Wednesday, 1 February 2017
ISTIMEWA WANITA
Bismillah..
.
Selalu saya sharing pasal ilmu biz. Dan sharing pasal kaya & berjaya. Kali ni nak lain sket arr. Tuko2 mood plak la kann. Hari ni kita nak share, nak story sikit tentang istimewanya wanita. Orang lelaki mohon jangan marah. jangan jeles tau.. Siapa marah.. nanti kena jual.. hehehe.. Gurau je.. Gurau boleh kan? hehe..
.
Seperti apa yang kita tahu, dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut, mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif.
.
Air mata wanita juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki.. so,persoalannya disini.. kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa? wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9.. Wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya. begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.
.
Kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan bosan jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh. Dari aspek yang semacam ini, lelaki seharusnya memahami wanita ini. Wanita akan menagis jika perkara tu betul-betul menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya.. perkara ni nampak kecil je kan? tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.
.
Ok.. untuk situasi lain, contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
.
"Abang, bahu ayang sakit nyer. Boleh tak abang tolong picit-picitkan. Jampi sikit.. kot jampi abang mujarab". Lepas tu suami dia cakap.." ala sayang, abang pun letih juga.." pastu, muka isteri jadi lain. sebab asalnya nak manja-manja la konon... Pada masa tu dia akan mula mengomel sorang dan tetiba sedih.. turunlah air mata.. sikit je kan masalah nye? kalau kes macam ni terjadi macam ne? suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis.. hehe. (sib baik suami saya penyayang orangnya.. hehehe.. i love u cayangg)
.
so ,memang tak ada cara lain. kena pujuklah jawabnya. Tapi,nak pujuk pun kena ada cara. Salah pujuk, lagi menjadilah jawabnya.. bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk, suami kena guna cara yang terbaik, contohnya, peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk, usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya. insyaallah,lembut hati isteri tu."
.
jom kita baca kisah ni..
.
kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
.
"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
.
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
.
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.
.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan".
.
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,
.
"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"
.
Gurunya menjawab:
.
"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
.
Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
.
Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
.
Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, anak-anaknya itu kerap melukai perasaannya, kerap melukai hatinya.
.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, masa-masa sukar, masa-masa suami buntu, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
.
Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
.
Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila masa di inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
.
Moga perkongsian ni jadi panduan buat semua. & kenapa wanita ni senang mengalir air mata. InshaaAllah. Nanti saya share lagi pasal hal lain pulak yea.
.
#EidaHasan
#FounderEHPS
#EHPS
.
Labels:
ANAK DIDIK DR AZIZAN OSMAN,
DAO,
EHPS,
EIDA HASAN,
JUTAWAN,
WANITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment