Wednesday, 27 December 2017

PART 2: MACAMMANA SAYA JANA INCOME 1.2 JUTA DALAM MASA 4 BULAN

Saya pulang kerumah ibu bapa pun ada beberapa konflik. Biasalah, bila kita negatif. Akan baaaaanyak la perkara negatif akan datang bertingkek tingkek.
.
Mula la main biola lagu irama klasik yang saaaangat Sedih mendayu dayu lagunya tapi saya cepat-cepat pujuk diri. Sempat la main biola kejap.
.
Saya pujuk lagi diri. Kene selalu positifkan diri. Kuat kan semangat sebab kita sebagai ibu, anak-anak perlukan kita. Sebagai isteri, suami perlukan kita. Jadi kita harus kuat. Kita kena kuat semangat.
.
Alhamdulillah. Ketika tu lah adek saya yang cantik, Chah Hasan buka kan akaun FB untuk saya. Masa tu FB pun saya tak tahu apa benda. Untuk apa. Punya laa ketinggalan. Nak tekan apa pun tak reti. Maybank 2u pun tak pandai.
.
Lepas bersalin (ketika dalam pantang anak ketiga), baru saya perasan ada beberapa orang yang baru mula niaga dalam FB. Ketika tu belum ramai yang berniaga di FB ni. Ada la dalam 3-4 org yang berniaga online di FB.
.
Saya pun tertanya tanya macam mana nak mula macam mereka. Rasa macam best.
.
Sesambil perhati cara orang berniaga. Saya mula terfikir. Kalau tak mula, sampai bila-bila tak akan mula. Kalau asik berangan je, apa pun tak dapat. Jadi, mula mula kena bertindak (action).
.
Tarikh 1 Ramadhan saya memilih untuk berniaga di FB dengan harapan akan ada keajaiban. Saya cuba-cuba upload gambar-gambar karipap segera (frozen), Nasi ayam penyet, Meehoon soto, Mee kari Ala Baba Nyonya
.
Dengan copy writing saya ketika tu, :👇
.
" Saya membuat karipap formula kasih sayang frozen inti daging meriah, isi penuh dan besar hanya rm1 untuk setiap 5 biji karipap (minimum order 30 biji sahaja).
.
Juga ada mengambil tempahan untuk lauk pauk dan nasi ayam penyet serta soto ayam warisan yang meriah dengan isi ayam. Order sekali pasti nak order lagi. Dah rasa mesti camni   .
.
Tak lupa Mee Kari Baba Nyonya Resipi Rahsia Sedap Luar Biasa. Order minimum hanya 30 pax sahaja. Sila order sebelum order penuh. Terima Kasih kerana sudi order dari Eida's Kitchen."
.
Time tu dan dan kekonon fefeling dah ada biz. Eida's Kitchen tu idea secara tak langsung. Sampai sekarang, tak wujud pun Eida's Kitchen tu hehehe.
.
Copy writing tu pun datang seolah-olah saya tengah mimpi verangans ada Company Catering. Tapi memang passion saya pada masakan. Saya nyer hobi memang memasak.
.
Kalau masak tu inshaaAllah sedap. Ecewahhh. Tunggu house warming saya. Sahabat yang dikenali, wajib laa saya jemput. Especially Team #EHPSdihati. Kompem masak dengan kasih dan sayang.
.
Kununnya nak mula berniaga Karipap segera yg frozen gitu. Saya pun start promote karipap segera. Ramai pulak tu yang order. Cukup sampai situ je la. Sebab, next step saya lost.
.
Raaamai yang berminat nak order. Namun saya fikir, macam susah je. Dah la tak reti nak drive kereta. Nak pegi beli bahan-bahan lagi.
.
Berderet-deret sahabat fb komen nak order, dan pm. Disebabkan saya dah lost untuk ke next step, setiap sahabat yang pm, saya balas "Maaf yea sahabat, Order dah close". Allahhh! rugi nyerrr rasa. Alahai.
.
Disebabkan raaamai yang komen nak order tu, dengan izin Allah, saya dapat offer dari seorang sahabat FB untuk jualkan biskut raya beliau. Saya tak tunggu lama, Sujud syukur.
.
Saya tanya macam mana step stepnya. Dan saya terus setuju. Dengan komisen rm3 sebalang biskut raya.. MasyaaAllah. Happy tak terkata.
.
Saya berjanji untuk usaha kuat. Dan Alhamdulillah. Sebulan dalam bulan Ramadhan tu, saya dapat jual 98 balang bersamaan rm294 siapa nak bagi kan? Okay laa percubaan pertama. Khennn.
.
Dalam keadaan susah ketika tu. Dalam bank memang '0'. Saya kumpul, tak belanja pun duit tu. Saya simpan. Dalam bulan Ramadhan tu jugalah timbul idea untuk dropship.
.
Saya cari lagi seller-seller di Fb, tanya pada seller-seller tu nak tak kalau saya tolong promote kan produk dan carikan pelanggan dan lepas tu diorang beri lah berapa-berapa pun komisen.
.
Rata-rata seller melayu memang tak layan pun. Ada yang sinis je cakap No. kami tak buat macam tu.
.
Saya masih ingat, seorang amoi call saya menawarkan dropship ejen. Saya tak jelas dari mana beliau dapatkan no hp saya. Beliau tawarkan komisen sekitar rm3 - rm5 per item. Wahh seronok bukan kepalang.
.
Seminggu sebelum masuk bulan Syawal, Alhamdulillah. Saya berjaya jual produk masa tu komisen saya sebanyak rm540 sebulan. Bayangkan berapa banyak item yang saya dah berjaya jual.
.
So pada bulan yang sama saya dapat rm540+rm294: rm834. Ok la kan? Sapa nak bagi. Bukan kene pikul apa-apa.
.
Cuma perlu share apa produk yang kita ada jual. Tu jer. Kena kongsikan apa bestnya produk kita tu.
.
Masa tu saya tak ada mentor. Jadi, saya main redah je. Walhal ramai biawak-biawak cakap itu la ini la. Saya apa kisah. Cakap kat orang sebelah.. Ada Aku Kesah??? 
.
Suami saya akhirnya dapat kerja sebagai Bos bahagian retail kat pasaraya besar kat bandar JB. Dengan pendapatan sebanyak Rm1700 sebulan. Allahu. Gaji suami habis bayar hutang piutang. Hutang kereta, hutang bisnes terdahulu.
.
Pendek kata sampai makan pakai pun tak boleh nak sempurna. Baaanyakk sangat lompong. Allahu. Namun ketika susah tu pun suami saya tak pernah abaikan nafkah.
.
Walau dia tak makan tak apa. Setiap bulan dia tetap beri rm50 sebagai nafkah. Itu je yang dia mampu ketika tu. Allahu Akbar. Baiknya dia Ya Allah. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­
.
Lepas tu baru la saya mula jumpa satu produk set skincare. Yang ketika tu di FB belum ada orang jual dan saya orang pertama yang jual produk tu di FB. Sebelum tu saya pakai dulu dan saaangat berkesan. Saya tanya Founder. Boleh ke nak promote produk ni di FB? Kata beliau. Cuba la. Anak buah saya jual di Blog tak laku pun.
.
Alhamdulillah. Syukur. Saya berjanji untuk buat semampu saya. Saya mula kumpul testimoni sendiri. Founder tak ada bekalkan apa-apa pun. Hanya sediakan barang, dan hantar barang. Tu saja.
.
Walau ilmu waima apa-apa kelengkapan bisnes (business tools) tak ada di bekalkan.
.
Semua saya buat sendiri je. Sampai orang ingat saya lah Founder produk tersebut. Sebab saya buat produk tu macam produk saya sndiri. Pendapatan ketika tu adalah Dalam RM3000-RM5000 sebulan. Syukurrr sangat.
.
Ketika tu lah saya join mentor comel #DAO a.k.a Dr Azizan Osman. MasyaaAllah. Ajaran DAO, saya hanya perlu tukarkan bisnes sebab 'nak kaya/sebab nak duit' kepada bisnes sebab 'nak bantu orang'. Add value to other peoples lives.
.
Ketika tu baru saya build up team saya. dan team saya semuanya asalnya adalah pengguna yang terpaksa kaya disebabkan raaamai yang 'minta tolong belikan produk". SWOM (Social Word Of Mouth) ketika tu saaangat luar biasa best.
.
Saya ajar team saya macam mana jaga pelanggan yang betul. Bersahabat dengan pelanggan.
.
Saya luaskan pasaran dengan cara luaskan networking. Itu lepas suami saya balik dari AMP. Dia balik je class, dia amek kertas mahjong, sebiji sebiji ilmu DAO dia transfer dalam kertas mahjong.
.
Lepas settle semua ilmu dalam 4 helai kertas mahjong, beliau tampal kat dinding rumah. Sebab saya yang handle bahagian marketing.
.
Dalam bulan yang sama, Suami saya ke IMKK kali pertama. Dia balik dari IMKK, karakter suami saya berubah 360 darjah. Saya tak pasti ketika tu. Ilmu apa yang dah pukau suami saya.
.
**BERSAMBUNG NEXT PART. KOMEN & SHARE JIKA RASA BERMANFAAT.
.
Ada ke yang nak tahu kisah saya yang seterusnya?


Image may contain: 3 people, people smiling, sky and outdoor
.
Ada yang belajar sesuatu tak dari part 2 kisah saya ni? Send energy sikit kat saya tau. Saya kalau leh, next part saya nak share malam ni juga ni. jadi sahabat leh hadam kisah saya malam ni juga dan mulakan action plan sahabat-sahabat esok.
.
Harap cukup idea nak menulis. Hati tisu tak yah cakap. Memang sedih tiap kali imbau kisah dulu. Air mata masih laju tak henti mengalir. ðŸ˜­ Allahu Akbar. Allah Maha Baik.
.
#FounderEHPS
#BbEidaHasan
#EHPSdihati
#KisahSatuPointDuaJuta

No comments:

Post a Comment