Dalam kehidupan kita seharian ada kala kita mungkin telah melampaui
batas. fikir perkara yang kotor dan bukan-bukan, percakapan yang tak
sepatutnya dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya
semakin jauh dengan Allah SWT.
.
Sebagai manusia, kita tidak
lari dari melakukan kesilapan samada sedar atau tidak sedar dan mujurlah
Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita
meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat dan diredhai. InshaaAllah. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.
.
Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
.
Pertama:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa
ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
.
Kedua:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang
bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu
harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling
bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga
jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme
dan hedonisme.
.
Ketiga:
Jaga solat dhuha, kerana kunci
rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat
dasyat dalam mendatangkan rezeki.
.
Keempat:
Membaca
Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat
dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh
pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul,
atau ayat qursi.
.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah
menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan
kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang
diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
.
Keenam:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan
Allah.
.
Ketujuh:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu
subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana
masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid
Allah.
.
Sebarkanlah ilmu ini, semoga ianya memberi manfaat pada semua.😊
.
Kredit to :
#eidahasan
#FounderEHPS
#EHPSdihati
No comments:
Post a Comment