Wednesday, 6 September 2017

BILA TENGUK POST ORANG BERIKLAN

Setiap masa ada post dia.
Scroll bawah ada post dia.
Scroll lagi ada lagi post dia.
Tak scroll pun ada je post dia.
Hawau betul bak kata orang melaka. Kata orang yang phd kuat itew.
.
Kadang dalam sejam 10 post dia je yang lalu kat wall ni. Ada jugek yang tepuk dahi tu. Haha.
.
Tak apa la kalau rasa muak.
Tak perlu nak buat ahli mesyuarat tingkap nak mengata ngata.
Tak perlu ngumpat buat ketupat.
Tak masal je buat dosa kering.
Orang sibuk kumpul saham akhirat,
Dia sibuk kumpul dosa kat dunia.
.
Hide je stories dari dia tu.
Tak pon unfollow jer lagi baguih.
Nak lagi senang puas hati, unfriend je. Takpun blok terus. Kikiki.
.
Awak tak faham apa yang dia sedang lakukan.
Awak tak mengerti apa yang sedang dia usahakan.
Awak tidak tahu matlamat yang dia hendak tunaikan.
.
Sekurang-kurangnya dia ada usaha nak ubah hala tuju hidupnya.
Dia berani keluar dari comfort zone.
Dia nampak matlamat dia semakin jelas.
Dia ada Big Why kenapa dia wajib berjaya.
Dia ada jihad yang dia perjuangkan.
Tanya kat orang sebelah, ko hade?
.
Kita?
.
Tekan like pun tidak. Macam jari tu ada tenggek batu besor.
Comment jauh sekali. Jangan mimpi laa.
Share memang tak sampai la jari tu. Tetiba jari jemari jadi pendeks.
.
Tunggulah satu hari Allah jentik hati kita untuk berniaga.
Baru kita faham apa itu personal branding,
Apa itu softsell,
Apa itu engagement,
Apa itu online positioning.
.
Ek Elleeleh.. tak ada duit nak niaga lah tu.
Haishhh! Mengata lagi tu. Sebab tak ada duit lah orang nak niaga babe.
.
Dia sambil baring susukan anak, sambil masak, sambil mengemas. Tiba-tiba duit masuk. Kashingg.. Kashing..
Packing packing, Dah keluar pos barang lagi.
.
Agak-agak kalau bukan kerana posting dia yang 10 kali sejam tu, dia ada peluang ke keluar pos order?
.
Kita kena didik hati kita ni sentiasa bersih. Jaga kolam jiwa tu beb. Tak mau dengki dengki, busuk hati. Ada jer rezeki kita. Janji usaha.
Boleh ya cantik-cantik semua?
.
.
Man jadda wa jadda.
.
Setuju? Share post ini :)

No comments:

Post a Comment