Ada pulak yang tanya saya khasiat budu ni. Betul ke berkhasiat?
Ada kesan buruk tak buat peminat tegar budu terutamanya yang duduk kat
Pantai Timur tu?
Lahap budu macam lahap kuah megi bukan perkara
luarbiasa bagi orang Pantai Timur ni kan.
First, kita kena tahu budu ni sebenarnya adalah sejenis sos yang
berasal daripada ikan bilis (fermented anchovies).
Sebab tu kita boleh
tengok nama komersial budu ni yang biasa dipakai oleh hotel dan
restoran mewah adalah ' Anchovy Sauce '.
Sebenarnya bukan semua
orang Pantai Timur suka dengan budu sebab baunya yang agak menyengat dan
ada juga yang tak suka dengan budu disebabkan cara penghasilannya yang
kononnya tak berapa nak bersih tapi majoriti orang sana bila nampak budu
depan mata je takkan nampak dah hidangan lain..
Ramai tak tahu
dalam budu ni ada Glutathione, sejenis antioxidant yang biasa ada dalam
sesetengah tumbuhan dan binatang yang berfungsi menghalang kerosakan sel
yang disebabkan oleh radikal bebas, perioxides, lipid perioxides dan
logam berat.
Budu jugak kaya dengan vitamin B12 sebenarnya. Ikan
bilis memang terkenal dengan kandungan B12 yang sangat tinggi.
Ada juga
kajian yang mengaitkan tingkat IQ dengan budu tau!
Cuma bab kaitan IQ
dan budu ni saya masih tak jumpa sumber referensi yang asli.
Tapi
bagi yang ada darah tinggi dan alahan ( allergy). Sila hati-hati! Budu
memang ada kandungan garam yang agak tinggi dan juga boleh menimbulkan
reaksi alergik pada orang yang memang alahan dengan makanan laut mahupun
ikan bilis tu sendiri.
Jadi nak lahap tu berpada padalah ye.
Silakan SHARE LINK BLOG dengan peminat tegar budu seluruh Malaysia 😙
Siapa suka makan budu sila komen "KITA GENG. SEP SIKIT"
Gambar sumber google
Kredit tulisan asal dari fb: Taufiq Razif
No comments:
Post a Comment