Thursday, 12 January 2017

BAGAIMANA KAMI BUAT 1 JUTA SEBULAN??

Alhamdulillah. Rezeki Allah. Usaha bagai nak giler cadburry, belajar sampai negera omputeh, khatam phd bidang marketing, tak janjikan kompem wajib dapat 1 juta sebulan. Opsss!!! Jangan sentap dulu sahabat. Ni laa nak pecah RAHSIA ni. Posting panjang!. Harus 14 muka surat.
.
Projek sejuta sebulan ni bukan projek 1 malam yea sahabat, so it takes time & courage. Yang penting tiada perkataan BERPUTUS ASA. NEVER GIVE UP bak kata omputeh. Segalanya perlu di bina. 

. 1) VERY GOOD RELATIONSHIP DENGAN ALLAH & MANUSIA.
.
Haaa. Ni paaaling utama. Sebelum nak pasang angan-angan nak jadi JUTAWAN atau JUTAWANG atau yang sewaktu dengannya, Plisss jaga hubungan dengan Allah. Paksakan diri taat setia dengan ALLAH buat yang wajib tu kasi padu. Lepas tu jangan lupa yang sunat. lepas tu baru laa seronok nak mohon DOA macam-macam kann.
.
Haaa. NO phd. Kalau agak-agak hati tu ada dengki, cemburu & ia melibatkan banyak penyakit hati. Maka susah sangat nak dapat aper yang kita nak. Formula saya simple, DOA kalau nak powerful, kene gabungan baaanyak doa. So kita perlukan DOA dari raaaamai sahabat. Sebab tu kalau ada sahabat positif, simpan, sayang, belai.. e'ehhh jangan silap tafsir plak.. Kang hade plak yang cakap daku bagi ajaran sesattt. Ayoyoiii. Belai ni senang cite happy je sesama kita semua..
.
U olss semua kan sahabat positif saya. Saya akan jauhi sahabat NEGATIF. Sekali saya kesan negatif, Sorry to say, MENTOR saya pesan, kasi buang kat sungai nil. Sebab kita takmo terjejas dengan aura tak best. Hellooo Aura ni jangan memain beb, jenuh la mandi ais la mandi garam la mandi bunga bagai. sekali aura negatif datanggg zassssss! hilang terus Aura tu taw. Jadi elakkan orang yang negatif. Sekarang ni topik kita nak jadi Millionaire tau. Bukan macam makan kacang.
.
Sebut 1 MILLION mudah la kannn. Papepun simple math laa. Kita nak orang syaayangg kita. Kita bagi syayangg kat orang. Bak kata cikgu June Mohd Som, Built TRUST, Buat orang LOVE LOVE LOVE dan KENAL kita. Haa sengaja laa daku susun terbalik. Formulanya KLT. Hihi. I love u olls k. Saayangg cikgu gak.
.
Alhamdulilah 3 benda paling penting tentang DOA & HAJAT untuk tahun ni ALLAH MAKBULKAN. Nanti saya sharedkan benda ni kat anda semua dengan syarat, u olls kena laa rajin like-like post saya. Send energy sket. baru laa semangat LUAR BIASA sket nak sharing ilmu DIAMOND. Janji taw. Hik Hik.
.
2) TARGET
.
VISI target nak JUTAWAN ni mesti clear beb. mesti jelas, 1 MILLION, walaupun dalam akaun u olls ader RM 30 sahaja. Saya letakkan TARGET SAYA DIMANA SAJA. Purse, Handbag, atas meja & juga masa log in account bank & juga contengan duit RM1 jadi 1 Million. Welll. Ni MENTOR saya (DAO) ajar dalam IMKK. Bila letak target ni minda kita jangan sekali menidakkan target ini bakal terjadi.
.
Lagi best, share TARGET ni dengan orang tyang paaaling dekat dengan u olls. yang tak kan gelakkan kita. hehe. STAFF/ TEAM. Biarkan mereka tahu OUR VISI kita walaupun mereka hanya pekerja bawahan bukan bahagian marketing. Biar mereka FEEL & SECURE. Ini bukan company biasa-biasa walaupun kecil.
.
Dulu tak ada staff, jadi saya share dengan hubby saya yang hencem lagi sado Burhanuddin Mohd Salleh & adek saya yang cantik Chah Hasan. Saayanggg mereka berdua ni. Ewahh tetiba ayat daku skema plak dahh. Gulpp!
.
Alhamdulillah. Ketika umur saya 32 tahun, saya dapat capai impian saya untuk ada 1 million dalam akaun tabung FFA. Apa FFA tu? leh rujuk post post saya yang sebelum ni yea sahabat.
.
**KECILKAN TARGET
Yang belum pernah dapat ratusan ringgit, target RIBU RINGGIT, Kemudian target PULUH RIBU, RATUS RIBU. dan paling lama kita nak achieved dari 6 figure ker 7 figure ( so walaupun kita ada MAIN target tapi kita fokus mana yang belum dapat dulu & dapatkan. 4 FIGURE, 5 FIGURE, 6 FIGURE lepas tu 7 FIGURE)
.
Macam saya sekarang target 7 Figure untuk team saya #EHPSdihati. Sebab MENTOR saya ada sebut, "Awak kalau nak jadi JUTAWAN sejati, Awak kene JUTAWANKAN TEAM awak. Lagi raaamai yang jadi JUTAWAN lagi bagus". Saya target nak jadi JUTAWAN SEJATI. U olls tolong doakan taw. Doakan Team #EHPSdihati raaamai raamai jadi JUTAWAN tahun ni. Allahumma Aminnn. Bila sentuh bab ni, mata saya mudah berkaca, hati saya mudah jadi sebak.
.
3) KAWAN DENGAN JUTAWAN ( MENTOR )
.
Ni MENTOR saya yang cakap taw. Bukan saya sesaja taruk dalam tips ni. Saya sebelum ni, saya hanya kenal DAO je JUTAWAN yang humble. Boleh balas email dengan DAO.
.
DAO ketika tu tak sesibuk sekarang, Dulu siap DAO komen kat page saya. Alhamdulillah. Berbunga-bunga hati rasa taw. Saper pernah duduk sajer dengan jutawan? sembang-sembang & kenali mereka. KIalau sekarang ni nak chit chat dengan DAO kena join TITAN dulu. Dulu takyah. Alhamdulillah. Allah mudahkan dalam cari dan dekati MENTOR. Dulu dalam setiap posting saya, sure saya akan letak hashtag #iAmNextAzizanOsman (fb personal tu dah di curi abam mark juki uhuk uhuk). Sadisss.
.
Kalau baca memang orang akan cakap poyo nyerr la hai minah ni kann.. verangan sangat nak jadi DAO. Hikhik. Tapi ai olls tak peduli dah. Alhamdulillah. Allah izinkan daku merasa status JUTAWAN di usia 32 tahun (Sekarang 37 tahun, 2 bulan.. hiks hiks). Saya sendiri tak sangka taw. Masayaalah luar biasa.
.
Saya usaha lebih lepas duduk dengan 1 orang jutawan (DAO letew). Respect. MULTIMILIONAIRE. Hehe.. DALAM kehidupan kita ni, siapa yang bersama dengan kita akan effect kita siapa. Dalam Al-Quran ader sebut kan, saya belajar banyak & kaji tentang JUTAWAN yang saya pilih. Bagaimana DAO boleh berjaya. kalau DAO boleh & saya mesti boleh.
.
DAO bagi getaran luar biasa dalam hidup saya. Allahuu.. Tak tahan laa tacing sangat tau. U olls mesti tak tahu macam mana perasaan dari akaun saya dulu zero taw. sekarang dalam akaun FFA ada baaanyak sangat 00000. Subhanallah. Allahu. Semua dengan izin Allah.
.
4) PRODUK / SERVICE
.
Produk atau service apa sahaja boleh jadi million..PERMULAAN BIZ, FOKUS PADA 1 KUMPULAN PRODUK / SERVICE. Bila dah berjaya . Mesti nak kena pastikan kita kaji produk/service yang ada. Kenapa keluarkan produk ni? paling penting berkualiti atau tidak.? Ada yang keluarkan produk yang kurang kesannya. Main bedal je.
.
Orang nak wat produk, dia nak wat produk. Ini menentukan ADA ATAU TIDAK REPEAT CUSTOMER akan datang. Sebab kita taknak cecah MILLION DALAM SEBULAN sahaja. Kita nak every month jana JUTA JUTA. Kannn? Betoi dak? Jual produk kene jatuh cinta pada produk tu.
.
Kalau saya laa. Apa yang buat produk saya masih kekal walau dah 5 tahun dalam pasaran ialah, sebab saya ni cerewetttt. Supplier hantar sample rasanya beratus-ratus sample. Baaaru laa saya setuju nak on productions. InshaaAllah hanya yang terbaik dann formula saya sendiri. Formula produk dengan kasih sayang. InshaaAllah tak perlu ragu ragu dengan produk EHPS. Murah dan berbaloi sangat. Wouppss.. bukan nak kempen ni. Aduyaii.. nak kabo yang kita kena make sure produk bagus dan berkesan untuk ada repeat orders. Haaa giteww.
.
Berapa bilangan produk/service perlu terjual untuk cecah 1 juta. ? Katakan 1 barang RM100 , maka perlu jual 10 000 produk sebulan. How? Nanti saya ceritakan bab MAGIC NUMBER yang saya setting ok. 

. 5) TEAM / CAWANGAN / AGENT
.
Jarang saya nampak company yang boleh buat 1 million takder TEAM. Melainkan produk yang kita jual tu harga seketoi 1 juta. haaa tak yah ada team la kot kann.. tapi nak juai tu mak datok bukan mudah nak closing tu. Almaklumlaaa barang mahai kannn. Macam juai kapal terobangg jerr.
.
Membina TEAM adalah perkara yang paling penting. SIAPA TEAM KITA? SIAPA yang bersama sama dengan kita.. KITA KENE TAHU LAVERAGE.
.
OTHER PEOPLE MONEY,
OTHER PEOPLE TIME,
OTHER PEOPLE ENERGY.
.
kalau nak story bab biz yang ada cawangan, Jika kita ader 1 cawangan boleh buat 100k.. kita hanya perlu buka 10 cawangan utk cecah 1 juta. Jika seorang average boleh jual 100 produk sebulan, kita hanya perlukan 100 orang agent.. makin kecil kan jumlah nya.. ? Ni dalam topik MAGIC NUMBERS saya akan share taw. Saya settlekan point-point untuk Topik ni dulu.
.
"Ohh.. saya tak suka handle AGENT & tak reti nak handle AGENT. Saya lebih suker jual RETAIL.?"
.
Boleh2.. gunakan sistem STAFF MARKETING & ia melibatkan lebih KOS UNTUK MARKETING.. contoh FB ADS.. (ramai jer cecah 1 million dengan FB ADS - saya tak guna FBADS pannnjang ceritanya ) - FB ADS ni kene menuntut betul-betul berguru dengan sifu. Saya rekemen SifuFBads & kalo boleh hantar staff marketing pergi belajar.
.
Yang penting ia mesti melibatkan TEAM. So bina TEAM anda. Saya siap turun padang jumpa team, dalam group, bagi semangat pada TEAM. Walau pun DS, diorang leh interaksi dengan saya. Tak ada gap. Saje saya taknak adakan gap. Biar jadi 1 BIG HAPPY FAMILY giteww.
.
Saya pernah melihat seorang teman saya. Hanya dapat SALES 1 juta hanya dalam beberapa bulan. Kenapa? sebab penat. PRODUK BAGUS. MARKETING BAGUS. Tapi kerja 3 ORANG tak ada staff. Bertungkus lumus dari pagi ke petang. sistem tak ada. dan akhirnya. sales drop. Kenapa perlu lokek berkongsi REZEKI dengan Agent, Taknak hire Staff dan melabur pada sistem yang bagus? Hmm. tepuk dada, tanya hati.
.
6) SISTEM / SOP
.
Oraitt. Apa kekuatan sistem? Ni pun dinamakan LAVERAGE TOOLS. Apakah sistem yang anda gunakan? Bagaimana anda menerima order? Bagaimana SOP pengurusan?
.
Cara order guna whatsapp / email.? Adakah ia sistem yang bagus? TOOLS yang kita gunakan adalah untuk mengurangkan KESILAPAN & KURANGKAN MASA. how effective our sistem.? SOP perlu disediakan (Yang ni saya baru je dapat tips dari seorang rakan bisnes, sharing ideas gitewww).. Semakin kita kejar 1 juta, masa kita perlu digunakan untuk LEBIH BERFIKIR! daripada melakukan tugas hakiki.
.
Tapi tu la kannn, kalau dah tugas hakiki seorang ibu dengan anak anak cecomels 6 orang ni, nak kene bahagi tugas leebih lagi. Namun, tak ada benda yang tak boleh settle asalkan push diri untuk disiplin dalam menguruskan masa. Nak tak kalo kita tido sistem gerakkan kejer kita jam 2pagi? THINK. segalanya mesti AUTO. bukan manual lagi. Weeehuu.. Best ke Best?
.
7) SERVICE / CULTURE
.
Ini yang menentukan orang datang balik & tolong VIRALKAN produk/ service kita pada orang lain. Saya suker pergi kat tempat-tempat yang layanan nya SUPER DUPER AWESOME. Kompem berkali-kali pergi. ia MELIBATKAN REPEAT CUSTOMER. Faham ke ni? Macam tu juga la pelanggan kita. Kalau kita bagi layanan ikhlas dan mesra pelanggan, Kompem laaa tak cari lain lagi dah. Cari u olls ajer. So ada la repeat customers.
.
8) SELESAIKAN MASALAH SECEPATNYA ( initiative )
.
Semakin bisnes kita membesar, kita akan hadap lebih baaanyak masalah. Tak kira lah kecik ke besar. So jangan tangguh masalah. Jangan simpan wat pekasam masalah tu. Masalah takkan selesai otomatik. Melainkan kita kene selesaikan masalah tu. Masalah akan bantu kita membesar dengan lebih cepat dan matang. Tanpa masalah, kita akan stagnent (berada dalam comfort zone je lerrr). MASALAH ADALAH PELUANG. So jangan merungut jika ada masalah. Banyak kali saya selesaikan masalah & RM masuk dengan lebih mudah. Alhamdulillah.
.
9) TIRUVASI.
.
Copy & paste boleh. Pernah nampak orang lain boleh buat macam ni. Kita boleh buat tapi kita kene tahu sesuai atau tidak dengan kita ?. Ada perkara yang kita perlu buat TIRUVASI. hehe.. contohnya. sistem DROPSHIP.. ORANG TU BERJAYA BUAT.. tapi produk kita adalah makanan.. bagaimana nak DROPSHIPKAN?.. gunakan KONSEP dropshsip.. tapi tukar sistem menjadi sistem berbeza.. THINK. - kerja kita adalah berfikir.. Why & How. lain biz, lain kaedahnya. Sistem je la beza.
.
10) JANGAN BERADA DALAM COMFORT ZONE (UPGRADE DAN BESARKAN KAPASITI)
.
Jangan nak rasa selesa sangat yeaa, silakan upgrade dan terus upgrade. Kadang ingat dah dapat RM10,000, cukup lahh apa yang hado. Ada yang dapat RM100,000, cukup lahh apa yang hado (tangan kat bahu, mata pandang atas).
.
Woupsss. Bukan nak cakap takleh bersyukur. bersyukur ni tiap hari kita kene bersyukur, NAMUN kita kene selalu upgrade jadi lebih baik. Ader orang bagi feedback, mengadu/ komplen/ marah. Jangan marah mereka, berterima kasih pada mereka. Tanpa apa-apa feedback, kita tak tahu kelemahan & takkan tahu aper yang perlu diperbaiki.
.
Dengan feedback, kita tahu aper masalah kita. So upgrade. Bila kita upgrade customer & team akan sayang. Alhamdulillah setakat 5 tahun on produk sendiri ni takde la yang marah. KAlau marah stok terputus ni selalu.. haha. Nak buat cane. lagi kita upkan production, lagi demand meningkat. Acane laa kita nak agak. Syukur dengan rezeki Allah. Alhamdulillah.
.
So jangan fikir kalau orang kompen. Ia adalah masalah yang takder kesudahan hehehe. Nak juta, jangan main dengan emosi. Sila tenangkan diri.
.
Besarkan lagi kapasiti kita utk terima lebih dan lebih. Jangan limitkan penerimaan kat kepala kita ni. Kene selalu extend. haaa.. ayokkk!! garu kepala letewww.
.
11) INVESTMENT PALING MENGUNTUNGKAN (BERINFAQ/SEDEKAH).
.
Dalam team saya, selalu saya share dengan team #EHPSdihati saya tentang konsep "The Power Of Giving". Sila amalkan sebab 10 yang kita beri, 100 kita dapat. Kalau nak 1 juta, berapa ekkk kita kene beri..? kalau takleh nak congak, tot tet tot tet kalkulator kat hengpong pun bulih. hehehe.. Nak kene bagi berapa tuu?
.
Kalau Rm1 pun susah kita beri. inikan beratus RM.
Kenapa orang tak nampak kesan pada sedekah? Hmmm.
.
Sebb kalo kita berikan RM1. ALLAH pulangkan RM10. Senang ke kita nampak.? yang kita nampak adalah orang beli barang kita. Dapat lah untung. Kita tak nampak ALLAH buka kan hati pelanggan untuk berurusan/ beli dengan kita. So cuba berikan dalam jumlah lebih besar.. u will be amazed.. Caye lahhh.
.
Sekarang takder duit?. sedekahkan dengan cara lain. Maybe dari tenaga atau bantuan. Sekali kita bantu. 10 kali Allah bantu kita tanpa kita sedar dan Allah akan datangkan orang baik-baik yang akan bantu kita.
.
Sebenarnya bukan nak target dapat pulangan tu. tapi nak u olls buka mata dan fikri sejenak, tentang kuasa memberi. Pahala tu toksah cakap la kan? Saham ahirat dah memang dapat.
.
TAK AKAN BERGERAK 1 ZARAH..
TANPA IZIN ALLAH..
SEGALANYA MILIK ALLAH..
SEMUA YANG KITA PUNYA ADALAH MILIK ALLAH
KITA HANYA MEMINJAM
PINJAMAN INI ADALAH AMANAH.
.
1 JUTA HANYA ANGKA dalam akaun kita. ALLAH MAHA KAYA. Dia tahu kita nak & dia akan bagi. TAPI opcoz laa Dia nak tenguk USAHA dan DOA kita dulu takat mana. Kalau goyang kaki, duit tak datang derrr. Siapa kita untuk diamanahkan untuk dapat kekayaan ini. INSHAALLAH. Pasti BOLEH jika kita yakin. kalau kita tak yakin pada diri sendiri, bermaksud kita tak yakin kepada apa yang ALLAH BOLEH BERI. Haaa jangan nak sentap-sentap ea.. Ni betul la ni.
.
TOGETHER WE ARE ONE
WE ARE RICH & SUCCESSFUL
WE GET RICH BY HELPING OTHER PEOPLE
.


**Mohon JANGAN CnP walau kredit kredit kalau nak keberkatan ilmu. Mohon SHARE LINK BLOG. Saya mungkin tak tahu tapi ALLAH tahu.
Klik share supaya sahabat lain dapat manfaat ilmu DIAMOND sama.
.
**InshaaAllah lebih ilmu dalam ebook saya nanti. Sebab kalau terlalu banyak idea dan ilmu saya simpan dalam kepala, jadi pack sangat juge. So, saya kene keluarkan dari kepala ni. Tu yang saya prepare e-book. inshaaAllah murah-murah jer. Kalau u olls dah jadi JUTAWAN, jangan lupa saya plak k. hiks hiks.
.
Maka dengan ini tamat la silibus ini. 14 muka surat. Ahakss!! Terima kasih kerana sudi baca. <3. Sayangg u olls. U olls sayang ai olls tak? Kikiki. ngengade jerrr.
.
Siapa belajar sesuatu, mohon summary sket kat bahagian komen, Moshi moshi. Mmmuahh!
.
Go! Go! Go! No Turning Back, Go Straight.
,


Kredit to :
#eidahasan #FounderEHPS
#EHPSdihati

No comments:

Post a Comment