Islam tidak memperkenalkan poligami.
Islam cuma meletakkan had dalam poligami. Islam meletakkan tanggungjawab
ke atas suami yang berpoligami.
.
Poligami adalah penyelesaian
ketika orang lelaki kurang akibat peperangan umpamanya. Jangan sempitkan
fikiran dengan memandang Islam hanya di tempat sendiri sahaja. Islam
itu universal.
.
Jika ada
kegagalan dan kezaliman dalam poligami ia adalah kesalahan individu
bukan kesalahan poligami. Sama seperti kita tidak pernah salahkan
perkahwinan walaupun berlaku keganasan rumah tangga.
.
Namun,
perlu diingatkan poligami adalah tanggungjawab. Bercerita tentang
poligami mesti dengan penjelasan yang seimbang. Jangan hanya bercerita
tentang keseronokannya sahaja, sebaliknya ceritalah juga azabnya jika si
suami mengabaikan tanggungjawab keadilan nafkah zahir kepada
isteri-isterinya. Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:
.
من كانت له امرأتان فمال إلى إحداهما جاء يوم القيامة وشقه مائل
.
Siapa yang ada 2 isteri, dan dia cenderung kepada salah seorang
daripada keduanya (tidak adil) maka dia datang di hari kiamat dalam
keadaan separuh badannya senget.
(HR Ahmad, Ibn Majah dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani)
.
Kepada suami, nilailah diri. Mampukah anda menanggung beban
tanggungjawab? Jika mampu silakan, jika tidak mampu maka memadailah
seorang sahaja. MasyaaAllah. Sebab tu bila kita nak buat sesuatu, jangan
letakkan NAFSU di depan. Letakkan lah ALLAH di depan. Supaya tak
tersasar.
.
**Berkaitan payung emas tentang poligami adalah hadis PALSU.
.
Wallahu Alam.
.
Sharing ilmu dari Dr Rozaimi Ramle
.
KREDIT TO :
#eidahasan
#FounderEHPS
#EHPSdihati
#KEHPoCi
#KomenYangBaikBaik
No comments:
Post a Comment