Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Monday, 4 December 2017

"SABAR ITU DUIT"

Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur atas kurnia-Nya, bersabar atas cobaan-Nya dan bertaubat atas dosanya.
.
Assalamualaikum sahabat luarbiasa kesayangan BB Eida. Kepada yang baru nak mula buat kije, Mulakan hari ni dengan wajah senyum dan surah Al Fatihah. 
.
Almaklumlaa orang bisnes ni, hari cuti pun koje. Hari koje, kompem ler koje kannn? Asyik kojeee jer ler manjang. Lupa dah hari cuti ke tidak. Itu la namanya passion. Tak gitew? Namun, kesihatan nak kene jaga juga beb, sebulan sekali bawak bawak laa makan angin mana-mana.. Tak kisah laa jauh ke dekat ke. Janji leh hilang sikit rasa pack dalam hidup. Hihi. 




Sunday, 3 December 2017

TIPS BB EIDA: BISNES UNTUK KAYA

Bismillah. Alhamdulillah. Harini Bb berjaya melapangkan masa untuk berinfaq elmu apa yang Bb ada dan tahu dan dah apply. 
.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki semakin lancar dan deras dan sentiasa penuh. Sentiasa semakin bertambah. Alhamdulillah Terima kasih Allah.
.
Ok. harini dengan rasa gembira, Bb ingin berkongsi, sebab rata-rata yang personal mesej Bb cerita kisah sedih. Kisah kesusahan. Kisah perlu duit. Kisah nak kaya. Kisah yang tak best dan sedih teramat sedih.
.
Namun... tiada tindakan. Komplen pandai. Berderet komplen. Baanyak sangat cakapnya tu. Gedegang gedegung. Bila Bb tanya apa tindakan yang dah di ambil? Katanya tak ada tindakan. Sebab tak tahu nak buat apa. Itu tak tahu, ini tak tahu. Semua tak tahu.
.
Bila Bb tanya lagi kenapa? Jawapannya simple. Sebab tak ada orang nak ajar.
.
Allahu. Yang nak belajar tu diri sendiri kan? Yang kata nak kaya tadi tu diri sendiri kan? Jika tak tahu, maka kene cari tahu atau menuntut ilmu atau korek ilmu proven. Bukan dah tak tahu terus tak tahu je.. Saaammmmpai la bila bila begitu je la. Orang lain yang rajin dah sampai planet zuhal dah. Siap dah berkenalan dengan alien kat planet lain, kita masih lagi kat kerak bumi. E'ehh Bb bebel ni paham ke faham? Hehehe. Tetiba pepetang ni bebels. Ok leteww.. hihi. Janji kol 8 malam. Ni 5 petang dah terluah semua bebelan Bb. Hikhik.
.
Orang yang harini berjaya, bukannya keluar dari perut mommy, terus leh main teng teng tau. Hihi. Semua akan lalui fasa yang sama. Bezanya kerajinan je la. Semua lalui fasa kelahiran, lepas tu mengensot, lepas tu merangkak, lepas tu tatih tatih, lepas tu jalan jatuh bangun, lepas tu dah leh jalan slow slow, jalan laju, berlari, lepas tu lari laju laju,, lepas tu leh lompat lompat bintang. Semuanya ada fasa masing masing.
.
"If you are not doing what you love, You are wasting your time" ~ Billy Joel
.
Subhanallah. Tahukan sahabat sahabat, bahawa Bb dulu pun pernah susah. Melalui zaman kejatuhan. Melalui zaman kesempitan. 


.Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and close-up
Namun. Cepat cepat Bb bangkit dan ketika itu juga tak ada siapa yang membantu melainkan beri kata semangat semata. Kata kata minta kita terus sabar dan terus berdoa. Tak ada yang nak bimbing ketika tu. Macam mana nak berjaya. Tapi semuanya dari hati (bersihkan hati) dan macam mana tindakan kita..
.
Sedari dulu Bb saangat minat dengan bisnes. Walau sering jatuh tersungkur dan ditimpa tangga namun Bb tidak pernah kenal erti serik dan tidak jemu mencuba lagi dan lagi dan lagi. Kerana apa?? Kerana Bb betul-betul minat dengan bisnes. Bila kita minat. kita tak akan rasa satu kesusahan. Kita tak akan anggap bisnes tu satu bebanan buat kita.
.
Jadi kita tak rasa itu satu paksaan. Namun kita harus usaha dan push diri untuk lebih maju ke depan. Bukan duduk maintain je gitu sesambil control ayu & fefeling gud gud je. Kita kene fikir sesuatu untuk lebih maju ke depan. Bukan buat benda yang sama saje. Kalau tak ada pembaharuan. Macam mana nak ada kemajuan dalam bisnes kann? Clear tak sekarang?
.
Jadi kita harus minat dulu. Kalau lom minat. Kasi minat dulu. Jangan kita buat bisnes sebab ikut ikutan. Bila kita tenguk orang lain maju buat bisnes A. kita pun buat bisnes A. Sedangkan kita tak minat pun & kerana ikut ikutan ni lah bila hasil kita tak capai sama dengan orang lain, kita tak pasal-pasal nak main biola bawah pokok togey. (Haha muat keteww nak masuk bawah pokok togey tu? Siap bawak biola lagi tu. Hikhik.. Bedal je laa). Faham ke faham? Bb akan sambung lagi yang seterusnya bila bila Bb free ea.. Stay Tune~
.
Mohon klik share jika rasa sahabat lain patut tahu sama.. Kot kot ada jiran sebelah taman tak tahu lagi ke kann.. haa share share 😅
.
#BbEidaHasan
#TipsBbEida
#iLoveTeamEHPS

Monday, 20 November 2017

KEBERKATAN DAN BAROKAH REZEKI



Bismillah.. Selamat pagi & Salam Selasa yang penuh kegembiraan. Penuh dengan limpahan rezeki. Penuh barokah buat kita semua. Hari ni Bb nak berkongsi satu kisah dan Bb harap, akan jadi pengajaran buat kita semua. InshaaAllah.
.
Bb doakan sahabat muka buku yang membaca post ini dipermudahkn segala urusan, semakin bahagia, makin dilimpahi rezeki yang mencurah-curah dari pelbagai sudut dan di berkati hidupnya. Aminn..
.
Sorry yea gais, penulisan Bb ni tak pernah tak panjang, kalau nampak yang pendek tu maknanya bunga je la tu, hikhik.
.
Kisahnya camni, Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja.
.
Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur & beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.
.
"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"
.
Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.
.
Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.
.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.
.
Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
.
Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.
.
Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.
.
Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
.
Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis, namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
.
Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
.
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.
.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia. Subhanallah.
.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
.
Rezeki memang dah diatur disusun oleh Allah.
.
Namun,
.
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.
.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.
.
Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.
-------------------------------------------------------------------------
Moral dari kisah ini
.
- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. Seeloknya kita risaukan dah berapa banyak amalan yang kita buat. Kita kadang kala lupa, kita nak mohon dari Allah, macam-macam benda. Macam-macam bentuk rezeki, tapi kita ni lokek nak buat macam-macam amalan kerana Allah. Apa kes?
.
- Bersyukur walaupun sedikit. Dapat banyak syukur. Tak dapat pun syukur. Kerana Allah dah atur di mana dan bila Allah ingin beri rezeki itu
.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yang kita dapat sekarang. Jangan asyik komplen sana komplen sini, Jangan susah hati dengan rezeki sedia ada. Jangan bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain.
.
Kadang kala hari ini kita susah, orang lain senang lenang, esok lusa, minggu depan, bulan depan, kita pulak yang senang, orang lain susah pula. Hidup ibarat roda, atas sebab itu kita harus beringat. Jangan lupa diri. Ingat, Allah punya segala kemewahan itu.
.
- Jangan sekali kali riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum. Tidak perlu ujub. Nak tunjuk apa yang kita ada. Kerana yang kita ada tu milik Allah.
.
Jika Dia berkehendakan semua lesap. Maka lesap lah semua kesenangan sekelip mata. Nauzubillahi minzalik. Allah dan beri rezeki, peliharalah sebaiknya.
.
- Duit tak perlu dikejar, kelak kita jadi hamba duit. Duit dan kesenangan hidup hadir setelah kita berjaya lepasi ujian Allah. Allah nak uji samada kita redha atau tidak atau lebih mengejar kesenangan hidup berbanding kesibukan kerana Allah.
.
WallahualamWallahualam
.
**Jom kita amalkan doa di bawah 👇. Klik SHARE jika rasa perkongsian Bb ni bermanfaat yea. Anda semua kaya dan berjaya. Allahumma Aminn.


Monday, 13 November 2017

UJIAN/HALANGAN/DUGAAN KEJAYAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat pagi & salam Jumaat yang barokah buat sahabat kesayangan Bb semuanya. Semoga harini lebih baik dari hari semalam, Dan rezeki kita melimpah limpah lebih dari hari sembelum ni. Allahumma Amin. InshaaAllah. 
.
Bb nak tanya ni, pernah tak u ollz perasan ramai antara kita kurang melahirkan rasa syukur. Kurang ucap syukur. Ni la yang guru selalu sebut kufur nikmat. 
.
Sebab apa Bb kata kufur nikmat? Sebab lebih banyak kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Walhal tak sedar. Banyak dah yang Allah dah beri pada kita sempanjang kita hidup.
.
Kita tak sedar semua apa yang hadir disebalik kejadian/peristiwa. Waima baik atau buruk semua dari Allah. Kalau kita komplen itu dan ini, sama juga macam kita tak setuju dengan apa yang Allah dah atur. Walhal, tu yang terbaik buat kita.
.
Kadang kejadian sedih, kejadian yang mengguris jiwa, kejadian menyakitkn hati, kejadian kerugian dalam bisnes, kejadian di rompak, kejadian apa sekali pun. Kejadian menang cabutan sebiji kereta merc, semua Allah atur untuk dekatkan kita dengan Dia.
.
Mungkin juga kita kurang sujud pada Dia. Kurang buat aduan pada Dia. Kurang syukur pada Dia. Dia rindu kita. sebab tu wujud ujian.
.
Sepatutnya, bila ditimpa ujian tu kita ucap Alhamdulillah, jangan banyak komplen. Takleh asyik tak setuju itu dan ini. Lebihkan penyerahan diri padaNya..
.
Dugaan datang silih berganti. Umpama ombak di pantai. Sekali datang adakalanya ombak yang besar. Adakalanya ombak yang kecil. Namun kita hatus kuat dan jangan henti ucap syukur pada Allah. Cuba lah buat. InshaaAllah jiwa sahabat semua akan lebih tenang..
.
Sekarang dah tahu apa nk buat kan? Jangan main biola sangat. Kalau rasa down, jom join team #janaduitdenganEHPS, sure tak ada masa nak main biola sangatt, macam kene karen selalu semangat datang bertubi tubi. InshaaAllah.
.
Kita letakkan Allah di depan, kita aari Allah. Mohon komen yang positif apa saja untuk sesama send positif energy. Anda Kaya & Berjaya. AllahummaAminn.
.
I love u guys.. Alhamdulillah


Image may contain: text
.
#BbEidaHasan
#TipsEida

Friday, 10 November 2017

FEEL THE BEST

Assalamualaikum warahmatullah buat semua Jutawan Jelitawan Dermawan kesayangan Bb. 

Mulakan hari ni dengan senyuman yang paalingg ikhlas. 

.
Alhamdulillah terima kasih Allah. Kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dan memberi manfaat juga inspirasi buat sahabat lain di luar sana.
.
Inshaaallah. Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
.
Alhamdulillah, Allah kasihani kita & panjangkan usia kita supaya lebih raaamai lagi yang akan kita bantu samada dengan produk kita disamping memperbaiki taraf ekonomi keluarga. Atau membantu suami/isteri.
.
Make sure harini lebih baik dari semalam. FEEL THE BEST. Chayokk!!!
.
Gembirakan anak anak & membuat ibu bapa kita tersenyum bangga dengan pencapaian kita.
.
Masyaaallah Alhamdulillah. Nikmatnya rasa. Syukur ya Allah. Ya Wahhab. Ya Mubin. ALLAH Yang Maha memberi rezeki.
.
“Robbi yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”
.
Maksudnya: “YaAllah Permudahkanlah jangan dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn kebaikan.” Allahumma Aminn Ya Mujib.
.
Psttt: Ce perati yang sebelah Bb tu. Muka legend, hati jambu. Yeke? Ouchh!
.
Aura Merah harini. Aummmm. Tegas dan berani gicheww. 


Image may contain: 2 people, people smiling, glasses, selfie and close-up

😇




Wednesday, 1 November 2017

Kata Pagi

Assalamualaikum sahabat #ehpsdihati. Salam jutawan jelitawan dermawan buat sahabat tersayang. 

Jom kita renung sekejap. Apa yang kita kejar harini? Apa tanggungjawab kita yang kita nak selesaikan. 
.
Kadang kita sebut saham akhirat, adakah kita jelas dengan apa yang kita sebut? Adakah kita sekadar sebut. Adakah kita buat semua perkara ikhlas? Macam mana nak ikhlaskan hati?
Moga Allah tetapkan hati kita. Sentiasa ikhlas, jujur, amanah, buat sesuatu bukan terpaksa, terpaksa rela atau sebab untuk dapatkan sesuatu benda. Buat sesuatu untuk dapat redha dari Allah. 



.
Kita nak bahagia, kita nak orang yang kita sayang bahagia, kita nak buang kekusutan. Jawapannya simple, cari Allah, kenal Allah, banyakkan sujud. Inshaaallah kita jumpa jawapannya.
.
Sahaja aku berniaga kerana Allah taala. Inshaaallah Allah pasti mudahkan segala urusan.
.
Bb doakan kita semua dimudahkan urusan rezeki kita dan rezeki duit melimpah limpah masuk dalam semua akaun kita. Rezeki sihat sentiasa dan panjang usia, rezeki diberikan sahabat positif yang baik baik, bebas hutang dan di mudahkan segala urusan. Allahumma Amin.
.
Ps: Jom fefeling tenang damai dan bahagia 😍. Send energy positive plishhh.
.
#BbEidaHasan
#EHPSfounder

Wednesday, 12 April 2017

11 MENTAL BLOCK MANUSIA YANG MENJADI PENGHALANG UNTUK BERJAYA:


EGO

Benda ni paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk kita buat sesuatu di luar kotak akal.
. SKEPTIKAL
Selalu berfikiran negatif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "Aku ni boleh ke berjaya?", "Boleh ke aku buat bisnes ni?", "Kalau orang mengata aku macam mana?".
. TAKUT
Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.
. TAK YAKIN
Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa?
. TAK LAYAK
Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.
.
SUKA BERTANGGUH
Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.
. BAGI ALASAN
Bila ditanya kau nak berjaya tak? Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia, "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.
. TUNGGU DULU
Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.
.
IKUT KAWAN NEGATIF
Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "Eh, jom keluar malam ni lepak dataran tengok race Ko bukan buat ape kat umah. Bini ko tidur kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.
. TAK BERSUNGGUH
Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.
. SALAHKAN TAKDIR & AGAMA
Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya. Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita. Dalam AL QURAN pun ada sebut, "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."
.
*APA YANG KITA FIKIR*
*APA YANG KITA RASA*
*APA YANG KITA CAKAP*
*APA YANG KITA BUAT*
.
*SEMUA ADALAH DOA*
.
ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN!


Dapat sesuatu? Cer komen: AKU KAYA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT! 💪

#ehpsdihati
#pengedarehps
#stokisehps


Jemput SHARE link blog kami jika bermanfaat pada anda :)

Tuesday, 28 February 2017

I Love My Life, Smile & Be Happy



Assalamu'alaikum warahmatullah.
.
Salam Selasa Aura Pink-Purple, Aura Kasih sayang buat Jutawan Dermawan EHPS Rich & Beauty, sahabat-sahabat kesayangan BB Eida semuanya. Saaayang u olls taw taw.







.
Allahhumma yassir wala tuasir.
Moga Allah mudahkan segala urusan kita semua hari ini InshaaAllah.
.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan kesihatan yang baik dan sempurna.Saya doakan sahabat yang membaca post ini diberi kesihatan yang baik juga, semakin bahagia, menjadi insan luar biasa, kuat semangat, magnet rezeki, rezeki kewangan yang melimpah limpah, rezeki kaya dan berjaya, bebas semua hutang piutang dan paaaling utama diredhai Allah. Allahumma Aminn. Selamat pagi sahabat!
.
Siapa nak share dengan saya apa plan harini? ingat taw plan kita di pagi hari setiap hari menentukan kejayaan plan kita sepanjang hari. Plan kita setiap hari menentukan kejayaan kita sepanjang bulan. Begitu lah seterusnya.
.
Keep on zikir yang baik baik. contoh:
~ daku kaya untuk bantu ramai orang. BESt! BEST! BEST!
~ perniagaan daku luar biasa berjaya. BESt! BEST! BEST!
~ daku menjadi contoh dan inspirasi ramai orang yang ingin berjaya. YES! YES! YES!
.
Haa dah zikir yang best best. Jangan lupakan selawat atas nabi sebanyak banyak nya. Kalau mampu buat 1000x, maka buat 1000x. ayatul kursi x 7, ummul kitab x 3, al waqiah x 7.
.
Jangan lupa juga hadiahkan Al fatihah dan diakan yang best best unyuk kedua ibu bapa kita dan mertua, keramat hidup (suami) kita, orang orang yang kita sayang dan sahabat-sahabat kita. Doa yang baik baik utk sahabat yang lain sama. InshaaAllah pasti orang lain ada yang mendoakan kita. GIVE FIRST.
.
**pssttt: Jangan kecam BB taw, sekali sekala fefeling cam gud gud jew . Yang penting kompiden gitew. Kannns. Hikhik. Yang penting happy & SAY NO to PHD. Peace Yo! Kbai.
.


Kredit:
#eidahasan
#FounderEHPS
#EHPSdihati

Tuesday, 21 February 2017

NILAI SEBENAR SEORANG WANITA YANG BERGELAR ISTERI

Subhanallah, MasyaaAllah, terharu termenangis hati saya, termengalir air mata saya, panasss pipi seketika. Allahu. Terharu sangat laa rasa. Macam related pulak dengan topik topik yang saya share dalam 1-2 hari ni dalam #TeamKEHPoCi. Allahu. Allahu tahu apa yang ada di dalam hati hati kita semua kann? Allah Maha Tahu.
.
Petikan kisah di bawah ni dipetik dari kisah yang diceritakan oleh Ustaz Iqbal Zain. Semoga menjadi manfaat buat semua. InshaaAllah.
.
Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada sekumpulan audien yang berkeluarga di sebuah dewan dan meminta seorang audien datang ke depan.
.
PENCERAMAH : ”Cuba tuliskan 10 nama yang paling rapat dengan anda”.
.
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama di atas white board. Ada nama orang tua, anak, isteri, jiran, teman kerja, dan juga sahabatnya.
.
Seterusnya......
.
PENCERAMAH : "Sekarang sila pilih 7 di antaranya yang anda ingin hidup terus bersamanya".
.
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.
.
PENCERAMAH : "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
.
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
.
Maka tinggal 3 nama sahaja iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
.
Tiba-tiba berkata penceramah itu lagi ....
.
PENCERAMAH : “Silakan padam 1 nama lagi!”
.
Lelaki itu dengan perlahan2 mengambil keputusan yang sulit lalu menghapus nama orang tuanya.
.
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
.
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat pemadam dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
.
Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu ....
.
PENCERAMAH : "Kenapa anda tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat anda cari lagi?"
.
Semua orang di dalam dewan terpaku dan begitu suspen menunggu jawapan dari lelaki itu.
.
Lalu lelaki itu menjawab ....
.
LELAKI : ”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dia dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”
.
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas....
.
Di pejabat adalah PEKERJA
Di rumah adalah WANITA, ISTERI & IBU
Hargai mereka KERANA tugas mereka BERAT
Seringkali juga tanggung belanja keluarga
Hargailah mereka wahai SUAMI, HUBBY, SAYANG B
.
Sayangilah isteri anda, manfaatkan lah saat-saat yang tersisa bersamanya agar tidak kesal di kemudian hari, kerana masa tidak boleh diputar kembali.
.
Sayangilah isteri anda serta kasih dan kasihanilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya. Jangan disakiti hatinya. Jika dia melangkah mudahkan langkahnya. Hormatilah dan peliharalah perasaannya, hargailah pengorbanannya kerana segala-galanya TIDAK BERMAKNA lagi jika dia sudah tiada untuk bertemu Illahi.
.
Dedikasi untuk semua wanita. Wanita adalah karakter yang paling unik Wanita umpama garam ....
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia hidup segalanya menjadi tawar hambar dan tidak bermakna.
.
SILA SHARE LINK BLOG DAN SEBARKAN
.


Kredit to :
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati #KEHPoCi



Monday, 30 January 2017

KUASA SYUKUR: The Law of Attraction - Part 2

Energy diserap selaju kuasa cahaya. Ecewahh!. Ok, saya sambung topik yang saya share malam tadi, Law Of Attraction. Saya rasa raaamai yang tahu point yang saya nak kongsi harini. Especially kalau dia student DAO. Apa yang Anda fikirkan, Anda rasakan, Anda percaya, Anda buat, Semua adalah DOA.
.
Apalagi bila kita buat sesuatu tu dengan FOKUS UNTA bak kata Abang Abu (hehehe.. ampun Abang Abu.. petik nama sat), itulah yang akan tertarik ke dalam hidup Anda seperti besi tertarik oleh magnet. Haaa.. paham ke idok ni? Haa. kompem tergaru garu kepala yang tak gatal kann kann?
.
Orait saya explain detail sket. Untuk menjadi seorang yang berjaya, kaya, bahagia, sihat dan sejahtera, u olls juga harus berpikir dan merasakan kejayaan (feel yang kejayaan tu seolah olah kita dah pun meraih kejayaan tu), kekayaan, sihat, bahagia, dan sebagainya (kene feel apa yang kita impikan tu seolah olah dah pun jadi, dah pun di peroleh).
.
Pendek kata, apa saje yang best-best tu kita setting dan feel macam orang berangan tu la kan. Sebab apa yang best-best, menarik yang best-best. Ingat tu. Dan itu lah yang selalu dilakukan oleh Puak Kaya & Berjaya. Tanya orang sebelah: Awak Puan Kaya ke Puak Miskin??
.
Kebiasaannya mereka yang miskin minda, miskin jiwa dan miskin elmu, tak akan kaya dan terus menerus miskin. Sebab matlamat dan apa yang ada di dalam minda masih lagi kurang jelas dengan apa yang di katakan kuasa Law Of Attraction. Kuasa Tarikan. Tanya orang sebelah: Haa clear dak?
.
Persoalan yang bermain di minda. Boleh ke mereka yang mempunyai minda miskin ni menikmati kekayaan, sedangkan mereka sendiri tidak yakin dan tak pernah merasakannya (tak pernah feel), memikirkannya, mempercayai atau menikmatinya?
.
Mereka fikir nanti "kalau" mereka kaya mereka akan bahagia. Haaa. perkataan 'kalau' tu pun tak boleh guna bila kita betul-betul yakin kita akan berjaya. Kene tukar perkataan "kalau" kepada "MESTI". Apabila kita suka guna perkataan "kalau" maka tidak bahagia-bahagia akhirnya. Tidak kaya-kaya, dan kerana tidak kaya-kaya, jadi tidak bahagia-bahagia. Dan seterusnya, begitulah sehingga hujung nyawa.Tanya orang sebelah: Paham ke paham? Tak paham tak apa? hehehe..
.
Jadi, mereka yang rasa-rasa punyai minda miskin harus "SWITCH". kasi tukar laju laju taw. Tune minda tu. MESTI kaya kerana apa?? kerana ingin bahagia, ingin bahagiakan keramat hidup, ingin bahagiakan orang yang kita sayangi, keluarga dan orang lain, ingin bantu lebih raaamai orang, ingin menjadi penderma tegar dan baaanyak lagi perkara/perkataan positif yang kita boleh setkan dalam minda.
.
~ Alhamdulillah. Settle juga part 2 untuk topik ni. Nanti saya sambung lagi yea.. tungguuuuu!!.. keep on sending energy positive pada saya yea.. saaayangg semua.. Jom klik share laju laju ilmu ni. Nanti saya sambung part 3, part akhir untuk topik Law Of Attraction
.
Wouppsss!. Ada yang nak join geng family KEHPoCi JUTAWAN 769 (Kelab Eida Hasan positive Circle) di telegram? Peluang untung ada dalam group dann direct soal jawab jika ada soalan dan saya akan jawab dalam group juga. Bukan group menjual. tapi group positive circle. Sharing sharing ilmu. Dan pelluang untuk berkenalan dengan lebih dekat. InshaaAllah.
.
link KEHPoCi JUTAWAN 769 :


https://t.me/joinchat/AAAAAEF0IEwOEYkSHCulSg

.
Mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan. InshaaAllah saya cuba buat yang terbaik.
.



Kredit to :
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati #FamilyKEHPoCi #ThePowerOfSyukur #anakdidikdrazizanosman