Subhanallah.. Alhamdulillah.. AllahuAkbar.. Alhamdulillah..
Limpahan rezeki dari Allah.. tak sangka juga pagi ni dapat bertalu-talu
mesej di telegram dan fb ucap tahniah.. Almaklumla line internet tengah
slow.. tu yang lambat dapat berita.
MasyaaAllah rupanya guru menyeru. Sujud Syukur dan mengalir juga air
mata ni.
TQVM DAO atas segala ilmu. Memang tak akan ada guru yang
sanggup turun padang yang betul-betul ikhlas memberi ilmu kepada kami
anak anak didik.
Untuk mereka yang FAST ACTION, pasti akan
mendapat FAST RESULTS. Follow bulat-bulat apa yang guru ajar. Guru yang
saaangat terbukti kesan elmunya. Bagi mereka yang main biola buang biola
jauh-jauh. Tak ada faedah pun layan biola tu lama-lama. 200% yakin pada
diri sendiri dan niat nak bantu orang lain pulak.
BISNES bukan
sebab nak KAYA semata. BISNES mesti nak untung tapi niat harus betul dan
jelas. Jangan pentingkan diri sendiri. Sebab rezeki itu Allah punya..
Jadi.. memang tanggungjawab kita untuk membantu lebih raamai orang. Setakat ni saya beri 200% komitmen saya kepada team saya #TeamEHPS kerana saya ada impian, misi dan matlamat untuk mereka #JUTAWAN bersama #EHPS.
Jika saya boleh, mereka juga boleh. Ramai pm saya untuk personal
coaching. Untuk personal coaching saya belum terfikir untuk buat lagi.
Alhamdulillah syukur YaAllah.. Allah permudahkan urusan kami.. Terima
kasih keramat hidupku @burhanuddin75 .. ibu bapa.. adek beradek.. ipar
duai..team EHPS yg awesome..
Credit :
Eida Hasan
Founder EHPS
.
#WeGetRichHelpingOthers
#ThankYouAllah #ThankYouDAO #AnakDidikDAO #DrAzizan #EidaHasan #JutawanSuriRumah
Alhamdulillah, our Big Bos selesai media visit/ photoshoot last week bersama Karangkraf, Berita Harian,Utusan dan Utusan Sri Karya.
Semoga bisnes EHPS semakin maju dan dipermudahkan.
Untuk #teamehps,
Selamat Maju Jaya
:)
Pic sumber dari :
Eida Hasan (Founder EHPS)
Bismillah. Hari ni saya terpanggil untuk share 6 sebab kenapa
perniagaan gagal. Sebab raaamai naw naw yang pm saya kat telegram &
kat fb. Tu yang saya share juga la kat wall supaya sama-sama dapat
kenalpasti apa punca kegagalan satu-satu bisnes. Maaf laa. BB menulis
mana reti pependek hehe. Jom baca
👇
.
1. BERPUTUS ASA, BILA RASA SEMAKIN SUSAH (GESEK BIOLA SAMPAI LUNYAI)
.
Kebanyakan usahawan hanya benar-benar serius pada kali pertama tetapi
mereka cepat bosan dan mereka cepat penat mencuba. Daripada mengharungi
separuh jalan, u olls perlu teruskan dan cari jalan penyelesaian yang
terbaik. Bak kata mentor comel. Hot hot chicken shit. Memula kemain lagi
semangat juang tinggi nak naik roket sampai planet pluto singgah jap
planet marikh bagai.
.
Tup tup bila beberapa kali buat posting
PB (Personal Branding), tak ada langsung orang nampak apa yang dia
sharing kat wall. Udah macam padang jarak padang terkukur dah. Dah mula
la nak keluarkan biola usang dari beg biola itew. Lepas tu cari port
baikkk punya bawah pokok ketapang. Lepas tu try lagi buat posting iklan.
Mak aiii.. satu je like. Tu pun diri sendiri je yang like. Hiks hiks
hiks. Haa mula laa terasa macam nak berenang renang di lautan sepi.
Tanya orang sebelah: Awak ke tewww? Hehehe.
.
Ok ok. Dah dah.
Jangan nak gesek biola usang tu lama sangat eekkkk!! ookkkk!! sakittt
telinga ni mendengornye. Rentikan lah. Insofflahh segera. Sekarang,
bukan masanya nak main lagu gurindam jiwa. Sekarang masanya untuk maju.
Berjaya dalam hidup. Belajar daripada kesilapan dan cuba bangkit untuk
jadi salah seorang daripada beberapa usahawan yang berjaya sejak kali
pertama mereka dirikan perniagaan. Cuba cari tahu apa sebab musabab
posting u olls tak ado yang nak like. Madang "krikkk.. krikk.. " jer.
.
Nak posting kat wall ni kene la posting ayat yang betul dan menarik.
Kalau ayat macam paksa orang beli produk. Memang tak hado orang nak beli
dek non. Nak promot produk tu kena la bijak yea. Jangan gelojoh sangat
taw. Haa sebab tu laa tak hado orang sudi nak like. Madang diri sendiri
aje lah yang like tu.
Cakap kat orang sebelah: Kesiannn.
Hikhik. Jadi, kena berubah. Chayokk!!
.
2. TAK BERFIKIR TENTANG MASA DEPAN PERNIAGAAN (PERCAYA DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG)
.
Antara salah satu ciri usahawan yang tak berjaya adalah tidak berfikir
untuk masa depan sesebuah perniagaan. Usahawan gagal kerana kurangnya
perancangan. Jika u olls tak boleh benar-benar nampak diri u olls dan
bagaimana perniagaan u olls jauh ke masa depan pada hari ni, maka u olls
berada di jalan kemusnahan. Kenapa u olls beranggapan perniagaan hanya
demi hari ini sahaja semata-mata?
.
Disebabkan u olls tak
fikirkan tentang masa depan, keperluan untuk terus meningkatkan prestasi
dan strategi akan dirasakan kurang penting dan hasilnya, u olls akan
dikalahkan oleh orang-orang yang berjaya konsisten dalam membina masa
depan perniagaan mereka. Plan bertulis membantu u olls untuk
membangunkan idea-idea dalam perniagaan u olls. Jadi, apa je idea
datang, mohon catit dalam buku nota bisnes u olls. Jangan main ingat
ingat jew taw.
.
Biasanya ejen ejen dropship dan pengedar ramai
yang tak fikir jauh. Ada yang kononnya fikir "Alaa.. Aku
dropship/pengedar je, buat apa nak beria sangat fikir jaga akaun
syarikat laa..cash flow laa.. daftar syarikat la.. pengurusan syarikat
laa.. kan dropship/pengedar je.. Produk orang pulak tu..". Disebabkan
itu juga, u olls tak jaga duit keluar masuk. Kais pagi, makan pagi. Kais
Petang, makan petang. Umpama harini punya untung, untuk belanja harini.
Maka habislah duit tu semua. Tak disimpan. Maka selamanya lah u olls
jadi dropship/pengedar. Sedangkan dari dropship/pengedar tu lah u ols
boleh menabung hasil dari untung/komisen jualan tu lah boleh digunakan
sebagai modal untuk upgrade jadi pengedar pula. Yang pengedar, upgrade
la jadi stokis.
.
Takkan lah selamanya u olls nak jadi ejen
dropship atau pengedar aje kann? Mesti lah nak berkembang. Sebab tu kene
disiplin dalam pengurusan kewangan. Walaupun u olls bermula sebagai
ejen dropship.
.
Tanamkan dalam kepala. Harini jadi drophip,
akan datang akan jadi jutawan. Jadi, dari sekarang lah kene mula
bertindak dan jaga duit keluar masuk. Kalau beli untuk diri sendiri pun
kene catat. Kena bayar juga taw. Saya sendiri kalau nak guna produk
saya, saya kene keluar duit dan beli untuk diri sendiri. Haaa camtuuu
laa. Tanya kat orang sebelah: Faham ke faham?
.
3. TERLALU BANYAK PERSAINGAN
Jika u olls tak mempunyai pesaing maka idea u olls mungkin terkeluar
ataupun terasing dari masyarakat umum dan pasaran. Persaingan adalah
sesuatu yang sihat, walau bagaimanapun, persaingan yang terlalu banyak
sepanjang masa boleh membunuh perniagaan kerana u olls mungkin tidak
boleh menghadapinya jika u olls baru bermula, lagi-lagi berhadapan
dengan syarikat-syarikat besar.
.
Ada raaamai yang mudah
mengalah dan tersilap strategi bila nampak big big fish dalam bidang
yang sama dengan u olls. Apa nak takut. Bersaing je la cara elok. Doakan
je pesaing tu supaya makin kaya raya. U olls teruskan usaha u olls yang
kekonon katanya anak bilis.
.
Helloo.. ikan bilis pun kat
pasaraya udah mahal tawww.. Jangan nak kata bilis sangat. Yang penting
move on. Buat je laa sale. Keep on sharing. Keluarkan apa USP produk u
olls tu. Alaa.. kan banyak kelebihan. Takkan laa ada 1000 kelebihan, u
olls xde satu yang u olls betul betul nak ketengahkan.
.
Contoh
kalau biz karipap. Kak Senah punya karipap, inti meriah dengan daging
& telur ayam suku. U olls buat laa karipap yang ada kelainan sikit.
Maybe buat laa ala omputih sikit bahasa tu. Beef Curry Puff Dara with
"Golden Triangle".
.
Haa hamekk.. Golden triangle teruih.
Hehehe. Sebenarnya golden triangle tu kentang yang korang goreng dulu
bagi color kuning keemasan yang dipotong tiga segi. Haa bila orang
dengar nama pelik sket orang suka la nak rasa. Betul ke betul?
.
Hello hello.. Resipi tu biar sedap laa.. Jangan laa hampeh plak. Malu
je bagi nama kebabomm tapi hasil hampeh. Kena jaga laa sikit nama baik
tu. Haha. Kredibiliti to da up taw. Cakap kat orang sebelah: Haa
sekarang clear kann?
.
4. ILMU PERNIAGAAN YANG CETEK
Usahawan yang gagal tak melihat keperluan untuk meningkatkan ilmu
perniagaan kerana hanya menganggap perniagaan adalah berapa banyak wang
yang u olls boleh hasilkan dengan hasil jual beli. Madang ingat harini
nyer untung, terus masuk kocek. Lepaih tu berjimba. Haru sungguh.
.
Macam mana u olls nak tahu cara nak tingkatkan ilmu pengetahuan? Jika u
olls sedang membaca posting saya ni maka syabas laa nak ucapkan. Sebab u
olls tengah baca ilmu la jugek ni.. Ekeke. Kene sentiasa upgrade ilmu
secara konsisten melalui pembacaan (buku, blog, majalah, dll), hadiri
majlis majlis ilmu bisnes, seminar, latihan pembangunan perniagaan,
masuk class marketing, program mentor, sertai keahlian kelab kelab
perniagaan, khidmat nasihat pakar, dan sebagainya lah.
.
5. TAK KENAL PELANGGAN
Perniagaan akan gagal jika kita tak ambil peduli apa yang pelanggan
nak/perlukan dan tak pedulikan maklum balas mereka. Pelanggan mungkin
suka produk atau perkhidmatan u olls tapi, mungkin mereka akan lebih
suka jika u olls tukar ciri-ciri atau mengubah cara servis.
.
Kena buat pelanggan jatuh cinta dengan kita. Bukan jatuh cinta love
terobang cintan cintun tu. Jatuh cinta dengan cara u olls handle mereka.
Udah macam best pren poreber giteww. Tanya orang sebelah: Hang paham
dak?
.
Selidik. Adakah pasaran produk u olls menurun? Adakah
mereka juga masih berminat dalam apa yang u olls jual? Mungkin u olls
tawarkan produk atau perkhidmatan yang agak out dated dan tak ikuti
trend semasa. Ye lerr.. pelanggan u olls dari usia 25 hingga 55, namun
bahasa u olls plak bahasa hipster tah turun dari planet mana tah.
.
Kadang ada pelanggan yang tak senang ada yang meluat rasa nak tukul
jer. Ada yang tak paham satu patah bahasa yang u olls meroyan kat wall u
olls. Ekekek. So Kena laa kenal pasti tu semua.
.
Antara ciri
usahawan berjaya adalah mengetahui trend dan minat pelanggan sedia ada
dan pelanggan yang berpotensi. Sebab tu kena kenal pasti customer avatar
kita. Siapa mereka, apa mereka mahukan, apa yang mereka minat, umur
berapa, bekerja atau tidak, dah berkahwin atau belum, tinggal kawasan
mana? Semua kita perlu ambil peduli.
.
6. MULAKAN BISNES DENGAN PINJAMAN $$
.
Salah satu sebab kenapa gagal dalam berniaga ialah sebab tak mulakan
dengan apa yang kita ada, tapi nak mula bisnes, siap buat pinjaman
bagai.
.
Kekonon tak nak mula dari bawah. Nak teruih jadi
stokis tapi strategi menjual tak reti lagi. Macam mana nak cari ejen,
nak handle ejen pun tak reti lagi. Kekonon nak buat modal beli stok. Ada
yang lagi haru tak tahu nak marketkan barang tapi dah buat produk
sendiri. Fefeling good good bila ada produk sendiri.
.
Namun,
bila stok slow disebabkan kurang kepakaran dalam bisnes, bunga pinjaman
semakin meningkat, hutang pun tak dapat nak jelaskan. Maka tak memasal
jadi bebanan. Produk tiba-tiba dah elok bersusun tepi dapur. Petanda
stok tak laku, kena guna sendiri.
.
Maka terus set dalam kepala bisnes ni susah. Walhal diri sendiri yang menyusahkan diri sendiri. Ehhh paham ke paham nih?
.
Sepatutnya, nak berniaga, kita mulakan apa yang ada di tangan. Kalau
tak ada duit, mulakan bisnes secara dropship sesambil tu kumpul modal
untuk upgrade pengedar dan seterusnya. Giteww baru la betul.
.
Haa. cukup la dulu 6 Tips saya share ni. Ni pun dah 6 muka surat
dah ni. Hikhikhik. Kang ada jugek yang terlelap lelap baca ni karang.
Sorry laa. Asik panjang je posting BB ni kannn?
.
Sila klik
SHARE taw. Mohon jangan copy paste. Penat BB Eida mengarang untuk u olls
taw. Lagi pun kita nak genuinity kan? Bantu saya share supaya raamai
yang akan dapat ilmu bermanfaat malam ni. Dann u olls pun secara tak
langsung dapat saham akhirat.
.
Saya doakan sahabat sahabat
yang baca posting ni mendapat keberkatan dan redha Allah, sentiasa di
laju lajukan rezeki, di luaskan rezeki dari segenap sudut, di beri
kesihatan yang saaangat baik, panjang usia, semakin maju jaya dengan
izin Allah. Allahumma Aaminn. Saaayangg u olls. Mmuahhh!!
💋
.
Psst: Jangan lupa taw, yang belum follow tu klik follow & set see first taw taw. hiks hiks.
😍
🌹. Komen yang positif plishhhh! Macehh dedarlss
❤️
.
Kredit to:
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati #6SebabKenapaBisnesGagal
Dari bilik mayat sebuah hospital, seorang ustaz keluar dan
bertanya apakah si isteri mahu memandikan jenazah suaminya. Si isteri
mengangguk tanda persetujuan. Ustaz tersebut kemudian bersama beberapa
orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya.
.
Si isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya. Sambil menangis isteri berkata,
.
" Inilah janji kita sebagai suami isteri. Jika abang pergi lebih dulu
maka sayalah yang memandikan jenazah abang. Andai saya yang pergi dulu,
abanglah yang akan memandikan jenazah saya."
.
Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa
.
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu.
Wahai suamiku, Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu dan menyatukan kita
di akhirat nanti."
.
Saat membasuh tangan jenazah suaminya, si isteri berkata.
.
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, rezeki yang
masuk ke mulut kami. Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suamiku."
.
Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, dia berkata lagi.
.
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-anakku,
semoga Allah memberi pahala yang berlipat kali ganda untukmu wahai
suamiku ."
.
Kemudian ketika membasuh kaki jenazah suaminya, sambil teresak-esak dia berkata
.
"Dengan kaki inilah abang keluar rumah mencari rezeki untuk kami,
berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap
nasi, terima kasih suamiku. Semoga Allah memberimu kenikmatan hidup di
akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda"
.
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu dahi suaminya dan berkata.
.
"Terima kasih suamiku, daku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu
bahagia bersama keluarga kita dan terima kasih juga kerana meninggalkan
daku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan daku sebagai seorang
isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu"
.
Subhanallah...
Indahnya saling mencintai karena Allah. meskipun terpisah sementara di
dunia tiada kekesalan kerana yakin bahwa Allah akan mempertemu dan
menyatukan kembali di akhirat nanti.
.
Semoga Allah merahmati kita jua..
Aamiin.
.
DOAKU:
======
.
**Ya Allah. Panjangkan usiaku dan keramat hidup ku. Izinkan kami
bahagia & dikuatkan iman disamping melihat kupu kupu syurga kami
berjaya dunia akhirat menjadi JUTAWAN beriman penyejuk jiwa kami.
Panjangkan juga usia ibu bapa dan mertua serta anak anak kami. Ya
Allah.. Pelihara dan lindungi kami ya Allah.
.
Saya doakan
sahabat saya yang membaca post ini juga bahagia dan dipelihara dan
dilindungi Allah. Di limpahi rezeki, dikuatkan iman dan dipanjangkan
usia. Moga Allah merahmati kita semua. Aminn yaa rabb.
.
*Share link jika rasa sharing ni bermanfaat
<3
.
Kredit to :
#eidahasan
#FounderEHPS
#EHPSdihati
#SayuHatiTiba2
Dear One,
Here it is the end of
the year, and I thought it might be a good time to re-introduce to you
all the concept of a Happiness Jar.
Here's me with mine!
What is a Happiness Jar? The simplest thing in the world. You get
yourself a jar (or a box, or a vessel of any kind) and every day, at the
end of the day, you grab a slip of paper and write down on it the
happiest moment of the day.
Even on lousy days, you do this. Because even on lousy days, there is one best moment (or at least, one least-worst moment.)
You stick that little piece of paper in the jar.
Over the years, you have a record of your happiness.
On bad days, I will thrust my fist in that jar and go fishing — pulling
up a handful of great moments that I would have utterly forgotten, had I
not documented them.
I've been doing this practice for years, and I love it.
If my house ever caught on fire, this would be the one material object I
would grab before I ran out the door...because what's inside this jar?
THAT'S WHERE IT'S AT — the whole point of this life.
Over the years, my Happiness Jar has taught me much. What continually
amazes me is what ends up on the slip of paper every day. Not awesome
events, not huge achievements — usually just a small and tiny thing, a
moment of awareness. That moment when you step outside and between the
house and the car you get hit on the top of the head with a beam of
sunlight, and suddenly feel awash with gratitude simply for being alive,
and you think, "Yes. This is it."
It's usually something that small and something that grand.
I know that many of you have started this practice, too and I love
seeing the pictures of your jars, and hearing how you have adapted this
to your own lives. I love the woman who put one in the middle of her
dining room table, and she and her kids each put an entry in there every
day. what a cool family practice! And I love the woman who wrote to me
last week saying that she had the hardest year of her life, but she kept
her Happiness Jar practice going the whole time, and today. on the last
day of the year, she's going to pull out each piece of paper in the
jar, to remind her that even now, even in hard times, there was always
one good moment a day.
So if anyone wants to begin this practice tomorrow, a New Year is always a great place to start!
Sending love, and, of course, wishing you all an abundance of Happy Moments in 2017!
ONWARD,
#cnp dari ~Elizabeth Gilbert~
p/s: Besaq betoi Happiness Jar dia kann?
.
Wupppss. salah satu cara laa nak bagi
'happiness jar' kita tu cun. Taruk reben. I loike purple. hehehe.
Try la buat. Memang best. Apa yg buat kita rasa best/happy/rasa
dihargai/apa je yang buat kita tersenyum.. tulis dalam satu kertas
comell. Lepas tu gulung atau lipatkan, masuk dalam jar. Try wat
tau.
Memang besttt!
CREDIT TO :
#FounderEHPS #EHPSdihati #HappinessJar #TipsEida