Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts

Monday, 10 April 2017

Sharing is caring

Sharing ni BB ambil dari email BB. Email dari Tuan Raja Kamil yang dihormati. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Pekongsian beliau seperti berikut:
------------------------------------------------------------------
Salam hormat;
Saya ada ramai kenalan, yang menjual produk kosmetik.
Ada yang jutawan, ada yang tak, dan ada yang dah tutup bisnes.

Bila borak-borak dengan mereka, saya perasan beberapa perkara.
Yang berjaya, ada persamaan.
Yang tak berjaya, pun ada persamaan.

Nak tahu?

Ok, ini mereka yang berjaya buat.
1. Konsisten - promosi dan marketing diorang, SANGAT konsisten.
Setiap hari, diorang akan buat marketing. Samada cara yang percuma, atau yang berbayar.

Contoh yang percuma, post testimoni terkini.
Contoh yang berbaya, buat iklan video di FB.


2. Selalu up to date - apa yang menjadi dulu, belum tentu menjadi sekarang.
Diorang ni, selalu pergi kelas-kelas marketing daripada semasa ke semasa.
Kadang-kadang, beli ebook, walapun dah jutawan, tak segan silu, belajar dengan orang baru.

Saya pernah tanya hal ini kepada mereka, jawapan mereka amat mengejutkan.
Diorang kata, apa yang dulu berjaya, sekarang belum tentu.
Kalau dulu, setting ABC, mungkin jadi.
Sekarang, setting ABC, tak jadi, silap-silap rugi adalah.


3. Jaga marketing sendiri - ha, rata-rata saya tanya, dalam bisnes diorang, apa benda yang
diorang tak bagi orang lain jaga.

Jawapan mereka, marketing. Pelik. Staff ramai, tapi, marketing masih nak urus sendiri.
Kata diorang, marketing adalah FRONT LINE dalam bisnes !

Kalau marketing out, susah yang lain nak bertahan.

Saya nak cerita tentang persamaan orang gagal, tapi saya fikir balik,
tak perlulah. Sebab banyak sangat, dan rasanya, anda pun tahu.

Saya senaraikan dalam satu perenggan je lah ya.

Malas, tak berani mencuba, cepat putus asa, nak cepat berjaya, takut mula, kedekut nak invest, bodoh sombong, tak nak belajar dengan orang berjaya, syok sendiri, ego, rasa diri hebat, rasa orang lain tak hebat
dan banyak lagi.


Anda dah tahu dah pun. Tu yang tak nak tulis semula ni. 🙊🙊🙊
--------------------------------
Setuju tak dengan perkongsian beliau? BB setuju. Sampai sekarang BB tak berenti nak sedut ilmu, beli ebook, join seminar2. Cari raaamai guru. Jangan berlagak dah terer dah pandai sangat. Kena faham, sekarang ni semua berubah ubah. Teknologi pun berubah ubah. 


Share jika rasa bermanfaat. 


ANDA KAYA & BERJAYA 😍😍😍

Kredit to :
Eida Hasan
Founder EHPS Marketing Sdn Bhd
#EHPSdihati

Tuesday, 21 February 2017

NILAI SEBENAR SEORANG WANITA YANG BERGELAR ISTERI

Subhanallah, MasyaaAllah, terharu termenangis hati saya, termengalir air mata saya, panasss pipi seketika. Allahu. Terharu sangat laa rasa. Macam related pulak dengan topik topik yang saya share dalam 1-2 hari ni dalam #TeamKEHPoCi. Allahu. Allahu tahu apa yang ada di dalam hati hati kita semua kann? Allah Maha Tahu.
.
Petikan kisah di bawah ni dipetik dari kisah yang diceritakan oleh Ustaz Iqbal Zain. Semoga menjadi manfaat buat semua. InshaaAllah.
.
Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada sekumpulan audien yang berkeluarga di sebuah dewan dan meminta seorang audien datang ke depan.
.
PENCERAMAH : ”Cuba tuliskan 10 nama yang paling rapat dengan anda”.
.
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama di atas white board. Ada nama orang tua, anak, isteri, jiran, teman kerja, dan juga sahabatnya.
.
Seterusnya......
.
PENCERAMAH : "Sekarang sila pilih 7 di antaranya yang anda ingin hidup terus bersamanya".
.
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.
.
PENCERAMAH : "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
.
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
.
Maka tinggal 3 nama sahaja iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
.
Tiba-tiba berkata penceramah itu lagi ....
.
PENCERAMAH : “Silakan padam 1 nama lagi!”
.
Lelaki itu dengan perlahan2 mengambil keputusan yang sulit lalu menghapus nama orang tuanya.
.
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
.
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat pemadam dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
.
Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu ....
.
PENCERAMAH : "Kenapa anda tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat anda cari lagi?"
.
Semua orang di dalam dewan terpaku dan begitu suspen menunggu jawapan dari lelaki itu.
.
Lalu lelaki itu menjawab ....
.
LELAKI : ”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dia dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”
.
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas....
.
Di pejabat adalah PEKERJA
Di rumah adalah WANITA, ISTERI & IBU
Hargai mereka KERANA tugas mereka BERAT
Seringkali juga tanggung belanja keluarga
Hargailah mereka wahai SUAMI, HUBBY, SAYANG B
.
Sayangilah isteri anda, manfaatkan lah saat-saat yang tersisa bersamanya agar tidak kesal di kemudian hari, kerana masa tidak boleh diputar kembali.
.
Sayangilah isteri anda serta kasih dan kasihanilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya. Jangan disakiti hatinya. Jika dia melangkah mudahkan langkahnya. Hormatilah dan peliharalah perasaannya, hargailah pengorbanannya kerana segala-galanya TIDAK BERMAKNA lagi jika dia sudah tiada untuk bertemu Illahi.
.
Dedikasi untuk semua wanita. Wanita adalah karakter yang paling unik Wanita umpama garam ....
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia hidup segalanya menjadi tawar hambar dan tidak bermakna.
.
SILA SHARE LINK BLOG DAN SEBARKAN
.


Kredit to :
#eidahasan #FounderEHPS #EHPSdihati #KEHPoCi