Showing posts with label BISNES. Show all posts
Showing posts with label BISNES. Show all posts

Monday, 9 October 2017

SIDE INCOME/STOKIS/PENGEDAR/DROSPHIP


Jom jana side income dengan bisnes online secara berjemaah bersama kami Team EHPS marketing
.
Berminat nak jadi sebahagian team EHPS?
modal rm0 saja. Dengan margin keuntungan 15%.
.
www.wasap.my/601121663769/teamkawasan






.





#stokisehps
#pengedarehps
#agentehps
#produkviralhabis!
#ehpsdihati
#dropship
#dropshipneeded
#agendiperlukan
#dropshipdiperlukan
#semuakawasan
#sideincome
#MajalahKeluargaMei2017

Sunday, 10 September 2017

NAWAITU BISNES

Lately ni Bb kerap post iklan. Kadang hard kadang soft. Posting ni agak panjang. Harap ada yang sudi baca sampai habis. Hihi.
.
Bb start 'sharing' info pasal produk Bb sebab ramai piyem Bb tanya produk apa yang Bb jual? Sebab Bb sebelum ni asyik la dok sharing ilmu & motivasi.
.
Sampai sahabat Bb tak tahu apa biz yang Bb buat sampai sale berjuta sebulan.
.
Sehinggalah pada suatu hari yang indah, Bb berbalas email dengan mentor Bb. Kata mentor "tak salah awak nak sharing tapi yang salah, awak ada produk yang bagus."
.
Mentor sambung lagi, "Saya sendiri pun amal produk awak setiap bulan wajib order, produk produk awak dah ada ratus ribu testimoni sejak 5-6 tahun lepas. Dah proven dapat selesaikan masalah orang dengan izin Allah".
.
"Namun, raaaaamai sahabat awak tak tahu betapa bagusnya produk awak itu. Berdosa tak beritahu tau! Siapa tahu, sahabat efbi awak yang ada total 20k fren & followers tu dapat selesai masalah. Kan lebih berkat dan lebih maju lagi bisnea awak".
.
"Dah la produk awak tu murah giler. Saya suruh awak taruk harga atas rm100, awak taruk bawah seratus. But isokey jika awak target sahabat marhein pendapatan sederhana."
.
Katanya lagi, "Tak payah hiraukan lalat, langau, biawak, yang tak suka aktiviti sharing info produk awak tu. Mereka tak support, mereka left. Hashtag sahabat dari neraka." Kikiki. Lucu lucu sentap gitu.
.
"Jika mereka support, mereka akan like posting awak tanda support bisnes awak. Isokey kalau tak beli pun. Siapa tahu, one day dia ditimpa masalah yang produk awak boleh bantu. Betul tak?"
.
"Soooo, sila hiraukan insan yang raaaamai yang ada masalah yang nak diselesaikan. Jangan selfish Eida,"
.
"Jangan hadap target sale berjuta juta sangat tapi target berapa ramai sahabat awak, yang awak nak bantu dan dah bantu. Mana pergi nawaitu awak yang kata nak bantu raamai orang tu? ".
.
Fuyyooohhh. Macam kena renjatan letrik rambut tegak ke atas dah rasa. Bb ingat Bb dah betul. Rupanya tak cukup betul. Ada betulnya ayat mentor Bb tu. U olls setuju tak? Sebab Bb setuju. Omputeh kata 2 thumbs up.
.
Tu sebabnya kita perlu mentor untuk menasihati. Jika kita tersasar, dia tarik semula ke lorong yang betul. Dan khidmat itu percuma. Lillahi taala. Semua kerana Allah. Allahu.
.
Atas nasihat beliau, Bb akan sharing ilmu sesambil selit info produk Bb dan apa yang boleh dibantu.
.
Produk ni asbab, semua produk yang dijual kat luar sana pun bagus. Sampai Bb pun rasa nak jualkan produk diorang. Ada yang Bb dah join jadi pengedar pun. Haha.
.
Bezanya produk produk ni, samada serasi atau tidak dengan tubuh individu yang amal produk tu. Yang penting kita dah beritahu apa yang kita boleh bantu. Dan yang penting ikhtiar kannn?
.
Biasanya Bb akan kaitkan dengan testimoni dan kisah benar. Bb tak suka hardsell sangat. Kekadang je la kalau takde idea menulis, baru la Bb hardsell tapi jarang sekali la.
.
Ustaz pun ada pesan, produk bidara awak bagus. Sekarang ni raaamai manusia yang suka berkawan dengan jin. Siapa yang tak nak berkawan dengan jin, jin kacau. Santau mantau. Tuju tuju la angin merah laa. Voodoo laa. Maciam maciam secara haluih. Time tu la berguna produk bidara awak tu Eida.
.
Hurmm.. Inshaaallah Bb akan cuba bantu sahabat Bb. Kita kena kaya sebab nak bantu ramai orang yang memerlukan. JIHAD BISNES KERANA ALLAH.
.
Ada yang nak join Bb tambah income? Start dengan DS dulu yea. Sila piyem tepi ikat reben ngan munge color pink purple ea.
.
E'eh terpanjang pulaks celoteh Bb ni. Mahap la yea. Hikhik.
.
Sahabat belajar sesuatu tak dari posting Bb ni? Bb doakan sahabat Bb dikurniakan rezeki yang banyak melimpah limpah. Bebas semua hutang piutang. Semakin kaya dan maju jaya. Serta panjang usia dan rezeki kesihatan yang baik. Allahumma Aminnn Ya Allah Ya Mujib.
.
#BbEidaHasan
#BisnesUntukBantuOrang
#SilaMereput
#SahabatDariNeraka

Saturday, 5 August 2017

7 PERKARA ASAS BUAT NEWBIE BISNES

Untuk peniaga newbie, boleh amalkan 7 perkara asas ini untuk lepasi tahun pertama dengan berjaya :
.
1. Pasarkan produk secara ISTIQOMAH.
.
Buat secara istiqomah/konsisten. Setiap hari wajib posting. Non stop setiap hari tau!
.
Sehingga produk yang di jual diterima oleh sasaran pelanggan. Siapa sasaran pelanggan? ouchhh!.. takkan saya nak bagi juge sasaran pelanggan tu? Hehe. Lain produk, lain sasaran pelanggannya.
.
Kena rajin posting sampai lah orang tahu apa produk yang kita ada. Apa yang kita dok jual tu.
.
Nak posting ni pon biar berjadual, misal kata 1 jam pagi post pasal energy booster Mocha, 1 jam tengahari post pasal minuman mantop SPV pulak. Lepas tu nanti petang post pasal Adara Foundation pulak. Malam kol 9 malam, post plak pasal set skincare CB769.
.
Boleh juga kaitkan produk dengan suasana ketika kita nak posting tu. Tapi bagi yang bekerja, posting bukan waktu kerja. maybe leh posting pagi sebelum masuk kerja. masa time rehat, masa balik kije tengah hadap jem tu leh la posting & balas pm prospek.
.
Sebagai contoh: Snap produk CB769 berdekatan lampu tidur atas meja sebelah katil.
.
Lepas tu caption.. "ok sahabat, selamat beradu. Haa sebelum tu jangan lupa maafkan orang tau. Saya pun maafkan anda semua. Sebelum tido adalah waktu mustajab doa tau. Doalah yang baik baik, baca 3 qul. Alfatihah dan doa lah yang baik baik yea. Muka kekalkan dalam keadaan senyum.
.
Wouppss!! jangan lupa tau. Untuk muka shining glowing awets muda, jangan lupa oleskan krim malam CB769 tau tau. Jangan lupa k. Assalamualaikum warahmatullah."
.
Kalau dulu saya jual produk sendiri, memang gitu la rutinnya. Sekarang ni saya lebih banyak sharing kat wall personal saya. Kat page baru la promot promot. Kekadang je laa terrriklan kat personal wall. hehe.. sekali sekala giteww.
.
Pemasaran yang baik ialah tidak menampakkan kita terlalu menjual. Tapi lebih kepada berkongsi apa kelebihan produk, apa unik produk, apa yang produk kita leh buat, apa khasiat produk, apa apa lah yang lain yang sewaktu dengannya.
.
Boleh juga gunakan cara berkongsi sesuatu ilmu supaya mereka dapat manfaat. Mungkin leh kaitkan dengan tips pengurusan Masa, hujung-hujung tu kita selit produk kita.

Contoh:
"Haa kalau saya sayang Masa, nak kejar Masa, nak buat kerja laju-laju, perlukan stamina yang lebih tau. Untuk stamina yang bagus dan tak lemau-lemau, saya amalkan Mocha dalam seharian saya. Saya sudah! anda bila lagi? "
.Tanya orang sebelah. Paham ke paham?
.
2. Setkan target dan buat rangka kerja apa nak kena buat. Jadual waktu macam kat sekolah tu la kiranya.
.
Untuk permulaan, Letak target sederhana yang mesti nak kena dicapai.

Macam saya sendiri, mula-mula letak target 1 hari dan up kan kepada seminggu, kemudian sebulan dan seterusnya tahunan. Maksudnya target berapa banyak unit nak jual dalam masa sehari. lepas tu baru upkan seminggu, sebulan dan seterusnya setahun.
.
Contoh nya. Nak capai setahun 1 juta unit terjual. Haa contoh jerr.. Jangan u olls taruk target 1 juta unit plak. Jenuh nak kayuh tu beb. Saje bagi contoh nombor bebesau sket hehehe.
.
Oraitt. Apakah step-step nak kena buat untuk capai target tu?
.
Senaraikan & minta nasihat dari otai otai dalam bisnes. Boleh je kalau nak pm pm saya cumanya saya reply tu tak tentu lagi on time ke part time ke over time ke sometime ke. Harap leh tunggu dengan sabarnya yea. InshaaAllah kalau saya free, selaju kuasa cahaya saya akan reply. Ecewahhh.
.
Bila dah buat tu, buat sampai jumpa cara yang serasi dengan jiwa, serasi dengan masa, sampai jumpa cara yang lebih berkesan dan menjadi.
.
3. Ni perkara WAJIB ni. Sila asingkan duit bisnes dengan duit peribadi. Tolong jangan cakap terguna la terguna la. Jangan jadi pencuri kepada bisnes anda sendiri. Murudum bisnes tu. Tak sempat nak berkembang beb. Bukan doakan tau. Ni nasihat ni.

Jika masih guna akaun peribadi, maka segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur macam rojak, sila asingkan segera atau buatkan akaun yang khusus.
Selalunya peniaga, bukan masalah jualannya yang tak rancak, jualan dah rancak dah. Keluar duit pun rancak. Duit masuk sikit tapi belanja banyak, dengan alasan nak appreciate diri. Hargai diri tu boleh babe, tapi biar lah kena dengan masa nya. Jangan asal untung je nak appreciate diri. Hancuss.
Jika usaha lom capai target tahunan, means belom mencukupi usaha tu. Nak kena tingkatkan lagi usaha tu. Haa bila dah berakhir tahun kewangan company/bisnes u olls, baru laa leh amek bonus sket. Baru la betoi. Tu pun tenguk laa berapa sale ngan unutng bersih.
Jika lom capai target, cara nak appreciate diri, cukup dengan beri kata pujian dan semangat untuk diri sendiri.
Duit bisnes, duit kakak bayar hutang, duit gaji, duit suami bagi, duit main kutu, Semuanya campur sekali. No no no.. Jangan buat camtu taww.
.
4. Dah tarik gajah masuk rumah, jaga gajah elok elok.

Bila dah dapat pelanggan, jaga mereka. Bila mereka berpuas hati dengan service before & after kita, mudah untuk mereka jadi pelanggan yang setia. Silap hari bulan, mereka yang akan jadi tukang promote produk kita tanpa gaji. For FREE gitew. Best kan?
.
Jangan abaikan pelanggan yang satu sebab dari yang satu tu bakal jadi 10 pelanggan lain. Betulll.. Tak caye? Ce wat.

Database, Detail pelanggan : Nama, alamat, no telefon, emel, dan rekod setiap pembelian nak kena simpan elok-elok. Jika perlu, selalulah bertanya khabar.
Harus ingat, selain untuk tambah pendapatan, bisnes juga adalah untuk berukhwah dan berkawan-kawan. Kita bisnes bukan semata-mata nak cari income. Faham ke faham?
.
5. Ambil risiko yang kecil, ikut kemampuan, jangan fikir asal bisnes je, perlukan modal yang besar. No non no. Mulakan dengan apa yang ada dan apa yang mampu.

Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatai sangat nak berhutang sana sini. Jika berlaku kesilapan dalam bisnes tu, satu hal pulak kita nak gali lubang tutup lubang.
.
Penyudahnya asik di bebani hutang sampai ke sudah. Suka ke macam tu? Di hantui hutang. Kita bisnes kalau leh nak bebas hutang cecepat. Betoi dak?

Sentiasa ambil risiko kecil sehingga kita jumpa cara lebih betul. Mula bisnes sebagai dropship agent pun ok sangat dah. Tak payah kita nak berhutang bagai. Tanpa modal pun boleh berniaga derr..
.
Saya dulu pun bermula dengan dropship ejen jurr. Siapa kata tak ada masa depan? Buktinya seorang dropship produk kami, seorang guru, punya 4 orang anak, mampu jana income rm400 sehari dengan hanya dropship. Jika rm400 x 30 hari? Tak ke RM12,000 tu? Tu jika konsisten rm400 sehari. Jika dia tetiba ada sale masuk rm500? kira bonus la tu kannn?
.
Toksah dok kalut sangat nohhh (haa..hamek..kluaq bahasa utara.. Hihi)
.
Bila dah yakin, dah laju baru la upgrade jadi pengedar dan bila pelanggan semakin ramai dan demand melebihi supply, baru la kita jd stokis.
.
Pada masa yang sama, jangan terlalu takut Dan cuak.
Bisnes memang berisiko tapi kita boleh minimakan risiko itu.
.
Jika kita boleh minimakan risiko, kenapa kita nak buang masa dan terhegeh-hegeh action. Fast Action, Fast Result Beb! Slow Action. Noooo Results.
.
6. Plan masa untuk berjumpa dengan rakan satu aliran niaga (team bisnes).

Banyak info biz dan sharing pengalaman yang kita akan dapat melalui sesi perjumpaan ni. Tak perlu berjumpa terlalu kerap. Sebulan sekali cukup dah tapi jika dapat seminggu sekali pun best sebab kita leh ceduk, beri dan dapat idea.
.
Kekadang, peel manusia ni mudah naw naw kelaut dalam. Kadang hanyuttt tanpa arah tujuan. Kadang angan angan lebih, kalau dah tukul, baru laa nak gerak. Tukul sekali, gerak sekali. Tukul 2 kali, gerak 1 kali gak. Hehehe. Penyakit M kuat sangat. Dengan cara berkumpul dan bertukar pendapat, inshaaAllah semangat sentiasa level paling tinggi .. haa giteww.

Di samping itu, ia juga membantu kita lebih kuat hati untuk terus berniaga. Dapat sokongan daripada rakan2 bisnes yang lain.
.
7. Amalan hidup 'sederhana' dan bukan bermewah-mewah sangat. Orang pakai LV original, kita pun nak LV original. Orang pakai Lamborghini, kita pun nak Lamborghini. Walhal bisnes baru maju sikit. Lom setahun simpan duit. Cermin diri kita, level mana dah kita.
.
Berangan boleh tapi kena ukur baju di badan sendiri. Jangan membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Jangan amalkan " Biar papa asal bergaya sebab kalau dah papa macam mana nak bergaya beb?
.
Belajar ikat perut dari mula. Biar orang cakap kita sengkek. Macam tak nampak kaya. Walau sebenarnya duit kita berkepok kepok dalam bank. Tak apa, mereka tak tahu apa planning kita. Mereka tak tahu berapa dalam akaun bank kita. Dan mereka tak perlu tahu pun. Tak tahu lagi baguih.
.
Yang penting, simpan untung. Ambil gaji 10% sahaja untuk tampung keperluan hidup. Nampak sikit kan? Haha. Memang sikit pun. Jika nak lebih, kita kena la 'push' diri kita untuk usaha lebih. Paksa diri untuk lakukan lebih untuk dapat lebih. 'Simple math' kan? .
.
Kita jangan fikir niaga arini untuk untung melimpah harini. Silap tu beb..
.
Kita niaga harini, kita kumpul. Tak Kira untung banyak atau sikit. Sila simpan & belajar berjimat cermat supaya simpanan kita tu nanti boleh membantu kita 'survive' jika incase apa-apa berlaku pada kita akan datang. 'Who knows' ewahhh speaking london kak senah hari ni yea Yeop? Hikhikhik.
.
Anyway, majoriti usahawan yang berjaya pada hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 5 tahun, hidup sengkek dan cukup-cukup makan saja pada fasa awal bisnes.
.
Keuntungan peringkat awal, separuh disimpan dan separuh lagi dilaburkan semula untuk pergiatkan lagi bisnes mereka.
Jom follow.
.
Jom share posting ni. Mana tau berguna untuk rakan rakan kita yang perlukan :)



.
#BBEidaHasan #EHPSdihati #Tips_Untuk_Newbie #Say_No_To_Mereputs

Wednesday, 12 April 2017

11 MENTAL BLOCK MANUSIA YANG MENJADI PENGHALANG UNTUK BERJAYA:


EGO

Benda ni paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk kita buat sesuatu di luar kotak akal.
. SKEPTIKAL
Selalu berfikiran negatif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "Aku ni boleh ke berjaya?", "Boleh ke aku buat bisnes ni?", "Kalau orang mengata aku macam mana?".
. TAKUT
Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.
. TAK YAKIN
Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa?
. TAK LAYAK
Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.
.
SUKA BERTANGGUH
Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.
. BAGI ALASAN
Bila ditanya kau nak berjaya tak? Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia, "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.
. TUNGGU DULU
Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.
.
IKUT KAWAN NEGATIF
Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "Eh, jom keluar malam ni lepak dataran tengok race Ko bukan buat ape kat umah. Bini ko tidur kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.
. TAK BERSUNGGUH
Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.
. SALAHKAN TAKDIR & AGAMA
Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya. Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita. Dalam AL QURAN pun ada sebut, "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."
.
*APA YANG KITA FIKIR*
*APA YANG KITA RASA*
*APA YANG KITA CAKAP*
*APA YANG KITA BUAT*
.
*SEMUA ADALAH DOA*
.
ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN!


Dapat sesuatu? Cer komen: AKU KAYA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT! 💪

#ehpsdihati
#pengedarehps
#stokisehps


Jemput SHARE link blog kami jika bermanfaat pada anda :)

Saturday, 25 March 2017

MEDIA VISIT & PHOTOSHOOT

Alhamdulillah, our Big Bos selesai media visit/ photoshoot last week bersama Karangkraf, Berita Harian,Utusan dan Utusan Sri Karya.

Semoga bisnes EHPS semakin maju dan dipermudahkan.
Untuk #teamehps, 
Selamat Maju Jaya 

:)






Pic sumber dari : Eida Hasan (Founder EHPS)

Wednesday, 8 March 2017

KUASA MINDA JUTAWAN

"What ever is going on your mind is what you atrracting"
.
Bismillah. Alhamdulillah, pagi ni sempat beri tazkirah simple mimple dalam group tadi mengenai "Kita apa yang kita fikir". Kalau kita rasa hidup kita ni so & so. Maka so & so aje lah yang kita akan dapat. Sebaliknya kalau kita fikir hidup kita ni saaangat ceria, luar biasa dan saaangat berjaya, Maka kejaayan demi kejayaan yang best best yang kita dapat.
.
Sebab tu lah start bangun tido lagi, kita dah kene setting pasak dalam kepala dan minda kita ni. YES! YES! YES! Harini mesti lebih berjaya dari semalam. Mesti lagi baaanyak sale masuk. Mesti lebih bahagia dari semalam. Mesti lebih gojez hebat dari semalam. Mesti give more effort banding semalam. Kalau semalam usaha kita baru gear 2, harini upkan naik jadi gear 3 atau gear 4.
.
Pagi ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman mengenai apa yang kita fikir, itu yang kita tarik… Dan itu yang kita dapat. Percaya atau tidak…itu yang akan kita perolehi. Itu adalah hukum universal. Ini bermakna, jika kita mahukan sesuatu itu benar-benar terjadi, kita kena fikirkannya. Namun,jika kita tidak mahu perkara itu berlaku…sesekali jangan memikirkannya. Apatahlagi membayangkannya
.
Apa yang kita fikir, itu yang kita tarik
.
Pernah tak teringin sangat nak makan satu-satu jenis makanan, tiba-tiba ada yang menghantar atau belikan makanan itu kepada kita walau kita tidak berkata apa-apa. Cuma bermonolog dalam hati.
.
Pernah tak kita risau untuk tinggalkan selipar kita di satu-satu tempat kerana takut ia hilang, dan akhirnya betol beb! Selipar tu betul-betul hilang.
.
Siapa sebenarnya yang melakukannya? Siapa sebenarnya yang membuatkan apa yang kita risaukan ini benar-benar berlaku? Dan kenapa sebenarnya ia boleh berlaku? Ecewahh banyak benor soalan dalam kepala kann?
.
Ini adalah satu hukum tarikan universal atau boleh juga dinamakan sebaga Reticular Attraction. Sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik antara satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal.
.
Hukum tarikan universal, apa tu?
.
Haaa meh rapat rapat sikit BB nak story sket. Kita blajo subjek sains balik laa ni hehe. Mengikut hukum sains, setiap zarah terdiri daripada atom yang punyai elektron. Semua elektron mengelilingi nukleus pada orbit dan frekuensi (getaran) yang tertentu. Frekuensi yang sama menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama. Ia dapat difahami apabila kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam di dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan. Hahhh hamekk. Tetiba balik zaman skolah plak kann? Siapa tak lulus sains, dia kompem tak ingat pasal eletron, atom dan zarah. Kikiki. takpe takpe. takyah bukak buku sains. Saya dah terangkan dah tu hehe.
.
Jadi, apa kaitan dengan apa yang kita fikirkan?
.
Oraitt. Ni laa nak story mory nih. Kalau u olls nak tahu, minda kita juga sentiasa bebaskan gelombang. Ayokkk!! tahu ke apa gelombang tu? Kalau tak tahu, payah gak la nak kasi jelaskan ni hehe. Kalau x faham gelombang, wave faham kot. hahaha ikut omputeh kot lagi paham yea. Kikiki.
.
Gelombang dalam minda ni la yang menarik sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama. Semakin tinggi fokus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku. Haa sebab tu laa asik dok sebut fokus fokus fokus tu. Bukan sebut main suka suki sebut je beb. Haa BB ni jenis suka laa kaji kaji sikit. Kekonon suka laa selidik kenapa itu dan ini. Ok nak tanya sikit kat u olls. Kenapa orang kat utara leh berhubung dengan orang kat selatan dengan henpon? Walhal bukan ada tali ke wayar ke yang leh hubungkan tu. Haa kat situ laa fungsi gelombang tu. Sekarang ni rasanya lebih jelas kot macam mana fungsi gelombang tu.
.
Perasaan gembira dan benci menghasilkan gelombang yang berbeza. Minda positif menarik sesuatu yang positif datang kepadanya. Manakala minda negatif menarik sesuatu yang negatif kepadanya. Yang negatif tidak boleh menarik yang positif. Itu hukum universal.
.
Satu gelombang saja dalam satu masa
.
Menurut Wallace D. Wattles dalam bukunya The Science of Getting Rich, satu gelombang sahaja boleh berada dalam minda kita pada satu-satu masa. Gelombang yang lebih dominan menguasai minda kita sama ada gelombang negatif ataupon gelombang positif. Kita yang memilihnya!
.
Haaa.. paham kerrr beb? Maksudnya, gelombang ni super power taw. Dalam kepala kita ni kalau kita asik dok pikir benda benda yang negatif, so meeemang yang negatif je la yang dapat. Jadi, kalau benda negatif jadi kat kita, memang ada kaitan dengan gelombang dalam minda kita tu. Haa clear dak? Jadi. Jangan la asik nak pikir yang negatif je. Fikir hanya yang positif jer. Kalau let say terlintas yang negatif, cepat2 kasi padam buang jejauh beb. Rugi laa.. pepenat je kita set positif. Tetiba minda kita, kita set negatif. Hancusss beb.
.
Hadis Qudsi yang bermaksud:-
.
“Aku bertindak menurut sangkaan hambaKu. Aku selalu bersama hambaKu sekiranya dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam khalayak ramai, Aku mengingatinya dalam khalayak yang lebih ramai ( para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekatiKu sejengkal, Aku mendekatinya dengan lebih dekat lagi (sehasta). Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekatiku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari.”
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
.
Maksud di sini, jika kita bersangka yang baik-baik, maka yang baik-baik yang akan kita dapat. Begitu juga sekiranya kita sangka yang tak baik, yang tak baik tulah yang kita akan dapat. Allah akan memberi mengikut sangkaan kita. Haa clear dak?
.
Hukum graviti juga merupakan hukum tarikan. Kita percaya kan? Sebab itu semua di bumi ini boleh terletak dengan elok tanpa terumbang ambing kan. Kita percaya hal ini walau kita tidak nampak pon di mana tarikan graviti itu. Ia boleh dilihat bila kita tengok diri kita sendiri pon boleh berjalan dengan elok di bumi ni kan. takde yang tiba-tiba terbang terumbang- ambing kan. Yang takde graviti tu kat angkasa nun. Terobang sana. terobang sini kat angkasa tu. Tak berpijak di lantai/tanah.
.
Begitu juga dengan hukum tarikan universal ni. Walau tidak nampak wujudnya dia, tapi kita boleh lihat yang dari sangka-sangka kita selipar ni “takut hilang”…tiba-tiba memang hilang.
.
Selepas kita faham konsep hukum tarikan universal ni, kita akan lebih positif dalam segenap aspek. Semestinya kita hanya nak tarik yang baik-baik dan yang positif-positif aje yang datang kepada kita kansss.
.
Jom ubah diri kita. Jadi yang lebih positif dari biasa. Sebab kita HANYA NAK tarik yang positif-positi dan baik-baik saja dalam hidup kita.
.
Sila klik SHARE taw. Mohon jangan copy paste. Penat BB mengarang untuk u olls taw. Lagi pun kita nak genuinity kan? Bantu saya share supaya raamai yang akan dapat ilmu bermanfaat pagi ni. Jangan lupa taw, yang belum follow tu klik follow & set see first taw taw. hiks hiks. 😍🌹. Komen yang positif plishhhh! Macehh dedarlss <3
.
Saya doakan sahabat sahabat yang baca posting BB ni mendapat rahmat Allah, sentiasa dideraskan rezeki, di banjiri dengan rezeki di hujani rezeki, di luaskan rezeki, di beri kesihatan yang baik, panjang usia, semakin kaya dan semakin berjaya dengan izin Allah. Allahumma Aaminn. Saaayangg u olls. Mmuahhh!!💋
.
Psstt: Sorry agak panjang sebab saya tak tahu part mana yang saya nak pendekkan. Hikhikhik. Mujur tak sampai 14 mukasurat. Hehe. Terima Kasih sudi baca.
.

Kredit to :
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati #KuasaTarikan

Monday, 6 March 2017

PETUA SATU JUTA : MAGIC NUMBERS

* Tolong BB Eida  SHARE link blog ini supaya lebih ramai yang akan dapat manfaat elmu dari BB ni yea. Love u olls ketats ketats. wouchhh. hehehe.
.

Oraitts. Formula capai target RM 1 juta dalam masa setahun atau anda sendiri yang tentukan bila. Tarikh, usia, hari, bila nak dapatkannya. Wahhh ayat skema la pulaksss. Ouchhh. tak biasa plaks la skema-skema ni. heheheh.
.
Okesss.. Kemali pada tajuk asal kita tadi tu. Camno nak dapek RM1 juta tu dek non? Haaa.. satgi i sharing sharing tau. Jangan kemana-mana. jangan berkelip tau, jangan baca laju sangat. Karang terbabas plaks sebab saya tak akan reply dalam personal pm untuk petua RM1 juta ni. Sebab saya lebih suka infaq kepada lebih raaamaiii orang berbanding coaching sorang2.. bukan dibayar pun.. so baik la semua dapat manfaat ni .. Kan.. kannn.. Betul ke betul?
.
Dulu masa bisnes BB tahap biasa-biasa. BB selalu buat kira-kira macam mana nak dapatkan RM 1,000,000 dalam 12 bulan. Senang cerita saje saje target sale untuk bulanan dan harian. Berapa yang nak kene capai. Dan mula la berangan dan sesambil berangan tu doa dalam akaun mesti ada RM1 juta atau mesti ada simpanan satu juta RM sebelum usia 40 tahun. Rupanya masyaaALLAH, pada usia 32 tahun saya dah dapatkan nilai yang saya nak kan tu.
.
Alhamdulillah. Tak sangka sebab ketika tu saya memang tak tenguk berapa duit yang masuk dalam akaun saya. Cuma saya tak lipatgandakan usaha pasaran. Means rajin posting kat wall. Bergilir-gilir hardsell & softsell. Rasa macam mudah je kan nak capai RM1 juta. Nampak macam mudah je kan? Memang laa mudah jika usaha pun tahap luar biasa. Paksa diri untuk kerja kuat. Time tu tak ada siapa yang nak bagi peransang melainkan diri sendiri je.
.
Hari-hari lepas bangun tido BB selalu cakap sambil tenguk cermin, EIDA MESTI JADI YANG TERBAIK. MESTI CAPAI BEBAS KEWANGAN SEGERA. DEMI ANAK-ANAK. Tiada siapa yang akan bantu kita melainkan kita sendiri. Jika kita nak berjaya, kita kena usaha lebih. Tak usaha, tak berjaya. Simple math. U olls kena ingat tu. Tindakan juga harus lah macam orang nak dapat 1 juta. Bukan lah tindakan biasa-biasa. Setiap hari mesti buat xtra dari hari sebelumnya. Cakap ngan orang sebelah: Haaaa.. Faham ke paham?
.
Inginkan hasil LUAR BIASA. Kita harus lakukan tindakan luar biasa juga. Macam mana tu?? Selalunya bila kita sebut 1 juta pasti orang kata mengarut laa.. yang nak target juta juta sangat tu pekehal? target kecik kecik pun cukup laa.. Bercukurlahh.. eshhh!! silap... Bersyukurlahh..
.
Haaa.. siapa yang kata mengarut tu 'sorry to say'.. anda TAK LAYAK jadi JUTAWAN. Sebab tu Allah tak beri dia jadi JUATWAN. Dia sendiri tak yakin dia leh jadi JUTAWAN. Sedangkan Allah dah beri kita peluang untuk usaha, minta minta minta. Lepas tu tawakkal. Selain tu diri kita sendiri, kena laa yakin. Dan keyakinan tu yang akan hantar setting dalam kepala otak kita ni.
.
Dan sel-sel dalam kepala akan bersambung dan bila kita positif, fikir yang baik baik, segalanya akan menjadi mudah. Tambahan pula kita yakin rezeki ini ALLAH punya. So, apa kita nak cuak sangat. ALLAH kan ada cuma perlu kene keep on repeating minta.. minta.. minta.. minta.. dan minta dari ALLAH. Supaya ALLAH beri kita peluang untuk capai impian kita dan atas asbab kita ingin capai impian kita itu adalah untuk membantu dan memberi faedah kepada orang lain sama. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Setting dalam kepala. More You Give. You Will Get More. Cakap ngan orang sebelah: Oooooo camtu. Ingat tuuu. Jangan lupa diri.
.
Sebab kita dah belajar matematik dari kecik sampai ke tua ni. BB nak ajak u olls main kira-kira bersama-sama dengan bb. Selalunya orang yang buat bisnes suka buat kira-kira ni. Betul ke betul? heheheh. Orang kata nak cari nombor magik dalam bisnes gitewww.
.
Tapi jangan terkejutlah, sebab ni salah satu formula orang nak menjadikan kerja menjadi mudah dan senang. Mereka tidak pandang dengan 1 juta, tapi dengan nilai yang paling kecil. Ok buat masa ni kita buat pengiraan mudah, bagaimana nak dapatkan RM 1,000,000 (satu juta RM) dalam setahun.
.
Selalunya pengiraan ni sesuai untuk yang berminat nak dapatkan RM1juta. Perlu di ingatkan tiada yang mustahil kat dunia.
.
Lai lai.. kita kira bersama-sama k:
.
Cari produk yang u olls rasa ingin jual dalam satu tempoh yang u olls sendiri set (katakan lah setahun). Atau ikut u olls nak target nak capai RM1 juta pada masa bila. Saya ambil contoh 1 tahun = 12 bulan.
.
Nilai keuntungan satu barang katalah paling busuk RM 5. untung RM5 ni saya kirakan untuk ejen Dropship yang jual Mocha. kalau jual produk selain mocha semua untung lebih banyak. Kalau anda pengedar (25%-30% untung) atau stokis (40%) yang mana jauhhhh lebih banyak keuntungan anda. Harap setakat ni anda clear. Kalau belum clear, baca lagi slow-slow. Baca satu persatu ulang-ulang sehingga faham.
.
jadi RM 1,000,000/RM5 (untung seunit) = 200,000 unit
.
dalam setahun ada 12 bulan
jadi 200,000 unit /12 bulan = 16,666 unit
.
dalam sebulan ada 4 minggu
jadi 16666 unit/4 minggu = 4166 unit seminggu
maknanya anda perlu jual 4166 unit seminggu.
.
dalam seminggu anda ada 7 hari
jadi 4166unit/7 = 595.2 unit sehari.
.
apakah nombor ajaib anda untuk mendapatkan RM 1000,000 pertama dalam masa setahun???
nombor magik = 595
.
macam besar sangat kan?
.
Sebab tu u olls perlukan team yang berjamaah, supaya dapat kaya bersama-sama. Bukan lah kaya sorang. Kalau u olls jutawan. Sekurang-kurangnya under team u olls ada yang dapat puluhan ribu RM dan ratusan ribu RM. Cuma kalau u olls dropship, u ollskene kerja keras sikit. Bila ada rezeki untung. Jangan lengah-lengah untuk upgrade jadi pengedar pulak.
.
Haaa. Best ke best? hehehe.. Tu baru dropship tu. Leh JUTAWAN. Dalam masa setahun hokehhh. Yang ni contoh je. supaya mudah nak faham. Ada banyak item yang u olls boleh jual kan? saya kira ni pun dengan untung yang paling rendah. Lain produk, lain nilai keuntungannya. Siapa kata dropship tak leh jadi JUTAWAN.
.
Saya dulu juga bermula sebagai ejen dropship juga. Cumanya saya jadi dropship tak lama, beberapa bulan je sebab jap je dah upgrade pengedar, saya jadi pengedar pun beberapa bulan je dah upgrade stokis. Sebab kita taknak ada lama kat takuk yang sama. Kita wajib setting target untuk upgrade untuk dapat income yang the best. Bila rasa down, cecepat tune mind set, remind balik pada BIG WHY kenapa kena berjaya. 



.
Kalau setakat kira jer memang boleh kann? budak tahun 6 pun boleh kira macam mana nak dapatkan RM 1, 000, 000,00. Jadi sebagai orang dewasa seharusnya tindakan kita dan belajar macam mana nak dapatkannya. 

.
Jangan kita memperlekehkan atau berputus asa sebelum berusaha. Jangan biarkan budak kecik dalam badan kita (small little voice) ni over shadow kita. Kita lagi besar dari budak kecik iteww. Bak kata mentor cute (DAO). Jangan asyik NAK tapi TAK buat. Sampai bila-bila asik NAKKK je.. gitu je la. Mana laa nak dapat kannn? Cakap kat orang sebelah: KESIANNN..
.
Selain tu, untuk rezeki yang melimpah-limpah, hormati ibu bapa, hormati keramat hidup, hormati guru, hormati adek beradek, ipar duai dan sedaa mara, hormati anak-anak & hormati kawan-kawan. Doakan kawan-kawan, secara otomatik akan raaamai orang akan doakan kita. Amalkan juga sedekah & amalan-amalan rezeki melimpah yang saya dah pernah kongsikan dalam post saya yang terdahulu.
.
Saya doakan u olls, sahabat positif BB semua, kaya berjaya jutawan dunia akhirat. Rezeki yang melimpah limpah dari semua sudut, bebas kewangnan, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu. Allahumma Aminn..
.
.


Kredit:
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati

Monday, 13 February 2017

JUTAWAN SURIRUMAHTANGGA- EIDA HASAN

Bagaimana EIDA HASAN (EHPS) bermula hingga boleh menjadi dari biasa ke LUAR BIASA di Malaysia? JOM TENGOK! -:)

Friday, 3 February 2017

SHARING IS CARING: FORMULA KEJAYAAN EHPS

Bismillah. 

Hari ni saya nak kongsi Tips Berjaya mengikut formula EHPS. Apa benda alah laa EHPS tu. EHPS tu sebenarnya singkatan dari nama syarikat saya  
Eida Hasan Pretty Shop (EHPS) .
dan saya keluarkan formula dari perkataan EHPS. Supaya menjadi rujukan Team Rich & Beauty EHPS yang Awesome. Alhamdulillah.
.
Barangsiapa ingin agar do'anya terkabul dan kesulitan-kesulitannya teratasi hendaklah dia menolong orang yang dalam kesempitan. (HR. Ahmad)
.
Tips Berjaya mengikut formula EHPS:

.
(E) Elmu/Ilmu: Tuntut ilmu. Cari ilmu. Ada je mana-mana ilmu baru, yang tak pernah kita pelajari, silakan join. Cepat ambil tahu kat mana ada majlis elmu. Jangan rasa rugi menuntut Elmu. Jangan rasa serba salah atau ragu-ragu dalam nak ceduk elmu. Bersangka baik dengan guru dan sebelum mulakan menyedut elmu, pasang niat apa kita nak 'buat' dengan elmu tu. Apa kita nak 'jadi' dengan elmu tu? Apa kita nak 'capai'. Apa 'matlamat' kita setelah dapat elmu tu. 

(H) Hati :
Haaa. Tang hati ni la paling penting hokehh. Kalau hati busyuk, rezeki pun tak nak dekat. Bersihkan jiwa, bersihkan hati, jangan busuk hati dengan kejayaan orang lain, jangan main harga, jangan main kotor curi pelanggan sahabat lain. Jangan tinggal solat, amalkan sedekah/infaq setiap hari. Amalkan sunat dhuha, sunat fajar, sunat tahajjut. Kita sibuk nak itu ini. Doa itu dan ini, tapi kita sombong dengan ALLAH. Kita tak nak buat lebih amal tapi mintak tu lebih kemain nak jadi JUTAWAN. Tanya diri anda, adakah anda beri lebih setelah minta lebih. Banyak kali guru pesan. MORE YOU GIVE, MORE YOU GET. Sooo. Tak reti reti lagi ke beb? Silakan lakukan perubahan kearah kebaikan dan lakukan kebaikan kerana ALLAH. Chayokk!!!


(P) Praktik:
Dah tuntut ilmu tadi, silakan amalkan dengan pantas. FAST ACTION, FAST RESULTS. Sebab, kalau tak amalkan, jadi mudah lupa. Jika lupa, rugi la hadir majlis ilmu tu. Bila dah amalkan, tolong konsisten supaya tak lakukan kesilapan. Kadang ada orang dah pegi majlis elmu tapi tak apply tak take action. Mula la blur katak. Katak pun tak blur macam dia. Dia lagi blur dari katak. Mula la nak salahkan guru tak reti ajar la. Guru ajaran sesat la. Guru tipu la. Apadaaa.. sendiri salah, tapi sibuk nak salahkan orang lain. Tanya orang sebelah: Kamu ke tu? haha..


(S) Sabar:
Bila dah buat semua secara konsisten, sabar menunggu rezeki dari Allah. Cepat atau lambat, anda pasti Jutawan dengan izin Allah. Jangan kita harapkan apa yang kita buat sekarang ni esok lusa dah dapat hasilnya. Umpama kita menanam pokok. Mana ada arini semai biji benih, esok dah tumbuh dengan akar yang kuat? Siap keluar buah dan masak dah boleh dituai hasilnya. Haiyooo.. kenot hokehh. Haha.. habis rosak bahasa daku. Pepaham udah. hehehe. Sooo.. kene sabar dan konsisten. Cakap kat orang sebelah: Sabar Itu Duit.








.
Saya doakan anda semua kaya berjaya jutawan dunia, multijutawan akhirat. Setiap dugaan ALLAH hadirkan untuk menguji kita dan Dia tak akan turunkan dugaan yang kita tak mampu tanggung. Dia tahu kita kuat walau kita rasa kita tak kuat. Sabar, redha dan tawakkal. Chaaayokk!!! semua
.
p/s: sesiapa yang minat berniaga yang tak tahu nak niaga apa, boleh sertai kami. pm saya yea. Boleh join team saya yang Awesome Havoc Luar Biasa Habissss!!!
.
YAKINLAH.. ALLAH ITU MAHA BAAIKKK .. <3
.
Saya saaayanggg anda semua. Sama-sama kita jadi seorang yang BANGKIT & Tidak me-LAYU yea.
.



Kredit to :
#eidahasan
#FounderEHPS
#FormulaEHPS
#EHPSdihati

Tuesday, 24 January 2017

INSPIRASI: Dato’ Hussamuddin Yaacub

Beliau adalah pengasas syarikat Karangkraf. Iaitu syarikat yang fokus pada beberapa industri macam penerbitan, percetakan dan macam macam lagi.
U olls percaya tak.. Jualan Karangkraf setahun 500Juta?? MasyaaALLAH.
Hebat sangat kan kan?. Luar Biasa Habisss!
.
Antara rahsia bisnes beliau berkembang ialah :-
.
1) Jalan PINTAS itu jalan SESAT.
.
Dalam bisnes, tak ada jalan pintas. Yang ada, kerja keras dan bertindak pantas.
.
Jadi u alls, jangan harap sangat nak ada keajaiban berlaku. Kalau tak berapa nak rajin, kalau tak berapa nak berjaya tu.. jangan nak sentap sangat la yea. hik hik.
.
2) Ibu bapa yang membentuk karakter bisnes anak.
.
Ibu dan bapa yang bertanggungjawab membina karakter anak sebagai seorang usahawan. Pensyarah dan orang lain hanya memberikan ilmu. Kadang pensyarah pun tak pernah bisnes. Semata rujuk buku dan text aje. Habis tu camno anak didik nak berjaya kan? cakap kat orang sebelah: Habih camno?
.
3) Islam adalah panduan orang bisnes.
.
Bila kita berpegang pada agama, kita tak akan terlalai, cepat-cepat SWITCHHH!
.
4) Kalau lambat buat, pasti lambat dapat. (Slow action, Slow results).
.
Ibu beliau mengajar sejak kecil. Apabila buat kerja, buat cepat-cepat. Dalam erti kata lain, FAST ACTION, FAST RESULTS. SLOW ACTION, SLOW RESULTS.. TERHEGEH-HEGEH ACTION, TERHEGEH-HEGEH RESULTS. IT'S NOW OR NEVER. Mohon jangan sentap sahabat.
.
5) Biasakan diri untuk berdisiplin.
.
Jangan sekadar follow up. Tetapi follow through. Baru berhasil.
.
6) Al-Quran sentiasa sedia membantu.
.
Hidup kita lebih indah dan berjaya apabila mengikut ilmu dalam kitab Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan. Setting dalam kepala, kita bisnes untuk bantu orang lain. Bila kita kejar agama, rezeki akan ekori kita. Rezeki ni semua milik ALLAH. Alhamdulillah.
.
7) Berkuli untuk bisnes sendiri.
.
Semasa mula-mula berniaga, saya buat semua sendiri. Itu adalah makna disebalik Usaha”one”. Belajar berdikari terlebih dahulu. Kalau kita nak gapai kejayaan, kene belajar untuk susah dulu. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
.
8) Rahsia Karangkraf ramai pelanggan.
.
Biar bos yang layan pelanggan. Pelanggan akan ingat dan suka sampai bila-bila. Betul ke betul? hehehe. Sahabat yang pm kat personal fb ni memang saya yang reply. hehehe.
.
9) Pekerja bukan hamba abdi.
.
Jangan ambil pekerja untuk dijadikan kuli batak. Jadikan stafF kita sebagai sahabat bukan orang luar cuma perlu sikit disiplin dan sikit ketegasan je. Tak caya tanya staff saya, saya layan diorang macam mana. Hikhik.
.
10) Biar pekerja faham tugas sebenar mereka.
.
Bahagikan skop kerja dengan jelas kepada para pekerja.
.
11) Lihat kebaikan, tutup keburukan.
.
Lihat kebaikan orang lain, upgrade kebaikan itu. Kemudian tutup mata supaya tidak melihat kelemahan. Fikir perkara yang positif dan selalu bersangka baik. InshaaALLAH hanya yang baik-baik yang akan dekat dengan kita.
.
12) Lahirkan pemimpin dalam organisasi.
.
Buat bisnes dan bangunkan pemimpin. Jika seorang pemimpin dalam organisasi mampu hasilkan RM5 juta setahun, bagaimana jika kita ada 10 pemimpin? Helloo.. Kalau susah nak kira, tekan kalkulator. Ekekekeke.
.
13) Memimpin dengan menjadi contoh terbaik.
.
Membina pemimpin adalah menerusi contoh-contoh akhlak. Jangan biarkan orang melakukan kesilapan, kene cepat-cepat betulkan. Supaya tak akan lakukan lebih kesilapan.
.
14) Niat itu mesti, hasil itu pasti.
.
Niat adalah permulaan, hasil adalah pengakhiran.
.
Semoga bermanfaat. Belajar, tiru dan amalkan secepat mungkin. Saya doakan anda semua kaya berjaya jutawan dunia akhirat. Amenn.
.



Kredit :
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati #Inspirasi