah.
.
Bb doakan sahabat muka buku yang membaca post ini dipermudahkn segala urusan, semakin bahagia, makin dilimpahi rezeki yang mencurah-curah dari pelbagai sudut dan di berkati hidupnya. Aminn..
.
Sorry yea gais, penulisan Bb ni tak pernah tak panjang, kalau nampak yang pendek tu maknanya bunga je la tu, hikhik.
.
Kisahnya camni, Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja.
.
Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur & beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.
.
"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"
.
Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.
.
Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.
.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.
.
Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
.
Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.
.
Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.
.
Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
.
Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis, namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
.
Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
.
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.
.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia. Subhanallah.
.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
.
Rezeki memang dah diatur disusun oleh Allah.
.
Namun,
.
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.
.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.
.
Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.
-------------------------------------------------------------------------
Moral dari kisah ini
.
- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. Seeloknya kita risaukan dah berapa banyak amalan yang kita buat. Kita kadang kala lupa, kita nak mohon dari Allah, macam-macam benda. Macam-macam bentuk rezeki, tapi kita ni lokek nak buat macam-macam amalan kerana Allah. Apa kes?
.
- Bersyukur walaupun sedikit. Dapat banyak syukur. Tak dapat pun syukur. Kerana Allah dah atur di mana dan bila Allah ingin beri rezeki itu
.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yang kita dapat sekarang. Jangan asyik komplen sana komplen sini, Jangan susah hati dengan rezeki sedia ada. Jangan bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain.
.
Kadang kala hari ini kita susah, orang lain senang lenang, esok lusa, minggu depan, bulan depan, kita pulak yang senang, orang lain susah pula. Hidup ibarat roda, atas sebab itu kita harus beringat. Jangan lupa diri. Ingat, Allah punya segala kemewahan itu.
.
- Jangan sekali kali riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum. Tidak perlu ujub. Nak tunjuk apa yang kita ada. Kerana yang kita ada tu milik Allah.
.
Jika Dia berkehendakan semua lesap. Maka lesap lah semua kesenangan sekelip mata. Nauzubillahi minzalik. Allah dan beri rezeki, peliharalah sebaiknya.
.
- Duit tak perlu dikejar, kelak kita jadi hamba duit. Duit dan kesenangan hidup hadir setelah kita berjaya lepasi ujian Allah. Allah nak uji samada kita redha atau tidak atau lebih mengejar kesenangan hidup berbanding kesibukan kerana Allah.
.
WallahualamWallahualam
.
**Jom kita amalkan doa di bawah 👇. Klik SHARE jika rasa perkongsian Bb ni bermanfaat yea. Anda semua kaya dan berjaya. Allahumma Aminn.


Sunday, 19 November 2017

KUNCI SYURGA ADA;AH SABAR

Pernah tak u olls dengar orang zikir macam ni ,

"Saya orang susah, Saya tak pandai itu, Saya tak belajar tinggi, saya nak niaga produk puan tapi saya tak cantik"
.
Yang suka zikir gini, u olls sebenar tahu tak yang semua orang uang berjaya harini pun starting dari tak pandai, bermula dari susah. 
.
Bila kita rajin usaha, baru la senang tu datang. Bila rajin berkawan, dapat raaamai kawan. Bila rajin berniaga, baru dapat hasil dari perniagaan tu.
.
Dan kebanyakannya orang kaya raya multi billionaires harini tu asal dari orang susah. Sebab tu mereka gigih. Bb juga dulu susah beb. 
.
Kalau nak tahu susah macam mana, tahap makan nasi air hari hari, macam dalam citer Bersamamu tu. Sampai ada la yang nak hantar nama kami kat bersama mu tu tapi bb takmo. selagi leh usaha, Bb try usaha. 
.
Masa Bb susah tu family tak ada tahu pun. Jiran jiran je tahu sebab masa tu abg bob tak kije, Bb pun tak kije, ada anak 2 orang masa tu. Jiran prihatin. Tu yang kata dia nak tolong bg nama kat rancangan BersamaMu.
.
Untuk berniaga ni, mulakan dengan apa yang ada. Jangan buat pinjaman, lebih lebih lagi nak pinjam along. Aduhaii Allahu Allah. Pinjam along ni umpama kita keluar mulut rimau masuk mulut naga. Bukan diri sendiri je kena, anak2, suami, parents, adek beradek semua akan terlibat sama.
.
So, pesanan Bb, u olls takyah laa nak risau risau kalau u olls orang susah ke.. kalau u olls tak lawo ke. Kalau u olls tak skolah sampai master phd ke.. sebab Bb pun sampai Diploma Sains Comp Multimedia. Hah hamekk Jauh betul dengan bidang Marketing & Sales.
.
Nak berjaya? Kena rajin usaha. Kita nak lebih? Kita buat lebih. Kita buat kurang, dapat la kurang. Bila dapat kurang, jangan meroyan jangan nak cakap tak ada luck plak. Bukan tak ada luck cuma terlebih penyakit M je tu. Kene tukau bagi vitamin R lelebih sket. Haa gitewww.. Tanya orang sebelah: Ko paham ke beb? 
.
Kena banyak sabar, kalau kita biz arini, esok tak terus jadi jutawan kecuali kita kije jual rumah harga sejuta. Close sale, hahh dapat la sale sejuta. Hihi. Kena laa banyakkan sabar. Kita dulu lahir dari perut umi kita, bukannya terus berlari beb. 
.
Mula mula golek golek mengiring, lepas tu mengesot, lepas tu merangkak, lepas tu jalan jatuh, lepas tu memapah, lepas tu tatih tatih, lepas tu leh jalan slow slow, lepas tu baru la lari. Jauhhhhh perjalanan tu beb. 
.
Tapi kalau rajin usaha. Leh la cepat capai kejayaan tu. Macam baby yang nak jalan laaa memula dah jalan 1-2-3 tapak, jatuh. Baby bangun lagi. Jalan lagi taaa tih taaa tih. Haa baru la leh jalan 10 tapak. Macam tu la kita beb. Jangan gelojoh naw. Ada je rezeki kita. Yakin dan percaya la dengan rezeki Allah. Banyakkan doa dan lepas tu tawakkal. 
.
Kunci syurga adalah sabar. Niatkan segala pekerjaan yang kita lakukan sepanjang hari ini kerana ALLAH.
Image may contain: 1 person, close-up and indoor

.
Niatnya camni;
Apapun yang ku lakukan hari ini Ya Allah, bermula dari bangun dari tidur sehinggalah aku tidur malam ni semuanya kerana ALLAH.
.
.
"Kalau rezeki dari Allah terlambat, maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezeki-Nya bagi anda. 
Kunci kemuliaan adalah rendah hati. 
Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa."
-Saidina Ali bin Abi Talib.
.
Psstttt: Ehem ehem..sempat lagi Bb selfie wefie. Sorry laa.. hobi selfie wefie ni. Mohon jangan kecam. Bb nak kabo je, arini Bb pakai Adara Treatment Foundation, Bedak DGC, Lipmatte DGM code Coral Nude (ok kann color ni?). 
.
Ok tuuu jerr. Belum minum Mocha Cafe lagi ni sebab tadi minum SPV Vanilla. Aummmm.. kotak pink giteww. 🙋‍♀️
.
#BbEidaHasan
#TipsBbEida
#JanganKufurNikmat

Sunday, 5 November 2017

DOA PAGI

.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
.
Ya Fattahu Ya 'Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.
.
Ya Allah takdirkanlah yang baik baik untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu pintu rahmatMu untuk kami Ya Allah.
.
Ya Allah Rabbul Jalil sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadMu.
.
Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa. Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua.
.
Justeru Ya Allah ampunilah semua dosa kami, berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu Ya Allah.
.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami Engkau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah Ya Rahman.
.
Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami Engkau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya.
.
Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.
.
Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat sahabat kami dan guru guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai. Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh, maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik baik dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.
.
Ya Allah Ya Azizz, kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
.
Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya.
.
Maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Engkau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar mereka dapat beribadah bersama kami. Ya Allah jadikanlah kami anak anak yang taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi.
.
Ya Allah Ya Malikal Mulk
kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. sebaliknya, janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
.
Ya Allah bantukanlah kami dalamm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Limpahilah dengan rezeki yang banyak Ya Allah.
.
Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selamaselamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan.
.
Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.
.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, janganlah Engkau jadikan Muharam ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Muharam yang akan datang.
.
Tapi, andai ia terakhir buat kami, Engkau rahmatilah kami, berilah kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah, jadikanlah ia sebagai penghapus dosa dosa kami.
.
Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.
.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
.
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

Image may contain: 2 people, close-up

Saturday, 19 August 2017

7 ZIKIR MUDAH MENJEMPUT REZEKI


1. Memperbanyak membaca "La hawla Wala Quwwata Illa billah".
– Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah". (HR. At- Tabrani)
.
2. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin"
– Barangsiapa membaca "La ilaha illallahul malikul haqqul mubin" pada setiap hari, dapat mengelak daripada kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur nanti. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
.
3. Membaca "Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim"
– Barangsiapa yang membaca setiap kalimat itu, maka dia akan mendapat pahala tasbih bagi seorang malaikat yang akan bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
.
4. Membaca Surat Al-IKHLAS.
– Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan dapat menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)
.
5. Membaca Surat Al-WAQI’AH.
– Barangsiapa yang membaca surat Al-Waqiaah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
.
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI.
– Dari Umar bin Khaththab dari Nabi s.a.w bersabda, "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat, maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah, al-Bazzar, Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
.
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR.
– Barangsiapa melazimkan beristighfar, nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
.
Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi berkat tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah. Jika ada di bumi, maka keluarkanlah. Jika jauh, maka dekatkanlah. Jika dekat, maka mudahkanlah. Jika sedikit, maka banyakanlah. Jika banyak, maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir-fakir miskin serta orang-orang yang dalam kesusahan dan kedha'ifan.
.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami.
Aamiiin Ya Allah Ya Robbal ‘Aalamiin.
.
Dapat sesuatu? Komen Alhamdulillah <3
Jom share supaya dapat manfaat kepada orang lain.

Monday, 7 August 2017

Doa memohon limpahan rezeki

Jom sahabat, kita amalkan doa ni. Kalau tak hafal takpe, tulis kat kertas atau buku nota. Masa doa buka buku nota tu, baca. Yang penting, beramal. 

.
Boleh baca lepas lepas solat dhuha (baca doa dhuha dulu lepas tu baru baca doa ni). Selamat beramal. 
.
Doa nya seperti di bawah
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Ertinya :
“Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.” (QS. Al-Maidah/5: 114)

Jika rasa perkongsian ni bermanfaat, klik love & sharekan pada sahabat lain.
.
#Doa_Limpahan_Rezeki #BbEidaHasan #EHPSdihati

Monday, 24 April 2017

"I Love My Life, Smile & Be Happy"

Assalamu'alaikum warahmatullah.
.
Salam Selasa buat Jutawan Dermawan EHPS Rich & Beauty. Allah humma yassir wala tuasir.
Moga dipermudahkan segala urusan pada hari ini In Shaa Allah.
.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas hari ini. Saya doakan sahabat yang like & baca post ni diberi kesihatan yang baik. bahagia, luar biasa, kuat semangat, rezeki melimpah limpah. rezeki wang kekayaan, bebas hutang dan diredhai Allah. Aminn. Selamat pagi!
.
Apa plan u ollz harini? Ingat! plan kita di pagi hari setiap hari menentukan kejayaan plan kita sepanjang hari. Plan kita setiap hari menentukan kejayaan kita sepanjang bulan. Begitu lah seterusnya.
.
Keep on zikir yang baik baik. Contoh:
~ aku kaya untuk bantu ramai orang.
~ perniagaan aku luar biasa berjaya.
~ aku menjadi contoh dan inspirasi ramai orang yang ingin berjaya.
.
Haa dah zikir yg best best. Jgn lupakan selawat atas nabi serta sahabat nabi sebanyak banyak nya. Kalau mampu buat 1000x, buat 1000x. ayatul kursi x 7, ummul kitab x 3, al waqiah x 3.
.
Jangan lupa doakan sahabat kita yang lain. Doa yang baik2 utk org lain. InshaaAllah pasti org lain ada yg mendoakan kita.
.
#EidaHasan
#EHPSdihati
#AdaraSkinRichCB769
#ArianaExclusive

Wednesday, 15 March 2017

Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan Melimpah Ruah

Sebelum saya mulakan penulisan, saya mohon maaf sebab lambat share posting saya ni, harini bz menguruskan beberapa stok yang baru sampai. Alhamdulillah. baru settle & dah agihkan untuk post out esok. Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan.
.
Terima kasih kepada sahabat BB yang tak henti send positive energy. BB doakan anda semua di limpahi rezeki yang besar besar. Rezeki yang tak disangka sangka. Allahumma Aminn.. Tak sangka juga seawal jam 7 malam, posting pertanyaan saya tu dah pun cecah 400 likes. Idea pun laaju je datang + energy positif yang luar biasa. Walaupun hari Ahad.
.
Oraitt saya sambung topik ni sebelum saya lebih kelaut merepek jer kann..hehehe.
.
Doa supaya cepat kaya seperti Nabi Sulaiman tentu semua orang menginginkannya. Tanya orang sebelah: Betul ke betul?
.
Kita tahu Nabi Sulaiman as adalah salah seorang Nabi yang dilimpahi kekayaan melimpah ruah yang belum pernah ada sebelumnya. Selain itu Nabi Sulaiman as juga dikurniakan dengan pelbagai mukjizat dan salah satu antaranya ialah dapat memahami bertutur dan memahami bahasa haiwan.
.
Ketika tu Nabi Sulaiman menjadi penguasa yang diwarisi dari nabi Daud as. Dari manusia, jin sampai haiwan pun tunduk dengan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman diberi kuasa oleh Allah SWT untuk memerintahkan jin-jin dalam membangun bangunan dan memindahkan singgasana ratu Saba’. Dan mengajak ratu Saba’ untuk beriman kepada Allah dan meninggalkan agamanya terdahulu iaitu menyembah matahari.
.
Doa Nabi Sulaiman untuk kekayaan ini juga diabadikan dalam al-Qur’an Surat Sod ayat 35 (ayatnya seperti attachment di bawah) sebagai berikut:
.
Yang bermaksud : "Wahai Tuhanku, Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi". (Surah Sod: 35)






Allah menkabulkan doa Nabi Sulaiman, dengan memberikan anugerah dan pengetahuan yang besar serta melimpahkan kekuasaan yang besar dan pemerintahan yang besar serta kuat atas 
Nabi Sulaiman as. Dalam ayat-ayat yang menceritakan kehidupannya, berbagai perincian mengenai kekayaan, pemerintahan, dan bagaimana dia menggunakan pengetahuannya telah disampaikan.
.
Dengan limpahan anugerah yang Allah beri tu, membuatkan Nabi Sulaiman as semakin bersyukur Allah SWT. Syukur Nabi Sulaiman ketika dipuncak kejayaan di luahkan kedalam doa Nabi Sulaiman:
.
Maksudnya: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman (mendengar) kata-kata semut itu. Dan dia berdoa: "Wahai Tuhanku, berilah daku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh".
(Surah An Naml: 19)



.
Penjelasan doa Nabi Sulaiman di atas:
Doa di atas elok dibaca agar kita mendapatkan ilham untuk mensyukuri nikmat serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beramal soleh di dunia hingga kemudian mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Doa tersebut pula yang dibaca Nabi Sulaiman a.s. yang kaya raya tidak ada bandingannya.
.
Hikmah Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan
Jika Anda sudah dilimpahi rezeki oleh Allah, jangan lupa untuk mensyukurinya. Serupa dengan Nabi Sulaiman yang sangat mensyukuri kurniaan Allah kepadanya. Rezeki, kemasyhuran dan kejayaan adalah ihsan dari Allah untuk menguji kita apakah kita bersyukur kepada Allah atau lagho/mengingkarinya. Cakap kat orang sebelah: Yeop Jangan lupa bersyukur Yeop!! Hihi.
.
Kadang orang suka sebut tanpa sedar. Sebut apa tu? Perasan tak kadang ada yang suka sebut gini, “Kejayaan ini adalah hasil kerja kuat ku”. Takutnyaaa bila ustaz cakap, Orang seperti ni lah yang tak akan kekal kejayaannya.. On & Off je kejayaan dia tu. Ada juga yang tertahan tahan je kejayaan dia tu. Sebab apa ek?? Haa ustaz cakap, sebab tak bersyukur/kurang bersyukur. Sebaiknya ayatnya macam ni: “Kejayaan luar b iasa ni adalah dari Allah agar kita selalu mensyukurinya”.
.

.
Ehem-ehem.. Sudahkah Anda bersyukur hari ini? Mari kita syukuri sekecil apapun nikmat yang kita terima. Karena dengan bersyukur, maka Allah akan menambah nikmat kita. Itulah janji Allah yang pasti ditepati. Uitsss. dapat ilmu pun kene bersyukur juga taw taw. Hihi. Nunite sahabat. Maaf atas kelewatan sharing posting doa ni. Jom amalkan apa yang baik baik.. apa yang tak baik kita tukokan jadi baik. Tanya orang sebelah: Boleh ke boleh? kikiki
.
ANDA KAYA & BERJAYA. Moh ler klik klik share link blog (say no to copy paste 😒)



 WithLove 😘
#EidaHasan
#FounderEHPS
#EHPSdihati

Monday, 2 January 2017

DOA SEBELUM MULAKAN BEKERJA/BERNIAGA

"Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah lemah." (HR. Muslim)
.

Mulakan hari ni dengan senyuman yang paalingg ikhlas.
.
Alhamdulillah Terima Kasih Allah. Masih lagi kita diberi peluang untuk bertaubat dan memberi manfaat juga inspirasi buat sahabat lain di luar sana. Inshaaallah.
.
Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Mudah2an Allah kasihani kita & panjangkn usia kita supaya lebih raaamai lagi yang akan kita bantu dgn produk kita disamping mmbaiki taraf ekonomi keluarga.. Mmbantu Suami/Isteri.
.
Gembirakan anak2 & membuat ibu bapa kita tersenyum bangga mempunyai anak seperti kita. Masyaaallah Alhamdulillah. Nikmatnya rasa. Syukur ya Allah. Ya Wahhab. Yg Maha memberi rezeki..
.
Selawat & salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarga & sahabat-sahabat baginda seluruhnya. Hadiahkan Alfatihah buat Nabi Muhammad SAW serta para sahabat nabi serta para solihin. Tak lupa juga kepada pasangan kita serta ibu bapa, mertua, anak-anak, guru-guru, & especially family besar kita #EHPSdihati. Sahabat kita.
.
Ya Allah,sesungguhnya kami memohon ke hadrat-Mu keredaan-Mu dan syurga, & kami memohon kepada-Mu supaya dijauhkan daripada kemurkaanMu & api neraka.
Ya Allah,sesungguhnya kami memohon keampunan & kesejahteraan hidup di dunia & di akhirat.
.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, daripada fitnah kehidupan & kematiaan.
.
Ya Allah Ya Ghaffar, berikanlah rezeki yang mencukupi lagi halal & diberkati, rumahtangga & keluarga yang sangatt bahagia,zuriat penyejuk mata & hati yg soleh & solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan,hutang yang terbayar,keselamatan & kesejahteraan dunia & akhirat.
.
Ya Allah, jemput kami dlm khusnul khotimah, mudahkanlah kami ketika menghadapi sakaratul maut& lepaskanlah kami drpd api neraka.
.
Ya Allah Ya Rahman,kami memohon keampunan ke atas segala dosa-dosa kami,kekhilafan kami sbg manusia biasa,ampuni dosa kedua ibubapa & mertua kami,dosa anak-anak & pasangan kami serta seluruh ahli keluarga kami.Dosa guru guru kami yg masih ada lagi mahupun yg telah telah tiada. Didik hati kami dlm menghadapi liku2 hidup.Aminn Ya Rabb.
.




 *CREDIT TO FOUNDER EHPS*
.
#EHPSdihati
#EidaHasan
#AdaraAjeNoBedak