Saturday, 24 September 2016

10 Cara Ini Mampu Buat Suami 'Melekat' Di Rumah


Biarpun suami menghabiskan sebahagian besar waktunya di luar rumah, dia tetap ingin untuk pulang cepat dan bertemu dengan anda. Tetapi bagaimana caranya membuatkan suami berasa seronok berada di rumah? Jom ikuti tip di bawah.

1. Menawan sepanjang masa
Suami suka tengok isterinya sentiasa cantik walaupun semasa berada di rumah dan bukan hanya bersiap bila mahu keluar rumah. Bukanlah maksudnya isteri kena sepanjang masa memakai pakaian berkilauan atau berlabuci seperti hendak ke kenduri dengan sibuk hendak menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Suami memahami kesibukan anda menguruskan rumah tangga. Menawan sepanjang masa bermaksud berpakaian kemas (bukan hanya t-shirt kusam dan berkain batik), rambut tersisir rapi, muka tidak pucat lesi dan memakai sedikit wangi-wangian. Ia sudah cukup membuatkan suami rasa gembira.

2. Sambut suami dengan senyuman
Kalau anda adalah suri rumah, apa kata sambut kepulangan suami dari kerja dengan memberikan layanan mesra. Menyambut dia balik dengan senyuman dan hidangan air penghilang dahaga sudah tentu membuatkan suami gembira dan tak sabar hendak balik rumah.
Sambutan mesra dan senyuman manis isteri menyambut suami pulang ke rumah membuatkan suami berasa segar dan penat lelah hilang buat seketika. Bagi isteri yang bekerja, mungkin tidak berpeluang melakukan hal tersebut tapi bukan bermakna anda tidak boleh memberikan layanan tersebut bila sudah berada di rumah.

3. Sediakan minuman
Cuba buatkan teh atau kopi panas ketika dia berehat dan bersantai. Biarpun kecil perhatian yang diberikan, ia jadi sangat istimewa bagi suami. Dia mungkin kelihatan sedikit cuak dan mengabaikan perhatian seperti ini, namun ketahuilah bahawa di dalam hatinya, dia sangat bahagia kerana berasa diperhatikan oleh anda, isterinya.

4. Dekati suami
Sememangnya, sebahagian besar lelaki cenderung menyelesaikan masalahnya sendiri. Berbeza dengan wanita yang lebih suka berkongsi masalahnya. Ketika melihat suami murung, anda tidak perlu bertanya perihal masalahnya. Pertanyaan-pertanyaan seperti “Kenapa sedih, ni? Ada masalah di pejabat, ya? Ceritalah pada saya. Mana tahu, saya boleh bantu.” dan sebagainya, pasti membuatkan suami berasa kurang selesa.
Jika suami dilihat sedang bersedih, cukup dekatinya dan pegang tangannya dengan lembut. Cuba buatkan suami anda berasa selesa. Biarkan dia meletakkan kepalanya di bahu atau pangkuan anda. Suami akan berasa lebih tenang kerana mendapat sokongan daripada isterinya. Itu sudah lebih daripada mencukupi.

5. Berikan kejutan
Sebagaimana isteri, suami juga seronok jika mendapat kejutan. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Cukup dengan membelikan suami barangan yang sudah lama diidamkannya atau sekadar memasak makanan kesukaannya untuk makan malam.

6. Jangan garang sangat, tunjukkan kemesraan
Kebanyakan isteri berasa malu untuk menunjukkan kemesraan kepada suami. Ada pula isteri yang terlalu garang dengan suami. Pantang silap, asyik marah sahaja. Padahal, melihat isterinya bermanja-manja atau tampil menggoda di rumah pasti sudah menyenangkan suami. Kenapa harus anda malu jika ia dilakukan di dalam rumah dan di hadapan pasangan halal kita sendiri. Betul tak?

7. Komunikasi itu penting
Jangan cuba mengelakkan waktu berdua untuk berbual-bual. Jadi, berbuallah bila ada waktu terluang. Jangan pula pulang sahaja dari tempat kerja, anda berdua senyap dan hanya menghadap televisyen atau masing-masing sibuk membuat urusan sendiri.

8. Jangan berleter!
Suami akan bosan jika isterinya cerewet dan selalu bertanya, hendak ke mana? acara apa? bila balik? kenapa lambat balik? jumpa siapa tadi? dan sebagainya. Banyak bertanya itu dan ini, sama seperti berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter. Sebab itulah dia akan cuba habiskan waktu di luar rumah daripada terus mendengar anda berleter seharian. Jadi elakkan berleter agar suami berasa tenang berada di rumah.

9. Jangan hanya menghadap hand phone!
Isteri-isteri zaman media sosial ini terlalu sibuk melayan kawan-kawan di dalam facebook, whatsapp, telegram dan wechat. Kadang kala akibat terlalu leka melayan grup-grup dalam media sosial tersebut, isteri tidak sedar telah mengabaikan keperluan suami sendiri. Akibatnya suami berasa kecil hati dan mencari keseronokan sendiri di luar rumah.

10. Berdoalah
Allah adalah pemegang hati hamba-hambaNya. Dia jugalah yang menumbuhkan dan mematikan cinta di antara sepasang kekasih. Maka berdoalah kepadanya agar selalu menyuburkan cinta antara anda dan suami. Mohonlah agar Allah sentiasa menganugerahkan sakinah, mawaddah, dan rahmah dalam rumah tangga anda berdua.

No comments:

Post a Comment