Showing posts with label CANTIK. Show all posts
Showing posts with label CANTIK. Show all posts

Tuesday, 7 November 2017

HENDAK KULIT CANTIK SEPERTI SAIDATINA AISYAH R.A AMALKAN INI 6 ►TIPS DATO’ DR. FATMA EL-ZAHRA

Hendak Kulit cantik seperti Saidatina Aisyah r.a? AMALKAN INI…Tips Dato’ Dr. Fatma El-Zahra. Kongsikan…


Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.
Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.
           Image result for DATO’ DR. FATMA EL-ZAHRA                  
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
. Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
. Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
. Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
Selamat Mencuba…
2 Bahan Natural Yang Para Isteri Nabi Guna Untuk Menjaga Kecantikan Mereka
Ada di antara kita mungkin pernah tertanya-tanya macam mana para isteri Nabi Muhammad SAW menjaga kecantikan mereka sesuai dengan tuntutan Islam dan apakah bahan-bahan kosmetik yang digunakan pada zaman itu?
Maka, artikel kali ini menampilkan rahsia kecantikan para isteri Rasulullah SAW yang kita kenali seperti Saidatina Aisyah R.A.
Tiada Rahsia – Guna Timun & Kurma Basah
Percaya atau pun tidak, rahsia Siti Aiyah R.A kekal cantik dan bagaimana beliau menjaga penampilannya adalah hanya menggunakan timun dan kurma basah saja. Lebih-lebih dalam mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal seperti tubuh kurus cengking menjadi lebih berisi. Malah Rasulullah SAW sendiri pun menggunakan cara ini dalam menjaga kesihatannya.
Kurma nabi
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata “ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan bentuk yang ideal”- HR Ibnu Majah
Tips kreatif untuk amalkan supaya meraih kecantikan dalaman adalah makan timun Jepun segar dan minum air atau jus kurma yang dikisar setiap pagi atau sebelum tidur.
Untuk kecantikan luaran pula, kita juga boleh letakkan hirisan timun yang pada kelopak mata saat terpejam bagi menghilangkan noda hitam pada kantung mata akibat kurang tidur.
Selain itu, timun dan kurma yang dikisar bersama dapat dijadikan sebagai masker wajah. Ia merupakan ramuan alami untuk meremajakan sel-sel kulit wajah agar tetap awet muda. Bagi mereka yang mahu langsingkan tubuh, hanya amalkan minum jus timun 1 gelas setiap hari kerana timun sangat rendah kalori dan kaya serat.
Dengan mineral air, silica dan vitamin yang terkandung dalam timun, kuku boleh dirawat dan terjaga keindahannya. Caranya dengan mengosok kuku dengan hirisan timun sebanyak 2 kali dalam seminggu. Begitu juga dengan menjaga kesuburan dan menguatkan rambut.
Hilangkan Jerawat Dengan Oleskan Minyak Wangi Dzarirah
Antara rahsia kecantikan lain yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada para isteri untuk hilangkan jerawat di wajah ialah dengan mengoleskan minyak wangi dzarirah. Hal ini pernah disebutkan dalam sebuah riwayat.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, jerawat atau batsrah (Bahasa Arab) adalah sejenis benjolan kecil yang terdiri dari zat panas yang tumbuh secara alami. Jerawat perlu ditunggu agak matang, kemudian baru dipecahkan dan dikeluarkan isi kotornya.
Minyak
Minyak wangi dzarirah mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, mendinginkan panas jerawat di samping memberikan bau yang wangi.
Apa itu dzarirah sebenarnya? Ia merupakan tumbuhan herba yang dibentuk dari sari batang pohon dzarirah. Sifatnya yang panas dan kering berguna untuk mengatasi jerawat, radang dan menguatkan jantung.
Ibnu As-Sunni peroleh maklumat ini daripada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW. Mereka bercerita, suatu hari Rasulullah SAW menemui mereka dan melihat di antara jari mereka tumbuh semacam jerawat. Rasulullah SAW lantas bertanya, “Engkau punya minyak wangi dzarirah?” Mereka menjawab, “Ada”.
Rasulullah SAW berkata, “letakkan di jerawatmu itu seraya membaca doa, ‘Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini.” Hadis yang diakui oleh Adz-Dzahabi di atas dikeluarkan oleh Al-Hakim (sanadnya sahih).
Dalam kitab Sahih Bukhari dan Shahih Muslim diriwayatkan, Siti Aisyah R.A menceritakan bahwa dirinya yang memegang minyak wangi dzarirah, meletakkan minyak itu kepada Rasulullah SAW. Peristiwa itu terjadi pada hajjatul wada’ (haji perpisahan) untuk melakukan tahallul (mencukur rambut) dan ihram.
Namun di Malaysia, agak sukar mendapatkan minyak wangi dzarirah ini. Kebanyakannya boleh diperoleh daripada luar Negara dalam pelbagai bentuk.
Cara 4 :
Lagi mudah hanya consume setiap pagi kemam SKINRICH sejurus bangun tidur. Koyakkan 1 sachet diletakkan bawah lidah. Kemudian minum air segelas. Diikuti rutin harian seperti biasa.
Skinrich mengandungi bahan bahan seperti Maquiberi, delima, aprikot,kernel,biji anggur, durian belanda, beetroot dan pelbagai ekstrak buah-buahan yang sememangnya mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit

Untuk dapatkan SKINRICH boleh wasap kami di 011 21663769

atau klik tab negeri untuk dapatkan dari pengedar sah kami.

Monday, 11 September 2017

DIY Air Mawar

Tau tak anda ada banyak cara dan bahan yang boleh kita gunakan untuk untuk merawat kecantikan kulit wajah. Salah satunya iaitu dengan menggunakan air mawar.

Air mawar boleh meningkatkan kelembapan kulit secara semulajadi. Sejak dulu air mawar juga sesuai untuk mengatasi jerawat, mengurangkan kemerahan pada kulit akibat iritasi, serta membuat wajah cerah secara semulajadi.

Bestnya air mawar ni kita boleh buat sendiri. Untuk mereka yang rajin untuk DIY air mawar tu.

Meh kita tengok apa bahan dia.

Bahan-bahan:
  • 150 gram kelopak bunga mawar segar.
  • 475 ml air.
Cara Membuat:
Ekceli ada banyak cara untuk buat air mawar ni. Tapi admin nak ajar yang cara yang paling basic dan ringkas dengan menggunakan kelopak bunga mawar segar sebagai bahan asas.
  1. Pilih bunga mawar yang segar
Semakin segar mawar yang dipilih, kualiti air mawar yang yang keluar pon akan semakin bagus. Jadi, kene try cari yang fresh. Cuci bersih bunga itu hingga bebas dari kotoran dan serangga.
  1. Cabut kelopak bunga mawar
Untuk buat air mawar sendiri, kita perlukan sekitar 150 gram kelopak bunga. Biasanya, jumlah ini dalam dua batang bunga mawar.
  1. Masukkan kelopak bunga mawar ke periuk
Masukkan semua kelopak mawar yang telah dipetik ke dalam periuk. Kemudian, tuangkan air.
  1. Panaskan atas dapur dengan api kecil
Tutup periuk. Letakkan di atas dapur dan panaskan dengan api kecil selama 20 minit. Jangan gunakan api yang terlalu besar, sebab khasiat air mawar tu boleh berkurang bila dipanaskan pada suhu terlalu tinggi.
  1. Asingkan dan masukkan air mawar ke botol
Lepas 20 minit, matikan api. keluarkan kelopak bunga bawar tadi dan airnya pula masuk ke dalam botol bersih. Tunggu hingga  air sejuk sebelum dimasukkan dalam & tutup botol. 

Dah siapppp. Dah boleh guna terus bila nak pakai time make up atau sebelum tidur. Hasilnya kulit lebih lembap, cerah & berseri.

Owh yaaa air mawar tu kena simpan dalam peti sejuk tau. Dan ianya boleh bertahan lebih kurang 6 bulan.

Nak lebih mudah, anda boleh try SERUM VANYDA WATER ROSE dari EHPS.
Tak payah rumit rumit nak cari bunga mawar lepastu nak cari bekas lagi :)

Hanya RM89.90 saja. Tapi admin ada nak bagi harga DISCOUNT untuk anda yang nak try kebaikan SERUM VANYDA ROSE WATER ni.




Meh klik klik tab NEGERI diatas untuk cari pengedar kami yang sah.
Anda bole COD dengan mereka. 
Atau boleh wasap HQ 011 21663769 untuk info.

Tuesday, 2 May 2017

TESTIMONI : Kisah Benar Hanie Rais

Assalamualaikum.
Hi sahabat positif, sayang semua dunia akhirat.
 

Nama diberi Rohani Awang. Berumur 32 tahun. Masih single
Sahabat mukabuku ku mengenali ku denga gelaran Hanie Rais a.k.a #gadisayu
.
Akak rasa terpanggil nak sharing dengan uolls. Rasa berdosa plak kalau tak share. Dulu dulu muka akak ni tak teruk sangat problemnya. Sekali sekala tumbuh jerawat tu adatlah kan?
Kata orang, hormon tak stabil.Hhihi.
.
Long story short, 3 tahun lepas akak ada tertarik dengan produk skincare 'X' ni. Kalau tengok testimoni meletup tiptop gebus gebas belaka. Akak apalagi sambar la seketul. Teruja bebeno gamaknya. Produk sampai je, terus pakai seperti direction yang diberi. Alkisah tak sampai 1minggu, maka bermulalah episod sadis akak. Kulit terasa panas. Muka mula sembap.
.
Bila tanya "seller" kata dia. 'healing crisis nak salin kulit tu kata dia.teruskan je pakai" akak jadi takut. Salin kulit hape gitu rupa. Udah macam dayang senandung dah wehh coz bukan makin MENG'SERI'KAN tapi makin MENGERIKAN!! Huhuhu. Seram beb.
.
You olls bayangkan laa, dek kerana bintik bintik hitam dah mula bermaharajalela diwajah ayu akak ni. Kerja akak terpaksa pakai mask. berpeluh peluh panas hangat, kulit makin hari menjadi-jadi pedihnya. Sebulan akak tak keluar rumah dok terperap kat hostel tempat kerja. Aktiviti luar terbatas. Akak stop on the spot. Bila akak tanya 'seller' siap tunjuk "zoom" lagi wajah akak yang dah burn kemerahan tu, dia sepi tanpa jawapan. Maknanya apa tu ekkk?? sadis sungguh.
.
Makin lama jadi hitam. Kalahkan mokcik mokcik yang berjeragat. Ohhh nooooo. Kulit suciku dah dinodai. Family bising!!. kalau mandi pantai takkan seminggu tak kurang. Pantang balik kampung, mesti kena tanya?!! Stress!!! Lagi akak stress bila dah masuk bulan puasa. Ohh tidak!!!! raya kalau tak pulih jugak wajah aku ni macam mana??? Akak menangis sorang diri.
.
Allah tu Maha Mendengar. Akak pun ronda ronda fb. Macam ada terpandang-pandang satu produk ni. Cousin pernah suggest SkinRich ( masa tu dalam bentuk kapsul) tapi time tu belum terbuka hati lagi sebab asalnya akak nak cari skincare rupanya lain pulak jadinye. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.
.
Akak redha. Mungkin itulah jalan Allah berikan untu akak mencuba Skinrich #pakarcucidarah no.1.
.
Alhamdulillah, tak sampai seminggu kulit akak dah nampak perubahan. Sembap dan hitam-hitam degil beransur kurang. Barulah yakin nak tengok cermin. Akak repeat order sebab perubahan dan teguran kawan-kawan yg positif.
.
Bila pm kat page Eida Hasan Pretty Shop, Kak Eida cakap dah tak buat lagi yang bentuk kapsul, sekarang bentuk serbuk lebih praktikal. Kemam-kemam dah cun gebus gebas kebabom. Sebab sekarang dah upgrade ingredient katanya.


7kali lebih berkesan berbanding yang jenis kapsul. Sekarang dalam sachet kecik comel lebih sedap perasa Blueberry. Lebih mudah.."kemam2..trus cantik"
.
Bulan raya pun tiba. Alhamdulillah, akak puas hati. Walaupun belum pulih sepenuhnya, keyakinan diri nak jumpa orang dah ada. perubahan positif jelas ketara. Ramai yang tak percaya tengok peruahan tu😰
.
Ramai juga nak korek-korek tanya rahsia. Now & Ever akak jatuh cinta dan jadi pengguna setia.

3tahun berlalu. Wajah akak dah terlajak pulih. Rasa macam dapat wajah baru. Ececeh. Yang bestnye family members dan kawan-kawan pun follow ramai ramai nak cantik ayu macam akak.
.
Alhamdulillah. Seronok betul buat orang gembira bahagia dan cantik. Akak recommend sangat untuk you olls yang nak kulit cantik flawless mesti cuba #pakejglowinggorgeous. Inilah combo produk yang berjaya tranform akak jadi #gadisayu .


Superjimat. 3 gabungan yang sangat awesome dari EHPS
.
Adara foundation - untuk tampil cantik sepanjang masa.


Skincare Crystal Beauty 769 - pencerahan kulit tanpa pengelupasan. Sesuai sangat untuk you olls yang kulit kusam, jeragat & jerawat.


Dan Skinrich 7 Ageless Essence merawat secara dalaman semua masalah kulit wajah dan badan.
.
Bukan tu je tau, kuku, rambut sekali jadi canteq wei. betulll akak tak tipu😄
.
Senang kata, apa yang ada dengan produk EHPS semuanya luar biasa hebat bila dah kenal rasa semua nak cuba setiap satu ada kelebihan & khasiat masing masing terikat you olls memang akak tak cari lain dah. Produk gabungan buah-buahan dan makanan sunnah ni memang disukai ramai.
.
Inilah sumber rezeki akak sekarang dari dropship ke pengedar dan Alhamdulillah sekarang Stokis Kota Tinggi. 😊😊
.
Doakan akak ye. You olls yang nak join biz secara berjamaah ni pun boleh sangatlah. You olls tak susah pun. Hati ada mau, you olls mesti maju 💪💪

"Sharing is caring"
.
Last but not least. hihi. Akak nak khabar jugak yang akak ni pengguna setia #mocha sumber tenaga akak tiap hari & #SPV untuk cantik dalaman luaran wanita. Apa yang best??
.
!! Tungguuu nanti akak citer lagi ye. Jangan marah
.
Gambar hanie transform dari muka ada tompok hitam macam peta peta, dan sekarang dah cantik gojez mojez .







-----------------------------------------------------------------------------------------------

Teringin menjadi seperti Hanie?
Boleh dapatkan HOT PRODUK ni dari Stokis/Pengedar/Drosphipper sah EHPS dengan klik saje tab NEGERI .

Wasap HQ 011-21663769

Tuesday, 4 April 2017

ADARA DALAM BERITA HARIAN

Alhamdulillah. Syukur, Adara Foundation Miracle Touch mendapat highlight dalam Berita Harian kelmarin.
.
ADARA SESUAI SEMUA TONA KULIT
.
Kulit gelap? Sawo matang? Putih melepak? Kuning langsat?





.
Try lah Adara yunk!!!! Sesuai dengan semua tona kulit wajah tawww.
Taklah nampak macam berdebu atau nampak kelabu bila pakai foundation ni tau!! Tak memutihkan tapi mencantikkan!! Bila kita calit Adara kat muka, ibaratnya kita pakai pemadam magic kat muka.
Gitchew. 😍
.
A D A R A 💟
.
- Foundation
- Moisturizer
- Concealer
- Collagen
- Sunblock
- Vitamin E
.
Function minyak kelapa dara
.
• Merawat & melembut.
Merawat sel-sel kulit jadi tegang dan lembut.Antiseptik asid lemak VCO mampu merawat masalah jerawat dan mencegah jangkitan bakteria punca jerawat.
.
• Melembap.
Melembapkan kulit dengan penyerapan terus ke dalam kulit dan elak dari kekeringan dan pengelupasan pada kulit.
.
• Melindungi.
Melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari.
.
• Anti penuaan.
Melambatkan proses penuaan dan kedutan pada kulit.
.
• Mencegah.
Mengelak dari terjadi penyakit kulit seperti psoriasis, dermatitis dan eksim.
.
• Mengganti.
Membantu menghilangkan lapisan sel-sel kulit mati dan dorong pertumbuhan sel-sel kulit baru yang sihat.


.
Boleh daptkan di Pengedar SAH kami dengan klik di tab NEGERI untuk COD dengan anda hari ini.
.
Atau boleh wasap HQ 011-21663769 sekarang :)
.
#EHPSdihati
#AdaraFoundation
#EHPSCosmeticsTerrViral
#CalitCalitDahCantik


Wednesday, 15 March 2017

Tips Kulit Cantik Dan Putih Semulajadi

Kali ni admin nak sharekan Tips Kulit agar cantik berseri & putih semulajadi.

Jom try, mana tau sekarang buat esok teros jelita :)



1. Banyakkan Minum Air

Hidrasi adalah kunci kulit yang sihat dan segar. Manakala, dehidrasi pula adalah punca kepada jerawat dan mengeluarkan minyak walaupun ia kering. Oleh itu pastikan korang minum banyak air.


 2. Pastikan Tangan Sentiasa Bersih




Jika mahu memicit jerawat, bersihkan tangan terlebih dahulu.
Jika menggunakan jarum, sila pastikan jarum tersebut telah disteril untuk memastikan tiada bakteria melekat pada kulit.




3. Elakkan Sering Memegang Muka

Jika mempunyai kulit bermasalah, cuba jangan memegang dengan tangan.Kotoran dan minyak pada tangan akan memburukan lagi keadaan.Jangan diusik segala mutiara atau apa masalah yang ada pada muka :)


 4. Kurangkan Bahan Tenusu



Jika setiap bulan berperang dengan perubahan hormon, cuba kurangkan pengambilan bahan tenusu. Korang akan nampak perubahan di kulit wajah korang.


 5. Ambil Buah Beri Sebagai Snek 



Selain kaya dengan antioksida dan Vitamin C, buah beri juga tidak menaikkan kadar gula dalam darah. Gula merangsang jerawat dan buah beri dapat mengurangkan risiko jerawat.


 6. Pantang Makanan Bergoreng

 Cuba elak makanan bergoreng. Lebihan minyak boleh menyuburkan jerawat. Suke ke?


 7. Cuba Rawatan Ais


Letak ais di muka bagi membantu kulit yang bermasalah seketika. Ia berkesan. Cubalah.



8. Rajin-rajinlah Bersenam

Bersenam boleh mengurangkan stress dan jerawat. Oleh itu, korang wajib masukkan senaman dalam rutin harian jika ingin kekal cantik dan sihat.


 9.Tidurlah Mana Tahu Esok Boleh Cantik :D



Sebaik-baiknya dapatkan tidur 7 jam sehari untuk dapatkan kulit yang sihat. Tak caya?

Try dulu, baru tau.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------


Nak lagi mudah bolehla amalkan 
SET GLOWING GORGEOUS ( SKINCARE CB769 + ADARA FOUNDATION + SKINRICH)  
CB769 - RM100
Adara Foundation - RM76.90
Skincrich - RM85

Untuk pembelian dengan pengedar yang berdekatan klik tab NEGERI.

Website : ehps_hq.shoppy.my

Wasap HQ 011-21663769


**Share link blog jika manfaat.**