PART 1: MACAM MANA SAYA JANA INCOME 1.2 JUTA DALAM MASA 4 BULAN
.
Haa yang ni la yang ditunggu-tunggu kan? sharing saya yang ni. Disebabkan terlalu panjang, saya ambil keputusan untuk pecahkan sharing saya ni kepada 3 bahagian cerita.
.
Asalnya nak post pagi tadi tapi ada stok baru sampai, so saya kene settlekan tugas-tugas yang sepatutnya termasuk buat tugas-tugas hakiki sebagai seorang ibu dan isteri. Dah settle semua urusan, baru saya dapat menulis dengan amann. Mujur baby pun sporting petang ni. Jadi dapat lah saya sambung penulisan saya.
.
Harini saya terpanggil untuk share satu perkara sebab raaamai yang pm saya especially student DAO yang dah pernah nampak saya naik stage sebagai tetamu jemputan DAO beberapa kali sebagai Hot seat. Ada sahabat yang bertanya tu mengeluh kesah dan mengadu nasib lepas tu tertanya-tanya kenapa diorang hidup susah.
.
Walaupun dah buat formula M.E.S.T.I (Mentor, Elmu,Sistem, Tindakan,Impian). Walaupun dah buat ilmu PB (Personal Branding), tapi masih belum juga kaya, belum juga jutawan.
.
So. Ala-ala main biola la sahabat kita tu. So, terpaksa lah saya adjust mukaddimah posting ni kepada sharing macam mana saya terjebak dalam bisnes online. Saya juga start dari bawah. Start dari tak tahu. Start dari dropship agent.
.
Ketika tu tak ada guru bisnes, tak ada guru storytelling copy writing, tak ada guru personal branding. Tak ada guru marketing. Semua saya buat trial & error. Agak-agak kecundang atau gagal, saya tak patah semangat, buat step yang lain pula. Sammmpai lah saya mampu berdikari. Dan semakin lama dalam bidang ni, semakin rasa tanggungjawab makin besar.
.
Saya sebenarnya sedih, sebab ramai yang cepat sangat lemah semangat. Tapi ada perasaan nak berjaya dalam line bisnes ni. Ada yang cakap dia tak ada LUCK dalam bisnes la. Aduhaiii sahabat, kalau orang lain yang berjaya tu 1 hari posting 4 kali. Awak tu semingu 1 kali. Takkan la sama impak nya. Betul ke betul?
.
Lepas tu nak salahkan segala jenis takdir. Memang la tak boleh. Yang penting dalam online biz ni ialah sharing. Sharing apa tu? U olls, sharing tu tahu ke apa? Sharing tu berkongsi. Of coz la kene cerita/kongsikan kelebihan/USP produk. Kalau nak share pun kita malas. Tu la rezeki macam malas je nak masuk. Helloooo. kalau tak ada action. Macam mana nak ada results beb.
.
Oraitt.. mcm mana nak tulis ayat sharing tu?? Sebenarnya semua orang boleh menulis. Tak pandai menulis, sila book class dengan Cikgu June Mohd Som. Cara menulis yang betul. Bagi saya simple je, kita letakkan diri kita sebagai pelanggan. Kalau kita jadi pelanggan, apa soklan cepu cemas yang kita nak tanya?
.
Haa apa yang kita nak kene tulis tu ialah jawapan bagi persoalan tu dan cari apa masalah yang boleh diselesaikan. Mudah ke mudah? So, jangan cipta alasan banyak-banyak sangat boleh kan kan? Jangan cakap susah laaa tak boleh laaa. Tak mahir laa. Kalau diri sendiri dah kata tak boleh, Dah otomatik blok dalam minda kita tu. Tu dah jadi satu doa tu. Jangan cakap produk yang tak bagus. Sebenarnya, U olls sendiri yang tak yakin. Cakap kat orang sebelah: Ce cite. Siapa yang salah ni??
.
Macam ada seorang nubis dalam group perintis. friend dah 2k++ orang, kata dia takut nak menjual. Pulok doh. kata nak jadi peniaga. Nak berniaga kan? Acane ni kalau takut nak jual. Baik toksah jadi peniaga kann? Jadi pembeli je. hehehe. Nak berniaga, tak leh la nak takut takut darling. Bukan kita buat aniaya kat orang pun kan? Bukan jadi penyamun pun. Betul ke betul?
.
Ada lagi yang cakap, hurmmm saya masih baru dalam line bisnes online ni. Boleh ke berjaya macam sis? Alalalaa kemon la.. kemon. Jangan malukan diri sendiri. U olls juga boleh hokeh. U ken du-it! Sebab apa saya cakap macam tu? Sebab semua orang yang berniaga hari ni pun starting dari tak tahu apa-apa juga. Start dari zero. Bukan lahir-lahir terus terer buat bisnes online.No no no no. Ramai orang yang berjaya sekarang ni berjaya sebab berani bertindak, yakin. Bila dah jumpa tune, keep on repeatation. Lama-lama pandai lerr.
.
Sama mcm baby yang sebelum ni tak pandai berjalan. Pernah tengok tak. Baby yang baru lahir terus berlari. Tak ada kan? Masa baru lahir baby tahu nak nangis, nak minum dan tak selesa. Lepas tu meniarap, lepas tu mengensot, lepas tu merangkak, lepas tu tatih tatih. lepas tu baru la berjalan, lepas tu berlari. Dalam masa nak boleh berjalan tu. Banyak kali dia jatuh, terhantuk kepala la, Macam-macam pengajaran dari proses baby membesar tu. U olls pernah tenguk baby kan? Kalau tak pernah tengok baby kesian sungguh orang itew. hehehe..
.
Baby kalau nak mula taatih tih.. taaa tih.. melangkah sikit jatuh tapi baby try juga bangun walau jalan sikit jatuh.. dia bangun lagi. Bukan ada siapa-siapa suruh pun. Dia sendiri bangun dan teruskan melangkah. Kita pun bagi sokongan. Sambil tepuk tangan. Kita sebut. Bagus baby. Chayokkk!! Chayokkk!! Teruskann. Hihi.
.
Baby buat muka bangga dan super cute. Teruskan langkah demi langkah. Tiap jam dia cuba, sampai la boleh jalan semakin laju. Setiap hari buat buat buat buat & praktis walau dia tahu kalau jalan sikit mesti jatuh. Bila jatuh tu sakit la juga badan dia, tapi sebab dia nak berjalan macam abang-abang dan kakak-kakak dia. Baby bangun dan cuba lagi. Semakin lama semakin pandai melangkah dan akhirnya berlari-lari. MasyaaALLAH. Kuasa ALLAH. Ni la namanya PRACTICE makes PERFECT.
.
Kalau kita baru je nak mula dah give up, malu la wehhh kat baby. U olls tu dan umur berapa dah. Baby lagi kuat semangat. Cakap kat orang Sebelah: What The Fish! Ekekeke.
.
Kenapa orang lain senang tapi kenapa diri sendiri susah nak tarik rezeki? Tanya balik diri sendiri. Apa niat kita berniaga ni? Adakah kita ikut sunnah Rasulullah? U olls nak bisnes ni dapat izin dari keramat hidup (suami) tak? Macam mana pulak hubungan u olls dengan keramat hidup (suami)?
.
Macam mana hubungan kita dengan ibu bapa? macam mana kita hargai tubuh badan kita yang juga ciptaan ALLAH? Tu belum lagi hubungan kita dengan yang Maha Esa. Sebanyak mana kita dah mohon pada Dia dan berapa kerap?? Adakah sepenuh hati?? Kekadang kita mohon banyak-banyak tapi belum juga dapat. Haa tu maksudnya sekali ALLAH nak bagi, dia bagi sekelepuk terus silap2 dalam masa sekejap je JUTAWAN.
.
Yang penting jangan jemu usaha, doa banyak-banyak dan tawakkal. Macam saya dulu, masa susah saya doa supaya ALLAH cepat-cepat tamatkan kesusahan kami. Kesian kat anak-anak yang tak tahu apa-apa yang terpaksa tanggung kesusahan. Anak-anak adalah BIG WHY saya. Tiap waktu saya berdoa mohon pada ALLAH tak kira masa asal ada waktu terluang.. saya pasti mohon pada ALLAH sambil nangis2
.
MasyaaALLAH. Walaupun ketika tu tak ada nampak langsung gaya-gaya nak dapat REZEKI BESAR. Lama juga saya berada dalam situasi DIUJI. Semua petua murah rezeki saya buat. Termasuk amalkan baca surah Al-Waqiah sampai habis x 7 kali setiap kali lepas solat fardhu, doa tanpa jemu dan tak berhenti berharap keajaiban dan saya sedar saya dalam tempoh training. Allah tengah beri latih tubi pada saya supaya menjadi 'seseorang' yang cekal.
.
Jadi without fail saya ulang benda yang sama (repeatation). Namun, ketika tu nasib belum menyebelahi saya lagi. Saya bersyukur dan sedar. Alhamdulillah tu lah ujianNya. Masa tu baru saya jumpa turning point. Jika saya tidak rasa tertekan, saya tak akan PUSH diri untuk berjaya. Baru saya sedar, saya kene buat sesuatu. Kalau berdoa saja tanpa buat apa-apa, tak akan ada apa-apa berlaku.
.
Allah gerakkan hati saya berniaga makanan jual nasi lemak, Lebih 10 jenis kuih muih saya buat sendiri, lontong, soto, mee goreng, meehoon goreng singapore, semua masak sendiri. (kalau sekarang saya fikir balik. Uishhh macam mana la boleh masak banyak-banyak tu kann. Walhal bangun kol 4 pagi, kol 6 pagi dah buka stall depan umah. Tapi tu la orang cakap nak seribu daya, tak nak seribu dalih kann? Kalau kita PUSH diri kita, memang kita boleh buat sangat-sangat. TAPI, kalau kita cakap tak boleh.. maka jadi lah tak boleh.. dan sampai bila-bila la tak boleh dan tak akan boleh..)
.
Alhamdulillah. Beberapa bulan kami bahagia. Namun kebocoran wang di sana sini. Sekali lagi kami diuji, gerai menjual sarapan pagi kami dapat tempias ilmu hitam. nasi lemak yang saya masak jam 6pagi, masak bertong tong buang macam tu je sebab nasi lemak kami nampak melekit lekit macam basi tapi tak berbau basi pun.
.
Bisnes semakin merudum bila Allah beri tambahan rezeki hamil anak ke-3. Saya hamil dan alami morning sickness yang agak teruk dan tak boleh nak masak langsung. Kami kembali susah. Saangat susah. Dah macam tahap macam dalam cerita BERSAMAMU kat TV3 tu. Suami tak berkerja. Bingung. Sampai nak beli seekor ikan pun tak mampu. Lepas tu, saya dan anak-anak (Adam & Mia) pulang rumah ibu bapa saya. Tapi, suami tak ikut. Beliau mungkin lebih bingung dari saya dan mungkin malu dengan family saya. AllahuAkbar ðŸ˜ðŸ˜.
.
**BERSAMBUNG NEXT PART. KOMEN & SHARE JIKA SUDI
.
Ada ke yang nak tahu kisah saya yang seterusnya?
.
Ada yang belajar sesuatu tak dari mukaddimah kisah saya ni? Send energy sikit kat saya tau. Saya kalau leh, next part saya nak share malam ni. Harap cukup idea nak menulis. Hati tisu sangat ni. Air mata tak henti mengalir. ;( Allahu.
.
Silakan share jika rasa sharing ni bermanfaat. Terima kasih sahabat.
No comments:
Post a Comment