Monday, 11 September 2017

DIY Air Mawar

Tau tak anda ada banyak cara dan bahan yang boleh kita gunakan untuk untuk merawat kecantikan kulit wajah. Salah satunya iaitu dengan menggunakan air mawar.

Air mawar boleh meningkatkan kelembapan kulit secara semulajadi. Sejak dulu air mawar juga sesuai untuk mengatasi jerawat, mengurangkan kemerahan pada kulit akibat iritasi, serta membuat wajah cerah secara semulajadi.

Bestnya air mawar ni kita boleh buat sendiri. Untuk mereka yang rajin untuk DIY air mawar tu.

Meh kita tengok apa bahan dia.

Bahan-bahan:
  • 150 gram kelopak bunga mawar segar.
  • 475 ml air.
Cara Membuat:
Ekceli ada banyak cara untuk buat air mawar ni. Tapi admin nak ajar yang cara yang paling basic dan ringkas dengan menggunakan kelopak bunga mawar segar sebagai bahan asas.
  1. Pilih bunga mawar yang segar
Semakin segar mawar yang dipilih, kualiti air mawar yang yang keluar pon akan semakin bagus. Jadi, kene try cari yang fresh. Cuci bersih bunga itu hingga bebas dari kotoran dan serangga.
  1. Cabut kelopak bunga mawar
Untuk buat air mawar sendiri, kita perlukan sekitar 150 gram kelopak bunga. Biasanya, jumlah ini dalam dua batang bunga mawar.
  1. Masukkan kelopak bunga mawar ke periuk
Masukkan semua kelopak mawar yang telah dipetik ke dalam periuk. Kemudian, tuangkan air.
  1. Panaskan atas dapur dengan api kecil
Tutup periuk. Letakkan di atas dapur dan panaskan dengan api kecil selama 20 minit. Jangan gunakan api yang terlalu besar, sebab khasiat air mawar tu boleh berkurang bila dipanaskan pada suhu terlalu tinggi.
  1. Asingkan dan masukkan air mawar ke botol
Lepas 20 minit, matikan api. keluarkan kelopak bunga bawar tadi dan airnya pula masuk ke dalam botol bersih. Tunggu hingga  air sejuk sebelum dimasukkan dalam & tutup botol. 

Dah siapppp. Dah boleh guna terus bila nak pakai time make up atau sebelum tidur. Hasilnya kulit lebih lembap, cerah & berseri.

Owh yaaa air mawar tu kena simpan dalam peti sejuk tau. Dan ianya boleh bertahan lebih kurang 6 bulan.

Nak lebih mudah, anda boleh try SERUM VANYDA WATER ROSE dari EHPS.
Tak payah rumit rumit nak cari bunga mawar lepastu nak cari bekas lagi :)

Hanya RM89.90 saja. Tapi admin ada nak bagi harga DISCOUNT untuk anda yang nak try kebaikan SERUM VANYDA ROSE WATER ni.




Meh klik klik tab NEGERI diatas untuk cari pengedar kami yang sah.
Anda bole COD dengan mereka. 
Atau boleh wasap HQ 011 21663769 untuk info.

No comments:

Post a Comment