Subhanallah.. Alhamdulillah.. AllahuAkbar.. Alhamdulillah..
Limpahan rezeki dari Allah.. tak sangka juga pagi ni dapat bertalu-talu
mesej di telegram dan fb ucap tahniah.. Almaklumla line internet tengah
slow.. tu yang lambat dapat berita.
MasyaaAllah rupanya guru menyeru. Sujud Syukur dan mengalir juga air
mata ni.
TQVM DAO atas segala ilmu. Memang tak akan ada guru yang
sanggup turun padang yang betul-betul ikhlas memberi ilmu kepada kami
anak anak didik.
Untuk mereka yang FAST ACTION, pasti akan
mendapat FAST RESULTS. Follow bulat-bulat apa yang guru ajar. Guru yang
saaangat terbukti kesan elmunya. Bagi mereka yang main biola buang biola
jauh-jauh. Tak ada faedah pun layan biola tu lama-lama. 200% yakin pada
diri sendiri dan niat nak bantu orang lain pulak.
BISNES bukan
sebab nak KAYA semata. BISNES mesti nak untung tapi niat harus betul dan
jelas. Jangan pentingkan diri sendiri. Sebab rezeki itu Allah punya..
Jadi.. memang tanggungjawab kita untuk membantu lebih raamai orang. Setakat ni saya beri 200% komitmen saya kepada team saya #TeamEHPS kerana saya ada impian, misi dan matlamat untuk mereka #JUTAWAN bersama #EHPS.
Jika saya boleh, mereka juga boleh. Ramai pm saya untuk personal
coaching. Untuk personal coaching saya belum terfikir untuk buat lagi.
Alhamdulillah syukur YaAllah.. Allah permudahkan urusan kami.. Terima
kasih keramat hidupku @burhanuddin75 .. ibu bapa.. adek beradek.. ipar
duai..team EHPS yg awesome..
Credit :
Eida Hasan
Founder EHPS
.
#WeGetRichHelpingOthers
#ThankYouAllah #ThankYouDAO #AnakDidikDAO #DrAzizan #EidaHasan #JutawanSuriRumah
Alhamdulillah masih ada lagi yang nak baca sharing ilmu saya malam ni.
hehe. Ingat dah ramai yang tidur, risau juge kalau syok sendiri sharing
tapi takde orang nak baca. Hiks hiks.
.
Actually malam ni saya
nak share topik 'diamond' bagi saya. Penting kuasa syukur ni sebab kalau
tak kuasai, kadang usaha macam nak gila dan raaaamai yang dah mula
separuh jalan lepas tu semangat on and off. Nak tahu punca kat mana?
Puncanya kat dalam topik yang saya nak share kat bawah ni.
.
Terlalu panjang sebab saya ni jenis selalu bagi huraian terlalu padat
& nak orang faham bebetul. Jadi saya akan pecahkan kepada beberapa
BAB atau PART. Malam ni saya masuk PART 1 dulu la. Risau pulak kalau
saya bagi full swing kan ada yang tidur malam ni kepala berasap. Kalau
tak pun tak leh tidur terus. Hiks hiks.
.
Mentor saya pesan,
nak bagi ilmu, bagi betul betul. Bukan macam bagi acah acah.Jangan
risau. Lagi baaanyak ilmu bagi kat orang, lagi baaanyak ilmu tetiba
dapat. Bukan turun dari langit tau. Kadang rezeki dapat FREE class atau
FREE coaching dari MENTOR VVIP. Orang lain nak Coaching dengan MENTOR
VVIP ni bayar puluh ribu beb. Kalau dapat FREE? Amacam? Sujud syukur
beb. Alhamdulillah. Tu la namanya rezeki Allah. Rezeki Allah kan tak
pernah salah alamat. Tiba masa, pasti dapat. InshaaAllah.
.
Oraitt, kita masuk pada main topik kita malam ni, "The Law of
Attraction" atau hukum tarikan atau tarik menarik (wah gitew. Tarik
menarik katanya).
.
Ok, hukum tarikan ni memang ramai yang
kurang jelas dan kurang faham sebab tu lah raaaamai sahabat yang pm
inbox saya tanya macam macam soalan cepu cemas. Antara soalan yang saya
dapat yang macam ni:
.
"sis eida, saya dah buat itu dan ini, Kenapa masih belum berjaya?"
.
"sis eida, saya dah buat macam yang sis eida pesan. Kenapa saya masih belum berjaya..?"
.
"sis eida, kenapa saya susah sangat nak berjaya sedangkan ramai yang
amalkan boleh berjaya macam sis eida? mana silapnya pun saya tak tahu.."
.
Dalam banyak-banyak soalan tu, jawapannya ada dalam topik
ni. Haaaa. ni laaa masalahnya. Hmm.. kenapa saya kata ini masalah?
Sebab, dari ayat soalan-soalan itu pun dah boleh nampak dah penolakan
minda secara tak sedar. Kurang yakin pada diri, sabotaj diri, perasan
tak? perasan tak? Kita yang baca tu pun terasa kolam jiwa kita plak
bocor, pecah, tiris, rasa kureng semangat, lemah longlai jiwa. Maknanya
ada something yang tak sempurna kat situ. Tanya orang sebelah: Haaa
perasan tak ni?
.
Kenapa saya kata macam tu? Sebabbbb, dalam
minda pun dah kurang yakin dengan diri sendiri. Jika kita sendiri kurang
yakin, macam mana kita nak harapkan rezeki jatuh dari langit. (E'ehhh
ada ke rezeki jatuh dari langit? Kikiki setahu saya laa.. yang jatuh
dari langit ni air hujan, embun, meteor.. ada lagi ke lain-lain yang
jatuh dari langit ek? hiks hiks)
.
Macam mana pula kita nak
harapkan Allah beri dan beri dan beri kepada kita. Kuasa syukur tu
kurang. Sepatutnya, dapat banyak syukur, dapat sikit syukur, tak dapat
langsung pun kena syukur juga beb. So, palling utama, tukarkan ayat yang
negatif tu kepada ayat yang positif dan letakkan sepenuh kepercayaan
kepada Allah. Itu sebaiknya. Dia sebaik-baik pemberi rezeki. Dia baru
nak duga sikit derrrr. Belum duga kaw kaw lagi. Kalau duga kaw kaw kang
ada pulak yang hilang pedoman. Silap silap ada yang terjun bangunan.
Uishhh. Nauzubillah.
.
Biasanya yang ada masalah short kat
mana-mana yang akan ambil jalan end up 'matikan diri sendiri'.
Persoalannya adalah, adakah dengan cara 'matikan diri sendiri' tu,
masalah tu settle? Tak kan? masalah tetap akan jadi masalah.
Silap-silap, waris kita yang tinggal pulak yangn kene menanggung masalah
tu. Cakap kat orang sebelah: Kesiannn. Betul ke betul?
.
Haa
tenguk. Saya baru mukaddimah je dah nak masuk 3 page. Kalau saya sambung
pepanjang sket lagi ni mau ada tertido teruih nih. E'ehh betul ke tu?
Hihi. Apa-apa pun, harus ingat dan pasakkan dalam minda. Allah Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Apa yang sudah di atur, itu yang baik buat
kita. Selagi dalam kepala kita ni asik duk risau bab rezeki (yang
sebenarnya urusan rezeki ni urusan Allah. Kita kene doa lebih-lebih dan
YAKIN sepenuh hati. Tu je).
.
Percaya ke ni? Haaa.. mesti ada
biawak dalam hati tu cakap: Biar betik Eida Hasan ni. Ada ke cakap tak
yah usaha. Hello hello. Bukan takyah usaha. Kita berdoa, buat
amalan-amalan MURAH REZEKI tu juga usaha taw. Usaha supaya ALLAH nampak
kita. InshaaAllah bukan KUASA MAGIC. Tapi kuasa ALLAH yang Maha Agung.
Wallahualam.
.
So, kuatkan minda dan jiwa. Percayalahh. Jika
kita redha pada sesuatu. Maka Allah pasti akan hadirkan sesuatu yang
indah. Perkara rezeki ni saaangat subjektif, kadang kalau kita fikir mau
48 hari 48 malam tak habis lagi nak fikir. Sebab tu jangan fikir
tertalu dalam. Setting dalam minda kita ni, semua aturan rezeki kita ni
Allah dah atur kemas.
.
Ada orang usaha tak kuat pun NAMUN
segala baaanyakkan masa untuk buat solat2 sunat. Sunat dhuha pun sampai 8
rakaat. kadang settle ngaji surah Al Waqiah x 7 kali (banyaakk masa dia
kann?), tup tup pelanggan bank in duit. Bukan buat sale gedegang sangat
pun. Haa. kuasa doa dan kuasa tarikan ni laa jawapannya. E'ehhh u olls
clear tak ni? takpe takpe. tunggu PART 2 ea. kalau saya terangkan malam
ni, berasap nanti kepala u olls. Hihi.
.
Belajarlah bersyukur
ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi
kerugian. Hidup ibarat roda, adakalanya kita di bawah, adakalanya kita
di atas, bersyukurlah kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan.
.
~ nanti saya sambung lagi yea.. tungguuuuu!!.. keep on sending energy positive pada saya yea.. saaayangg semua.
.
Wouppsss!. Ada yang nak join geng family KEHPoCi JUTAWAN 769 (Kelab
Eida Hasan positive Circle) di telegram? Peluang untung ada dalam group
dann direct soal jawab jika ada soalan dan saya akan jawab dalam group
juga. Bukan group menjual. tapi group positive circle. Sharing sharing
ilmu. Dan pelluang untuk berkenalan dengan lebih dekat. InshaaAllah.
.
link KEHPoCi JUTAWAN 769 : https://t.me/joinchat/AAAAAEF0IEwOEYkSHCulSg
.
Mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan. Group tu saya belum
mukaddimah apa-apa lagi. Saya tungu raamai sket laa baru seronok nak
sharing. InshaaAllah saya cuba buat yang terbaik.
. #FounderEHPS #EHPSdihati #FamilyKEHPoCi #ThePowerOfSyukur #anakdidikdrazizanosman
Bismillah.. 
Cerita motivasi hari ini :
.
Kisah Katak Oiii Katak.. Oppsss oppsss.. sebut betul-betulll. Katak Oiii Katak. Hehehe. Bukan Katak Ohh Katak hokehh. Ahakss!!
.
Ini adalah kisah katak oleh MENTOR saya Dr. Azizan Osman, yang menjadi inspirasi.
.
Kalau dalam dewan seminar, DAO siap suh bunyi katak. Yang duduk sebelah
kanan dewan, bunyi katak ong ong. Yang duduk sebelah kiri dewan bunyi
gedek-gedek-gedek, Yang duduk kawasan tengah dewan bunyi ribib ribib.
Bila doc tunjuk tangan so bergema laa bunyi katak. last-last doc cakap
bagusss katak katak sekalian. Hahadoiii. Sobariah betul. Lawak sangat.
.
Alaa.. gegurau jer kann? Sunyi laa kalau tak ada kecerian dan gurauan
dalam hidup. Mohon senyummmm paling ikhlas sket. Jangan la kelat sangat
muka tu.
.
Anda pernah dengar kisah katak? Kisah katak di dalam
bikar? Apa??Tidak pernah?? Waduh2. Cakap kat orang sebelahh. : uishhhh.
Kesiannnnnn..
.
Oraittt! Biar saya kongsikan lagi
sekali. Ada yang dah buat ujikaji pada katak.. biasala kann. Masa zaman
sekolah dolu-dolu, Subjek Biologi geli taw nak pegang katak. Tapi kene
buat gak ujikaji tu. Mana tidaknya lembab licin semacam jer. Eyewww.
.
Katak la yg sering kita jadikan bahan ujikaji. Tak tahu la nape glemer
sangat katak dalam lab skolah. Maybe sebab katak ni spesel edisen kot.
Allah cipta spesel. dah bedah katak pun leh melompat balik wehhh.
Opocottt!! terkezuttts mak. Pucat lesi jappp kalau teringat balik kisah
kat lab sekolah. Dah cikgu cakap guna katak, kitorg pun follow je le.
Hahaha. Okey la.. sambung cerita. karang melalut pulak mau 14 muka surat
pulak ni kannnnn. Kikiki.
.
Orait mula-mula, katak yang
terpilih tersebut dimasukkan ke dalam satu bikar yang berisi air yang
panas mendidih. Apabila katak itu dicampakkan ke dalam bikar tersebut,
katak tersebut terus menggelupur melompat keluar dari bikar yang berisi
air panas tersebut. Sebab apa? Adehh, soklan cepu cemas pun takleh nak
jawab. Ekekeke. Sebab panas lerrr, sebab apa lagi.
.
Kemudian,
katak tersebut kena melalui ujian kedua plak. Di dalam ujian kedua kali
ini, satu bikar telah digunakan untuk diisi dengan ketulan ais. Dan
seekor katak telah diletakkan di dalam bikar dimasukkan ketulan ais
tersebut. Memang katak suka dengan tempat yang sejuk dan seronak beronok
ronoklah dia sambil nyanyi2 lagu Dato' Siti Nurhaliza.. "Biar lah
Rahsia" lah sangat. (Tangan kat bahu, mata pandang siling) kikiki..
?(Daku gelak sambil tekup mulut, kekonon sopan naw leteww.. haha)
.
Tak lama selepas itu, bikar yang berisi ais dan katak tersebut
dipanaskan menggunakan penunu Bunsen yang diletakkan dibawah bikar.
Bikar tersebut dipanaskan perlahan-lahan yang leh sebabkan ais tu
semakin lama, semakin cair. Setelah berubah jadi air dan ianya semakin
panas menggelegak, mula-mula macam best. Sbb macam berendam air panas
panas suam suam kuku gitew. Ok lagi tu, macam kita berendam kat kolam
air panas la kann. Ahakss.. cakap kat orang sebelah: Amacam??
.
Tik Tok Tik Tok (Bunyi jam orang sebelah). Masa pun berlalu, air dalam
bikar makin lama jadi makin panas. Bukan takat panas wehhh siap
menggelegak lagi. Ironinya katak tu tetap tidak berganjak keluar dari
air panas tersebut dan akhirnya ianya mati katak dalam bikar tu. Cian
kat katak kann?
.
Apa yang boleh kita pelajari dari kisah katak
ini? Angkat tangan. Tak pun komen la laju-laju. Heheheh. Apa yang u olls
dapat pelajari dari kisah katak ni??
.
Katak sebenarnya punyai sel
memori, walaupun ianya adalah sel ingatan yang kureng, tak sama macam
manusia, tapi katak dapat rakamkan “perasaan” seronok kesejukan diatas
ketulan ais tersebut. Bila ais berubah menjadi cair dan makin lama makin
panas, katak tersebut tidak mahu “melepaskan” memori indah diatas
ketulan ais, dia merasa cukup selesa dengan memori tersebut dan walaupun
air semakin panas, katak tersebut tetap tidak berganjak dan akhirnya
lebih rela mati daripada berubah atau bertindak keluar dari situasi
tersebut. Tanya orang sebelah: Nak jadi ke macam katak?? Jawapan BB Eida
is No! No! No!.
.
Di dalam situasi kehidupan kita, ramai juga
yang “terperangkap” dengan zon selesa lah sangat (Comfort Zone) merasa
selesa dengan apa yang ada dan tidak perasan yang kos sara hidup dan
cabaran hidup di sekeliling mereka semakin hari semakin hebat.
.
Ramai yang tak perasan yang pendapatan yang biasa-biasa hari ini hanya
mampu buat mereka hidup “biasa-biasa” sahaja hari ini dan akan datang.
Ramai yang dak sedar yang mereka semakin hari semakin menjadi “tak
mampu” untuk mempunyai banyak pilihan.
.
Ramai yang tak sedar
yang mereka membesar dengan “termakan” dengan banyak kata-kata negatif
atau program minda yang salah seperti “Hidup ini jadi orang sederhana
atau biasa-biasa sudahlah, tak payah kaya sangat!” atau ayat seperti
“Alah, buat apa jadi kaya tapi hati tidak senang, lebih baik miskin,
tidak ada duit tapi hati senang!’ atau ayat seperti :”Cukuplah apa yang
ada, hidup ini tidak lama, mati tidak bawa pun harta benda semua masuk
dalam kubur!”. Ataupun dengan kata2 "cukuplah hidup sederhana je.. watpa
nak mewah sangat.. nanti lupa diri...". Ada lagi satu yang orang selalu
sebut "Alaaa orang perempuan ni balik-balik kedapur jugek" haaaa. Cakap
kat orang sebelah kiri, orang kanan, orang depan, orang belakangg:
kesiannnn sesangat. Ish ish ish.
.
Itu adalah ayat-ayat “Minda
Miskin” yang salah asuhan sebenarnya. Saya pun dulu banyak dipengaruhi
oleh persepsi yang salah tentang kekayaan dan hidup luar biasa. Dan
ianya menjadi penghalang atau paradigma (haa sekali sekala guna ayat ni
kekonon macam gud gud sket arr) hihi. Minda miskin ni la yang menghalang
saya untuk hidup luar biasa kaya dan berjaya serta diberkati dulu.
.
Saya dapati untuk bina satu kehidupan yang cantik serta berjaya di
dunia dan mudah-mudahan berjaya di akhirat. Dengan izin Allah, kita
perlu maksimakan hidup serta peluang yang diberikan oleh yang Maha
Kuasa. Kita tidak dihidupkan melalui proses yang “biasa-biasa”. Ibu bapa
kita “bertemu” dan akhirnya kita dikandung oleh ibu kita serta dibawa
ke mana sahaja di dalam tempoh 9 bulan 10 hari.
.
Hari ini ramai
daripada kita yang engkar atau malu dengan situasi ibu ayah kita dan
ramai yang “membuang” ibu ayah mereka sedangkan ibu kita tidak pernah
malu untuk mengusung kita di dalam kandungan ke sana sini ketika ia
hamil serta sentiasa menjaga kita bila kita dilahirkan. Kita dijaga
dengan perhatian yang luar biasa sehinggalah kita boleh berdikari
tiba-tiba kita mudah terguris atau tersentuh hati serta merajuk dengan
ibu bapa kita yang mencurahkan kasih sayang serta banyak pengorbanan
yang luar biasa terhadap kita.
.
Tuhan tidak menjadikan kita
hanya untuk hidup sekadar di pinggiran atau menjadi “biasa-biasa”
sahaja. Di situlah perbezaan di antara yang mensyukuri nikmat serta yang
tak mensyukuri nikmat. Sekiranya kita bersyukur, kita akan melakukan
yang terbaik di dalam kehidupan kita untuk diri kita, keluarga kita,
anak bangsa kita, agama kita dan negara kita.
Adakah mustahil
seseorang itu boleh hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan
sentiasa diberkati? Pastinya tidak mustahil. Ramai orang yang telah
berjaya hidup luar biasa begitu, cuma kadang-kadang disebabkan hidup
kita sekarang ini di kelilingi oleh “katak”, maka kita ingat semua orang
hidup macam katak iteww.
Wallahualam..
.
p/s: Best kan cita
Katak Oiii Katak ni??? hikhikhik. Saya suka sebab ..disebabkan katak ni
juge la saya berubah dari biasa-biasa jadi luar biasa.. baca..
muhasabah.. renung-renungkan dan selamat beramal. Wink! Winkk! Winkk!
.
Syukur.. dapat infaq sikit ilmu
harini..
.
SAYA DOAKAN ANDA KAYA BERJAYA JUTAWAN DUNIA AKHIRAT SERTA DIREDHAI.. DENGAN IZIN ALLAH.. AMINN..
.
Jangan lupa COPY PASTE KREDIT TO : PN EIDA HASAN(EHPS) posting-posting lain sama yang rasa bermanfaat.
.
Pic sumber google: Kiut pulak tenguk katak bawah munge matahari itew kannn?
.
Psst: Kalau ada yang minat niaga dan tak tahu nak berniaga apa, tak
tahu nak buat apa untuk keluar dari comfort zone, especially suri rumah.
kalau yang bukan suri rumah pun di alu alukan. Boleh join team saya. pm
tepi taw. InshaaAllah kami semua berjamaah dalam EHPS. Asalkan janji,
nak BANGKIT dan betul betul nak BERJAYA & FOLLOW seketoi seketoi
saya ajar dalam team nanti. Tak ada magic. untuk berjaya, kene usaha,
doa, istiqomah dan tawakkal pada ALLAH.
<3
Wasap 011-21663769
.
Regards with LUV,
Copypaste , #FounderEHPS #EHPSdihati #Misi40JutawanEHPS
Alhamdulillah. Rezeki Allah. Usaha bagai nak giler cadburry, belajar
sampai negera omputeh, khatam phd bidang marketing, tak janjikan kompem
wajib dapat 1 juta sebulan. Opsss!!! Jangan sentap dulu sahabat. Ni laa
nak pecah RAHSIA ni. Posting panjang!. Harus 14 muka surat.
.
Projek sejuta sebulan ni bukan projek 1 malam yea sahabat, so it takes
time & courage. Yang penting tiada perkataan BERPUTUS ASA. NEVER
GIVE UP bak kata omputeh. Segalanya perlu di bina.
. 1) VERY GOOD RELATIONSHIP DENGAN ALLAH & MANUSIA.
.
Haaa. Ni paaaling utama. Sebelum nak pasang angan-angan nak jadi
JUTAWAN atau JUTAWANG atau yang sewaktu dengannya, Plisss jaga hubungan
dengan Allah. Paksakan diri taat setia dengan ALLAH buat yang wajib tu
kasi padu. Lepas tu jangan lupa yang sunat. lepas tu baru laa seronok
nak mohon DOA macam-macam kann.
.
Haaa. NO phd. Kalau agak-agak
hati tu ada dengki, cemburu & ia melibatkan banyak penyakit hati.
Maka susah sangat nak dapat aper yang kita nak. Formula saya simple, DOA
kalau nak powerful, kene gabungan baaanyak doa. So kita perlukan DOA
dari raaaamai sahabat. Sebab tu kalau ada sahabat positif, simpan,
sayang, belai.. e'ehhh jangan silap tafsir plak.. Kang hade plak yang
cakap daku bagi ajaran sesattt. Ayoyoiii. Belai ni senang cite happy je
sesama kita semua..
.
U olss semua kan sahabat positif saya.
Saya akan jauhi sahabat NEGATIF. Sekali saya kesan negatif, Sorry to
say, MENTOR saya pesan, kasi buang kat sungai nil. Sebab kita takmo
terjejas dengan aura tak best. Hellooo Aura ni jangan memain beb, jenuh
la mandi ais la mandi garam la mandi bunga bagai. sekali aura negatif
datanggg zassssss! hilang terus Aura tu taw. Jadi elakkan orang yang
negatif. Sekarang ni topik kita nak jadi Millionaire tau. Bukan macam
makan kacang.
.
Sebut 1 MILLION mudah la kannn. Papepun simple
math laa. Kita nak orang syaayangg kita. Kita bagi syayangg kat orang.
Bak kata cikgu June Mohd Som,
Built TRUST, Buat orang LOVE LOVE LOVE dan KENAL kita. Haa sengaja laa
daku susun terbalik. Formulanya KLT. Hihi. I love u olls k. Saayangg
cikgu gak.
.
Alhamdulilah 3 benda paling penting tentang DOA
& HAJAT untuk tahun ni ALLAH MAKBULKAN. Nanti saya sharedkan benda
ni kat anda semua dengan syarat, u olls kena laa rajin like-like post
saya. Send energy sket. baru laa semangat LUAR BIASA sket nak sharing
ilmu DIAMOND. Janji taw. Hik Hik.
. 2) TARGET
. VISI
target nak JUTAWAN ni mesti clear beb. mesti jelas, 1 MILLION, walaupun
dalam akaun u olls ader RM 30 sahaja. Saya letakkan TARGET SAYA DIMANA
SAJA. Purse, Handbag, atas meja & juga masa log in account bank
& juga contengan duit RM1 jadi 1 Million. Welll. Ni MENTOR saya
(DAO) ajar dalam IMKK. Bila letak target ni minda kita jangan sekali
menidakkan target ini bakal terjadi.
.
Lagi best, share TARGET
ni dengan orang tyang paaaling dekat dengan u olls. yang tak kan
gelakkan kita. hehe. STAFF/ TEAM. Biarkan mereka tahu OUR VISI kita
walaupun mereka hanya pekerja bawahan bukan bahagian marketing. Biar
mereka FEEL & SECURE. Ini bukan company biasa-biasa walaupun kecil.
.
Dulu tak ada staff, jadi saya share dengan hubby saya yang hencem lagi sado Burhanuddin Mohd Salleh & adek saya yang cantik Chah Hasan. Saayanggg mereka berdua ni. Ewahh tetiba ayat daku skema plak dahh. Gulpp!
.
Alhamdulillah. Ketika umur saya 32 tahun, saya dapat capai impian saya
untuk ada 1 million dalam akaun tabung FFA. Apa FFA tu? leh rujuk post
post saya yang sebelum ni yea sahabat.
. **KECILKAN TARGET
Yang belum pernah dapat ratusan ringgit, target RIBU RINGGIT, Kemudian
target PULUH RIBU, RATUS RIBU. dan paling lama kita nak achieved dari 6
figure ker 7 figure ( so walaupun kita ada MAIN target tapi kita fokus
mana yang belum dapat dulu & dapatkan. 4 FIGURE, 5 FIGURE, 6 FIGURE
lepas tu 7 FIGURE)
.
Macam saya sekarang target 7 Figure untuk team saya #EHPSdihati.
Sebab MENTOR saya ada sebut, "Awak kalau nak jadi JUTAWAN sejati, Awak
kene JUTAWANKAN TEAM awak. Lagi raaamai yang jadi JUTAWAN lagi bagus".
Saya target nak jadi JUTAWAN SEJATI. U olls tolong doakan taw. Doakan
Team #EHPSdihati raaamai raamai jadi JUTAWAN tahun ni. Allahumma Aminnn.
Bila sentuh bab ni, mata saya mudah berkaca, hati saya mudah jadi
sebak.
. 3) KAWAN DENGAN JUTAWAN ( MENTOR )
.
Ni MENTOR
saya yang cakap taw. Bukan saya sesaja taruk dalam tips ni. Saya
sebelum ni, saya hanya kenal DAO je JUTAWAN yang humble. Boleh balas
email dengan DAO.
.
DAO ketika tu tak sesibuk sekarang, Dulu
siap DAO komen kat page saya. Alhamdulillah. Berbunga-bunga hati rasa
taw. Saper pernah duduk sajer dengan jutawan? sembang-sembang &
kenali mereka. KIalau sekarang ni nak chit chat dengan DAO kena join
TITAN dulu. Dulu takyah. Alhamdulillah. Allah mudahkan dalam cari dan
dekati MENTOR. Dulu dalam setiap posting saya, sure saya akan letak
hashtag #iAmNextAzizanOsman (fb personal tu dah di curi abam mark juki uhuk uhuk). Sadisss.
.
Kalau baca memang orang akan cakap poyo nyerr la hai minah ni kann..
verangan sangat nak jadi DAO. Hikhik. Tapi ai olls tak peduli dah.
Alhamdulillah. Allah izinkan daku merasa status JUTAWAN di usia 32 tahun
(Sekarang 37 tahun, 2 bulan.. hiks hiks). Saya sendiri tak sangka taw.
Masayaalah luar biasa.
.
Saya usaha lebih lepas duduk dengan 1
orang jutawan (DAO letew). Respect. MULTIMILIONAIRE. Hehe.. DALAM
kehidupan kita ni, siapa yang bersama dengan kita akan effect kita
siapa. Dalam Al-Quran ader sebut kan, saya belajar banyak & kaji
tentang JUTAWAN yang saya pilih. Bagaimana DAO boleh berjaya. kalau DAO
boleh & saya mesti boleh.
.
DAO bagi getaran luar biasa
dalam hidup saya. Allahuu.. Tak tahan laa tacing sangat tau. U olls
mesti tak tahu macam mana perasaan dari akaun saya dulu zero taw.
sekarang dalam akaun FFA ada baaanyak sangat 00000. Subhanallah. Allahu.
Semua dengan izin Allah.
. 4) PRODUK / SERVICE
.
Produk atau service apa sahaja boleh jadi million..PERMULAAN BIZ, FOKUS
PADA 1 KUMPULAN PRODUK / SERVICE. Bila dah berjaya . Mesti nak kena
pastikan kita kaji produk/service yang ada. Kenapa keluarkan produk ni?
paling penting berkualiti atau tidak.? Ada yang keluarkan produk yang
kurang kesannya. Main bedal je.
.
Orang nak wat produk, dia nak
wat produk. Ini menentukan ADA ATAU TIDAK REPEAT CUSTOMER akan datang.
Sebab kita taknak cecah MILLION DALAM SEBULAN sahaja. Kita nak every
month jana JUTA JUTA. Kannn? Betoi dak? Jual produk kene jatuh cinta
pada produk tu.
.
Kalau saya laa. Apa yang buat produk saya
masih kekal walau dah 5 tahun dalam pasaran ialah, sebab saya ni
cerewetttt. Supplier hantar sample rasanya beratus-ratus sample. Baaaru
laa saya setuju nak on productions. InshaaAllah hanya yang terbaik dann
formula saya sendiri. Formula produk dengan kasih sayang. InshaaAllah
tak perlu ragu ragu dengan produk EHPS. Murah dan berbaloi sangat.
Wouppss.. bukan nak kempen ni. Aduyaii.. nak kabo yang kita kena make
sure produk bagus dan berkesan untuk ada repeat orders. Haaa giteww.
.
Berapa bilangan produk/service perlu terjual untuk cecah 1 juta. ?
Katakan 1 barang RM100 , maka perlu jual 10 000 produk sebulan. How?
Nanti saya ceritakan bab MAGIC NUMBER yang saya setting ok.
. 5) TEAM / CAWANGAN / AGENT
.
Jarang saya nampak company yang boleh buat 1 million takder TEAM.
Melainkan produk yang kita jual tu harga seketoi 1 juta. haaa tak yah
ada team la kot kann.. tapi nak juai tu mak datok bukan mudah nak
closing tu. Almaklumlaaa barang mahai kannn. Macam juai kapal terobangg
jerr.
. Membina TEAM adalah perkara yang paling
penting. SIAPA TEAM KITA? SIAPA yang bersama sama dengan kita.. KITA
KENE TAHU LAVERAGE.
.
OTHER PEOPLE MONEY,
OTHER PEOPLE TIME,
OTHER PEOPLE ENERGY.
.
kalau nak story bab biz yang ada cawangan, Jika kita ader 1 cawangan
boleh buat 100k.. kita hanya perlu buka 10 cawangan utk cecah 1 juta.
Jika seorang average boleh jual 100 produk sebulan, kita hanya perlukan
100 orang agent.. makin kecil kan jumlah nya.. ? Ni dalam topik MAGIC
NUMBERS saya akan share taw. Saya settlekan point-point untuk Topik ni
dulu.
.
"Ohh.. saya tak suka handle AGENT & tak reti nak handle AGENT. Saya lebih suker jual RETAIL.?"
.
Boleh2.. gunakan sistem STAFF MARKETING & ia melibatkan lebih KOS
UNTUK MARKETING.. contoh FB ADS.. (ramai jer cecah 1 million dengan FB
ADS - saya tak guna FBADS pannnjang ceritanya ) - FB ADS ni kene
menuntut betul-betul berguru dengan sifu. Saya rekemen SifuFBads & kalo boleh hantar staff marketing pergi belajar.
.
Yang penting ia mesti melibatkan TEAM. So bina TEAM anda. Saya siap
turun padang jumpa team, dalam group, bagi semangat pada TEAM. Walau pun
DS, diorang leh interaksi dengan saya. Tak ada gap. Saje saya taknak
adakan gap. Biar jadi 1 BIG HAPPY FAMILY giteww.
.
Saya pernah
melihat seorang teman saya. Hanya dapat SALES 1 juta hanya dalam
beberapa bulan. Kenapa? sebab penat. PRODUK BAGUS. MARKETING BAGUS.
Tapi kerja 3 ORANG tak ada staff. Bertungkus lumus dari pagi ke petang.
sistem tak ada. dan akhirnya. sales drop. Kenapa perlu lokek berkongsi
REZEKI dengan Agent, Taknak hire Staff dan melabur pada sistem yang
bagus? Hmm. tepuk dada, tanya hati.
. 6) SISTEM / SOP
.
Oraitt. Apa kekuatan sistem? Ni pun dinamakan LAVERAGE TOOLS. Apakah
sistem yang anda gunakan? Bagaimana anda menerima order? Bagaimana SOP
pengurusan?
.
Cara order guna whatsapp / email.? Adakah ia
sistem yang bagus? TOOLS yang kita gunakan adalah untuk mengurangkan
KESILAPAN & KURANGKAN MASA. how effective our sistem.? SOP perlu
disediakan (Yang ni saya baru je dapat tips dari seorang rakan bisnes,
sharing ideas gitewww).. Semakin kita kejar 1 juta, masa kita perlu
digunakan untuk LEBIH BERFIKIR! daripada melakukan tugas hakiki.
.
Tapi tu la kannn, kalau dah tugas hakiki seorang ibu dengan anak anak
cecomels 6 orang ni, nak kene bahagi tugas leebih lagi. Namun, tak ada
benda yang tak boleh settle asalkan push diri untuk disiplin dalam
menguruskan masa. Nak tak kalo kita tido sistem gerakkan kejer kita jam
2pagi? THINK. segalanya mesti AUTO. bukan manual lagi. Weeehuu.. Best
ke Best?
. 7) SERVICE / CULTURE
.
Ini yang menentukan
orang datang balik & tolong VIRALKAN produk/ service kita pada orang
lain. Saya suker pergi kat tempat-tempat yang layanan nya SUPER DUPER
AWESOME. Kompem berkali-kali pergi. ia MELIBATKAN REPEAT CUSTOMER. Faham
ke ni? Macam tu juga la pelanggan kita. Kalau kita bagi layanan ikhlas
dan mesra pelanggan, Kompem laaa tak cari lain lagi dah. Cari u olls
ajer. So ada la repeat customers.
. 8) SELESAIKAN MASALAH SECEPATNYA ( initiative )
.
Semakin bisnes kita membesar, kita akan hadap lebih baaanyak masalah.
Tak kira lah kecik ke besar. So jangan tangguh masalah. Jangan simpan
wat pekasam masalah tu. Masalah takkan selesai otomatik. Melainkan kita
kene selesaikan masalah tu. Masalah akan bantu kita membesar dengan
lebih cepat dan matang. Tanpa masalah, kita akan stagnent (berada dalam
comfort zone je lerrr). MASALAH ADALAH PELUANG. So jangan merungut jika
ada masalah. Banyak kali saya selesaikan masalah & RM masuk dengan
lebih mudah. Alhamdulillah.
. 9) TIRUVASI.
.
Copy &
paste boleh. Pernah nampak orang lain boleh buat macam ni. Kita boleh
buat tapi kita kene tahu sesuai atau tidak dengan kita ?. Ada perkara
yang kita perlu buat TIRUVASI. hehe.. contohnya. sistem DROPSHIP..
ORANG TU BERJAYA BUAT.. tapi produk kita adalah makanan.. bagaimana nak
DROPSHIPKAN?.. gunakan KONSEP dropshsip.. tapi tukar sistem menjadi
sistem berbeza.. THINK. - kerja kita adalah berfikir.. Why & How.
lain biz, lain kaedahnya. Sistem je la beza.
. 10) JANGAN BERADA DALAM COMFORT ZONE (UPGRADE DAN BESARKAN KAPASITI)
.
Jangan nak rasa selesa sangat yeaa, silakan upgrade dan terus upgrade.
Kadang ingat dah dapat RM10,000, cukup lahh apa yang hado. Ada yang
dapat RM100,000, cukup lahh apa yang hado (tangan kat bahu, mata pandang
atas).
.
Woupsss. Bukan nak cakap takleh bersyukur. bersyukur
ni tiap hari kita kene bersyukur, NAMUN kita kene selalu upgrade jadi
lebih baik. Ader orang bagi feedback, mengadu/ komplen/ marah. Jangan
marah mereka, berterima kasih pada mereka. Tanpa apa-apa feedback, kita
tak tahu kelemahan & takkan tahu aper yang perlu diperbaiki.
.
Dengan feedback, kita tahu aper masalah kita. So upgrade. Bila kita
upgrade customer & team akan sayang. Alhamdulillah setakat 5 tahun
on produk sendiri ni takde la yang marah. KAlau marah stok terputus ni
selalu.. haha. Nak buat cane. lagi kita upkan production, lagi demand
meningkat. Acane laa kita nak agak. Syukur dengan rezeki Allah.
Alhamdulillah.
.
So jangan fikir kalau orang kompen. Ia adalah
masalah yang takder kesudahan hehehe. Nak juta, jangan main dengan
emosi. Sila tenangkan diri.
.
Besarkan lagi kapasiti kita utk
terima lebih dan lebih. Jangan limitkan penerimaan kat kepala kita ni.
Kene selalu extend. haaa.. ayokkk!! garu kepala letewww.
. 11) INVESTMENT PALING MENGUNTUNGKAN (BERINFAQ/SEDEKAH).
.
Dalam team saya, selalu saya share dengan team #EHPSdihati saya tentang
konsep "The Power Of Giving". Sila amalkan sebab 10 yang kita beri, 100
kita dapat. Kalau nak 1 juta, berapa ekkk kita kene beri..? kalau
takleh nak congak, tot tet tot tet kalkulator kat hengpong pun bulih.
hehehe.. Nak kene bagi berapa tuu?
.
Kalau Rm1 pun susah kita beri. inikan beratus RM.
Kenapa orang tak nampak kesan pada sedekah? Hmmm.
.
Sebb kalo kita berikan RM1. ALLAH pulangkan RM10. Senang ke kita
nampak.? yang kita nampak adalah orang beli barang kita. Dapat lah
untung. Kita tak nampak ALLAH buka kan hati pelanggan untuk berurusan/
beli dengan kita. So cuba berikan dalam jumlah lebih besar.. u will be
amazed.. Caye lahhh.
.
Sekarang takder duit?. sedekahkan dengan
cara lain. Maybe dari tenaga atau bantuan. Sekali kita bantu. 10 kali
Allah bantu kita tanpa kita sedar dan Allah akan datangkan orang
baik-baik yang akan bantu kita.
.
Sebenarnya bukan nak target
dapat pulangan tu. tapi nak u olls buka mata dan fikri sejenak, tentang
kuasa memberi. Pahala tu toksah cakap la kan? Saham ahirat dah memang
dapat.
.
TAK AKAN BERGERAK 1 ZARAH..
TANPA IZIN ALLAH..
SEGALANYA MILIK ALLAH..
SEMUA YANG KITA PUNYA ADALAH MILIK ALLAH
KITA HANYA MEMINJAM
PINJAMAN INI ADALAH AMANAH.
.
1 JUTA HANYA ANGKA dalam akaun kita. ALLAH MAHA KAYA. Dia tahu kita nak
& dia akan bagi. TAPI opcoz laa Dia nak tenguk USAHA dan DOA kita
dulu takat mana. Kalau goyang kaki, duit tak datang derrr. Siapa kita
untuk diamanahkan untuk dapat kekayaan ini. INSHAALLAH. Pasti BOLEH jika
kita yakin. kalau kita tak yakin pada diri sendiri, bermaksud kita tak
yakin kepada apa yang ALLAH BOLEH BERI. Haaa jangan nak sentap-sentap
ea.. Ni betul la ni.
.
TOGETHER WE ARE ONE
WE ARE RICH & SUCCESSFUL
WE GET RICH BY HELPING OTHER PEOPLE
.
**Mohon JANGAN CnP walau kredit kredit kalau nak keberkatan ilmu. Mohon SHARE LINK BLOG. Saya mungkin tak tahu tapi ALLAH tahu.
Klik share supaya sahabat lain dapat manfaat ilmu DIAMOND sama.
.
**InshaaAllah lebih ilmu dalam ebook saya nanti. Sebab kalau terlalu
banyak idea dan ilmu saya simpan dalam kepala, jadi pack sangat juge.
So, saya kene keluarkan dari kepala ni. Tu yang saya prepare e-book.
inshaaAllah murah-murah jer. Kalau u olls dah jadi JUTAWAN, jangan lupa
saya plak k. hiks hiks.
.
Maka dengan ini tamat la silibus ini. 14 muka surat. Ahakss!! Terima kasih kerana sudi baca.
<3. Sayangg u olls. U olls sayang ai olls tak? Kikiki. ngengade jerrr.
.
Siapa belajar sesuatu, mohon summary sket kat bahagian komen, Moshi moshi. Mmmuahh!
.
Go! Go! Go! No Turning Back, Go Straight.
,
Kredit to :
#eidahasan #FounderEHPS
#EHPSdihati