Friday, 20 January 2017

REZEKIMU TAHU DI MANA DIRIMU


Mungkin kamu tak tahu dimana rezekimu.
Tapi rezekimu tahu dimana dirimu.
Dari lautan biru, bumi dan gunung.
Allah memerintahkannya menujumu.
Allah menjamin rezekimu, sejak 4 bulan 10 hari kamu dalam kandungan ibumu.

Amatlah keliru bila rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah.
Sedang rezeki itu urusanNya.

Melalaikan kebenaran demi menghawatirkan apa yang dijaminNya adalah kekeliruan berganda.
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji.
Yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahwa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka.
Tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita.
Allah menaruh sekehendakNya.

Diulang alik 7x Shafa dan Marwa,
Tapi zamzam justru muncul dari kaki bayinya.
Ikhtiar itu perbuatan.
Rezeki itu kejutan.

Dan jangan lupa.
Tiap hakikat rezeki akan ditanya.
"Darimana dan untuk apa?"

Kerana rezeki adalah "hak pakai"
Halalnya di hisab.
Haramnya di azab.

Maka, janganlah kamu iri hati, dengki dan cemburu pada rezeki orang lain.
Bila kamu iri pada rezekinya,
KAMU JUGA HARUS IRI PADA TAKDIR KEMATIANNYA.

Kerana Allah memberi rezeki, jodoh dan usia ummatNya.
Tanpa boleh tertukar satu dan lainnya.

Jadi bertawakkal lah, redha dengan ketentuan Allah, sehingga kamu merasa cukup dan penuh kenikmatan.
MARI KITA BERSYUKUR.
Tidak percaya rezeki bererti tidak percaya dengan si Pemberi rezeki (ALLAH).
*Renungan pagi Jumaat
Jumuah Mubarakah
SILA SHARE DAN SEBARKAN UNTUK SAHAM AKHIRAT BERSAMA. INSHAAALLAH
UIZ

Kredit:
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati

No comments:

Post a Comment