Friday 3 February 2017

SHARING IS CARING: FORMULA KEJAYAAN EHPS

Bismillah. 

Hari ni saya nak kongsi Tips Berjaya mengikut formula EHPS. Apa benda alah laa EHPS tu. EHPS tu sebenarnya singkatan dari nama syarikat saya  
Eida Hasan Pretty Shop (EHPS) .
dan saya keluarkan formula dari perkataan EHPS. Supaya menjadi rujukan Team Rich & Beauty EHPS yang Awesome. Alhamdulillah.
.
Barangsiapa ingin agar do'anya terkabul dan kesulitan-kesulitannya teratasi hendaklah dia menolong orang yang dalam kesempitan. (HR. Ahmad)
.
Tips Berjaya mengikut formula EHPS:

.
(E) Elmu/Ilmu: Tuntut ilmu. Cari ilmu. Ada je mana-mana ilmu baru, yang tak pernah kita pelajari, silakan join. Cepat ambil tahu kat mana ada majlis elmu. Jangan rasa rugi menuntut Elmu. Jangan rasa serba salah atau ragu-ragu dalam nak ceduk elmu. Bersangka baik dengan guru dan sebelum mulakan menyedut elmu, pasang niat apa kita nak 'buat' dengan elmu tu. Apa kita nak 'jadi' dengan elmu tu? Apa kita nak 'capai'. Apa 'matlamat' kita setelah dapat elmu tu. 

(H) Hati :
Haaa. Tang hati ni la paling penting hokehh. Kalau hati busyuk, rezeki pun tak nak dekat. Bersihkan jiwa, bersihkan hati, jangan busuk hati dengan kejayaan orang lain, jangan main harga, jangan main kotor curi pelanggan sahabat lain. Jangan tinggal solat, amalkan sedekah/infaq setiap hari. Amalkan sunat dhuha, sunat fajar, sunat tahajjut. Kita sibuk nak itu ini. Doa itu dan ini, tapi kita sombong dengan ALLAH. Kita tak nak buat lebih amal tapi mintak tu lebih kemain nak jadi JUTAWAN. Tanya diri anda, adakah anda beri lebih setelah minta lebih. Banyak kali guru pesan. MORE YOU GIVE, MORE YOU GET. Sooo. Tak reti reti lagi ke beb? Silakan lakukan perubahan kearah kebaikan dan lakukan kebaikan kerana ALLAH. Chayokk!!!


(P) Praktik:
Dah tuntut ilmu tadi, silakan amalkan dengan pantas. FAST ACTION, FAST RESULTS. Sebab, kalau tak amalkan, jadi mudah lupa. Jika lupa, rugi la hadir majlis ilmu tu. Bila dah amalkan, tolong konsisten supaya tak lakukan kesilapan. Kadang ada orang dah pegi majlis elmu tapi tak apply tak take action. Mula la blur katak. Katak pun tak blur macam dia. Dia lagi blur dari katak. Mula la nak salahkan guru tak reti ajar la. Guru ajaran sesat la. Guru tipu la. Apadaaa.. sendiri salah, tapi sibuk nak salahkan orang lain. Tanya orang sebelah: Kamu ke tu? haha..


(S) Sabar:
Bila dah buat semua secara konsisten, sabar menunggu rezeki dari Allah. Cepat atau lambat, anda pasti Jutawan dengan izin Allah. Jangan kita harapkan apa yang kita buat sekarang ni esok lusa dah dapat hasilnya. Umpama kita menanam pokok. Mana ada arini semai biji benih, esok dah tumbuh dengan akar yang kuat? Siap keluar buah dan masak dah boleh dituai hasilnya. Haiyooo.. kenot hokehh. Haha.. habis rosak bahasa daku. Pepaham udah. hehehe. Sooo.. kene sabar dan konsisten. Cakap kat orang sebelah: Sabar Itu Duit.








.
Saya doakan anda semua kaya berjaya jutawan dunia, multijutawan akhirat. Setiap dugaan ALLAH hadirkan untuk menguji kita dan Dia tak akan turunkan dugaan yang kita tak mampu tanggung. Dia tahu kita kuat walau kita rasa kita tak kuat. Sabar, redha dan tawakkal. Chaaayokk!!! semua
.
p/s: sesiapa yang minat berniaga yang tak tahu nak niaga apa, boleh sertai kami. pm saya yea. Boleh join team saya yang Awesome Havoc Luar Biasa Habissss!!!
.
YAKINLAH.. ALLAH ITU MAHA BAAIKKK .. <3
.
Saya saaayanggg anda semua. Sama-sama kita jadi seorang yang BANGKIT & Tidak me-LAYU yea.
.



Kredit to :
#eidahasan
#FounderEHPS
#FormulaEHPS
#EHPSdihati

No comments:

Post a Comment