Showing posts with label MARKETING. Show all posts
Showing posts with label MARKETING. Show all posts

Monday, 10 April 2017

Sharing is caring

Sharing ni BB ambil dari email BB. Email dari Tuan Raja Kamil yang dihormati. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Pekongsian beliau seperti berikut:
------------------------------------------------------------------
Salam hormat;
Saya ada ramai kenalan, yang menjual produk kosmetik.
Ada yang jutawan, ada yang tak, dan ada yang dah tutup bisnes.

Bila borak-borak dengan mereka, saya perasan beberapa perkara.
Yang berjaya, ada persamaan.
Yang tak berjaya, pun ada persamaan.

Nak tahu?

Ok, ini mereka yang berjaya buat.
1. Konsisten - promosi dan marketing diorang, SANGAT konsisten.
Setiap hari, diorang akan buat marketing. Samada cara yang percuma, atau yang berbayar.

Contoh yang percuma, post testimoni terkini.
Contoh yang berbaya, buat iklan video di FB.


2. Selalu up to date - apa yang menjadi dulu, belum tentu menjadi sekarang.
Diorang ni, selalu pergi kelas-kelas marketing daripada semasa ke semasa.
Kadang-kadang, beli ebook, walapun dah jutawan, tak segan silu, belajar dengan orang baru.

Saya pernah tanya hal ini kepada mereka, jawapan mereka amat mengejutkan.
Diorang kata, apa yang dulu berjaya, sekarang belum tentu.
Kalau dulu, setting ABC, mungkin jadi.
Sekarang, setting ABC, tak jadi, silap-silap rugi adalah.


3. Jaga marketing sendiri - ha, rata-rata saya tanya, dalam bisnes diorang, apa benda yang
diorang tak bagi orang lain jaga.

Jawapan mereka, marketing. Pelik. Staff ramai, tapi, marketing masih nak urus sendiri.
Kata diorang, marketing adalah FRONT LINE dalam bisnes !

Kalau marketing out, susah yang lain nak bertahan.

Saya nak cerita tentang persamaan orang gagal, tapi saya fikir balik,
tak perlulah. Sebab banyak sangat, dan rasanya, anda pun tahu.

Saya senaraikan dalam satu perenggan je lah ya.

Malas, tak berani mencuba, cepat putus asa, nak cepat berjaya, takut mula, kedekut nak invest, bodoh sombong, tak nak belajar dengan orang berjaya, syok sendiri, ego, rasa diri hebat, rasa orang lain tak hebat
dan banyak lagi.


Anda dah tahu dah pun. Tu yang tak nak tulis semula ni. 🙊🙊🙊
--------------------------------
Setuju tak dengan perkongsian beliau? BB setuju. Sampai sekarang BB tak berenti nak sedut ilmu, beli ebook, join seminar2. Cari raaamai guru. Jangan berlagak dah terer dah pandai sangat. Kena faham, sekarang ni semua berubah ubah. Teknologi pun berubah ubah. 


Share jika rasa bermanfaat. 


ANDA KAYA & BERJAYA 😍😍😍

Kredit to :
Eida Hasan
Founder EHPS Marketing Sdn Bhd
#EHPSdihati

Tuesday, 14 February 2017

[THROWBACK ~ 2015]


Bermula lah kisah indah..  31/Jan/2015, adalah tarikh Hi Tea pengedar & stokis bersama saya Selama 4 jam bersama bertempat di Puteri Pan Pacific Hotel..JB ternyata tak cukup masa.. happy banget deh.. 

wuppsss.. dalam pic hi tea tu ada plak mamat berjambang celebrity lass... yang interprem kannnn.. hehehe.. 




Lepas tu, travel ke KL, meeting bersama abang Afdlin Shauki, Alhamdulillah.. hasil perbincangan yang saaangat best untuk seminar dan sambungan perbincangan 'purple cow' untuk produk kami. Subhanallah.. Allah permudahkan segala urusan.. perjalanan saya dan PA cute omey2 saya Suerianni Mohd Salleh saaangat lancar.. kami tiba KL dalam masa 2jam setengah aje kott.. wuppsss.. jangan tanya brp km/j hehehe..



Malam tu kami meeting plak dengan wanita gojezz Wawa Idris.. best sangat dah jumpa.. tapi sayang tak boleh nak chit chat lama kannn.. well.. pape pun tetap best.. Matlamat kami sama.. dan jelas.. sama juga dengan kak Aida Aidaq .. wahhh.. saaangat best kan kak? heheh.. sahabat semua tak akan percaya begini murah yuran seminar yang kami kena kan ni.. berbanding dengan elmu yang anda dapat.


Last but not least.. perjumpaan dengan Datuk Dr Maznah Hamid.. Masyaa ALLAH.. banyak kot peluang yang kami dapat.. asalnya kami datang jumpa datuk adalah untuk urusan bisnes.. tapiii.. kami dapat lebih lebih lebih lebih lagi peluang dari datuk.. secara tak rasminya kami di lantik sebagai ketua persatuan usahawati bahagian selatan. Selain itu kami juga dipelawa untuk promote produk2 dan juga seminar kami dalam tv. Selain itu, Datuk sendiri willing nak promote produk kami.. masyaa ALLAH..Selain itu.. kami juga diberi peluang untung memberi seminar coaching anak-anak raja di istana negara, 
Masyaa ALLAH.. semua kami tak pernah sangka.. rezeki ini milik Allah.. kami hanya ingat satu.. jika kami tak kongsi.. kami berdosa.. kami harus kongski elmu yang kami ada.. Kami saaangat2 seronok, kerana diberi kepercayaan oleh datuk maznah.. dan sebenarnya ini semua diluar jagkaan kami. Allah tu baik sangat kann




Kredit to: #EidaHasan
CEO EHPS Marketing PLT