Thursday, 28 December 2017

SKINRICH

Masalah Skin Bb bekas bekas chicken pox & jerawat masa zaman belajar kat UTM dulu. Haihh memang susah wehh nak hilang. 

Pic before tu mekap laa cemana cemana pun tetap masalah deep scar jadi masalah utama. Skincare canggih pun takleh nak rawat. Sehingga konsisten betul2. 

Bb betul betul telan SkinRich sehari pagi dan malam. 

Alhamdulillah masalah deep scar semakin selesai.

Walau time pic before, skin takde masalah kusam lagi, namun masalah deep scar tetap masalah utama.

Pic after tu. Takyah mekap beria. Simple make up, masalah deep scar pun dah slow slow say "gudbai", bila mekap simple pun nampak fresh je kann?


Image may contain: 2 people, people smiling, close-up

Ada yang nak try SKINRICH?

Wasap 011 21663769 atau dapatkan dari pengedar sah kami. 
Boleh klik # di page FB

Wednesday, 27 December 2017

PART 2: MACAMMANA SAYA JANA INCOME 1.2 JUTA DALAM MASA 4 BULAN

Saya pulang kerumah ibu bapa pun ada beberapa konflik. Biasalah, bila kita negatif. Akan baaaaanyak la perkara negatif akan datang bertingkek tingkek.
.
Mula la main biola lagu irama klasik yang saaaangat Sedih mendayu dayu lagunya tapi saya cepat-cepat pujuk diri. Sempat la main biola kejap.
.
Saya pujuk lagi diri. Kene selalu positifkan diri. Kuat kan semangat sebab kita sebagai ibu, anak-anak perlukan kita. Sebagai isteri, suami perlukan kita. Jadi kita harus kuat. Kita kena kuat semangat.
.
Alhamdulillah. Ketika tu lah adek saya yang cantik, Chah Hasan buka kan akaun FB untuk saya. Masa tu FB pun saya tak tahu apa benda. Untuk apa. Punya laa ketinggalan. Nak tekan apa pun tak reti. Maybank 2u pun tak pandai.
.
Lepas bersalin (ketika dalam pantang anak ketiga), baru saya perasan ada beberapa orang yang baru mula niaga dalam FB. Ketika tu belum ramai yang berniaga di FB ni. Ada la dalam 3-4 org yang berniaga online di FB.
.
Saya pun tertanya tanya macam mana nak mula macam mereka. Rasa macam best.
.
Sesambil perhati cara orang berniaga. Saya mula terfikir. Kalau tak mula, sampai bila-bila tak akan mula. Kalau asik berangan je, apa pun tak dapat. Jadi, mula mula kena bertindak (action).
.
Tarikh 1 Ramadhan saya memilih untuk berniaga di FB dengan harapan akan ada keajaiban. Saya cuba-cuba upload gambar-gambar karipap segera (frozen), Nasi ayam penyet, Meehoon soto, Mee kari Ala Baba Nyonya
.
Dengan copy writing saya ketika tu, :👇
.
" Saya membuat karipap formula kasih sayang frozen inti daging meriah, isi penuh dan besar hanya rm1 untuk setiap 5 biji karipap (minimum order 30 biji sahaja).
.
Juga ada mengambil tempahan untuk lauk pauk dan nasi ayam penyet serta soto ayam warisan yang meriah dengan isi ayam. Order sekali pasti nak order lagi. Dah rasa mesti camni   .
.
Tak lupa Mee Kari Baba Nyonya Resipi Rahsia Sedap Luar Biasa. Order minimum hanya 30 pax sahaja. Sila order sebelum order penuh. Terima Kasih kerana sudi order dari Eida's Kitchen."
.
Time tu dan dan kekonon fefeling dah ada biz. Eida's Kitchen tu idea secara tak langsung. Sampai sekarang, tak wujud pun Eida's Kitchen tu hehehe.
.
Copy writing tu pun datang seolah-olah saya tengah mimpi verangans ada Company Catering. Tapi memang passion saya pada masakan. Saya nyer hobi memang memasak.
.
Kalau masak tu inshaaAllah sedap. Ecewahhh. Tunggu house warming saya. Sahabat yang dikenali, wajib laa saya jemput. Especially Team #EHPSdihati. Kompem masak dengan kasih dan sayang.
.
Kununnya nak mula berniaga Karipap segera yg frozen gitu. Saya pun start promote karipap segera. Ramai pulak tu yang order. Cukup sampai situ je la. Sebab, next step saya lost.
.
Raaamai yang berminat nak order. Namun saya fikir, macam susah je. Dah la tak reti nak drive kereta. Nak pegi beli bahan-bahan lagi.
.
Berderet-deret sahabat fb komen nak order, dan pm. Disebabkan saya dah lost untuk ke next step, setiap sahabat yang pm, saya balas "Maaf yea sahabat, Order dah close". Allahhh! rugi nyerrr rasa. Alahai.
.
Disebabkan raaamai yang komen nak order tu, dengan izin Allah, saya dapat offer dari seorang sahabat FB untuk jualkan biskut raya beliau. Saya tak tunggu lama, Sujud syukur.
.
Saya tanya macam mana step stepnya. Dan saya terus setuju. Dengan komisen rm3 sebalang biskut raya.. MasyaaAllah. Happy tak terkata.
.
Saya berjanji untuk usaha kuat. Dan Alhamdulillah. Sebulan dalam bulan Ramadhan tu, saya dapat jual 98 balang bersamaan rm294 siapa nak bagi kan? Okay laa percubaan pertama. Khennn.
.
Dalam keadaan susah ketika tu. Dalam bank memang '0'. Saya kumpul, tak belanja pun duit tu. Saya simpan. Dalam bulan Ramadhan tu jugalah timbul idea untuk dropship.
.
Saya cari lagi seller-seller di Fb, tanya pada seller-seller tu nak tak kalau saya tolong promote kan produk dan carikan pelanggan dan lepas tu diorang beri lah berapa-berapa pun komisen.
.
Rata-rata seller melayu memang tak layan pun. Ada yang sinis je cakap No. kami tak buat macam tu.
.
Saya masih ingat, seorang amoi call saya menawarkan dropship ejen. Saya tak jelas dari mana beliau dapatkan no hp saya. Beliau tawarkan komisen sekitar rm3 - rm5 per item. Wahh seronok bukan kepalang.
.
Seminggu sebelum masuk bulan Syawal, Alhamdulillah. Saya berjaya jual produk masa tu komisen saya sebanyak rm540 sebulan. Bayangkan berapa banyak item yang saya dah berjaya jual.
.
So pada bulan yang sama saya dapat rm540+rm294: rm834. Ok la kan? Sapa nak bagi. Bukan kene pikul apa-apa.
.
Cuma perlu share apa produk yang kita ada jual. Tu jer. Kena kongsikan apa bestnya produk kita tu.
.
Masa tu saya tak ada mentor. Jadi, saya main redah je. Walhal ramai biawak-biawak cakap itu la ini la. Saya apa kisah. Cakap kat orang sebelah.. Ada Aku Kesah??? 
.
Suami saya akhirnya dapat kerja sebagai Bos bahagian retail kat pasaraya besar kat bandar JB. Dengan pendapatan sebanyak Rm1700 sebulan. Allahu. Gaji suami habis bayar hutang piutang. Hutang kereta, hutang bisnes terdahulu.
.
Pendek kata sampai makan pakai pun tak boleh nak sempurna. Baaanyakk sangat lompong. Allahu. Namun ketika susah tu pun suami saya tak pernah abaikan nafkah.
.
Walau dia tak makan tak apa. Setiap bulan dia tetap beri rm50 sebagai nafkah. Itu je yang dia mampu ketika tu. Allahu Akbar. Baiknya dia Ya Allah. 😭😭😭
.
Lepas tu baru la saya mula jumpa satu produk set skincare. Yang ketika tu di FB belum ada orang jual dan saya orang pertama yang jual produk tu di FB. Sebelum tu saya pakai dulu dan saaangat berkesan. Saya tanya Founder. Boleh ke nak promote produk ni di FB? Kata beliau. Cuba la. Anak buah saya jual di Blog tak laku pun.
.
Alhamdulillah. Syukur. Saya berjanji untuk buat semampu saya. Saya mula kumpul testimoni sendiri. Founder tak ada bekalkan apa-apa pun. Hanya sediakan barang, dan hantar barang. Tu saja.
.
Walau ilmu waima apa-apa kelengkapan bisnes (business tools) tak ada di bekalkan.
.
Semua saya buat sendiri je. Sampai orang ingat saya lah Founder produk tersebut. Sebab saya buat produk tu macam produk saya sndiri. Pendapatan ketika tu adalah Dalam RM3000-RM5000 sebulan. Syukurrr sangat.
.
Ketika tu lah saya join mentor comel #DAO a.k.a Dr Azizan Osman. MasyaaAllah. Ajaran DAO, saya hanya perlu tukarkan bisnes sebab 'nak kaya/sebab nak duit' kepada bisnes sebab 'nak bantu orang'. Add value to other peoples lives.
.
Ketika tu baru saya build up team saya. dan team saya semuanya asalnya adalah pengguna yang terpaksa kaya disebabkan raaamai yang 'minta tolong belikan produk". SWOM (Social Word Of Mouth) ketika tu saaangat luar biasa best.
.
Saya ajar team saya macam mana jaga pelanggan yang betul. Bersahabat dengan pelanggan.
.
Saya luaskan pasaran dengan cara luaskan networking. Itu lepas suami saya balik dari AMP. Dia balik je class, dia amek kertas mahjong, sebiji sebiji ilmu DAO dia transfer dalam kertas mahjong.
.
Lepas settle semua ilmu dalam 4 helai kertas mahjong, beliau tampal kat dinding rumah. Sebab saya yang handle bahagian marketing.
.
Dalam bulan yang sama, Suami saya ke IMKK kali pertama. Dia balik dari IMKK, karakter suami saya berubah 360 darjah. Saya tak pasti ketika tu. Ilmu apa yang dah pukau suami saya.
.
**BERSAMBUNG NEXT PART. KOMEN & SHARE JIKA RASA BERMANFAAT.
.
Ada ke yang nak tahu kisah saya yang seterusnya?


Image may contain: 3 people, people smiling, sky and outdoor
.
Ada yang belajar sesuatu tak dari part 2 kisah saya ni? Send energy sikit kat saya tau. Saya kalau leh, next part saya nak share malam ni juga ni. jadi sahabat leh hadam kisah saya malam ni juga dan mulakan action plan sahabat-sahabat esok.
.
Harap cukup idea nak menulis. Hati tisu tak yah cakap. Memang sedih tiap kali imbau kisah dulu. Air mata masih laju tak henti mengalir. 😭 Allahu Akbar. Allah Maha Baik.
.
#FounderEHPS
#BbEidaHasan
#EHPSdihati
#KisahSatuPointDuaJuta

Tuesday, 26 December 2017

CRYSTAL BEAUTY 769 SKINCARE

Image may contain: text
.
===RAHSIA CRYSTAL BEAUTY 769====
✓ Mencantikkan kulit wajah agar lebih berseri dan lembap sepanjang hari
✓ Melambatkan proses penuaan dengan menambahkan keanjalan kulit
✓ Menghilangkan parut jerawat, parut pembedahan, dan kesan regangan kulit
✓ Menghasilkan kulit yang licin dan mengecilkan liang-liang pori
✓ Mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan tona kulit
✓ Membaiki sel-sel kulit yang mati, dan pembentukan sel-sel baru
✓ Memulihkan kulit kering dan nyah hidrat
✓ Mengawal penghasilan minyak pada kulit dengan menyeimbangkan PH kulit
✓ Meningkatkan metabolisme kulit untuk memperbaharui kulit mati
✓ Menghilangkan jeragat seta mengurangkan blackhead
✓ Sesuai untuk semua jenis kulit
.
-100% Bahan semula jadi bebas bahan kimia bahaya
-100% Bebas bahan Synthetic
-100% Jaminan
-100% Buatan Bumiputera
-100% SELAMAT & BERKESAN
.
★★★ Crystal Beauty 769 ★★★
.
Beauty Cream
- menghilangkan jeragat dan bekas jerawat
- mencerahkan kulit wajah dalam masa 7 hari
- mengecilkan liang roma
- menganjalkan kulit wajah
- menjadikan kulit lebih cerah, lembut dan bercahaya


SUAMI MERUNGUT ISTERI BERJERAGAT DEGIL
Dik, akak nak bagi feedback. Dulu akak ada masalah serius, jeragat akak makin hari makin banyak, dah bertahun-tahun cuba untuk selesaikan masalah ni. Produk pun dah macam macam guna. Masih lagi tak berkesan.
Akak rasa down sangat sangat. Tambah2 bila suami akak tegur, “Eh, muka u tak cantik macam dulu lah, kenapa sekarang banyak sangat jeragat???.
Nak jumpa orang pun rasa malu dik. Tapi kini tidak lagi !!! Kini akak dah berkeyakinan sebab akak dah jumpa produk yang sangat2 serasi dengan akak.
Suami pun dah puji melambung lambung.. hehe, terima kasih dik sebab syorkan produk yang super awesome ni !!!!

UV Cream
- melindungi kulit terus daripada cahaya matahari (SPF 35)
- dilengkapi dengan vitamin E sebagai pelembap untuk memudarkan kedutan
- dijadikan sebagai krim asas untuk memulakan solekan
.
PERCUMA:
.
Sabun Papaya
- mencerah dan menegangkan kulit
- mengawal minyak
- menutup pori-pori
- mengecutkan jerawat dan memudarkan jeragat

♥️♥️ Dapatkan konsultasi percuma anda setiap hari ♥️♥️

Monday, 25 December 2017

AWAS! Cerita mistik. 👻

Seperti orang lain, setiap kali cuti sekolah kami memang takkan lepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman.
Biasanya, cuaca di kampung tidaklah panas sangat. Tapi malam itu memang panas betul. Jadi kami ambil keputusan untuk tidur di ruang tamu saja, sebab ruang tamu ada aircond.

No automatic alt text available.

Sebelum tidur, kami borak-borak sambil tengok tv. Baby pula dah tidur. Sedang elok syok tengok tv, tiba-tiba baby menangis kuat. Sebagai seorang ibu, saya tahu tangisan itu tanda dia terkejut. Saya tidak tahu apa yang buat dia terkejut, sebab volume tv waktu itu tersangat perlahan.
Namun saya perasan, dia pandang pada satu arah, dan terus menerus menangis seolah-olah takutkan sesuatu.
Kami mula tak sedap hati dan mula baca ayat kursi dan ayat yang Nabi SAW ajarkan untuk meminta perlindungan,
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan syaitan, binatang berbisa dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.”
(HR. Bukhari : 3120)
Tak lupa juga untuk sapu minyak bidara pada badannya. Sebagai perlindungan secara fizikal. Alhamdulillah dia terus okay.
Dan malam ini, sebelum dia tidur, saya siap-siap sapu minyak bidara. Kita ikhtiar, moga Allah sentiasa pelihara anak-anak kita dari terkena gangguan jin dan syaitan yang terkutuk.
Minyak bidara adalah satu benda wajib yang perlu kita simpan stok setiap masa. Kita tahu benda tu ada, tapi kita kena ikhtiar supaya mereka tak ganggu kehidupan kita sekeluarga.
P/s : Kat belakang tu nampak macam buah epal, tapi sebenarnya buah bidara.

.
Whatsapp 01121663769 untuk pembelian.

Atau dapatkan dari mana mana pengedar sah kami.

bOLEH😉



DDDDDADADADAW


bOKK

Sunday, 24 December 2017

ADARA FOUNDATION

Image may contain: 1 person, close-up



Ehem ehem.. Berapa ramai yang dah Cuba Adara Foundation ni?
Ce sharing pengalaman sket. Sharing jujur gitew.
Kalau Bb, Dari gambo Bb, u olls leh nampak kann. Besttttt.
Nampak matte on skin. Ringannnn yakmat. Terasa macam tak pakai foundation pun. Nampak bekas kecik tapi Bb guna tahan 5 bulan. Hari hari pakai taw. Jimattt. Besttttt.
Gabung pulak dengan bedak DGC. Sempoiii beb.
Adara dan DGC adalah formulasi doc pakar kecantikan yang berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang kosmetik.
Wallawehhh. Serius kebabommm.

Wasap HQ 01121663769 untuk pembelian.

Atau boleh dapatkan dari mana mana pengedar sah kami  :)

Thursday, 21 December 2017

MINYAK BIDARA SIDR EHPS

Image may contain: drink




Sebaik mana pun seorang manusia, pasti ada hari yang mood nya tak okay dan tak kena itu ini.
Dan tidaklah Allah mengizinkan semua itu berlaku, melainkan kerana Allah ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran kita melayan karenahnya.
Yakin-- bahawa semua yang Allah tentukan itu punya hikmah yang terbaik untuk diri kita.
Kisahnya seharian baby meragam taknak tidur, nak berdukung saja. Alhamdulillah, akhirnya dah tidur.
Sebelum tidur, urut² badannya dengan minyak bidara dulu. Supaya lebih tenang dan tidur pun nyenyak tanpa gangguan. 😍









P/s : Sahabat yang berminat, boleh dapatkan minyak dan pati bidara,wasap 011 21663769 atau dapatkan dari mana mana pengedar kami yang sah.

Wednesday, 20 December 2017

LIPMATTE CREAM DGM LIMITED EDITION

Image may contain: 2 people, people smiling, sunglasses and close-up

Bb pakai Adara foundation, bedak magic DGC, lip cream DGM laju laju bersiap .

Kod DGM : Red Heart + Coral Nude

Wasap 01121663769

Atau dapatkan dari mana mana pengedar sah kami.

Tuesday, 19 December 2017

MUHASABAH DIRI

PART 1: MACAM MANA SAYA JANA INCOME 1.2 JUTA DALAM MASA 4 BULAN
.
Haa yang ni la yang ditunggu-tunggu kan? sharing saya yang ni. Disebabkan terlalu panjang, saya ambil keputusan untuk pecahkan sharing saya ni kepada 3 bahagian cerita.
.
Asalnya nak post pagi tadi tapi ada stok baru sampai, so saya kene settlekan tugas-tugas yang sepatutnya termasuk buat tugas-tugas hakiki sebagai seorang ibu dan isteri. Dah settle semua urusan, baru saya dapat menulis dengan amann. Mujur baby pun sporting petang ni. Jadi dapat lah saya sambung penulisan saya.
.
Harini saya terpanggil untuk share satu perkara sebab raaamai yang pm saya especially student DAO yang dah pernah nampak saya naik stage sebagai tetamu jemputan DAO beberapa kali sebagai Hot seat. Ada sahabat yang bertanya tu mengeluh kesah dan mengadu nasib lepas tu tertanya-tanya kenapa diorang hidup susah.
.
Walaupun dah buat formula M.E.S.T.I (Mentor, Elmu,Sistem, Tindakan,Impian). Walaupun dah buat ilmu PB (Personal Branding), tapi masih belum juga kaya, belum juga jutawan.
.
So. Ala-ala main biola la sahabat kita tu. So, terpaksa lah saya adjust mukaddimah posting ni kepada sharing macam mana saya terjebak dalam bisnes online. Saya juga start dari bawah. Start dari tak tahu. Start dari dropship agent.
.
Ketika tu tak ada guru bisnes, tak ada guru storytelling copy writing, tak ada guru personal branding. Tak ada guru marketing. Semua saya buat trial & error. Agak-agak kecundang atau gagal, saya tak patah semangat, buat step yang lain pula. Sammmpai lah saya mampu berdikari. Dan semakin lama dalam bidang ni, semakin rasa tanggungjawab makin besar.
.
Saya sebenarnya sedih, sebab ramai yang cepat sangat lemah semangat. Tapi ada perasaan nak berjaya dalam line bisnes ni. Ada yang cakap dia tak ada LUCK dalam bisnes la. Aduhaiii sahabat, kalau orang lain yang berjaya tu 1 hari posting 4 kali. Awak tu semingu 1 kali. Takkan la sama impak nya. Betul ke betul?
.
Lepas tu nak salahkan segala jenis takdir. Memang la tak boleh. Yang penting dalam online biz ni ialah sharing. Sharing apa tu? U olls, sharing tu tahu ke apa? Sharing tu berkongsi. Of coz la kene cerita/kongsikan kelebihan/USP produk. Kalau nak share pun kita malas. Tu la rezeki macam malas je nak masuk. Helloooo. kalau tak ada action. Macam mana nak ada results beb.
.
Oraitt.. mcm mana nak tulis ayat sharing tu?? Sebenarnya semua orang boleh menulis. Tak pandai menulis, sila book class dengan Cikgu June Mohd Som. Cara menulis yang betul. Bagi saya simple je, kita letakkan diri kita sebagai pelanggan. Kalau kita jadi pelanggan, apa soklan cepu cemas yang kita nak tanya?
.
Haa apa yang kita nak kene tulis tu ialah jawapan bagi persoalan tu dan cari apa masalah yang boleh diselesaikan. Mudah ke mudah? So, jangan cipta alasan banyak-banyak sangat boleh kan kan? Jangan cakap susah laaa tak boleh laaa. Tak mahir laa. Kalau diri sendiri dah kata tak boleh, Dah otomatik blok dalam minda kita tu. Tu dah jadi satu doa tu. Jangan cakap produk yang tak bagus. Sebenarnya, U olls sendiri yang tak yakin. Cakap kat orang sebelah: Ce cite. Siapa yang salah ni??
.
Macam ada seorang nubis dalam group perintis. friend dah 2k++ orang, kata dia takut nak menjual. Pulok doh. kata nak jadi peniaga. Nak berniaga kan? Acane ni kalau takut nak jual. Baik toksah jadi peniaga kann? Jadi pembeli je. hehehe. Nak berniaga, tak leh la nak takut takut darling. Bukan kita buat aniaya kat orang pun kan? Bukan jadi penyamun pun. Betul ke betul?
.
Ada lagi yang cakap, hurmmm saya masih baru dalam line bisnes online ni. Boleh ke berjaya macam sis? Alalalaa kemon la.. kemon. Jangan malukan diri sendiri. U olls juga boleh hokeh. U ken du-it! Sebab apa saya cakap macam tu? Sebab semua orang yang berniaga hari ni pun starting dari tak tahu apa-apa juga. Start dari zero. Bukan lahir-lahir terus terer buat bisnes online.No no no no. Ramai orang yang berjaya sekarang ni berjaya sebab berani bertindak, yakin. Bila dah jumpa tune, keep on repeatation. Lama-lama pandai lerr.
.
Sama mcm baby yang sebelum ni tak pandai berjalan. Pernah tengok tak. Baby yang baru lahir terus berlari. Tak ada kan? Masa baru lahir baby tahu nak nangis, nak minum dan tak selesa. Lepas tu meniarap, lepas tu mengensot, lepas tu merangkak, lepas tu tatih tatih. lepas tu baru la berjalan, lepas tu berlari. Dalam masa nak boleh berjalan tu. Banyak kali dia jatuh, terhantuk kepala la, Macam-macam pengajaran dari proses baby membesar tu. U olls pernah tenguk baby kan? Kalau tak pernah tengok baby kesian sungguh orang itew. hehehe..
.
Baby kalau nak mula taatih tih.. taaa tih.. melangkah sikit jatuh tapi baby try juga bangun walau jalan sikit jatuh.. dia bangun lagi. Bukan ada siapa-siapa suruh pun. Dia sendiri bangun dan teruskan melangkah. Kita pun bagi sokongan. Sambil tepuk tangan. Kita sebut. Bagus baby. Chayokkk!! Chayokkk!! Teruskann. Hihi.
.
Baby buat muka bangga dan super cute. Teruskan langkah demi langkah. Tiap jam dia cuba, sampai la boleh jalan semakin laju. Setiap hari buat buat buat buat & praktis walau dia tahu kalau jalan sikit mesti jatuh. Bila jatuh tu sakit la juga badan dia, tapi sebab dia nak berjalan macam abang-abang dan kakak-kakak dia. Baby bangun dan cuba lagi. Semakin lama semakin pandai melangkah dan akhirnya berlari-lari. MasyaaALLAH. Kuasa ALLAH. Ni la namanya PRACTICE makes PERFECT.
.
Kalau kita baru je nak mula dah give up, malu la wehhh kat baby. U olls tu dan umur berapa dah. Baby lagi kuat semangat. Cakap kat orang Sebelah: What The Fish! Ekekeke.
.
Kenapa orang lain senang tapi kenapa diri sendiri susah nak tarik rezeki? Tanya balik diri sendiri. Apa niat kita berniaga ni? Adakah kita ikut sunnah Rasulullah? U olls nak bisnes ni dapat izin dari keramat hidup (suami) tak? Macam mana pulak hubungan u olls dengan keramat hidup (suami)?
.
Macam mana hubungan kita dengan ibu bapa? macam mana kita hargai tubuh badan kita yang juga ciptaan ALLAH? Tu belum lagi hubungan kita dengan yang Maha Esa. Sebanyak mana kita dah mohon pada Dia dan berapa kerap?? Adakah sepenuh hati?? Kekadang kita mohon banyak-banyak tapi belum juga dapat. Haa tu maksudnya sekali ALLAH nak bagi, dia bagi sekelepuk terus silap2 dalam masa sekejap je JUTAWAN.
.
Yang penting jangan jemu usaha, doa banyak-banyak dan tawakkal. Macam saya dulu, masa susah saya doa supaya ALLAH cepat-cepat tamatkan kesusahan kami. Kesian kat anak-anak yang tak tahu apa-apa yang terpaksa tanggung kesusahan. Anak-anak adalah BIG WHY saya. Tiap waktu saya berdoa mohon pada ALLAH tak kira masa asal ada waktu terluang.. saya pasti mohon pada ALLAH sambil nangis2
.
MasyaaALLAH. Walaupun ketika tu tak ada nampak langsung gaya-gaya nak dapat REZEKI BESAR. Lama juga saya berada dalam situasi DIUJI. Semua petua murah rezeki saya buat. Termasuk amalkan baca surah Al-Waqiah sampai habis x 7 kali setiap kali lepas solat fardhu, doa tanpa jemu dan tak berhenti berharap keajaiban dan saya sedar saya dalam tempoh training. Allah tengah beri latih tubi pada saya supaya menjadi 'seseorang' yang cekal.
.
Jadi without fail saya ulang benda yang sama (repeatation). Namun, ketika tu nasib belum menyebelahi saya lagi. Saya bersyukur dan sedar. Alhamdulillah tu lah ujianNya. Masa tu baru saya jumpa turning point. Jika saya tidak rasa tertekan, saya tak akan PUSH diri untuk berjaya. Baru saya sedar, saya kene buat sesuatu. Kalau berdoa saja tanpa buat apa-apa, tak akan ada apa-apa berlaku.
.
Allah gerakkan hati saya berniaga makanan jual nasi lemak, Lebih 10 jenis kuih muih saya buat sendiri, lontong, soto, mee goreng, meehoon goreng singapore, semua masak sendiri. (kalau sekarang saya fikir balik. Uishhh macam mana la boleh masak banyak-banyak tu kann. Walhal bangun kol 4 pagi, kol 6 pagi dah buka stall depan umah. Tapi tu la orang cakap nak seribu daya, tak nak seribu dalih kann? Kalau kita PUSH diri kita, memang kita boleh buat sangat-sangat. TAPI, kalau kita cakap tak boleh.. maka jadi lah tak boleh.. dan sampai bila-bila la tak boleh dan tak akan boleh..)
.
Alhamdulillah. Beberapa bulan kami bahagia. Namun kebocoran wang di sana sini. Sekali lagi kami diuji, gerai menjual sarapan pagi kami dapat tempias ilmu hitam. nasi lemak yang saya masak jam 6pagi, masak bertong tong buang macam tu je sebab nasi lemak kami nampak melekit lekit macam basi tapi tak berbau basi pun.
.
Bisnes semakin merudum bila Allah beri tambahan rezeki hamil anak ke-3. Saya hamil dan alami morning sickness yang agak teruk dan tak boleh nak masak langsung. Kami kembali susah. Saangat susah. Dah macam tahap macam dalam cerita BERSAMAMU kat TV3 tu. Suami tak berkerja. Bingung. Sampai nak beli seekor ikan pun tak mampu. Lepas tu, saya dan anak-anak (Adam & Mia) pulang rumah ibu bapa saya. Tapi, suami tak ikut. Beliau mungkin lebih bingung dari saya dan mungkin malu dengan family saya. AllahuAkbar 😭😭.
.
**BERSAMBUNG NEXT PART. KOMEN & SHARE JIKA SUDI
.
Ada ke yang nak tahu kisah saya yang seterusnya?
.
Ada yang belajar sesuatu tak dari mukaddimah kisah saya ni? Send energy sikit kat saya tau. Saya kalau leh, next part saya nak share malam ni. Harap cukup idea nak menulis. Hati tisu sangat ni. Air mata tak henti mengalir. ;( Allahu.
.
Silakan share jika rasa sharing ni bermanfaat. Terima kasih sahabat. 


Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and close-up

Monday, 18 December 2017

PRETTY SHOCKING SALE - EHPS

Morning #ehpslovers!
Another good news.
Pretty Shocking Sale is ON!
Grab yours pretty lady 
Image may contain: 1 personwww.wasap.my/+601121663769
or another option;
#MasterBidadariEHPS
#BidadariEHPS
#BidadaraEHPS
#MasterLeaderBidadariEHPS
.
.
#EHPS
#EidaHasanPrettyShop
#EHPSofficial
#PrettyShockingSale
#EHPSdihati

Wednesday, 6 December 2017

TIPS MAGNET REZEKI

It's natural to be upset when faced with hardship. But try to pull yourself together. The Almighty won't let you down. Your efforts won't go to waste.

~Mufti Ismail Menk~
.
Assalamualaikum & Selamat pagi sahabat Jutawan Jelitawan Dermawan Hartawan BB Eida yang LuarBiasa. Moga yang baik-baik hadir pada diri kita semua. Mulakan pagi ni dengan mengamalkan tips tarik rezeki.
.
Tips magnet rezeki (amalkan waktu pagi)
.
Sebelum nak tarik rezeki, kita tarik RAHMAT Allah dulu yea sahabat
Antara caranya ialah 👇👇👇
.
Jom HADIAHKAN Al fatihah untuk Nabi S.A.W, Sahabat Nabi, Umi, Abah, Suami/Isteri, Para guru-guru dan lain-lain.
.
Amalkan setiap hari transfer atau masukkan RM $ ke dalam tabung ibu ayah (boleh mulakan dengan not RM1), atau kalau ada no acc mereka, transfer tanpa mereka tahu. Mudah amat kann nak dapatkan redha ALLAH? Jom buat.
.
Haaa saya ajak sahabat yang belum buat lagi tu lah. Moh kita beramai-ramai buat.
.
Kepada yang dah buat, Tahniah!! Good Job sahabat!
.
hikhikhik. Bukan kena bayor pun kannn, simple & FREEE jew.
.
Pssstt!! Ehem..Ehem.. Bagi can laa akak imbas kembali masa jadi tetamu jemputan Malaysia Hari Ini, TV3 ni. time ni malu nyerrr lahai. kamera, spot light dekat yakmat.
.
Abaikan laaa muncung leh sangkut hanger itewww. Well, kene praktis lagi dan lagi dan lagi. Ahakss!!
.
Abaikan jugek gambau yang gegau nih, maybe masa lahir aritu tak cukup bedung tangan nya. Oppss!



Image may contain: 1 person, text

Tuesday, 5 December 2017

Soal Jawab Tentang Puteri Vanilla (SPV)

SOALAN 1 : BERAPA HARGA SPV & KUANTITI ??
.
JAWAPAN:
RM69 SEM (SEMENANJUNG)
RM74 SS (SABAH SARAWAK)
ADD RM7 SEM & RM10 SS UNTUK KOS PENGHANTARAN
15 Sachets/box





.
=================================================================
SOALAN 2 : APA KANDUNGAN SPV ??
.
JAWAPAN :
Pueraria Mirifica, Manjakani, BeetRoot, Maquiberry Extract, Tomato Extract, Apricot Kernel Extract, Delima Extract, Manggis Extract, Durian Belanda Extract, Vitamin B17, Honey, Habbatussauda, Oligo Fruktosa, Kurma & Biji Anggur.
.
=================================================================
SOALAN 3: SIAPA PATUT AMALKAN SPV ??
.
JAWAPAN:
.
i. WANITA PERAWAN.
Seawal 4 hari ia menjadikan susuk badan anda berubah. Rupa mukabumi yang mendatar menjadi beralun dan berombak. Penampakan rupa bentuk payudara yang montok dan ampuh juga bentuk punggung yang naik bulat dan pejal.
.
ii. WANITA YANG BERGELAR ISTERI.
Seawal 4 hari ia menyebabkan mata suami anda yang rabun menjadi celik bersinar disebabkan susuk tubuh anda yang berstatus Mak Dara Anak Lapan berubah menjadi Anak Dara Pujaan di malam pertama. Lurah yang hambar kembali menjadi Lurah Dalam. Mana mana yang longgar akan jadi mantop "Super Hebat"!
.
iii. WANITA YANG SEDANG BERPANTANG/LEPAS BERSALIN/SEDANG MENYUSUKAN ANAK.
SPV mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran, mengecutkan rahim, mencuci rahim (mengeluarkan semua darah kotor), hilangkan bau darah, hilangkan bau peluh wanita ketika berpantang, tak ada lagi istilah angin meroyan, ibu lebih tenang walau baby asik berjaga malam, muka nampak bermaya (tak ada lagi muka pucat lesi tak bermaya), serta memperbanyakkan susu badan. Ia juga menguatkan otot pelvis selepas melahirkan bayi dan menguatkan bahagian dalaman yang memainkan peranan 'grip'.
.
iv. WANITA YANG SEDANG BERUSAHA MENDAPATKAN ZURIAT.
SPV mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan menyeimbangkan hormon sesuai untuk mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat. Apabila hormon dah stabil, barulah benih wanita berkualiti. Rahim pun dah standby dan subur.
.
=================================================================
SOALAN 4: KENAPA TIADA PERUBAHAN SELEPAS AMALKAN SPV SELEPAS 1 BULAN SEDANGKAN ORANG LAIN, 1 HARI DAH MERASA KESAN??
.
JAWAPAN:
.
i. TOKSIN
Toksin yang banyak dalam badan, terutamanya yang tersekat di saluran usus pon boleh melambatkan penyerapan zat. SPV akan mencuci buang toksin sehingga habis, baru kesan/khasiat SPV akan dapat dirasai.
.
ii. METABOLISME
Kadar metabolisme yang rendah juga boleh melambatkan proses penyerapan khasiat.
.
iii. AIR MASAK
Kurangnya minum air masak punca SPV lambat bertindak. Air masak merupakan ejen penting menyerap khasiat dengan cepat dan merupakan ejen penting yang membantu menyahtoksin dan bendasing dalam badan melalui peluh dan perkumuhan dengan cepat. Minum 3 liter sehari. (Selagi air kencing warna kuning, maksudnya tubuh masih kurang air).
.
iv. USIA
Makin tua usia seseorang, makin lambat penyerapan khasiat.KENAPA?? Kerana semakin banyak kandungan toxin di dalam badan yang perlu dinyahkan dahulu dan kadar metabolisme yang semakin rendah untuk menyerap khasiat.
.
=================================================================
SOALAN 5 : ADAKAH SPV DIKIRA MAKANAN SUNNAH ??
.
JAWAPAN :
.
TIDAK. SPV tidak dijenamakan sebagai makanan sunnah tetapi hanya memasukkan beberapa makanan sunnah dan gabungan beberapa buah buahan serta bahan lain seperti ubi bit, apricot kernel, grape seed untuk tujuan pemulihan dalam tubuh dan khasiat seumpama dengannya.
.
=================================================================
SOALAN 6 : ADAKAH SPV BOLEH DIAMBIL KETIKA PERIOD ??
.
JAWAPAN :
.
Boleh. Sebab ianya minuman berasaskan tumbuhan/buah, bukan JAMU. Minuman menyerap terus ke dalam tubuh berbanding pil yang memakan masa untuk diserap.


.
=================================================================
SOALAN 7 : KENAPA MINUM SPV BOLEH MENYEBABKAN RAJIN NAK KENCING?? SAKIT KEPALA, LOYA & LENGUH-LENGUH BADAN ??
.
JAWAPAN :Bila minum air masak yang banyak,kita sememangnya mudah nak kencing.Tandanya bagus kerana SPV sedang cuci buah pinggang dan sedang menyahtoksin serta bendasing dalam badan. Lama lama sistem dalam badan serasi dengan keadaan dia minum air lebih.
.
Kurangnya minum air masak dan amalan pemakanan yang tak seimbang punca berlaku sakit kepala/loya, lenguh-lenguh badan dan sebagainya. Ini kerana, tubuh badan mengandungi angin dan toksin yang banyak dan perlu disingkirkan terlebih dahulu dengan mengamalkan air masak yang banyak. Elakkan makan makanan yang sejuk dan elakkan minum minuman yang sejuk/berais.
.
=================================================================
SOALAN 8 : KENAPA MUMMY BF TAK DAPAT PAYUDARA YANG DIIDAMKAN LEPAS AMALKAN SPV ??
.
JAWAPAN :
.
Sememangnya bagi ibu yang sedang menyusukan bayi akan mengambil masa untuk mendapatkan payudara tegang dan montok disebabkan anak menyusu. Namun, SPV boleh memejalkan dan mengimbangkan saiz (maintain) payudara ibu-ibu yang breastfeeding.










.
#SoalJawab
#SPV
#PuteriVanilla
#EHPSdihati


Monday, 4 December 2017

"SABAR ITU DUIT"

Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur atas kurnia-Nya, bersabar atas cobaan-Nya dan bertaubat atas dosanya.
.
Assalamualaikum sahabat luarbiasa kesayangan BB Eida. Kepada yang baru nak mula buat kije, Mulakan hari ni dengan wajah senyum dan surah Al Fatihah. 
.
Almaklumlaa orang bisnes ni, hari cuti pun koje. Hari koje, kompem ler koje kannn? Asyik kojeee jer ler manjang. Lupa dah hari cuti ke tidak. Itu la namanya passion. Tak gitew? Namun, kesihatan nak kene jaga juga beb, sebulan sekali bawak bawak laa makan angin mana-mana.. Tak kisah laa jauh ke dekat ke. Janji leh hilang sikit rasa pack dalam hidup. Hihi. 




Sunday, 3 December 2017

TIPS BB EIDA: BISNES UNTUK KAYA

Bismillah. Alhamdulillah. Harini Bb berjaya melapangkan masa untuk berinfaq elmu apa yang Bb ada dan tahu dan dah apply. 
.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki semakin lancar dan deras dan sentiasa penuh. Sentiasa semakin bertambah. Alhamdulillah Terima kasih Allah.
.
Ok. harini dengan rasa gembira, Bb ingin berkongsi, sebab rata-rata yang personal mesej Bb cerita kisah sedih. Kisah kesusahan. Kisah perlu duit. Kisah nak kaya. Kisah yang tak best dan sedih teramat sedih.
.
Namun... tiada tindakan. Komplen pandai. Berderet komplen. Baanyak sangat cakapnya tu. Gedegang gedegung. Bila Bb tanya apa tindakan yang dah di ambil? Katanya tak ada tindakan. Sebab tak tahu nak buat apa. Itu tak tahu, ini tak tahu. Semua tak tahu.
.
Bila Bb tanya lagi kenapa? Jawapannya simple. Sebab tak ada orang nak ajar.
.
Allahu. Yang nak belajar tu diri sendiri kan? Yang kata nak kaya tadi tu diri sendiri kan? Jika tak tahu, maka kene cari tahu atau menuntut ilmu atau korek ilmu proven. Bukan dah tak tahu terus tak tahu je.. Saaammmmpai la bila bila begitu je la. Orang lain yang rajin dah sampai planet zuhal dah. Siap dah berkenalan dengan alien kat planet lain, kita masih lagi kat kerak bumi. E'ehh Bb bebel ni paham ke faham? Hehehe. Tetiba pepetang ni bebels. Ok leteww.. hihi. Janji kol 8 malam. Ni 5 petang dah terluah semua bebelan Bb. Hikhik.
.
Orang yang harini berjaya, bukannya keluar dari perut mommy, terus leh main teng teng tau. Hihi. Semua akan lalui fasa yang sama. Bezanya kerajinan je la. Semua lalui fasa kelahiran, lepas tu mengensot, lepas tu merangkak, lepas tu tatih tatih, lepas tu jalan jatuh bangun, lepas tu dah leh jalan slow slow, jalan laju, berlari, lepas tu lari laju laju,, lepas tu leh lompat lompat bintang. Semuanya ada fasa masing masing.
.
"If you are not doing what you love, You are wasting your time" ~ Billy Joel
.
Subhanallah. Tahukan sahabat sahabat, bahawa Bb dulu pun pernah susah. Melalui zaman kejatuhan. Melalui zaman kesempitan. 


.Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and close-up
Namun. Cepat cepat Bb bangkit dan ketika itu juga tak ada siapa yang membantu melainkan beri kata semangat semata. Kata kata minta kita terus sabar dan terus berdoa. Tak ada yang nak bimbing ketika tu. Macam mana nak berjaya. Tapi semuanya dari hati (bersihkan hati) dan macam mana tindakan kita..
.
Sedari dulu Bb saangat minat dengan bisnes. Walau sering jatuh tersungkur dan ditimpa tangga namun Bb tidak pernah kenal erti serik dan tidak jemu mencuba lagi dan lagi dan lagi. Kerana apa?? Kerana Bb betul-betul minat dengan bisnes. Bila kita minat. kita tak akan rasa satu kesusahan. Kita tak akan anggap bisnes tu satu bebanan buat kita.
.
Jadi kita tak rasa itu satu paksaan. Namun kita harus usaha dan push diri untuk lebih maju ke depan. Bukan duduk maintain je gitu sesambil control ayu & fefeling gud gud je. Kita kene fikir sesuatu untuk lebih maju ke depan. Bukan buat benda yang sama saje. Kalau tak ada pembaharuan. Macam mana nak ada kemajuan dalam bisnes kann? Clear tak sekarang?
.
Jadi kita harus minat dulu. Kalau lom minat. Kasi minat dulu. Jangan kita buat bisnes sebab ikut ikutan. Bila kita tenguk orang lain maju buat bisnes A. kita pun buat bisnes A. Sedangkan kita tak minat pun & kerana ikut ikutan ni lah bila hasil kita tak capai sama dengan orang lain, kita tak pasal-pasal nak main biola bawah pokok togey. (Haha muat keteww nak masuk bawah pokok togey tu? Siap bawak biola lagi tu. Hikhik.. Bedal je laa). Faham ke faham? Bb akan sambung lagi yang seterusnya bila bila Bb free ea.. Stay Tune~
.
Mohon klik share jika rasa sahabat lain patut tahu sama.. Kot kot ada jiran sebelah taman tak tahu lagi ke kann.. haa share share 😅
.
#BbEidaHasan
#TipsBbEida
#iLoveTeamEHPS