Sunday, 19 November 2017

KUNCI SYURGA ADA;AH SABAR

Pernah tak u olls dengar orang zikir macam ni ,

"Saya orang susah, Saya tak pandai itu, Saya tak belajar tinggi, saya nak niaga produk puan tapi saya tak cantik"
.
Yang suka zikir gini, u olls sebenar tahu tak yang semua orang uang berjaya harini pun starting dari tak pandai, bermula dari susah. 
.
Bila kita rajin usaha, baru la senang tu datang. Bila rajin berkawan, dapat raaamai kawan. Bila rajin berniaga, baru dapat hasil dari perniagaan tu.
.
Dan kebanyakannya orang kaya raya multi billionaires harini tu asal dari orang susah. Sebab tu mereka gigih. Bb juga dulu susah beb. 
.
Kalau nak tahu susah macam mana, tahap makan nasi air hari hari, macam dalam citer Bersamamu tu. Sampai ada la yang nak hantar nama kami kat bersama mu tu tapi bb takmo. selagi leh usaha, Bb try usaha. 
.
Masa Bb susah tu family tak ada tahu pun. Jiran jiran je tahu sebab masa tu abg bob tak kije, Bb pun tak kije, ada anak 2 orang masa tu. Jiran prihatin. Tu yang kata dia nak tolong bg nama kat rancangan BersamaMu.
.
Untuk berniaga ni, mulakan dengan apa yang ada. Jangan buat pinjaman, lebih lebih lagi nak pinjam along. Aduhaii Allahu Allah. Pinjam along ni umpama kita keluar mulut rimau masuk mulut naga. Bukan diri sendiri je kena, anak2, suami, parents, adek beradek semua akan terlibat sama.
.
So, pesanan Bb, u olls takyah laa nak risau risau kalau u olls orang susah ke.. kalau u olls tak lawo ke. Kalau u olls tak skolah sampai master phd ke.. sebab Bb pun sampai Diploma Sains Comp Multimedia. Hah hamekk Jauh betul dengan bidang Marketing & Sales.
.
Nak berjaya? Kena rajin usaha. Kita nak lebih? Kita buat lebih. Kita buat kurang, dapat la kurang. Bila dapat kurang, jangan meroyan jangan nak cakap tak ada luck plak. Bukan tak ada luck cuma terlebih penyakit M je tu. Kene tukau bagi vitamin R lelebih sket. Haa gitewww.. Tanya orang sebelah: Ko paham ke beb? 
.
Kena banyak sabar, kalau kita biz arini, esok tak terus jadi jutawan kecuali kita kije jual rumah harga sejuta. Close sale, hahh dapat la sale sejuta. Hihi. Kena laa banyakkan sabar. Kita dulu lahir dari perut umi kita, bukannya terus berlari beb. 
.
Mula mula golek golek mengiring, lepas tu mengesot, lepas tu merangkak, lepas tu jalan jatuh, lepas tu memapah, lepas tu tatih tatih, lepas tu leh jalan slow slow, lepas tu baru la lari. Jauhhhhh perjalanan tu beb. 
.
Tapi kalau rajin usaha. Leh la cepat capai kejayaan tu. Macam baby yang nak jalan laaa memula dah jalan 1-2-3 tapak, jatuh. Baby bangun lagi. Jalan lagi taaa tih taaa tih. Haa baru la leh jalan 10 tapak. Macam tu la kita beb. Jangan gelojoh naw. Ada je rezeki kita. Yakin dan percaya la dengan rezeki Allah. Banyakkan doa dan lepas tu tawakkal. 
.
Kunci syurga adalah sabar. Niatkan segala pekerjaan yang kita lakukan sepanjang hari ini kerana ALLAH.
Image may contain: 1 person, close-up and indoor

.
Niatnya camni;
Apapun yang ku lakukan hari ini Ya Allah, bermula dari bangun dari tidur sehinggalah aku tidur malam ni semuanya kerana ALLAH.
.
.
"Kalau rezeki dari Allah terlambat, maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezeki-Nya bagi anda. 
Kunci kemuliaan adalah rendah hati. 
Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa."
-Saidina Ali bin Abi Talib.
.
Psstttt: Ehem ehem..sempat lagi Bb selfie wefie. Sorry laa.. hobi selfie wefie ni. Mohon jangan kecam. Bb nak kabo je, arini Bb pakai Adara Treatment Foundation, Bedak DGC, Lipmatte DGM code Coral Nude (ok kann color ni?). 
.
Ok tuuu jerr. Belum minum Mocha Cafe lagi ni sebab tadi minum SPV Vanilla. Aummmm.. kotak pink giteww. 🙋‍♀️
.
#BbEidaHasan
#TipsBbEida
#JanganKufurNikmat

No comments:

Post a Comment