Showing posts with label AMALAN. Show all posts
Showing posts with label AMALAN. Show all posts

Monday, 7 August 2017

Doa memohon limpahan rezeki

Jom sahabat, kita amalkan doa ni. Kalau tak hafal takpe, tulis kat kertas atau buku nota. Masa doa buka buku nota tu, baca. Yang penting, beramal. 

.
Boleh baca lepas lepas solat dhuha (baca doa dhuha dulu lepas tu baru baca doa ni). Selamat beramal. 
.
Doa nya seperti di bawah
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Ertinya :
“Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.” (QS. Al-Maidah/5: 114)

Jika rasa perkongsian ni bermanfaat, klik love & sharekan pada sahabat lain.
.
#Doa_Limpahan_Rezeki #BbEidaHasan #EHPSdihati

Wednesday, 31 May 2017

MACAM MANA NAK KEKAL POSITIF?

Assalamualaikum. 
Selamat petang sahabat BB. Petang ni BB nak share soalan yang baru sat BB chit chat dengan dek im (bukan nama sebenar). Semoga bermanfaat yea. Jom baca.
-----------------------------------------------
Dek Im:
Salam BB
Nak tye jugak..lama dah pendam soklan ni  


BB Eida Hasan:
Wassalam. Tanya je. Tak pernah lagi tak jawab klau org tanya soklan. Hihi


Dek Im:
Macehhh BB

BB..boleh share..apa amalan BB buat masa sebelum BB yang skrg..
BB pernah share, susah..berjimat..nak bagi anak makan..cane BB buang -ve tot pada suami.
Dan macam mana nak +ve selalu
Yg penting nak buang -ve tot tu


BB Eida Hasan:
Hihi. Ooo tanya soklan yang beribu dah orang tanya ni. Dan dah beribu kali gak sebenarnya akak share dalam group ngan kat wall fb.

Actually takde amalan yang luar biasa pun. Kalau amalan nak kaya ni, memang dulu masa tengah susah, amalan solat dhuha 4,6,8 rakaat ikut kesempatan. Tapi minimum 4 rakaat.
Lepas tu surah alwaqiah 7 kali baca. Baca dari mula sampai habis. Ulang 7 kali setiap kali solat fardhu. Maknanya 7 kali setiap kali solat. Sehari baca 7 x 5 : 35 kali baca sehari.
Untuk positif memang tak mudah. Sebab kita manusia. Tenguk la berapa kuat amalan istighfar
Kalau culas.. Memang susah la nak control benda negatif
Klau akak, bila rasa negatif, akak suka cakap depan cermin. Akak kena kuat demi big why. Bukan untuk diri sndiri. Akak takleh selfish. Akak kena kuat. Buat apa apa tak boleh kelaut. Kena usaha selagi tak dapat. Buat buat buat sampai jadi
Untuk bersangka baik pada suami atau anggapan baik pada suami tu. Macam akak cakap sebelum ni Istighfar. Dia bukan nabi. Kita pun bukan nabi.
Kita melengkap kekurangan dia. Dia melengkap kekurangan kita. Kita pun bukan bagus sangat yang nak kata dia tak bagus
Kalau kita sentap dengan dia. Tu 'Normal. Memang kadang orang lelaki sebahagian tu, sifat dia sambil lewa. Nak mudah. Kadang perfectionist sangat. Sebab diorang tak fikir mcam kita fikir
Istighfar lebih. Istighfar ni bermaksud kita betul2 mohon keampunan Allah.
Bila kita tak puas hati atau geram sangat, buat kita marah sangatt, tenguk cermin. Cakap balik, lelaki baik untuk wanita yang baik. Macamm tu la sebaliknya.
Kita nak suami kita macan mana. Kita berubah dulu. Bila suami tenguk kita sabar. Kita masih berkata sopan, tak tinggi suara, dia pun malu nak buat benda yang sama pada kita.
Bila kita dah usaha jadi the best, doa banyak banyak dan tawakkal pada Allah.
Selagi rasa doa kita lom didengar, selagi tu doa banyak banyak.
Kita berubah dulu tu maksudnya,
Walau benda yang dia buat atau cakap tu menyakitkan hati kita. Kita ckp dlm hati. Ya Allah. Hati ni Kau punya. Kasih sayang ni Kau punya. Kau bimbing la hati ku ke arah yang Kau redhai. Tarik nafas dalam dalam dan hembus. Ulang sampai kita rasa lega. Tu je la.
Harap dapat jawab soalan dek im
Takmo negatif negatif. Sebab negatif negatif ni bukan ciri ciri penghuni syurga. Kena banyak sabar dan doa je baik baik.
Kadang kita rasa banyak benda yang spoil. Banyak yang tak best. Banyak yang tak ok dari ok. Sebab apa benda negatif tu datang pada kita?
Jawapannya: Sebab kita yang panggil benda negatif tu. Bersangka baik. Sebab setiap benda yang berlaku tu semua aturan Allah.
Dannn jika benda tu menyedihkn atau buat kita rasa tak best, tu salah satu aturan Allah yang terbaik buat kita untuk kita kembali ingat yang kita ni milik Allah.
Kalau bcakap, akak ni dah macam ustazah tapi akak cakap.. Sharing dr pengalaman akak sendiri.

Dek Im:
Ulang2 sy baca..semoga sy dpt apply dan amalkan
Lg 1..cane kak eida menghilangkan rs penat..letih sblm ade mocha EHPS  

BB Eida Hasan:
Klau takde #MOCHA_EHPS, bila letih memang mood akan kelaut tapi make sure kena cepat cepat tune balik. Kita sendiri leh tahu kalau mood kita tu mood kelaut atau tidak. Dan stress tu wajib menyinggah, kalau mood dah kelaut.

Jadi caranyaaa, buat lawak. Atau tenguk cermin. Tanya diri sendiri.. Apa jadi kalau kita moody. 
Apa faedah yang kita dapat klau kita moody. Apa sebenarnya tujuan kita nak berjaya. Semata nak menunjuk nunjuk kita hebat ke atau ada sebab yang lebih besar dan jelas? Kalau ada sebab lebih jelas tu, ce sebut satu persatu apa sebab musabab nya.

Belajar sesuatu? Ce komen pape yang positif sket untuk energy giteww. 
Jika nak share, silakan share.

Kredit to:
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati #Positive_No_Negative

Sunday, 28 May 2017

JANGAN BANYAK ALASAN BEB!

Bantu orang mancing, 
jangan tolong belikan mata kail, 
jangan tolong belikan umpan, 
jangan tolong campak mata kail untuk dia, 
jangan tolong pancingkan plak untuk dia.. 
Laagi satu, last sekali bagi ikan kat dia. 
Dah la dah bagi ikan, nak masak pun MALAS. 
Cakap kat orang sebelah: KESIAN GILE BEB. 

Ok. 
Kita nak bantu orang. 
Kita beritahu apa dia kena buat. 
Dan paksa dia buat sampai berjaya.
Macam cikgu kat sekolah ajau anak murid. 
Walau nakal anak murid tu, cikgu tetap bagi bagi bagi ilmu dan homework & praktikal semua kena buat. 
Terpaksa rela buat semuanya. Betul ke betul?
Haa dah buat semua, baru la berjaya. Kannnnnn?
Dann. Kita buat bukan action biasa biasa. 
Kasi luar biasa la beb.

Untuk berjaya, 
jangan cipta BAAANYAK sangat ALASAN. 
Orang yang baaanyak sangat ALASAN tu adalah orang yang mudah mengalah dan selalu GAGAL.
Nak BERJAYA, kena buat sampai jadi. 
Action with massive action. Hahhh.. Paham ketewww?

Apa contoh massive action?

Ok contohnya.
Kita lapor gila. 
Tapi makan seciput sesuap je. 
Memang action yang sama. 
Suapkan nasi kemulut. 
Tp adakah perut leh kenyang?

Massive action ni, 
bila lapar, kita makan sepinggan (jangan melahap plak, terrsedak baru padan muka..
Elelee gegurau pun takleh. Takleh gurau duk surau. Kihkihkih ).
Ingat pesan nabi kita. 
Makan lah, dan berhenti sebelum kenyang.
 So mudah la nak terawih mlm ni. 
Takde la lemau malas je kan?. Hikhik.
Ehh melalut plak bb..hihi. 

Well massive action ni kita suap sampai kenyang perut
Haa baru laa betul kenyang.
Walau aktiviti suapkan nasi kemulut tu action yg sama tapi suap sesuap berbanding suap ke mulut sampai kenyang satu perkara yang berbeza. 
Faham ke faham?

Renung-renungkan dan selamat beramal. 
Mohon share kan laju laju. 
Semoga bermanfaat kepada semua sahabat yea..
Haaa baru la cengginiii
 
Kredit :
#eidahasan
#FounderEHPS #EHPSdihati

Saturday, 4 March 2017

Doa dan Zikir Amalan Ketika Anak Hadapi Peperiksaan

Ada sekolah yang dah start Peperiksaan Awal Tahun hari ini.

Semoga dapat buat yang terbaik buat semua yang menghadapi peperiksaan minggu ini.
Untuk ibu bapa yang menanti debarnya.
Boleh amalkan doa dan zikir di bawah.

Banyakkan baca al-Fatihah dan niatkan moga Allah lapangkan fikiran dan hati supaya mudah jawab soalan...

Semoga berjaya semua anak-anak!


------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Buat yang sedang mencari susu apa yang sesuai untuk anak-anak.
Boleh cuba SuperRich Cocoa Superkidz dari EHPS.
Bukan setakat untuk tumbesaran anak anak.
SCS juga amat bagus untuk minda mereka.
Didatangkan 2 perasa Koko & Vanilla Susu Kambing.

Untuk pembelian klik tab NEGERI untuk cari PENGEDAR/STOKIS yg berdekatan.
Atau boleh whatsapp HQ 011-21663769

Tuesday, 7 February 2017

TIPS AMALAN DIPERMUDAHKAN

Dua tips ini digarap dari hadith Nabi. Bukan amalan rekaan tanpa sandaran. Siapa yang lebih benar kata-katanya berbanding Nabi?

1. Tolong orang yang kesusahan. 

Bukti?
Nabi kata dalam hadith riwayat Muslim:
Siapa yang memudahkan/meringankan kesusahan orang lain,
Allah akan mudahkan urusannya dunia dan akhirat.


2. Doakan orang lain dipermudahkan urusan terutama ketika sujud. 

Bukti?
Nabi pernah kata dalam hadith riwayat Muslim bahawa sesiapa yang mendoakan kebaikan buat saudaranya maka Malaikat akan mendoakan yang sama buat kita.

Doa kita mungkin tak mustajab mana, tapi kalau doa Malaikat yang tak pernah bermaksiat kepada Allah pasti mustajab! Jadi, kita ambil peluang untuk dapat "bantuan doa mustajab" dari Malaikat untuk kita yang banyak dosa ni.


Jom cuba dua tips ni dan perhatilan hasilnya dalam hidup kita.


Kredit to :
#eidahasan
#UADAK #FounderEHPS #EHPSdihati #KEHPoCi