Showing posts with label BERJAYA. Show all posts
Showing posts with label BERJAYA. Show all posts

Monday, 13 November 2017

UJIAN/HALANGAN/DUGAAN KEJAYAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat pagi & salam Jumaat yang barokah buat sahabat kesayangan Bb semuanya. Semoga harini lebih baik dari hari semalam, Dan rezeki kita melimpah limpah lebih dari hari sembelum ni. Allahumma Amin. InshaaAllah. 
.
Bb nak tanya ni, pernah tak u ollz perasan ramai antara kita kurang melahirkan rasa syukur. Kurang ucap syukur. Ni la yang guru selalu sebut kufur nikmat. 
.
Sebab apa Bb kata kufur nikmat? Sebab lebih banyak kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Walhal tak sedar. Banyak dah yang Allah dah beri pada kita sempanjang kita hidup.
.
Kita tak sedar semua apa yang hadir disebalik kejadian/peristiwa. Waima baik atau buruk semua dari Allah. Kalau kita komplen itu dan ini, sama juga macam kita tak setuju dengan apa yang Allah dah atur. Walhal, tu yang terbaik buat kita.
.
Kadang kejadian sedih, kejadian yang mengguris jiwa, kejadian menyakitkn hati, kejadian kerugian dalam bisnes, kejadian di rompak, kejadian apa sekali pun. Kejadian menang cabutan sebiji kereta merc, semua Allah atur untuk dekatkan kita dengan Dia.
.
Mungkin juga kita kurang sujud pada Dia. Kurang buat aduan pada Dia. Kurang syukur pada Dia. Dia rindu kita. sebab tu wujud ujian.
.
Sepatutnya, bila ditimpa ujian tu kita ucap Alhamdulillah, jangan banyak komplen. Takleh asyik tak setuju itu dan ini. Lebihkan penyerahan diri padaNya..
.
Dugaan datang silih berganti. Umpama ombak di pantai. Sekali datang adakalanya ombak yang besar. Adakalanya ombak yang kecil. Namun kita hatus kuat dan jangan henti ucap syukur pada Allah. Cuba lah buat. InshaaAllah jiwa sahabat semua akan lebih tenang..
.
Sekarang dah tahu apa nk buat kan? Jangan main biola sangat. Kalau rasa down, jom join team #janaduitdenganEHPS, sure tak ada masa nak main biola sangatt, macam kene karen selalu semangat datang bertubi tubi. InshaaAllah.
.
Kita letakkan Allah di depan, kita aari Allah. Mohon komen yang positif apa saja untuk sesama send positif energy. Anda Kaya & Berjaya. AllahummaAminn.
.
I love u guys.. Alhamdulillah


Image may contain: text
.
#BbEidaHasan
#TipsEida

Saturday, 5 August 2017

7 PERKARA ASAS BUAT NEWBIE BISNES

Untuk peniaga newbie, boleh amalkan 7 perkara asas ini untuk lepasi tahun pertama dengan berjaya :
.
1. Pasarkan produk secara ISTIQOMAH.
.
Buat secara istiqomah/konsisten. Setiap hari wajib posting. Non stop setiap hari tau!
.
Sehingga produk yang di jual diterima oleh sasaran pelanggan. Siapa sasaran pelanggan? ouchhh!.. takkan saya nak bagi juge sasaran pelanggan tu? Hehe. Lain produk, lain sasaran pelanggannya.
.
Kena rajin posting sampai lah orang tahu apa produk yang kita ada. Apa yang kita dok jual tu.
.
Nak posting ni pon biar berjadual, misal kata 1 jam pagi post pasal energy booster Mocha, 1 jam tengahari post pasal minuman mantop SPV pulak. Lepas tu nanti petang post pasal Adara Foundation pulak. Malam kol 9 malam, post plak pasal set skincare CB769.
.
Boleh juga kaitkan produk dengan suasana ketika kita nak posting tu. Tapi bagi yang bekerja, posting bukan waktu kerja. maybe leh posting pagi sebelum masuk kerja. masa time rehat, masa balik kije tengah hadap jem tu leh la posting & balas pm prospek.
.
Sebagai contoh: Snap produk CB769 berdekatan lampu tidur atas meja sebelah katil.
.
Lepas tu caption.. "ok sahabat, selamat beradu. Haa sebelum tu jangan lupa maafkan orang tau. Saya pun maafkan anda semua. Sebelum tido adalah waktu mustajab doa tau. Doalah yang baik baik, baca 3 qul. Alfatihah dan doa lah yang baik baik yea. Muka kekalkan dalam keadaan senyum.
.
Wouppss!! jangan lupa tau. Untuk muka shining glowing awets muda, jangan lupa oleskan krim malam CB769 tau tau. Jangan lupa k. Assalamualaikum warahmatullah."
.
Kalau dulu saya jual produk sendiri, memang gitu la rutinnya. Sekarang ni saya lebih banyak sharing kat wall personal saya. Kat page baru la promot promot. Kekadang je laa terrriklan kat personal wall. hehe.. sekali sekala giteww.
.
Pemasaran yang baik ialah tidak menampakkan kita terlalu menjual. Tapi lebih kepada berkongsi apa kelebihan produk, apa unik produk, apa yang produk kita leh buat, apa khasiat produk, apa apa lah yang lain yang sewaktu dengannya.
.
Boleh juga gunakan cara berkongsi sesuatu ilmu supaya mereka dapat manfaat. Mungkin leh kaitkan dengan tips pengurusan Masa, hujung-hujung tu kita selit produk kita.

Contoh:
"Haa kalau saya sayang Masa, nak kejar Masa, nak buat kerja laju-laju, perlukan stamina yang lebih tau. Untuk stamina yang bagus dan tak lemau-lemau, saya amalkan Mocha dalam seharian saya. Saya sudah! anda bila lagi? "
.Tanya orang sebelah. Paham ke paham?
.
2. Setkan target dan buat rangka kerja apa nak kena buat. Jadual waktu macam kat sekolah tu la kiranya.
.
Untuk permulaan, Letak target sederhana yang mesti nak kena dicapai.

Macam saya sendiri, mula-mula letak target 1 hari dan up kan kepada seminggu, kemudian sebulan dan seterusnya tahunan. Maksudnya target berapa banyak unit nak jual dalam masa sehari. lepas tu baru upkan seminggu, sebulan dan seterusnya setahun.
.
Contoh nya. Nak capai setahun 1 juta unit terjual. Haa contoh jerr.. Jangan u olls taruk target 1 juta unit plak. Jenuh nak kayuh tu beb. Saje bagi contoh nombor bebesau sket hehehe.
.
Oraitt. Apakah step-step nak kena buat untuk capai target tu?
.
Senaraikan & minta nasihat dari otai otai dalam bisnes. Boleh je kalau nak pm pm saya cumanya saya reply tu tak tentu lagi on time ke part time ke over time ke sometime ke. Harap leh tunggu dengan sabarnya yea. InshaaAllah kalau saya free, selaju kuasa cahaya saya akan reply. Ecewahhh.
.
Bila dah buat tu, buat sampai jumpa cara yang serasi dengan jiwa, serasi dengan masa, sampai jumpa cara yang lebih berkesan dan menjadi.
.
3. Ni perkara WAJIB ni. Sila asingkan duit bisnes dengan duit peribadi. Tolong jangan cakap terguna la terguna la. Jangan jadi pencuri kepada bisnes anda sendiri. Murudum bisnes tu. Tak sempat nak berkembang beb. Bukan doakan tau. Ni nasihat ni.

Jika masih guna akaun peribadi, maka segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur macam rojak, sila asingkan segera atau buatkan akaun yang khusus.
Selalunya peniaga, bukan masalah jualannya yang tak rancak, jualan dah rancak dah. Keluar duit pun rancak. Duit masuk sikit tapi belanja banyak, dengan alasan nak appreciate diri. Hargai diri tu boleh babe, tapi biar lah kena dengan masa nya. Jangan asal untung je nak appreciate diri. Hancuss.
Jika usaha lom capai target tahunan, means belom mencukupi usaha tu. Nak kena tingkatkan lagi usaha tu. Haa bila dah berakhir tahun kewangan company/bisnes u olls, baru laa leh amek bonus sket. Baru la betoi. Tu pun tenguk laa berapa sale ngan unutng bersih.
Jika lom capai target, cara nak appreciate diri, cukup dengan beri kata pujian dan semangat untuk diri sendiri.
Duit bisnes, duit kakak bayar hutang, duit gaji, duit suami bagi, duit main kutu, Semuanya campur sekali. No no no.. Jangan buat camtu taww.
.
4. Dah tarik gajah masuk rumah, jaga gajah elok elok.

Bila dah dapat pelanggan, jaga mereka. Bila mereka berpuas hati dengan service before & after kita, mudah untuk mereka jadi pelanggan yang setia. Silap hari bulan, mereka yang akan jadi tukang promote produk kita tanpa gaji. For FREE gitew. Best kan?
.
Jangan abaikan pelanggan yang satu sebab dari yang satu tu bakal jadi 10 pelanggan lain. Betulll.. Tak caye? Ce wat.

Database, Detail pelanggan : Nama, alamat, no telefon, emel, dan rekod setiap pembelian nak kena simpan elok-elok. Jika perlu, selalulah bertanya khabar.
Harus ingat, selain untuk tambah pendapatan, bisnes juga adalah untuk berukhwah dan berkawan-kawan. Kita bisnes bukan semata-mata nak cari income. Faham ke faham?
.
5. Ambil risiko yang kecil, ikut kemampuan, jangan fikir asal bisnes je, perlukan modal yang besar. No non no. Mulakan dengan apa yang ada dan apa yang mampu.

Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatai sangat nak berhutang sana sini. Jika berlaku kesilapan dalam bisnes tu, satu hal pulak kita nak gali lubang tutup lubang.
.
Penyudahnya asik di bebani hutang sampai ke sudah. Suka ke macam tu? Di hantui hutang. Kita bisnes kalau leh nak bebas hutang cecepat. Betoi dak?

Sentiasa ambil risiko kecil sehingga kita jumpa cara lebih betul. Mula bisnes sebagai dropship agent pun ok sangat dah. Tak payah kita nak berhutang bagai. Tanpa modal pun boleh berniaga derr..
.
Saya dulu pun bermula dengan dropship ejen jurr. Siapa kata tak ada masa depan? Buktinya seorang dropship produk kami, seorang guru, punya 4 orang anak, mampu jana income rm400 sehari dengan hanya dropship. Jika rm400 x 30 hari? Tak ke RM12,000 tu? Tu jika konsisten rm400 sehari. Jika dia tetiba ada sale masuk rm500? kira bonus la tu kannn?
.
Toksah dok kalut sangat nohhh (haa..hamek..kluaq bahasa utara.. Hihi)
.
Bila dah yakin, dah laju baru la upgrade jadi pengedar dan bila pelanggan semakin ramai dan demand melebihi supply, baru la kita jd stokis.
.
Pada masa yang sama, jangan terlalu takut Dan cuak.
Bisnes memang berisiko tapi kita boleh minimakan risiko itu.
.
Jika kita boleh minimakan risiko, kenapa kita nak buang masa dan terhegeh-hegeh action. Fast Action, Fast Result Beb! Slow Action. Noooo Results.
.
6. Plan masa untuk berjumpa dengan rakan satu aliran niaga (team bisnes).

Banyak info biz dan sharing pengalaman yang kita akan dapat melalui sesi perjumpaan ni. Tak perlu berjumpa terlalu kerap. Sebulan sekali cukup dah tapi jika dapat seminggu sekali pun best sebab kita leh ceduk, beri dan dapat idea.
.
Kekadang, peel manusia ni mudah naw naw kelaut dalam. Kadang hanyuttt tanpa arah tujuan. Kadang angan angan lebih, kalau dah tukul, baru laa nak gerak. Tukul sekali, gerak sekali. Tukul 2 kali, gerak 1 kali gak. Hehehe. Penyakit M kuat sangat. Dengan cara berkumpul dan bertukar pendapat, inshaaAllah semangat sentiasa level paling tinggi .. haa giteww.

Di samping itu, ia juga membantu kita lebih kuat hati untuk terus berniaga. Dapat sokongan daripada rakan2 bisnes yang lain.
.
7. Amalan hidup 'sederhana' dan bukan bermewah-mewah sangat. Orang pakai LV original, kita pun nak LV original. Orang pakai Lamborghini, kita pun nak Lamborghini. Walhal bisnes baru maju sikit. Lom setahun simpan duit. Cermin diri kita, level mana dah kita.
.
Berangan boleh tapi kena ukur baju di badan sendiri. Jangan membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Jangan amalkan " Biar papa asal bergaya sebab kalau dah papa macam mana nak bergaya beb?
.
Belajar ikat perut dari mula. Biar orang cakap kita sengkek. Macam tak nampak kaya. Walau sebenarnya duit kita berkepok kepok dalam bank. Tak apa, mereka tak tahu apa planning kita. Mereka tak tahu berapa dalam akaun bank kita. Dan mereka tak perlu tahu pun. Tak tahu lagi baguih.
.
Yang penting, simpan untung. Ambil gaji 10% sahaja untuk tampung keperluan hidup. Nampak sikit kan? Haha. Memang sikit pun. Jika nak lebih, kita kena la 'push' diri kita untuk usaha lebih. Paksa diri untuk lakukan lebih untuk dapat lebih. 'Simple math' kan? .
.
Kita jangan fikir niaga arini untuk untung melimpah harini. Silap tu beb..
.
Kita niaga harini, kita kumpul. Tak Kira untung banyak atau sikit. Sila simpan & belajar berjimat cermat supaya simpanan kita tu nanti boleh membantu kita 'survive' jika incase apa-apa berlaku pada kita akan datang. 'Who knows' ewahhh speaking london kak senah hari ni yea Yeop? Hikhikhik.
.
Anyway, majoriti usahawan yang berjaya pada hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 5 tahun, hidup sengkek dan cukup-cukup makan saja pada fasa awal bisnes.
.
Keuntungan peringkat awal, separuh disimpan dan separuh lagi dilaburkan semula untuk pergiatkan lagi bisnes mereka.
Jom follow.
.
Jom share posting ni. Mana tau berguna untuk rakan rakan kita yang perlukan :)



.
#BBEidaHasan #EHPSdihati #Tips_Untuk_Newbie #Say_No_To_Mereputs

Wednesday, 2 August 2017

CERITA MASTER STOKIS EHPS

*SHARING DARI MASTER STOKIS OTAI EHPS*

Ramai yang offer kak Lyn macam-macam jual tu , jual ni produk dan jadi stokis produk produk kecantikan dan kesihatan.

Sorry tau! Apa kak Lyn pakai kak Lyn jual kak Lyn sharing dengan semua orang.
Mana yang kenal kak Lyn dari dulu sehingga sekarang mungkin tahu kenapa kak Lyn begitu setia dengan sesuatu produk tu.
Dan kak Lyn syukur sangat sebab dengan produk-produk ini lah yang berjaya mentransformasikan kak Lyn.
Kak Lyn suka sharing kebaikannya .
Alhamdulilah kak Lyn bermula dari pengguna sahaja. 
Lepas tu mula jadi dropship dan seterusnya agen/pengedar dan stokis.
Alhamdulilah sekarang dah Master Stokis.

Syukur sesangat.
Dulu kak Lyn hanya bergerak solo. Ewaaahhh. !!!
Solo lah pulak.
Sekarang dah berkumpulan bersama dengan #TeamGojezMeletopz yang Luarbiasa hebat.!!!
Terima kasih kerana bersama-sama dan didalam group kak Lyn.
Alhamdulilah!! Alhamdulilah!! Alhamdulilah!!
Terima Kasih BB Eida Hasan yang memberi peluang kepada kak Lyn..
Terima Kasih Chah Hasan dan #TeamEhps yang ohsem.
Sehari tak masuk di group sure akan rindu.
Kak Lyn juz nak habaq hanya #EHPSdihati tau!!tau!!! tau!!
Plishh jangan lah OFFER kak Lyn produk produk lain yang tak berkaitann dengan apa yang ada di EHPS sebab kak Lyn tak akan berpaling!!
Ewah!!!Ewah!! Setia naw naw gitew.he!!!he!!

Kak Lyn bebenornya nak share.
Thanks BB Eida Hasan hadiah kemenangan kak Lyn kelmarin suka sangat.
Semua adalah produk favourite kak Lyn.
Macam tahu-tahu je akak Lyn suka kod LK6 dan LK kod tu dah nak habis. he!!he!!!! he!!
Thanks tau.




Banyak lak ngomel, Insyaallah nanti free kak Lyn akan share video dari mula kak Lyn join EHPS sampai sekarang dan LIVE lagi.

Insyaallah.

Uolls dari biasa-biasa nak jadi Luar Biasa.
JOM Join team Kak Lyn. Peluang masih terbuka #projekduitraya bersama Team Gojewz Meletops. EHPSdihati

Love,
#AkakGojez
#StokisEHPSPasirGUdang
#MasterStokisEHPS
#LuarbiasaHabis

Sunday, 28 May 2017

JANGAN BANYAK ALASAN BEB!

Bantu orang mancing, 
jangan tolong belikan mata kail, 
jangan tolong belikan umpan, 
jangan tolong campak mata kail untuk dia, 
jangan tolong pancingkan plak untuk dia.. 
Laagi satu, last sekali bagi ikan kat dia. 
Dah la dah bagi ikan, nak masak pun MALAS. 
Cakap kat orang sebelah: KESIAN GILE BEB. 

Ok. 
Kita nak bantu orang. 
Kita beritahu apa dia kena buat. 
Dan paksa dia buat sampai berjaya.
Macam cikgu kat sekolah ajau anak murid. 
Walau nakal anak murid tu, cikgu tetap bagi bagi bagi ilmu dan homework & praktikal semua kena buat. 
Terpaksa rela buat semuanya. Betul ke betul?
Haa dah buat semua, baru la berjaya. Kannnnnn?
Dann. Kita buat bukan action biasa biasa. 
Kasi luar biasa la beb.

Untuk berjaya, 
jangan cipta BAAANYAK sangat ALASAN. 
Orang yang baaanyak sangat ALASAN tu adalah orang yang mudah mengalah dan selalu GAGAL.
Nak BERJAYA, kena buat sampai jadi. 
Action with massive action. Hahhh.. Paham ketewww?

Apa contoh massive action?

Ok contohnya.
Kita lapor gila. 
Tapi makan seciput sesuap je. 
Memang action yang sama. 
Suapkan nasi kemulut. 
Tp adakah perut leh kenyang?

Massive action ni, 
bila lapar, kita makan sepinggan (jangan melahap plak, terrsedak baru padan muka..
Elelee gegurau pun takleh. Takleh gurau duk surau. Kihkihkih ).
Ingat pesan nabi kita. 
Makan lah, dan berhenti sebelum kenyang.
 So mudah la nak terawih mlm ni. 
Takde la lemau malas je kan?. Hikhik.
Ehh melalut plak bb..hihi. 

Well massive action ni kita suap sampai kenyang perut
Haa baru laa betul kenyang.
Walau aktiviti suapkan nasi kemulut tu action yg sama tapi suap sesuap berbanding suap ke mulut sampai kenyang satu perkara yang berbeza. 
Faham ke faham?

Renung-renungkan dan selamat beramal. 
Mohon share kan laju laju. 
Semoga bermanfaat kepada semua sahabat yea..
Haaa baru la cengginiii
 
Kredit :
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati

Wednesday, 12 April 2017

11 MENTAL BLOCK MANUSIA YANG MENJADI PENGHALANG UNTUK BERJAYA:


EGO

Benda ni paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk kita buat sesuatu di luar kotak akal.
. SKEPTIKAL
Selalu berfikiran negatif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "Aku ni boleh ke berjaya?", "Boleh ke aku buat bisnes ni?", "Kalau orang mengata aku macam mana?".
. TAKUT
Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.
. TAK YAKIN
Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa?
. TAK LAYAK
Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.
.
SUKA BERTANGGUH
Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.
. BAGI ALASAN
Bila ditanya kau nak berjaya tak? Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia, "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.
. TUNGGU DULU
Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.
.
IKUT KAWAN NEGATIF
Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "Eh, jom keluar malam ni lepak dataran tengok race Ko bukan buat ape kat umah. Bini ko tidur kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.
. TAK BERSUNGGUH
Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.
. SALAHKAN TAKDIR & AGAMA
Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya. Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita. Dalam AL QURAN pun ada sebut, "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."
.
*APA YANG KITA FIKIR*
*APA YANG KITA RASA*
*APA YANG KITA CAKAP*
*APA YANG KITA BUAT*
.
*SEMUA ADALAH DOA*
.
ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN!


Dapat sesuatu? Cer komen: AKU KAYA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT! 💪

#ehpsdihati
#pengedarehps
#stokisehps


Jemput SHARE link blog kami jika bermanfaat pada anda :)

Monday, 10 April 2017

Sharing is caring

Sharing ni BB ambil dari email BB. Email dari Tuan Raja Kamil yang dihormati. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Pekongsian beliau seperti berikut:
------------------------------------------------------------------
Salam hormat;
Saya ada ramai kenalan, yang menjual produk kosmetik.
Ada yang jutawan, ada yang tak, dan ada yang dah tutup bisnes.

Bila borak-borak dengan mereka, saya perasan beberapa perkara.
Yang berjaya, ada persamaan.
Yang tak berjaya, pun ada persamaan.

Nak tahu?

Ok, ini mereka yang berjaya buat.
1. Konsisten - promosi dan marketing diorang, SANGAT konsisten.
Setiap hari, diorang akan buat marketing. Samada cara yang percuma, atau yang berbayar.

Contoh yang percuma, post testimoni terkini.
Contoh yang berbaya, buat iklan video di FB.


2. Selalu up to date - apa yang menjadi dulu, belum tentu menjadi sekarang.
Diorang ni, selalu pergi kelas-kelas marketing daripada semasa ke semasa.
Kadang-kadang, beli ebook, walapun dah jutawan, tak segan silu, belajar dengan orang baru.

Saya pernah tanya hal ini kepada mereka, jawapan mereka amat mengejutkan.
Diorang kata, apa yang dulu berjaya, sekarang belum tentu.
Kalau dulu, setting ABC, mungkin jadi.
Sekarang, setting ABC, tak jadi, silap-silap rugi adalah.


3. Jaga marketing sendiri - ha, rata-rata saya tanya, dalam bisnes diorang, apa benda yang
diorang tak bagi orang lain jaga.

Jawapan mereka, marketing. Pelik. Staff ramai, tapi, marketing masih nak urus sendiri.
Kata diorang, marketing adalah FRONT LINE dalam bisnes !

Kalau marketing out, susah yang lain nak bertahan.

Saya nak cerita tentang persamaan orang gagal, tapi saya fikir balik,
tak perlulah. Sebab banyak sangat, dan rasanya, anda pun tahu.

Saya senaraikan dalam satu perenggan je lah ya.

Malas, tak berani mencuba, cepat putus asa, nak cepat berjaya, takut mula, kedekut nak invest, bodoh sombong, tak nak belajar dengan orang berjaya, syok sendiri, ego, rasa diri hebat, rasa orang lain tak hebat
dan banyak lagi.


Anda dah tahu dah pun. Tu yang tak nak tulis semula ni. 🙊🙊🙊
--------------------------------
Setuju tak dengan perkongsian beliau? BB setuju. Sampai sekarang BB tak berenti nak sedut ilmu, beli ebook, join seminar2. Cari raaamai guru. Jangan berlagak dah terer dah pandai sangat. Kena faham, sekarang ni semua berubah ubah. Teknologi pun berubah ubah. 


Share jika rasa bermanfaat. 


ANDA KAYA & BERJAYA 😍😍😍

Kredit to :
Eida Hasan
Founder EHPS Marketing Sdn Bhd
#EHPSdihati

Monday, 13 March 2017

BAGAIMANA ORANG KAYA BERMULA

Beberapa persoalan sering terlintas di pemikiran kita. Ramai juga yang tanya saya soalan soalan macam ni. Jom baca apa soalan soalan tu. Antaranya :-
.
(i) Kenapa ada orang yang lahir miskin dan ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya?
(ii) Betul ke, seseorang yang kaya itu adalah disebabkan tuah dan orang miskin jadi miskin disebabkan takdir?
(iii) Betul ke, untuk menjadi kaya kita perlu belajar daripada mereka yang kaya?
.
Wokehhh. meh rapat sket nak story mory pasal topik ni bagi clear water sket. Kaya atau miskinnya seseorang tu, telah ditentukan Allah. Namun tak salah untuk kita lihat, belajar dengan cara mencontohi kejayaan mereka yang kaya agar nasib diri kita berubah kepada yang lebih baik. Tanya orang sebelah: Betul ke Betul?
.
Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut bahawa, tidak akan diubah nasib sesuatu kaum itu, sekiranya mereka tidak merubah nasib mereka sendiri. Jadi, jom kita kaji sikit. Macam mana cara orang kaya berfikir?
.
Macam mana minda orang kaya berfikir?
.
Jika dikaji pemikiran orang kaya di dunia antaranya Bill Gates, Warren Buffett atau di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kita akan dapat lihat ciri-ciri dan sifat-sifat peribadi yang berbeza berbanding orang biasa. Apakah sifat sifat peribadi yang berbeza dari orang biasa (sifat peribadi yang luar biasa) tu? Meh nak bagitau. Antaranya ialah:
.
1) Suka berniaga atau usahawan semulajadi:
.
Hampir kesemua orang kaya memiliki perniagaan sendiri kecuali mereka yang mewarisi kekayaan keluarga. Dalam sejarah, hampir tak pernah berlaku orang makan gaji menjadi kaya raya. Jika ada pun tak sampai pun 5%. Jadi jika mahu menjadi kaya, anda perlu memulakan perniagaan sendiri. Orang kaya juga ada kalanya melakukan multi-tasking dalam kehidupan seharian mereka, maksudnya melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa!

2) Berpandangan jauh dan mempunyai visi:
.
Orang kaya percaya untuk nak jadi kaya mereka perlu berpandangan jauh. Mereka juga ada matlamat hidup, tak kira sama ada matlamat jangka panjang atau jangka pendek. Bagi mereka, kekayaan bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu atau diberikan oleh pihak lain, tetapi diraih dengan perancangan yang baik.

3) Sukakan duit:
.
Sifat orang kaya memang sukakan duit, namun bagi mereka wang bukanlah segala-galanya. Mereka tahu tiada batasan had kekayaan apabila bekerja sendiri berbanding kerja makan gaji. Mereka juga menghargai duit dan belajar untuk meningkatkan jumlah duit tersebut . Dan mereka percaya wang dan kekayaan perlu untuk mencapai tujuan hidup. Dalam erti kata lain, dengan wang yang dimiliki boleh meningkatkan taraf hidup, taraf kesihatan dan kualiti kebahagian yang mereka miliki. Tak lupa juga boleh bantu raaamai orang.

.
4) Tidak menganggap duit sebagai punca kejahatan:
.
Bagi mereka, dengan mempunyai banyak wang, akan dapat mengelakkan mereka dari terjerumus ke dalam masalah akibat tidak memiliki duit seperti merompak, membunuh dan mencuri.

.
5) Orang kaya suka menyimpan:
.
Orang kaya sentiasa menyimpan sekurang-kurangnya 50% hasil pendapatan mereka. Oleh itu jika ingin keluar dari kemiskinan maka anda perlu berusaha untuk lebih banyak menyimpan.

.
6) Orang kaya selalu membuat pelaburan untuk menggandakan kekayaan:
.
Wang menghasilkan wang! (Fikir macam mana cara nak beranakkan duit tu. Haaa bukan macam orang perempuan bersalin tu taw. Haa jangan silap faham tu. Hihi). Kebiasaannya orang kaya akan faham bahawa wang yang diperoleh daripada keuntungan perniagaan bukanlah untuk dibelanjakan melainkan untuk diproduktifkan sehingga kembali menghasilkan wang.
.
Mereka akan melaburkan duit yang mereka miliki dan berusaha melaburkan semula keuntungan perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka, menambah pelaburan emas, perak, amanah saham dan pasaran saham dengan harapan agar duit ini akan berganda menjadi lebih banyak pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, apa saja bentuk pelaburan adalah berisiko tinggi. Anda perlu belajar untuk melaburkan duit yang anda miliki, ilmu pengetahuan anda mungkin akan mengalami kerugian dalam pelaburan yang dilakukan. Warren Buffet pernah berkata, jangan melabur jika anda tak tahu apa yang anda lakukan!
.
Sila LINK SHARE taw. Mohon jangan copy paste. Penat BB Eida mengarang untuk u olls taw. Lagi pun kita nak genuinity kan? Bantu BB share supaya raamai yang akan dapat ilmu bermanfaat malam ni. Dann u olls pun secara tak langsung dapat saham akhirat.
.
BB doakan sahabat sahabat yang baca posting ni mendapat keberkatan dan redha Allah, sentiasa di laju lajukan rezeki, di luaskan rezeki dari segenap sudut, di beri kesihatan yang saaangat baik, panjang usia, semakin maju jaya dengan izin Allah. Allahumma Aaminn. Saaayangg u olls. Mmuahhh!!💋
.
Psst: Jangan lupa taw, yang belum follow tu klik follow FB & set see first taw taw. hiks hiks. 😍🌹. Komen yang positif plishhhh! Macehh dedarlss ❤️
.

Kredit to :
#feidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati #6SebabKenapaBisnesGagal

Sunday, 12 March 2017

6 SEBAB KENAPA PERNIAGAAN ANDA GAGAL

Bismillah. Hari  ni saya terpanggil untuk share 6 sebab kenapa perniagaan gagal. Sebab raaamai naw naw yang pm saya kat telegram & kat fb. Tu yang saya share juga la kat wall supaya sama-sama dapat kenalpasti apa punca kegagalan satu-satu bisnes. Maaf laa. BB menulis mana reti pependek hehe. Jom baca 👇
.

1. BERPUTUS ASA, BILA RASA SEMAKIN SUSAH (GESEK BIOLA SAMPAI LUNYAI)
.
Kebanyakan usahawan hanya benar-benar serius pada kali pertama tetapi mereka cepat bosan dan mereka cepat penat mencuba. Daripada mengharungi separuh jalan, u olls perlu teruskan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Bak kata mentor comel. Hot hot chicken shit. Memula kemain lagi semangat juang tinggi nak naik roket sampai planet pluto singgah jap planet marikh bagai.
.
Tup tup bila beberapa kali buat posting PB (Personal Branding), tak ada langsung orang nampak apa yang dia sharing kat wall. Udah macam padang jarak padang terkukur dah. Dah mula la nak keluarkan biola usang dari beg biola itew. Lepas tu cari port baikkk punya bawah pokok ketapang. Lepas tu try lagi buat posting iklan. Mak aiii.. satu je like. Tu pun diri sendiri je yang like. Hiks hiks hiks. Haa mula laa terasa macam nak berenang renang di lautan sepi. Tanya orang sebelah: Awak ke tewww? Hehehe.
.
Ok ok. Dah dah. Jangan nak gesek biola usang tu lama sangat eekkkk!! ookkkk!! sakittt telinga ni mendengornye. Rentikan lah. Insofflahh segera. Sekarang, bukan masanya nak main lagu gurindam jiwa. Sekarang masanya untuk maju. Berjaya dalam hidup. Belajar daripada kesilapan dan cuba bangkit untuk jadi salah seorang daripada beberapa usahawan yang berjaya sejak kali pertama mereka dirikan perniagaan. Cuba cari tahu apa sebab musabab posting u olls tak ado yang nak like. Madang "krikkk.. krikk.. " jer.
.
Nak posting kat wall ni kene la posting ayat yang betul dan menarik. Kalau ayat macam paksa orang beli produk. Memang tak hado orang nak beli dek non. Nak promot produk tu kena la bijak yea. Jangan gelojoh sangat taw. Haa sebab tu laa tak hado orang sudi nak like. Madang diri sendiri aje lah yang like tu.
Cakap kat orang sebelah: Kesiannn.
Hikhik. Jadi, kena berubah. Chayokk!!
.

2. TAK BERFIKIR TENTANG MASA DEPAN PERNIAGAAN (PERCAYA DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG)
.
Antara salah satu ciri usahawan yang tak berjaya adalah tidak berfikir untuk masa depan sesebuah perniagaan. Usahawan gagal kerana kurangnya perancangan. Jika u olls tak boleh benar-benar nampak diri u olls dan bagaimana perniagaan u olls jauh ke masa depan pada hari ni, maka u olls berada di jalan kemusnahan. Kenapa u olls beranggapan perniagaan hanya demi hari ini sahaja semata-mata?
.
Disebabkan u olls tak fikirkan tentang masa depan, keperluan untuk terus meningkatkan prestasi dan strategi akan dirasakan kurang penting dan hasilnya, u olls akan dikalahkan oleh orang-orang yang berjaya konsisten dalam membina masa depan perniagaan mereka. Plan bertulis membantu u olls untuk membangunkan idea-idea dalam perniagaan u olls. Jadi, apa je idea datang, mohon catit dalam buku nota bisnes u olls. Jangan main ingat ingat jew taw.
.
Biasanya ejen ejen dropship dan pengedar ramai yang tak fikir jauh. Ada yang kononnya fikir "Alaa.. Aku dropship/pengedar je, buat apa nak beria sangat fikir jaga akaun syarikat laa..cash flow laa.. daftar syarikat la.. pengurusan syarikat laa.. kan dropship/pengedar je.. Produk orang pulak tu..". Disebabkan itu juga, u olls tak jaga duit keluar masuk. Kais pagi, makan pagi. Kais Petang, makan petang. Umpama harini punya untung, untuk belanja harini. Maka habislah duit tu semua. Tak disimpan. Maka selamanya lah u olls jadi dropship/pengedar. Sedangkan dari dropship/pengedar tu lah u ols boleh menabung hasil dari untung/komisen jualan tu lah boleh digunakan sebagai modal untuk upgrade jadi pengedar pula. Yang pengedar, upgrade la jadi stokis.
.
Takkan lah selamanya u olls nak jadi ejen dropship atau pengedar aje kann? Mesti lah nak berkembang. Sebab tu kene disiplin dalam pengurusan kewangan. Walaupun u olls bermula sebagai ejen dropship.
.
Tanamkan dalam kepala. Harini jadi drophip, akan datang akan jadi jutawan. Jadi, dari sekarang lah kene mula bertindak dan jaga duit keluar masuk. Kalau beli untuk diri sendiri pun kene catat. Kena bayar juga taw. Saya sendiri kalau nak guna produk saya, saya kene keluar duit dan beli untuk diri sendiri. Haaa camtuuu laa. Tanya kat orang sebelah: Faham ke faham?
.

3. TERLALU BANYAK PERSAINGAN
Jika u olls tak mempunyai pesaing maka idea u olls mungkin terkeluar ataupun terasing dari masyarakat umum dan pasaran. Persaingan adalah sesuatu yang sihat, walau bagaimanapun, persaingan yang terlalu banyak sepanjang masa boleh membunuh perniagaan kerana u olls mungkin tidak boleh menghadapinya jika u olls baru bermula, lagi-lagi berhadapan dengan syarikat-syarikat besar.
.
Ada raaamai yang mudah mengalah dan tersilap strategi bila nampak big big fish dalam bidang yang sama dengan u olls. Apa nak takut. Bersaing je la cara elok. Doakan je pesaing tu supaya makin kaya raya. U olls teruskan usaha u olls yang kekonon katanya anak bilis.
.
Helloo.. ikan bilis pun kat pasaraya udah mahal tawww.. Jangan nak kata bilis sangat. Yang penting move on. Buat je laa sale. Keep on sharing. Keluarkan apa USP produk u olls tu. Alaa.. kan banyak kelebihan. Takkan laa ada 1000 kelebihan, u olls xde satu yang u olls betul betul nak ketengahkan.
.
Contoh kalau biz karipap. Kak Senah punya karipap, inti meriah dengan daging & telur ayam suku. U olls buat laa karipap yang ada kelainan sikit. Maybe buat laa ala omputih sikit bahasa tu. Beef Curry Puff Dara with "Golden Triangle".
.
Haa hamekk.. Golden triangle teruih. Hehehe. Sebenarnya golden triangle tu kentang yang korang goreng dulu bagi color kuning keemasan yang dipotong tiga segi. Haa bila orang dengar nama pelik sket orang suka la nak rasa. Betul ke betul?
.
Hello hello.. Resipi tu biar sedap laa.. Jangan laa hampeh plak. Malu je bagi nama kebabomm tapi hasil hampeh. Kena jaga laa sikit nama baik tu. Haha. Kredibiliti to da up taw. Cakap kat orang sebelah: Haa sekarang clear kann?
.

4. ILMU PERNIAGAAN YANG CETEK
Usahawan yang gagal tak melihat keperluan untuk meningkatkan ilmu perniagaan kerana hanya menganggap perniagaan adalah berapa banyak wang yang u olls boleh hasilkan dengan hasil jual beli. Madang ingat harini nyer untung, terus masuk kocek. Lepaih tu berjimba. Haru sungguh.
.
Macam mana u olls nak tahu cara nak tingkatkan ilmu pengetahuan? Jika u olls sedang membaca posting saya ni maka syabas laa nak ucapkan. Sebab u olls tengah baca ilmu la jugek ni.. Ekeke. Kene sentiasa upgrade ilmu secara konsisten melalui pembacaan (buku, blog, majalah, dll), hadiri majlis majlis ilmu bisnes, seminar, latihan pembangunan perniagaan, masuk class marketing, program mentor, sertai keahlian kelab kelab perniagaan, khidmat nasihat pakar, dan sebagainya lah.
.

5. TAK KENAL PELANGGAN
Perniagaan akan gagal jika kita tak ambil peduli apa yang pelanggan nak/perlukan dan tak pedulikan maklum balas mereka. Pelanggan mungkin suka produk atau perkhidmatan u olls tapi, mungkin mereka akan lebih suka jika u olls tukar ciri-ciri atau mengubah cara servis.
.
Kena buat pelanggan jatuh cinta dengan kita. Bukan jatuh cinta love terobang cintan cintun tu. Jatuh cinta dengan cara u olls handle mereka. Udah macam best pren poreber giteww. Tanya orang sebelah: Hang paham dak?
.
Selidik. Adakah pasaran produk u olls menurun? Adakah mereka juga masih berminat dalam apa yang u olls jual? Mungkin u olls tawarkan produk atau perkhidmatan yang agak out dated dan tak ikuti trend semasa. Ye lerr.. pelanggan u olls dari usia 25 hingga 55, namun bahasa u olls plak bahasa hipster tah turun dari planet mana tah.
.
Kadang ada pelanggan yang tak senang ada yang meluat rasa nak tukul jer. Ada yang tak paham satu patah bahasa yang u olls meroyan kat wall u olls. Ekekek. So Kena laa kenal pasti tu semua.
.
Antara ciri usahawan berjaya adalah mengetahui trend dan minat pelanggan sedia ada dan pelanggan yang berpotensi. Sebab tu kena kenal pasti customer avatar kita. Siapa mereka, apa mereka mahukan, apa yang mereka minat, umur berapa, bekerja atau tidak, dah berkahwin atau belum, tinggal kawasan mana? Semua kita perlu ambil peduli.
.

6. MULAKAN BISNES DENGAN PINJAMAN $$
.
Salah satu sebab kenapa gagal dalam berniaga ialah sebab tak mulakan dengan apa yang kita ada, tapi nak mula bisnes, siap buat pinjaman bagai.
.
Kekonon tak nak mula dari bawah. Nak teruih jadi stokis tapi strategi menjual tak reti lagi. Macam mana nak cari ejen, nak handle ejen pun tak reti lagi. Kekonon nak buat modal beli stok. Ada yang lagi haru tak tahu nak marketkan barang tapi dah buat produk sendiri. Fefeling good good bila ada produk sendiri.
.
Namun, bila stok slow disebabkan kurang kepakaran dalam bisnes, bunga pinjaman semakin meningkat, hutang pun tak dapat nak jelaskan. Maka tak memasal jadi bebanan. Produk tiba-tiba dah elok bersusun tepi dapur. Petanda stok tak laku, kena guna sendiri.
.
Maka terus set dalam kepala bisnes ni susah. Walhal diri sendiri yang menyusahkan diri sendiri. Ehhh paham ke paham nih?
.
Sepatutnya, nak berniaga, kita mulakan apa yang ada di tangan. Kalau tak ada duit, mulakan bisnes secara dropship sesambil tu kumpul modal untuk upgrade pengedar dan seterusnya. Giteww baru la betul.
.
Haa. cukup la dulu 6 Tips saya share ni. Ni pun dah 6 muka surat dah ni. Hikhikhik. Kang ada jugek yang terlelap lelap baca ni karang. Sorry laa. Asik panjang je posting BB ni kannn?
.
Sila klik SHARE taw. Mohon jangan copy paste. Penat BB Eida mengarang untuk u olls taw. Lagi pun kita nak genuinity kan? Bantu saya share supaya raamai yang akan dapat ilmu bermanfaat malam ni. Dann u olls pun secara tak langsung dapat saham akhirat.
.
Saya doakan sahabat sahabat yang baca posting ni mendapat keberkatan dan redha Allah, sentiasa di laju lajukan rezeki, di luaskan rezeki dari segenap sudut, di beri kesihatan yang saaangat baik, panjang usia, semakin maju jaya dengan izin Allah. Allahumma Aaminn. Saaayangg u olls. Mmuahhh!!💋
.
Psst: Jangan lupa taw, yang belum follow tu klik follow & set see first taw taw. hiks hiks. 😍🌹. Komen yang positif plishhhh! Macehh dedarlss ❤️
.

Kredit to:
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati #6SebabKenapaBisnesGagal

Monday, 27 February 2017

5 TIPS UNTUK BERJAYA DAN KEKAL BERJAYA.


~ Tak jemu berusaha, sentiasa bersyukur, berdoa & tawakkal pada Allah.
.
~ Ikhlas. Bantu orang lain untuk berjaya tanpa ada agenda tersembunyi.
.
~ Jangan sombong. Walau kita ni anak raja sekali pun, kat padang masyar nanti kita semua sama je disisi Allah.
.
~ Filter sahabat. Bersahabat dengan semua orang (yang positif sahaja). Support sesama sahabat.
.
~ Berinfaq. (Wang, Ilmu, Tenaga). Lepas berinfaq tu diam-diam je.
Buat dono jer. Seolah olah tangan yang kanan beri, tangan kiri tak tahu apa-apa. Rezeki kita Allah dah aturkan. Dalam rezeki yang kita dapat tu, ada rezeki milik orang lain sama. More Give More Get. InshaaAllah.
.
faham ke faham ni? Semoga bermanfaat yea sahabat. BB saaayangg u olls semua sahabat positif BB. Anda semua "Kaya & Berjaya".
.
Klik la SHARE supaya ramai yang belajar sesuatu.
.
*Jangan 'copy and paste' sebab MENTOR saya pesan, orang yang asyik 'copy and paste 'ni hidup dia nak mudah je. Tak genuine. Sebab tu suh klik SHARE je tu.
.


Kredit :
#eidahasan
#FounderEHPS
#EHPSdihati

Monday, 13 February 2017

JUTAWAN SURIRUMAHTANGGA- EIDA HASAN

Bagaimana EIDA HASAN (EHPS) bermula hingga boleh menjadi dari biasa ke LUAR BIASA di Malaysia? JOM TENGOK! -:)