Wednesday, 7 September 2016

Tips Memilih Skincare Agar Tidak Menyesal Di Kemudian Hari

Produk penjagaan kulit atau skincare ni adalah antara satu perkara wajib untuk semua wanita. Sebab tulah terdapat baaaanyak produk kecantikan kulit yang muncul sekarang.

Agaknye kenapa ya? Sebab industri ini memang flourish! Tambah- tambah lagi bila sesuatu jenama produk tu mengambil artis- artis yang cantik flawless sebagi duta lagilah buat wanita teruja membeli, sales produk meningkat. Tapi persoalannya adakah produk- produk yang muncul tu benar- benar selamat dan berkualiti? Kalau sekarang kesannya wow untuk anda tapi bagaimana pula dengan long term? Yelah kulit wajah perkara yang harus dijaga kerana ia adalah benda pertama yang orang biasa akan tengok pada penampilan kita. Malu kan kalau kulit muka bermasalah, takkanlah nak pakai topeng bila kuar rumah. Tu belum masuk rasa malu dan rendah diri dengan suami lagi. Sebab itulah ramai wanita tak berkira membelanjakan wang yang banyak untuk nampak cantik. Bukan cantik untuk orang lain tapi untuk suami terutamanya.

So entri kali ini, saya nak share beberapa tips yang saya dapat daripada seorang beautician tentang macam mana nak beli atau pilih skincare yang betul- betul bagus.


Safety first
Semua brands pun akan claim their product is good. Tapi how good is good? Ramai antara kita cepat tergoda dengan promosi murah, kesan kulit cantik, putih gebu yang pantas betul tak? Tapi kesan jangka panjang macam mana? Adakah benar- benar selamat. So cek dulu betul- betul sebelum beli. Berapa lama produk tu dah muncul kat pasaran, ada scientifik/ dermatologist test tak? Or main buat aje. Satu lagi adakah produk itu bebas paraben dan bebas sulphate. Surprisingly banyak product kat pasaran skrg memang tak bebas daripada paraben and sulfat. Sendiri mau cek ya;)

Keberkesanan Product
Selain daripada testimoni pengguna, product yang berkesan seharusnya ada ujian klinikal. Tapi tak semua produk ada ujian klinikal ni sebab ia menggunakan teknologi yang mahal. So boleh lihat pada testimoni pengguna. Cume hati- hati jangan terlalu percaya dengan testimoni kat FB or mana- mana social media. Sebab ada yang terlalu overclaimed, eh macam too good to be true.
Ada juga unsur penipuan sometimes. Contoh yang pernah terjadi, pengguna ni guna product A, tapi seller ni guna gambar pengguna tadi claim cakap itu produk dia. Tak baik menipu tak berkat dik. So careful ya.



Personal coach
Consider untuk beli produk yang ada personal coach utk guide kita. Lepas beli ada follow up tanya: “macamana kesan lepas pakai produk ni?” “Ada apa masalah yang saya boleh bantu?” Haaa best kan? Kalau FREE (datang sekali ngan pakej pembelian) lagi bagus.;) 

Lepas tu bila membeli produk pastikan  seller tu ada pengetahuan yang luas tentang produk tersebut. Nanti takdelah bila tanya soalan sikit tak dapat nak bagi jawapan yang memuaskan hati.

Beli produk based on masalah
Yang ni ramai buat silap. Tengok kulit kawan cantik nak try juga, sedangkan jenis kulit setiap individu mungkin berbeza. So sebaiknya ketahui masalah kulit dulu, masalah jerawat ke, berminyak ke, pori-pori besar ke. Dah tahu masalah barulah boleh cari produk yang boleh selesaikan masalah tadi.


Kandungan dalam skincare
Banyak produk kat pasaran tak lari dari chemical substance especially yang jual kat rak-rak kat dalam kedai (seriusly most of them chemical based). Sebaiknya carilah produk kecantikan yang berasaskan bahan semulajadi. Boleh cek kat bahagian ingredients. Memang susah nak jumpa tapi ada kalau dicari :)

Harga
Pilihlah produk dengan harga yang reasonable dan mampu selesaikan masalah kulit anda. Harga yang murah tidak menjamin kualiti yang bagus (selalunya). Kesan jangkamasa panjang jauh lebih penting. Jika produk itu benar-benar berkesan mampu selesaikan masalah kulit yang menghantui anda selama ni, nilainya priceless kan?

So dah seronok bagi tips ni apa pula produk yang saya sebagai admin guna? Selepas dah cuba macam -macam produk termasuklah yang harga ribuan ringgit, akhirnya saya memilih CB769. 

Of course ia menepati semua ciri-ciri di atas. Alhamdullilah dah hampir 2 tahun jadi pengguna setia. Boleh klik untuk tengok baaanyak testimoni yg dah berjaya pakai CB769

No comments:

Post a Comment